Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Sunday, March 21, 2010

Sukan Tahunan Sekolah Keb Seri Pagi,Senawang.



 






























Sukan tahunan sekolah anak aku ni sebenarnya minggu lepas, tapi aku ni agak malas nak updatekan kat sini tu pasal yg tertangguh tu,ni tengah ada mood ni aku masukkan lah gambar-gambar di hari sukan tersebut. Anak bujang aku ni baru 9 tahun dan ini kali pertama dia mewakili rumah sukannya dalam acara sukan sekolahnya...kita layan jelah gambar-gambar kat bawah tu...:)




















































Acara pasukan sorak setiap rumah di persembahkan oleh murid-murid sek keb Tmn Seri Pagi,Senawang.















































































Acara pertama Akmal iaitu sukaneka antara kelas-kelas untuk darjah 3.





















Acara seterusnya lari berganti 4x100m...muka anak aku yg dh cemas nak lari...


















































1....2...3...Lariiiiii  !!!!!

































Bakal-bakal pelapis atlit negara kita suatu hari nanti.


























Sebahagian ibubapa yg hadir memberi sokongan dan semangat....syabas!!


























Lepas lari makan aiskrim pulak dia..!!

    
Selepas acara sukan selesai aku bawalah putera puteri aku ni makan KFC kat giant senawang,depan rumah aku jeee....
























Balik rumah mengadap laptop la pulak...!!!


P/s: Setiap anak ada kelebihan dan kekurangannya,hargai dan didik mereka seperti sehelai kain putih kitalah yang akan mencorakkannya samaada bersih atau sebaliknya.

Friday, March 12, 2010

ALFATIHAH....yg pergi tak akan kembali.



Hari ini tanggal 12 march 10, bapa kepada bakal adik ipar aku yg ke lima telah kembali ke rahmahtullah .Allahyarham Mohd Yusof telah pergi menemui penciptanya dalam keadaan tenang dengan wajah yg bercahaya. Semoga roh Allahyarham di cucuri rahmat dan tergolong di kalangan orang-orang soleh dan solehah.

Tiada apa yg lebih menyedihkan apabila kita kehilangan orang yang amat kita kasihi terutama sekali ibubapa kita. Seorang insan  yg menjadi tunggak keluarga akhirnya pergi selamanya meninggalkan isteri,anak serta cucu dan saudara mara, tanpa sempat melihat anak lelaki bongsunya menjejaki kaki ke pelamin pertengahan tahun ini.Kuasa tuhan tiada siapa yg tahu kita cuma mampu merancang ALLAH swt juga yg menentukan.

Harapanku sekeluarga berharap agar  ZULKARNAIN BIN MOHD YUSOF  terus tabah mengharungi kehidupan walaupun tanpa bapa di sisi.

p/s: Yg pergi takkan kembali yg hidup PASTI mengekori...AL-FATIHAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails