Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Sunday, March 31, 2013

Alasan .

Assalammualaikum...  


Kununnya nak balik kampung sabtu ahad ni tapi adik aku diqyah suruh mak datang seremban temankannya dua hari ni.
En hubbynya outstation ke terenganu .
Jadinya mak abah ada le kat sini.

Ayie dan diqnor pun nak balik kg gak tapi semuanya terpaksa menukar arah ke senawang .
walaupun mak abah kat sini tapi kami semua rindukan rumah kg tu.
Tempat kami tujuh beradik di besarkan...aku rindu nak tidur kat katil aku tu.
Tapi kerana seorang adik yang berbadan dua kami faham2 jelahkan.
Dimana saja mak abah berada disitulah kami semua akan berkumpul.

Petang tadi kami 5 beradik berkumpul minum petang kat umah yah.
pie pun datang gak dari kg bawak anak isterinya.
Selalunya kami yg duduk di bandar ni pulang ke kg kali ni dah terbalik lak.
Orang yg duk kat kampung lak turun ke bandar bertemu kami.
Cuma An sekeluarga dgn shilla je tak de petang tadi kalau ada lagilah hiruk pikuk rumah yah tadi.

Zaman tablet setiap orang akan memegang tablet main game kat dalam tu.
Pie tanya aku kenapa pilih Apple bukannya Samsung.
Aku jawab ringkas... samsung guna adroid senang hang!
Malam semalam yah tanya soalan yg sama jawapan itu jugak aku berikan.
Salah satu alasan tapi bukan alasan yg sebenarnya.

Jika kita ada dua pilihan antara kancil dengan merc pasti kita akan pilih
merc kerana qualitinya.
Semua orang pun tahu sejauh mana quality produk Apple.
Tak mahu bercerita panjang membandingkan beza Apple dengan Samsung tablet kerana aku risau ada yg terasa hati.
Antara adik2 aku ada beberapa org yg gunakan tablet samsung.
Mereka suka jadi tak salah mereka pilih yg terbaik mengikut fikiran dan kemampuan  mereka.
Aku sendiri pun ambil masa berbulan2 survey baik buruknya dua produk yg jadi pilihan ramai ni sebelum membeli.
Bagi aku biarlah "kalah membeli tapi menang memakai "nya.

Apapun pilihan kita ikutlah  mampu dan reason kenapa kita beli bukan untuk menunjuk2 ataupun terikut2 dengan gaya orang lain.
Ini semua daki dunia tak perlu nak "show off " sangat hingga ada yg berkecil hati.
Aku beli pun bukan untuk game tapi memudahkan aku BW dan update blog kat sini.
Selain dari mencari ilmu dan maklumat yg hanya di hujung jari.
Sesiapa yg dah baca blog aku dari dulu mesti tahu yg aku memang tak suka habiskan masa dengan game.

Ini entry pertama yg aku taip gunakan mini ipad ni setelah hampir sebulan bendaalah ni ada dalam tangan aku.
Aku harap dapat biasakan diri menaip tanpa keyboard dan mouse di sini nanti.


SALAM UKHWAH


Saturday, March 23, 2013

Petua Mencuci Buah Pinggang Dengan Kos Kurang Dari RM2

Assalammualaikum...!!

Sejak dari dulu aku memang tak suka dengan bau daun ketumbar.
Seboleh-bolehnya aku cuba elakkan dari mengunakan sayuran herba ni dalam masakan kerana baunya seakan-akan bau lipas.....yekkkkk !!!.
Jika ke pasar pula aku cukup berhati2 takut terambil daun ni kerana rupanya hampir sama dengan daun sup.
Biasanya aku akan koyakkan dahulu daun tu dan menciumnya jika bau busuk seakan bau lipas pasti itu daun ketumbar.

Aku  akui kebaikkan daun ni dalam kesihatan dan jika terpaksa daun ni lah yang akan aku pilih seperti petua kat bawah ni.

                                                    

Petua Mencuci Buah Pinggang Dengan Kos Kurang Dari RM2
Bertahun2 buah pinggang kita ditugaskan untuk menapis darah kita untuk mengeluarkan garam, racun2 dan bahan2 lain yang tidak diingini yang telah memasuki badan kita melalui pemakanan, minuman dll

Dengan peredaran masa itu, kandungan garam akan terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu di keluarkan . Disini lah buah pinggang akan menjalankan fungsinya sebagai mesin rawatan pembersihan ini. 

Tapi tahukah anda, ada satu cara yang boleh di amalkan untuk mengeluarkan bahan2 garam serta bahan2 racun lain dari dalam badan kita dengan kos RM 1.00 atau kurang.

Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan daun parsli / daun ketumbar.
Caranya:

1. Beli daun parsli / ketumbar ini dengan harga RM1.00 atau kurang
2. Basuhkan (dicadangkan dgn air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil2
3. Masukkan daun2 kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
4. Rebuskan daun2 ini selama 10 ke 20 minit
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk
6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun2 dari air nya
7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya
8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini
9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam dan racun2 lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.

Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.

Daun2 parsli sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi! 

Cuba la...Murahkan rawatan ini , cuma RM 1.00 atau kurang
 
Untuk mendapatkan pelbagai info kesihatan,konsep ilmiah, sosial,kekeluargaan, bermacam-macam lagi : 

Jom LIKE & SHARE 

https://www.facebook.com/AtinaChanBoutique

Bertahun2 buah pinggang kita ditugaskan untuk menapis darah kita untuk mengeluarkan garam, racun2 dan bah...an2 lain yang tidak diingini yang telah memasuki badan kita melalui pemakanan, minuman dll

Dengan peredaran masa itu, kandungan garam akan terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu di keluarkan . Disini lah buah pinggang akan menjalankan fungsinya sebagai mesin rawatan pembersihan ini.

Tapi tahukah anda, ada satu cara yang boleh di amalkan untuk mengeluarkan bahan2 garam serta bahan2 racun lain dari dalam badan kita dengan kos RM 1.00 atau kurang.

Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan daun parsli / daun ketumbar.
Caranya:

1. Beli daun parsli / ketumbar ini dengan harga RM1.00 atau kurang
2. Basuhkan (dicadangkan dgn air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil2
3. Masukkan daun2 kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
4. Rebuskan daun2 ini selama 10 ke 20 minit
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk
6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun2 dari air nya
7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya
8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini
9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam dan racun2 lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.

Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.

Daun2 parsli sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi!


Sumber :Rakan Mukabuku
 

SALAM UKHWAH

Friday, March 22, 2013

SOLAT SUNAT RAWATIB

Assalammualaikum..!!
Salam Jumaat hari penghulu hari...


Amalan pertama yang akan dihisab pada hari Kiamat adalah SOLAT.

Allah mengarahkan malaikatnya sedangkan DIA Maha Mengetahui,
 'Nilailah solat hamba Ku,... sempurna atau kurang'.

Sekiranya solatnya sempurna, maka ia direkodkan
sebagai sempurna. Sekiranya ada kekurangan,
Allah mengarahkan lagi, 'Adakah hamba Ku
mempunyai solat sunat? Sekiranya ada,
sempurnakan solat fardhunya dengan solat
sunatnya...'

(Riwayat Abu Daud, Al-Nasaie dan Ibnu Majah)

Dari Ibnu Umar berkata, ‘Rasulullah s.a.w tidak meninggalkan solat ( sunat ) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zohor, 2 rakaat selepas Zohor, 2 rakaat selepas Magrib, 2 rakaat selepas Isyak dan
2 rakaat sebelum Subuh”.

( Riwayat Ahmad dan Tirmizi )

RENUNG-RENUNGKAN LAH DAN SELAMAT BERAMAL.. :)
 

Photo: SOLAT SUNAT RAWATIB

Amalan pertama yang akan dihisab pada hari Kiamat adalah SOLAT.

Allah mengarahkan malaikatnya sedangkan DIA
Maha Mengetahui, 'Nilailah solat hamba Ku,
sempurna atau kurang'.

Sekiranya solatnya sempurna, maka ia direkodkan
sebagai sempurna. Sekiranya ada kekurangan,
Allah mengarahkan lagi, 'Adakah hamba Ku
mempunyai solat sunat? Sekiranya ada,
sempurnakan solat fardhunya dengan solat
sunatnya...'

(Riwayat Abu Daud, Al-Nasaie dan Ibnu Majah)

Dari Ibnu Umar berkata, ‘Rasulullah s.a.w tidak meninggalkan solat ( sunat ) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zohor, 2 rakaat selepas Zohor, 2 rakaat selepas Magrib, 2 rakaat selepas Isyak dan
2 rakaat sebelum Subuh”. 

( Riwayat Ahmad dan Tirmizi )

RENUNG-RENUNGKAN LAH DAN SELAMAT BERAMAL.. :)

(admin: abg mawar, a.m)



Sumber: Mukabuku


SALAM UKHWAH

Thursday, March 21, 2013

I'm sorry le cik ular :(

Assalammualaikum..!!


Pagi ni sewaktu memandu nak ke tempat kerja aku tak tersengaja terlangar seekor ular.
Panjang gak ular tu tapi kurus je.
Ular tu melintang kat tengah-tengah jalan.
Dari jauh aku ingat kan kayu ke sampah ke memandu lak punyalah laju maklum lee jalan lengang.
Dah sampai dekat ular tu baru aku terperasan benda alah tu seekor ular secara otomatik isyarat mata menghantar laporan ke otak mengatakan "ular tu mungkin dah mati".

Tapi kauuu waktu tayar keta aku terkena ekornya tetiba ular tu meliuk-liuk kesakitan seperti kata pepatah " bagaikan ular kena palu "
Aku pandang ular tu dari cermin belakang dan terkejut aku ular tu masih idup rupanya
Tetiba rasa bersalah ada kasihan pun ada gak tengok ular tu .
Takkan aku nak tekan break emergency tiba-tiba je bila nampak ular tu kan....pastu biarkan ular tu melintas dulu baru aku jalan.
Dahlah aku bawak 70km/jam.
Pemandu lain tengok aku pun mesti pikir aku ni dah tak betul silap ari bulan ular tu hidup aku lak yang kena sondol kat kereta lain dari belakang.

Tapikan sampai sekarang aku masih teringat2 kat binatang tu terasa bersalah pun ada.
Sib baik aku tak mengandung kalau tak tak taulah apa ghupernya baby aku tu keluar nanti.


SALAM UKHWAH

 

Tuesday, March 19, 2013

Ops Wifi..

Assalammualaikum...!

Ingat Lahad Datu je ada operasi daulat..... aku pun ada operasi tauuu .

Semenjak rakyat jelata dalam umah aku  ni celik IT , pengunaan berukband sebagai jalur lebar internet bukan sesuatu yg sangatttttt sangat bijak.
Beberapa tahun yang lepas sewaktu mula mengunakan broadband cuma aku dan hubby saja yg bergilir-gilir mengunakan laptop.
Sesekali berebut jugak lah pasal dia nak bukak FB aku lak nak "menginding" blog.

Tapi sekarang ni semua yg ada kat umah ni dah celik IT dah ada pula akaun  FB dan Twitter.
Pengunaan broadband tak relevan lagi dah !!
Walaupun aku dan princess mengunakan handphone yang ada wifi tapi kami tak boleh search apa2 pun dari internet apalah lagi nak blogwalking.
Perebutan sebijik laptop dan seketul berukband menjadi sangat-sangat serius hinggakan aku terpaksa buat keputusan untuk melancarkan OPS WIFI kat dalam umah ni.



Hari ahad minggu yang lepas aku terus tukar dari broadband ke wifi.
Aku ambil pakej yang boleh guna lebih dari 3 orang.
Macam ni barulah adil semuanya boleh gunakan samada melalui laptop. handphone ataupun ipad .
Pada masa yang sama tak perlu lagi nak berebut rebut ompek beranak depan laptop tu.




Aku tempah sekali mini ipad kat apek ni.
Beli dengan dia siap cetak nama lagi kat belakang ipad tu...okey aku setuju.
Aku tak tau lah lain tempat ada buat servis macam ni ke tak tapi mini ipad tu dah ada pun dalam tangan aku sekarang .
Aku siap letal url blog aku lagi kat belakang ipad tu cam poyoooo jeeee....ado den kesahhh ??
Lepas ni lagilah senang aku nak BW.... leh dari ipad terus tak payah berebut laptop dengan rakyat jelata dalam umah ni.
Den duk baring ateh katil pun leh baca blog dah... sambil masak pun boleh... masuk bilik air pun leh bawak sekali..hehehe....


Mini ipad ni adalah ganjaran untuk diri sendiri selepas penat bekerja selama setahun yg lepas.
Aku gunakan separuh duit bonus aku untuk menghargai penat lelah aku bekerja.
Bagi aku hadiah untuk diri sendiri mestilah ada setiap tahun sebagai motivasi diri sendiri .
Setiap tahun pasti aku akan asingkan separuh duit bonus untuk benda2 macam ni.
Yang penting aku dapat apa yang aku nak hasil titik peluh aku sendiri barulah aku puassss !!

Kalau malas nak update blog pas ni apalah pulak alasan aku ya ...:))


SALAM UKHWAH


 

Friday, March 15, 2013

Bekerjalah dengan ikhlas dan amanah.

Assalammualaikum....
Salam Jumaat hari penghulu hari !!


Photo: Semakin bermotivasi kerja bila baca petikan Ustaz Don =)

Kredit Ahmad Faisal Bin Othman FB' Photo.



Jadikanlah  ia sebagai renungan.
Rezeki itu tak datang dalam bentuk duit tapi berbagai-bagai cara termasuklah rezeki ilmu, iman, kesihatan, kelapangan masa, anak2 soleh/solehah dan bijak , ketenangan hati dan fikiran , hidup bahagia dan macam2 lagi.

Bekerjalah dengan ikhlas !!


SALAM UKHWAH




 

Tuesday, March 12, 2013

Al-fatihah..... ajal tak mengenal berapa usia mu.

Assalammualaikum...!!


Yang mula akan berakhir... yang datang akan pergi...yang hidup sampai masa akan menemui ajalnya.
Yang pasti kita tak tahu bila dan bagaimana kematian yg kita akan hadapi.
Semuanya kuasa Allah bukan manusia yg menentukan.

Kalau dulu sewaktu kecil aku sering berfikir orang-orang tua sahaja yg akan meninggal dunia.
Pasal dulu aku kerap dengar cerita orang tua tu meninggal pasal dah tua dah sampai masa mengadap penciptanya..... tak mungkin yg muda akan meninggal pasal masih muda kan?

Tapi kini semuanya dah berubah sesuai dengan arus kemodenan dan akhir zaman.
Tak kira berapa umur kau..tua atau muda ...sakit atau sihat sampai masa giliran tiba kita tetap akan pergi meninggalkan semua yg ada di dunia ini.

Pagi semalam pukul 10.15pagi aku menerima panggilan telefon dari rakan sekolah menengah aku dulu.
Khaty Khan beritahu kawan sekolah kami di SMASU dulu dah meninggal dunia dan jenazah akan di kebumikan pukul 10.30 pagi nanti di kediaman arwah.

Sahabat lama walaupun bukan rapat tapi kami satu kelas.
Cukup jelas wajahnya dalam ingatan sewaktu di alam persekolahan dulu.
Allahyarhamah Aida Sofea berkulit putih , tinggi , langsing dan berwajah cantik cukup manis bila tersenyum meninggal dunia kerana barah payudara yg di tanggungnya beberapa tahun dulu.

Aku tahu arwah ada penyakit ni pun dari syikin semasa aku datang kerumahnya cuti krismas disember lepas.
Syikin beritahu arwah mengadu kepadanya yang ia takut mati , anak pun masih kecil lagi  :(
Alfatihah buat arwah Aida Sofia semoga rohnya di tempatkan di kalangan wanita yg beriman dan aman di alam sana.

Seorang demi seorang kawan sekolah aku pergi mengadap ilahi sewaktu usia masih muda.
Ini satu peringatan bagi kita semua ajal dan maut akan datang tanpa menunggu usia tua !!



Bila kita tengok orang kawen, kita pun rasa nak kawen jugak... kan? ^^ tapi bila tengok orang mati, adakah kita pun bersedia untuk menghadapi KEMATIAN...? 

P/S : sedang MATI itu LEBIH PASTI.. Allahu Allah.. hilangkanlah kelekaan akan dunia pada diri hamba-Mu ini.. ='(

Bersiap sedialah agar kita ada bekalan untuk di bawa ke alam sana....



SALAM UKHWAH

Friday, March 8, 2013

Darah Satria.

Assalammualaikumm....

Di hari Jumaat yg mulia ini marilah kita bersama2 sedekahkan Al-fatihah buat semua angota2 polis yang gugur sewaktu menjalankan tugas di Lahad datu dan semporna, Sabah . Semoga roh mereka semua tergolong di kalangan roh2 orang yg beriman dan mendapat ganjaran pahala syahid.

Doakan jua semua perajurit2 kita yg berada di barisan hadapan di Sabah berada dalam lindungan ALLAH SWT... perjuangan dan pengorbanan mereka tak mungkin boleh di jual beli dengan wang ringgit.. semoga bumi bertuah yg  tercinta ini akan terus terbela dari sebarang pencerobohan dan keganasan ..... sakit di sabah sakit jua kita di semenanjung.






Lautan luas banjaran gunung
Rezeki nan melimpah
Bawah langitnya kami bernaung
Rasa kasih tercurah
Tanah airku bumi bertuah
Tiada bandingannya
Rela bersatu ganding tenaga
Mendaulatkan tenaga

Dengan sepenuh keazaman
Semangatmu nan waja
Keranamu rela berkorban
Engkaulah pertiwi yang tercinta

Darah satria darah satria

Berkobar di dada
Tinggalkan ibu tinggalkan ayah
Serta sanak saudara
Membuktikan kesetiaan kita
Pada bumi Malaysia


SALAM UKHWAH

Friday, March 1, 2013

KISAH KELEBIHAN SOLAT SUBUH DAN ASAR DI AWAL WAKTU.

Assalammualaikum....
Salam Jumaat hari penghulu hari...



Malaikat berganti-ganti menjaga manusia pada siang dan malam. Malaikat yang menjaga manusia pada siang hari... akan datang pada manusia di waktu subuh dan akan pulang pada waktu asar,manakala malaikat yang menjaga manusia pada malam hari akan datang pada manusia di waktu asar dan akan pulang pada waktu subuh. (Beganti-ganti)

Diceritakan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim sanadnya daripada Abu Hurairah, bahawannya Rasulullah SAW bersabda : "Sentiasa berganti-ganti Malaikat yang menjaga kamu, antara Malaikat yang bertugas siang, mereka bertemu (berkumpul) di waktu solat subuh dan solat asar, kemudian naiklah Malaikat yang bertugas malam menjaga kamu itu, lalu Allah bertanya kepada mereka (malaikat), sedangkan Allah lebih mengatahui tentang keadaan hamba-hambaNya itu, FirmanNya : "Bagaimana keadaan hambaKu?" Mereka menjawab : Kami tinggalkan mereka ketika mereka sembahyang (mengabdikan diri menyembahMu) dan kami datangi mereka ketika mereka mengerjakan sembahyang (mengabdikan diri menyembahMu)".

Sangat bertuah dan mendapat keuntungan yang sangat besar bagi mereka yang dijumpai Malaikat dalam keadaan sembahyang, dan ditinggalkan Malaikat dalam keadaan sembahyang pula, sehingga Malaikat melaporkan keadaan hamba-hamba Allah ketika Malaikat menghadap kepada Allah dengan laporan yang baik.

Oleh kerana itu agama sangat menganjurkan pada ummatnya untuk menjaga solat di awal waktu dan dengan berjemaah di mana azan diazankan, terutama sekali solat subuh dan solat asar yang disebut oleh Allah dalam Al-Quran dengan solatulwusta, pada ketika itulah pengantian Malaikat, antara Malaikat penjaga malan dan penjaga siang. Berbahagia bagi mereka yang dapat menjaga solatnya di awal waktu.





SALAM UKHWAH
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails