Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Sunday, August 31, 2014

Kamilah PENYAMBUNG warisan....

Assalamualaikum..

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 57 TAHUN
SEMOGA NEGARA TUMPAH DARAH INI TERUS BERDAULAT HINGGA KE AKHIR ZAMAN.
SEMOGA JALUR GEMILANG TERUS BERKIBAR MEGAH DI SERATA DUNIA.
 BIARLAH BERPUTIH TULANG JANGAN PULA KITA BERPUTIH MATA.

MERDEKA....... MERDEKA.....MERDEKA...



Lirik Lagu Warisan – Sudirman
Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

Saturday, August 30, 2014

Apabila keluarga besar Ini berkumpul.....

Assalamualikum ...


Ehhh syawal dah habis dah tapi Jemputan open house tu masih ada lagi.
Rezeki jgn di tolak musuh jgn di cari.


Hari ni aku berada di seri kembangan meraikan hujung hujung syawal Kat umah ann,adik aku.
Majlis kecil ni cuma untuk adik beradik jeeee..
Masa untuk kami bersantai2 rileks2 sambil makan2 menambahkan berat badan masing2.
Ann jururawat Kat asunta jadi jadual kerjanya tak menentu.
Tu yang buat jamuan dah habis syawal tu.



Juadahnya ado mee kari laksa and the geng, nasi impit, kuah kacang, buah tembikai.


Puding permata...tuan umah katalah.

                                                  And koktel buah.


      Laki aku ni jadi tukang lak hari ni Kat umah orang.

                                         
Dek budak tecik busuk masham ni punya pasal, dia tido nak berbuai tapi datang umah orang Yg tak do anak kocik berbuai lagi, sudahnya tidur atas riba mamanya sebelum di transfer kan atas tilam.


Di sebabkan hari sabtu ada Yg masih bekerja lagi pagi tu.
Jadi kedatangan bertrip trip le ...kitorang kan ramaiiiii.
Ini trip pertama, aku Ompek beranak campur ayie tigo beranak dan mak,abah serta adik bongsu aku shila.


Trip kedua cik yah laki bini dengan bakal menantu baru mak aku.
Berpoloh poloh orang rawang tu baru lepas makan kari laksa.


Trip ke tiga ni Napie Ompek beranak sampai kul 5 petang.
Sib baik ada lagi makan makannya.


Sebelah petang tuan rumah hidangkan teh ,cempedak goreng, buah mata kucing dan kuih kuih lain.
Alhamdulillah kenyang kami adik beradik makan2 Kat umah ann.
Sebelum kami balik tuan umah paksa makan Nasik pulak.
Menu makan malam aku dah tak larat nak ambik gambar dah.
Terlampau kenyang sehari ni asyik masuk je tak keluar2 Dari perut.
Balik semua terus tido je tak payah Susah payah pikir bab makan lagi dah.
Tahun depan panjang umur buat le lagi ya.
Leh Kita lepak2 ramai2 sambil makan2 lagi.

 
                        Satu hari ni makan di tanggung Dari lunch Sampailah ke dinner .

Friday, August 29, 2014

Satay.

Assalamualaikum...

Petang semalam aku teringgin nak makan satay.
Soooo beli lah satay tulang jolobu Kat dataran senawang tu.
Sebenarnya dah teringgin sejak isnin hari tu tapi malas nak ke dataran tu.
Kebetulan setiap khamis princes aku tuisyen Kat situ so sekali harung jelah.
Nampak tak Kat situ bertapa tingginya kesabaran aku melayan anak tekak sendiri.
Leh Tunggu berhari2 lagi.



Tapi aku sikit confius dengan harga Yg aku bayar.
Aku kira2 jumlahnya 30 hinggit Lebih Sebab aku ada ambik satay daging duaploh, satay ayam duaploh,satay tulang 5 pastu Nasik  himpit 3 peket.
Tapi brader tu mintak Kat aku duoploh Lebih je dan ada limoploh sen.

Dia silap Kira ke Hapa atau pun harga satay Dah murah Dari harga Kat cermin tu?
Dia mintak duit syiling 50 sen Kat aku tapi aku ada 20 sen je.
Dia kata tak apa 20 sen .
Aku siap kata dah kurang bayar 30sen dah ni tak pe ke.
Dia kata okey.
Aku Tanya gi halal ya?
Ya kak halal jawabnya.

Lik  umah aku Kira satay aku semua cukup tapi kenapa murah sangat?
Atauuuuu nak bersedekah dengan aku?
Kalau yea Kira rezeki akulah tu kan .
Bertambah murahlah rezeki tokey satay tu nanti.
Okey minggu dopan kito boli satay Kat situ laie.

Monday, August 25, 2014

Kenduri kahwin DR ZULAIKA and ziarah raya lagi !!

Assalamualaikum.....

Tak habis laie cito rayo ko cik sitiiiiii ???
Selagi ada bulan syawal selagi itu lah bercerita kisah ziarah raya Yg bergambar ni.
Jangan mare and jemu yeeeee..hehe..
Okey Ini citer hari minggu Yg lepas bukan minggu Yg baru ni.

Time orang nak beraya ada pulak Yg nak mendirikan masjid.
Alhamdulillah bertambah umat nabi Muhammad saw nanti.
Ada dua Jemputan Yg perlu dihadiri di kg aku.
Salah seorangnya mak busu fatimah sepupu kepada mak aku.
Anaknya Dr zulaikha berkahwin dengan doktor jugak.
Arwah wan aku dengan arwah wan si pengantin ni adalah adik beradik.
Mak aku dan mak pengantin adalah sepupu .
Aku dan si pengantin adalah  dua pupu.
Soooo adalah WAJIB majlis Ini di hadiri oleh kami semua.




Sebelum tu kami kesini Dulu .
Kerumah Jemputan kampung sebelah.
Punyalahhh sompit jalan kerumahnya nak parking keto pun payah.


Aku tebal kan muka ambik gambar menu tuan rumah ni.
Tapi nak ambik satu satu aku malu leee..
Camni pun Kira aci lah eaaa...hehe..
Ngam2 aku capai pinggan time tu lak perut aku sakit.
Tak memulas tapi on of on of.
Sudahnya aku ambik lauk sikit je kang di buatnya memulas tak sempat sampai ke Dewan .
Oh ya busu aku tak buat Kat umah dia buat dalam Dewan besar kuala klawang.



Di sini majlis resepsi DR ZULAIKA & DR SIDDIQ di langsungkan.
Kami sampai betul2 time pengantin pun sampai.
Kiranya jadi pengiring  tambahan le kitorang ni.




Nak masuk Dewan terjumpa lak cikgu Bahasa ingeris aku sekolah rendah Dulu.
Sompek lak bergambar Dulu.
Sambil tu dia ulur kan sekali undangan perkahwinan anaknya bulan depan.
Insyaallah teacher panjang umur Sampailah sey nanti ko pilah tu.





Boleh tahan sedapnya menunya Kat tekak aku leeee.
Atau pun pasal aku makan sikit sebelum ni tadi jadi perut masih kosong tu Yg rasa sodap sangat kottt.
Rata2 ke majlis kenduri kahwin aku tak suka ambik acar buah tapi kali ni aku ambik.
Sib baik sedap acar buah tu.
lagi Nasib baik perut aku tak meragam teruk masih boleh aku makan  dengan aman damainya.



Ambik gambar causin aku ni Dari bawah stage je.
Kamera men suruh naik atas tapi aku segannnn...auwwww !!
Kang pandang bawah semua tetamu pandang aku macam muka nak tumpang glamor  je dgn doktor tu.
Tak kuasaaaa aku Heiiii..
Tapi cousin aku ni sporting siap buat peace lagi Kat aku.
Haa peace le sngt cik Abe mu  jeling2 je Kat sebolah tu.


Close up sikit muka pengantin....haaa muka dia sebijik cam mak dia muda2 Dulu.



Ni mak pengantin.
Mak Sedara aku merangkap cikgu aku gak Kat sekolah rendah Dulu.
Letih je muka mak busu aku ni penat sangat agaknya.
Sib baik buat dalam Dewan kalau buat Kat umah macam nikah kahwin aku adik beradik mau dah duk atas kerusi busu aku ni.
Ini gagah lagi dia berdiri walaupun nak senyummmm pun dah tak larat dah aku nengoknya.
Tak pe busu Dapat menantu orang kelantan doktor lagi tuuuu.



Sempat sain autograf sebelum balik.
Buktinya akakkkkk  dah sampai ke majlis mu ya dik nooonn.



Last singgah sekejap beraya Kat umah BFF aku ni.
Kiranya dah lewat gak aku beraya kerumahnya tapi kerana seorang sahabat lama aku tayang gak muka aku ni.
Limo tahun bersekolah menengah sama dengan normi mohd Amin ni.
Sama2 pergi balik Dari asrama, sama2 rasa hidup di tempat orang Dulu.
Setakat kecik2 hati tu mesti lah Adakan.
Sedangkan lidah lagi tergigit tapi hubungan Akrab tu tetap terjaga hingga hari Ini.
Semoga ke penghujung USIA harapnya nanti.
Amin ya Rabbal Alamin.







Saturday, August 23, 2014

Al fatihah MH17 ~ selamat pulang ke Malaysia dan selamat bertemu tuhan mu.

Assalamualaikum...

Cerita jumaat senpena perkabungan Malaysia menyambut kepulangan 20 jenazah ke Malaysia.
Aku kerja hari tu tapi Dapat idea untuk lari balik kerumah tengok upacara menurunkan jenazah di kompleks bunga raya KLIA  dlm tv.
Aku telefon ann Tanya kapal terbang bawa jenazah MH17 dah sampai ke Belum.
An kata dah sampai dan sekarang berada di kawasan menurunkan jenazah.
Apalagi aku capai pass keluar terus meluru bawak kereta balik umah.
Aku rasa kelajuan kereta tu dah sama dengan kapal terbang dah.
Anak bujang aku Yg sekolah petang tu terkejut tengok aku tetiba balik umah.


Kurang sepuluh minit aku dah duk terpacak depan tb dalam umah aku.
Siap buat neskapi dan kunyah kepek pisang Yg aku bawak Dari kg hari tu.
Lupa sekejap time tu time kojo.
Pukul 10.54 pagi aku bertafakur  bersama2 mereka2 Yg berada di kompleks bunga raya KLIA.
Puas lah hati aku Dapat tengok istiadat bersejarah tu walaupun terpaksa curi2 balik umah sekejap.



Aku tengok sampai jenazah2 di bawa naik ke dalam helykopter untuk di bawa ke destinasi akhir mereka.
Lepas tu aku terus masuk kerja semula tak leh lama2 Kat umah .
Aku tak sangka lak sambutan sedemikian rupa buat mereka semua ni.
Pemimpin tertinggi negara juga turun menyambut kepulangan jenazah rakyat.
Kalau aku ambik cuti leh gak Tunggu sekali jenazah almarhumah mastura mustafa Kat paroi.
Waktu aku nak pergi kerja balik aku nampak 2 motor polis traffic dah siap menunggu Kat jalan senawang - paroi ni.

Gambar2 Kat bawah ni aku Dapat Dari facebook kawan2 aku.
Sedih tengok wajah2 anak kecil jadi yatim dalam sekelian mata.
Negara lain berperang mak bapak mereka yang terkorban.

        JUTAAN TERIMA KASIH BUAT MEREKA INI YANG MEMBAWA JENAZAH PULANG.

Inilah wajah 4 orang pilot yang bertanggungjawab memikul amanah membawa 20 jenazah pulang dengan selamat ke Malaysia.
Mereka terbang selama 12 jam melalui Laluan yang di rahsiakan untuk keselamatan mereka.
Mereka berempat berjaya merealisasikan Harapan semua waris2 mangsa dan rakyat Malaysia untuk sampai selamat ke negara Ini.
Tahniah buat mereka berempat.




Anak Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi yang berumur 8 bulan didukung oleh rakan sekerja Allahyarham, seorang juruterbang ketika solat jenazah #MH17




Tak dapat aku menahan air mata selepas melihat anak kepada Allahyarhamah Mastura Mustaffa menangis di sisi jenazah ibu nya.

Warigh kito...di penghujung perjalanannya di solatkan oleh ratusan Jemaah ...semoga roh Almarhumah mastura mustafa di tempatkan di kalangan roh2 yg beriman... damailah ia disana hendaknya..aminnn !

Ada banyak lagi gambar tapi Ini aje Yg aku nak masuk kan dalam blog aku ni.
Tapi  gambar Kat bawah ni yang betul2 buat hati aku tersentuh.
Melihat adik mukhriz anak tunggal arwah mastura Yg menangis di sebelah keranda ibunya.
Kasihan kecil lagi dah jadi anak yatim.
Buat anak2 aku akmal dan Ira korang berdua patut rasa bersyukur kerana sampai ke USIA belasan   tahun korang Ini ummi dan ayah masih lagi bernafas.
Masih lagi merasa kasih sayang walaupun mulut ummi ni kuat membebel bila korang buat silap.



Besar sungguh dugaan bagi anak kecil seusianya di duga dengan kehilangan bonda tercinta..semoga tabah dan kuat bagi meneruskan kehidupan. #MH17

AL FATIHAH BUAT SEMUA YG TERKORBAN.
SEMOGA DAMAI BERTEMU PENCIPTA MU.
APA YANG PASTI KAMI YANG TINGGAL INI AKAN MENYUSUL KEMUDIAN.
TUNGGULAH KAMI DIHADAPAN PINTU SYURGA MU.



Monday, August 18, 2014

Mak ngah Dak Yg tak seperti Dulu...

Assalammualaikum...


Citer raya aku selama seminggu serta raya berkonvoi sdh habis dah.
Jenuh nak menghabiskan entry tu selama beberapa hari ni.

Kali ni citer raya ke berapa aku dah tak ingat dah.
Ramai bebeno rumah Sedara Yg aku pergi.
Yelahkan time raya ni lah Dapat ziarah Sedara Mara terutama yang dah tua2 tu.
Kalau hari biasa masing2 sibuk dengan urusan kerja dan hidup.




Abah ajak aku pergi rumah mak ngah Dak aku ni Kat taman tuanku jaafar, seremban.
Pergi lak malam mencacau aku mencari umahnya.
Ingat area rumahnya tapi tak tahu no rumah.
Biasa aku pergi siang luas sikit pandangannya.
Ini pergi malam dah lah aku ada masalah Rabun silau nak terjojol mata aku tengok rumah orang sebijik2.
Sib baik anak bujangnya ada berdiri tepi pagar tak le tersesat masuk umah orang lain.



Inilah rupa mak ngah Dak sekarang jauh berbeza Dari Yg Dulu.
Dulu berbadan besar muka pun tembam sekarang dah kurus sangat muka pun sedikit cengkung.
Mak ngah baru kuar spital rupanya.
Ada masalah usus .

Inilah kelebihannya ziarah menziarahi pada bulan syawal.
Mana2 Sedara Yg Kita jarang jumpa atau tak pernah kerumahnya time nilah masa Yg baik nak eratkan silturahim.
Bertanya Khabar ....kalau tak raya aku tak tahu mak ngah dah Selim melim macam ni.
Waktu aku masuk kerumah aku org pertama bersalam dengan dia aku ingat kan Sedara dia.
Rupanya itu lah mak ngah terus muka aku jadi terkejut....Dulu lain sekarang dah lain.
Sekarang ni aku rasa macam dia orang lain.
Jauh sangat rupa Dulu dengan sekarang ni.
Kalau terserempak Kat mana2 gerenti aku tak kenal mak Sedara aku Yg sorang ni lagi.


Mak ngah rancak bercerita kepada kami tentang penyakitnya selama ni.
Semoga mak ngah Dak aku ni sihat seperti Dulu dan berisi balik badannya.
Teringat moment perkahwinan aku 18 tahun lepas.
Dia dan suaminya Yg jadi ketua chef untuk majlis kenduri aku Dulu.
Mereka berdua Diantara orang2 dapur Yg bertungkus lumus menjayakan majlis besar aku.


Terima kasih mak ngah Dak dan Pak ngah Bol !!




Wednesday, August 13, 2014

Raya ke onam~part 2.

Assalammualaikum...


Lepas Dari rumah k.ngah rusnah di tmn tun Husain onn tu kami gerak lak ke kg cheras baru bukit A.
Aku pernah buat entry tempat ni 2 tahun lepas.


Hari ni kami beraya lagi ke sini Sebab tuk alang Sedara sebelah abah dah bermastautin disini.
Dulu masa abah bekerja sebagai chef di kem kinrara punchung kami tinggal di sini gak.


Tapak rumah sewa kami Dulu dah jadi semak belukar dah.
Tiang umah pun dah tak nampak lagi.
Lama la jugak duk sini cuma aku ,ann dan Napie je tinggal kampung dengan arwah wan Dulu.
Kami sekolah di kampung bila cuti sekolah kami balik cheras.


Dah usang betul rumah ni dah.
Ni Dulu rumah penyanyi Yg terkenal zaman 80 an Dulu .
Aku dah lupa Nama dia nanti aku Cuba ingat balik.
Penyanyi ni suka main guitar ...Dulu kecik2 aku dgn kwn2 aku suka lepak umah dia petang2, main sorok2 dan dengar dia nyanyi dgn gitarnya.
Ramai le jugak kengkawan aku zaman budak berhingus Kat sini Dulu.
Tapi sekarang dah tak kenal dah muka masing2, aku ingat lagi beberapa Nama Yg rapat dgn aku tapi tak tahu Kat mana dyorang sekarang ni.
Tentu dah berkeluarga beranak pinak bagai kan cam aku jugak.


Rumah tuk alang sekarang dah jadi dua tingkat tapi Dulu rumah ni macam rumah kampung biasa je siap ada halaman lagi.
Dah jauh berubah kawasan ni sekarang keadaan jalan nampak semakin sempit Dari Dulu mungkin kerana mereka menambah rumah hingga ke jalan macam rumah tuk alang aku ni.
Sebelah atas atuk dgn wan alang duduk sebelah bawah pulak anaknya duduk.




Tuk alang nampak sihat begitu gak wan alang tapi pergerakkan wan alang nampak slow mungkin atas faktor usianya.



Ini rumah mak long edah anak sulung tuk alang.
Dari atas kami turun terus masuk rumahnya.
Kang lalu je tak singgah merajuk lak mak long comel aku ni.



Rumahnya kecil Dari rumah ayahnya Kat atas tu tapi nampak cantik dan kemas.
Tak banyak  perabut tapi ceria .
Senang le nak méngemas .
Aku suka Gaya umah simple dia ni tak serabot otak dgn mcm2 perhiasan.



Okey dah minum dan makan kuih Kita berangkat pulang.
Misi terjah rumah Sedara hari ni dah selesai di sini.
Dalam perjalanan balik ikut jalan genting peras.
Jalan Yg masuk ulu langat terus keluar ke kuala klawang.
Jalan ni Bengkang bengkok dan kawasan agak sunyi tak banyak kenderaan Yg lalu.
Klau malam2 tak di galakkanlah ikut jalan ni macam menyeramkan.
Klau keta ko down malam2 Kat jalan genting peras tu mau melalak sorang2 tak do sapo nak tolong.

On the way balik singgah lak umah Pak cik hasyim Kat area kuala klawang tu.
Tapi gambar nan adoooo...
Biasa lah bila umah terakhir semua orang dah penat nak ambik gambar pun tak do mood.
Raya lenkali lah tunjuk gambar beraya umah dia lak yaaa...:))

Cuma gambar dua beranak Yg keletihan tertido ni je aku sempat ambik Kat laman umah Pak cik aku tu.



Jgn Mareee tuan punya badan ai tercurik ambik gambar uuuu...hehehe.








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails