Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Monday, July 18, 2011

Waktu tamat sah solat Subuh.


SAYA masih keliru mengenai berakhirnya waktu subuh.  Sekiranya kita terlewat bangun dan melakukan solat Subuh pada waktu melebihi jam 7 pagi, adakah kita perlu niatkan seperti solat Subuh atau terus mengqadanya?

INGIN KEPASTIAN
Sungai Petani, Kedah


Solat ada dua jenis iaitu, yang pertama ialah qada dan keduanya, dengan niat “ada-an” iaitu dikerjakan dalam waktunya. Jika solat dilakukan ketika waktu masih ada walaupun hanya dapat satu rakaat, maka ia masih lagi dalam waktu.

Sebaliknya, jika solat ketika waktu berakhir, namanya qada. Yang perlu dilakukan sekarang ialah menyemak bila subuh berakhir kerana waktu solat setiap hari tidak sama.

Jika matahari sudah terbit jam 7 dan solat yang dilakukan sebelum waktu itu masih dikira dalam waktunya.

Sebaliknya, jika puan mengerjakan solat selepas matahari terbit, bererti puan akan qada solat tersebut.



SUMBER : MyMetro ( soal jawab bersama Dr Mashitah)



SALAM UKHWAH

22 comments:

jibangyeon said...

waaah tq untuk info :D

Anonymous said...

tambahan: bole rujuk waktu syuruk (matahari terbit) setiap hari untuk tahu bila habis waktu solat subuh. tp bila dh masuk waktu syuruk atau habis waktu subuh, tak bole terus qada' solat subuh tu. kena tunggu dalam 20 minit. sbb masa matahari terbit tu antara masa yang haram solat.

biasanya lps ~20 minit waktu syuruk, orang solat sunat israk & lepas 30 minit dari waktu syuruk pula dah bole solat sunat dhuha. wallahu'alam, dari apa yang saya tau la.

-sk-

a.samad jaafar said...

perkongsian ilmu yg sangat baik.. tahniah..

ariana said...

T.kasih sudi kongsi info sgt bermanafaat ni..CT :)

Cik Ina Do Do Cheng said...

kekeliruan tu selalu ada, nasib baik ada orang yang sudi nak selesaikan dan rajin nak cari dalam metro. cik ina pun berterima kasih sebab sudi kongsi info.

Dilla Ady said...

perkongsian yg baik ni kak..tq..

sori kak, lame tak jengah sini..

Muhammad Khairul Fahmi said...

info menarik...tnx shared it.. :)

SITI NOARIZAH ARIS said...

YUN CHAN...Sama-sama dik :)

SITI NOARIZAH ARIS said...

ANONY...Tima kasih atas sumbangan ilmu anda...ia sgt berguna utk di praktikkan !!

SITI NOARIZAH ARIS said...

A.SAMAD SAID... Sama-sama:)

SITI NOARIZAH ARIS said...

ARIANA... Untuk pengetahuan bersama jugak cikgu..hee!!

SITI NOARIZAH ARIS said...

CIK INA...sama-sama jugak sy lah yg selalu terkeliru tu :)

SITI NOARIZAH ARIS said...

DYILLA... x pe bila ada masa kita dtglah ziarah menziarahi.

SITI NOARIZAH ARIS said...

FAHMI...ya sama-sama moga ia jadi pengetahhuan berguna kpd kita semua.

Anonymous said...

kalo saya x taw bile masuk waktu syuruk...and saya assume dah lepas syuruk and niat qadha solat subuh.tp waktu subuh masih ade..adakah sah solat saya?

Anonymous said...

Secara ringkas, kelewatan disebabkan lupa atau tidur, membolehkan solat subuh dilakukan diwaktu yang terlarang menurut pandangan jumhur ulama'. Dalilnya diambil dari hadith Nabi saw :-

[color="#800000" size="3"]مَنْ نَامَ عَنْ صَلاةً أَوْ نَسِيَهَا فَلْيُصَلِّهَا إِذَا ذَكَرَهَا

"Barangsiapa yang tidur dan tertinggal solat atau terlupa, maka hendaklah ia solat apabila teringat" - [Riwayat al-Bukhaari #597, Muslim #684].

cinta said...

assalamualaikum...

Unknown said...

http://abuumair.com/soal-jawab/feqah-solat/05-012/

Unknown said...

Solat qada wajib disegerakan walaupn diwaktu syuruk,adapun yang tidak boleh solat selepas waktu subuh hanyalah solat sunat..wallahu a'lam...

Unknown said...

Solat qada wajib disegerakan,walaupun pd waktu syuruk,,dan adapun solat sunat sahaja yg tidak boleh dilaksanakn slps solat subuh...wallahu a'lam

Anonymous said...

Assalamualaikum 5.27 waktu subuh 6.47 waktu syuruk. 6.30 apakah msh waktu subuh

SITI NOARIZAH ARIS said...

Cik anon pukul 6.30 tu msih boleh buat subuh ...6.47 dh tak boleh seelok2nya bangun le awal buat subuh supaya kita x tergesa2 mengejar waktu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails