Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Saturday, March 29, 2014

Roboh.

Assalammualaikum ...

Hari ni hari sabtu aku balik kampung ke jolobu.
Yeaaahhh anak jati jolobu ni lik kg Selepas 2 minggu tak balik.
Bajet macam jauh nau kg tu kan sedangkan setengah jam Jo pun Dari senawang!!

Sabtu ni ramai Yg balik.
Ayie Yg duk Kat jb pun balik.
Diq nor Yg duk kt Selangor tu pun balik.
Shilla Yg belajar Kat arau dah memang ada pun Kat jolobu tu umah mak.
Dia dah habis study sekarang Tunggu nak Konvo dan Tunggu di panggil bekerja.


Ini kejadian di petang sabtu, Hujan lebat waktu ni.
Alhamdulillah dah paneh bila ujan turun Terasalah sojuk ea.
Bila ujan  aktiviti Yg paling best adalah tido beramai ramai.
Time tongah2 syok2 tido tu lah dengar bunyi booommmm Kat luar tu.
Rupanya keta ayie di hempap Kat bumbung sabak mak aku tu.


Apolaie bogogehlah semuo ea keluar tengok keto dah di sungkup Kat zink tu.
Terpaksalah bergotong royong dalam ujan tu mengangkat kayu dengan zink tu.


Yg jadi pilot dlm keta tu si zura wife ayie , dia drive bawak keta kuar sambil ayie, abah dan sorang brader Indonesia tu tolong angkatkan zink dan kayu.
Berat jugak benda alah tu semua.
Alhamdulillah keta tak apa2, cermin tak pecah .
Walaupun aku tengok muko ayie dah comeh semacam je dah.


Tima kasih Kat brader ni meluru je dia datang nak menolong.
Salute sama Lu brader.


Dia dan kengkawannya dah hampir 2 bulan bekerja Kat umah mak aku ni nak siapkan umah adik perempuan aku Yg kelima tu.
Rumah ni adik aku aply umah mesra rakyat petern pisang sesikat tu.
Nanti kok den rajin den up entry pasal umah ni.
Sekarang perut lapar maklumlah ari ujan.
Nak masuk dapur goreng kepok lekor.



Friday, March 28, 2014

Pulut kuning ekpress versi rice cooker.

Assalammualaikum ...


Ini breakfast aku sekeluarga pagi minggu ari tu.
Dah nak masuk hari minggu Yg baru pun dah baru ari ni nak update citer hari minggu lopeh.
Nampak tak malas ke tak malasnya aku ni mengupdate blog sendiri..huhu..

Okey tekak aku ni teringgin nak makan pulut Putih dgn sambil tumis ikan bills sebenarnya.
Tapi malam tu aku tergoogle kan pulak resepi pulut kuning versi rice cooker ni Kat salah satu blog masakkan tu tak silap aku Nama blog tu MAK LANG tapi aku terlupa nak copy link blog tuan umah tu.
Kalau MAK LANG tersesat ke blog saya ni mintak halal kanlah resepi ni Yg saya copy bulat2 Dari blog kamu tu ya.
Ini kes malas nak menyalin semula tapi gambar Kat ateh nun ha gambar original Dari kamera iPad sy bukan cilok orang punyo  dohh.:))

Copy paste pulut kuning ekpress versi rice cooker.


Bahan-bahan ( 5-6 org makan )

2 cawan beras pulut
1 cawan santan pekat + 1 cawan air panas
1 sdt garam
1 helai daun pandan
1 sdb minyak masak
Sedikit serbuk kunyit

Cara-cara

Cuci beras pulut hingga bersih..masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker
Setelah mendidih..gaul pulut supaya x berkerak..kemudian biarkan hingga masak..
Sesuai dimakan bersama rendang, kari ayam & daging, kurma & sambal ikan bilis..
Kaedah yg sama ini juga boleh digunakan( jgn masukkan serbuk kunyit) memasak pulut utk kuih serimuka , pulut serunding..pulut ini juga enak dimakan besama serawa durian..


Tapi bagi pendapat anak tekak aku Yg dah biasa buat dan makan pulut kuning versi kukus ni aku rasa Yg kukus Lebih wangi dan sedap .
Terasalah kepuasan memakan pulut kuning cara tradisi ni Dari yang ekpress ni.
Tapi klau tiba angin Maleh di serta kan keter INGIN an Yg melampau Nk makan pulut kuning tu boleh aje Cuba versi ekpress ni...copek pun copek.



Tuesday, March 25, 2014

Takziah & Al fatihah buat penumpang dan krew MH370.

Assalammualaikum ..



Bermula 8th Mac 2014..
Mh370 memulakan perjalanan terbang tinggi di awan biru.
Selama 18 hari ia hilang Tanpa di kesan

Hari Ini 25th Mac 2014..
Satu dunia sudah tahu ia tenggelam didasar Lautan Hindi.
Mengakhiri perjalanannya didasar Lautan biru.
Satu Malaysia menangis..
Satu dunia bersedih..




Namun di hujung doa insan Yg bergelar Muslim masih lagi mengharapkan agar ada lagi keajaiban Yg Akan berlaku Selepas Ini.
Sapa tahu ada Yg masih bernyawa.
Mampu melafazkan kata2 untuk bercerita buat kami Yg tertinggal.
Percaya pada qada dan qadar.
Namun doa dan usaha buat mereka Jangan dihentikan.



ALLAH itu ada..
ALLAH itu mendengar..
ALLAH itu melihat.. 
ALLAH itu MAHA mengetahui..

Dan doa itu adalah senjata orang2 muslim ...Jangan berhenti Dari terus berdoa.




Thursday, March 20, 2014

Tahniah utk budak2 SPM 2013.

Assalamualaikum ...

Hari ni dah diumumkan keputusan SPM thn 2013.
Tahniah berbakul2 kepada calon2 SPM 2013 Yg berjaya mendapat keputusan cemerlang.
Yang kurang cemerlang dan tak cemerlang juga Tahniah di ucap kan.
Sebab korang semua dah berusaha dan bertungkus lumus untuk menghadapi exam penentu masa depan korang ni.

Apa je keputusan terimalah dengan hati Yg redha sebab Ini bukan jalan penamat segalanya .
Pintu baruuuu je nak terbuka ..maksudnya banyak peluang Yg menanti di depan.
Pilihan ada di tangan masing2 buat keputusan Yg tepat.
Zaman sekarang peluang nak sambung belajar tu  terbuka luas, pinjaman pelajaran pun ada cuma nak dengan tak nak je.
Kalau keputusan tak bagus tak semestinya hidup Akan gagal.
Mungkin esok Kita Akan Lebih berjaya Dari kegagalan hari Ini.
Yang penting berusaha dan Jangan putus Asa.

Cewahhh aku bagi nasihat mengalahkan kaunselor bertauliah kauuuu !!
Hehe... Tahun ni giliran si anak Dara aku lak ambik SPM.
Maknanya tahun depan giliran aku le Yg dup dap dup dap le pulakk macam omak2 Yg lain tu.
Bila anak dah nak SPM terasa lah diri Ini semakin tuooo.


Muka budak bakal ambik SPM ujung tahun ni... Awal2 tahun ni Leh le senyummmm lagi kannn ko tengok le dah dekat2 nak periksa sok tak tentu arah le jadinya asyik mimpi pasal kertas soklan je nanti.
Aku pulak Yg jadi poning di buatnya.

Tuesday, March 18, 2014

Merisik..

Assalammualaikum...


Hari minggu yang lepas  ada rombongan merisik datang ke rumah mak dan abah aku di kampung.
Tujuan datang ramai2 tu nak merisik salah seorang Dari dua adik perempuan aku Yg solo lagi tu.
Aku tak tahu lah kalau pernah di buat kt orang  rombongan merisik ni  datang 3 buah bijik keta. Tapi hari minggu tu yang datang tu penuh lah hall umah  si napi tu.

Dulu masa aku meminang si zura bini Dak ayie tu aku datang bertujuh sama dengan mak, abah,adik aku nor,anak dara ku tu, ayie dan Pak lang aku...orang tua ni WAJIB ada pasal dia ni yang  kono jadi tukang cakap Kat bapak si zura tu.
Time tu aku rasa macam segannnn je datang merisik anak Dara orang datang ramai2 sedangkan Yg nak di Pinang tu sorang je pun tapi macam datang nak Pinang satu kampung.

Tapi Yg datang kali ni lagi hebat berbelas orang  kauuuuu.... Macam nak buat kenduri bertunang dah gayanya.

Rombongan merisik selamat sampai waktu tengahari ke rumah napi... Sejak ada umah ni semua acara rasmi keluarga kami dilakukan disini... X do lagi naik ke rumah mak Kat sebelah tu. Rumah ni tak bertangga mcm umah mak aku tu so tetamu bukak kasut terus je masuk ke dalam.
 

Napi dan ayie dua orang adik lelaki aku dan juga bakal wali yang Akan mengantikan abah aku nanti.
Dua jejaka yang dah jadi laki orang ni siap siaga menunggu Kat depan pintu menyambut kedatangan tetamu Dari jauh ni.

Yang Baju Merah tu napi dia yang menjadi orang penting menyambut dan menerima pinangan Dari orang sebelah lelaki ni....sepatutnya Pak lang aku yang kena ada tapi di sebabkan dia ada Hal dia serahkan bulat2 pada napi untuk menerima Cincin merisik... Yang Baju ijo ayie adik lelaki bongsu aku.


Dah selesai semua rundingan dan kata sepakat dah dicapai apa lagi menjamu seleralah Kita kannn.

Menu tengahari tu kami adik beradik masakkan daging Salai Masak lomak cili API campur terung telunjuk... Masakkan WAJIB org nogori ni Kenalah ada kan barulah pueh bagi org luar makan masakkan lomak cili API Kita tapi  tak buat podeh2 mcm Yg sepatutnya pasal takut dalam ramai2 tu ada lak Yg tak tahan makan pedas kang tak pepasal je Cirit Birit dalam keto.

Selain Dari tu ada sayur campur, ayam goreng kunyit, ulam potai dan timun .
Gambar menu lupa nak ambik Maklum jelah aku ni kan merangkap assistant Omak pengantin sibuk melayan tetamu , tu baru adik kono Pinang lum anak Dara aku lagi tu.

Beberapa bulan lagi siap sedialah aku dengan kesibukkan kenduri pertunangan adik aku ni, lepas bertunang panjang Jodoh nikah le pulakkkk.
Adoiii Haiiii lum sampai hari ea aku dah terasa ponek dah hah.

Sunday, March 16, 2014

Hujan....

Assalammualaikum ...


Alhamdulillah....hari ni hari ahad di senawang tempat aku bermastautin ni Hujan lebat!

Hujan  turun pukul 8 pagi tadi sampai sekarang dah dekat sebelah pagi dah masih lagi Hujan.
Memula tadi slow pastu lebat pastu slow mcm nak berenti dah dalam kul sepuluh tadi.
Aku dah happy dah ujan nak berenti pasal aku nak pergi pasar tani Kat stadium paroi tu.
Elok elok siap je nasi goreng aku ujan turun lebat semula.

Okeylah tu kan tak kisahlah klau nak ujan sampai ke potang pun tak apo Doohh.
Lama benau bumi senawang ni tak di basahi ujan Yg selobat ni.
Semua pokok pokok bersyukur sangat agaknya pasal dah lama kepanasan.
Mungkin Ini berkat solat hajat seluruh umat Islam di Malaysia.
Kita mohon turun kan Hujan , hilang kan jerebu dan selamatkan semua penumpang MH370.

Eh tapi aku terfikir gak semalam dyorang buat pembenihan awan. 
Ni Yg turun ni ujan semula jadi ke ujan hasil benihan semalam.
Tak kisahlahhhhh janji ujannnnn.



Saturday, March 8, 2014

Kisah ke Ayer itam,Johor.




Okeylahhh dah 2 minggu tak update blog.
Kemalasan Ini tak boleh di biar biarkan nanti penyakit malas mengupdate Akan berlarutan berbulan bulan , jadi sebelum ia menjadi barah Yg Akan merebak baik update citer ni mlm ni jugak.
Sebenarnya Ini kisah cuti CNY ari tu dah basi punnnn tapi aku nak gak update Kat sini tak kiralah kannn.


Yang Beria- ia nak ke Ayer itam ni sebenarnya adik ipar aku zura tapi di sebabkan permohonannya tak di layan Kat lakinya aka adik lelaki aku tu makanya dia pun ajak lah kitorang pakat ramai2 ke sana ari tu.
Dia tahu kelemahan lakinya tu kalau kak long dia ni Yg ajak gerenti si ayie tu tak kan menolak punya apalagi yang nak pergi tu setrak ramainya macam nak g berperang !

Kami keluar seawal pagi raya cina ke dua tu Dari JB ke Ayer itam .
ingat kan jalan tak jem rupanyaaaaaaaaa kt toll kempas lagi dah berderet keta sampai ke toll skudai dan ke atas berderet Deret kereta sepanjang jalan tu.
Ayie kata ikut sedenak nak elakkan tersangkut Kat jem tu, memanglah jauh ikut sedenak ke Ayer itam tu tapi kalau dah kereta terhengsut hengsut bergerAknya lagi lah lambat sampai ya nanti.
So alternatifnya ikut jalan dalam Kat sedenak kitorang tak lalu highway pun.

 Gambar ni Kat sebelah atas petron kami makan dan cuci mata Kat sini Dulu.

Sampai gak aku ke sini rupanyaaaaaaaaa...dh lama ajak en hubby aku tu ke sini tapi dia wat muka donno je dgn aku... Jauh Katanya.
Kalau Dari senawang ke Ayer itam tu dlm 2 jam je perjalanan dia memang tak suka berjalan macam aku banyak lah Alassn dia bagi.
Ni aku dah tahu Kat mana letaknya tempat ni boleh le aku drive sendiri ke sini nanti kan. :))
Sampai sampai je dah kul satu perut pun dah berkeroncong apalagi isi perut dululahkan.

Ada jual kerepek keropok dan berbagai2 kuih traditional . Aku jumpa kuih cakar ayam febret en hubby aku tu. Walaupun dia tak ikut sekali trip aku ke jb kali ni tapi aku ingat gak nak beli  something untuk dia... Baik tak bini dia ni walaupun dia tertinggal jauh Kat seromban tu haa..hehe..


Tempat yang buat aku termimpi mimpi bertahun lamanya akhirnya sampai gak aku ke sini.

Abah aku pun nak posing gak tapi dia sporting ikut je ke mana kitorang pergi,yelah anak anak nak bawak jenjalan kan...Alhamdulillah dlm USIA emasnya dia masih kuat lagi mengekor kami ke sana sini.


Sesapa Yg tergila gilakan pasu seramik atau tanah list dan sewaktu dengannya macam aku adalah WAJIB mencuci poket anda disini...ada pelbagai pilahan harga pun murah murah uuuu...

Yang kemaruk dengan tema English tu pun ada banyak pilihan Kat sini datang lah memilih milih yang penting uangnya perlu ada buk !!


Pistol betul betul aku tak nampak Yg huias an mcm ni ada banyak... Ada ke Yg decorate umah tema ala ala cowboy ?
Kalau ada Kat sini pun ada barangnya bukkkk !

Peace.....
Anak Dara aku pun nak berposing walaupun dia pening ikut ummi ni servey segala kedai Yg ada Kat situ untuk beli barang.

Seriesly memang tempat ni adalah syurga bagi peminat pasu dan hiasan umah mcm aku ni.
Walaupun  berjam jam berjalan aku tetap tak puas cuci mata dan poket Kat sini.
Ada barang Yg aku target nak beli tapi tak Dapat beli pasal hari dah petang.
Anak ayie si bucuk macham Yg baru 5 bulan tu dah nangis2 nak balik tak selesa agaknya.
Mak aku pun mula lah tepon sana sini panggil semua kuncu kuncunya balik .
Aku dan adik aku main rembat je beli barang Yg tercapai Kat tangan sebelum mak aku jadi halilintar.

Tak pe tak pe lenkali aku datang lagi Ompek beranak je kesini.
Hari tu tak sempat beli pasu lenkali aku borong sampai penuh bonnet keta laki aku Kat pasu.
Tunggulah Ayer itam kedatangan ke dua aku nanti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails