Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, July 15, 2016

Rezeki dari tetamu...


Assalammualaikum...

Dah beberapa hari ni tekak aku ni mengada2 pulak nak makan satey.
Agaknya dah seminggu beraya jumpa lemang,nasi impit, kuah kacang dengan rendang je.
Tu yang tekak aku ni buat karenah.
Nak makan satey tu kat depan umah aku ni je kat belakang giant senawang tu.
Bukan jauh pun tapi aku malas betul nak keluar malam-malam.

Malam tadi adik aku dengan suaminya bawak mak abah beraya ke rumah.
Tak disangka sangka pulak dyorang datang dengan tangan berisi.
5 bungkus cucuk satey dia letak kat depan aku.
Terkedu sekejap "cammana dyorang leh tau aku nak makan satey ni"
Tapikan kalau dah rezeki kita tu tetap jugak kita yg dapat.



Dek banyak nau satey sampai aku rasa risau "habis ke kang ni?"
Dah lah aku buat laksa goreng lagi tu.
Aku rasa macam nak ajak satu taman je makan satey kat umah aku ni.
Ada banyak jenis satey lak tu.
Ada satey ayam,daging,tongkeng,babat dan paling special sekali satey kambing.
Kau adooo ???
Hahaha.....



Tapiiii habis jugak satey2 tu kena telan kat kami berlapan je ni.
Syukur selalu.....Allah tu sentiasa ada mendengar bisikan hati kita.
Jadi jangan lupa doa selalu....mintak yang baik2 dapat lah yg baik.
Mintak satey dapatlah makan satey macam akuuu,...hehehe...

Friday, July 8, 2016

Giliran rumah mertua..

Assalammualaikum...

Kononnya nak tulis padal tajuk entry ni tapi ontah apo yg den buat terdelete post yang semalam.
Adehhh...terpaksa lak tulis balik .
Nasib baik sendiri tulis sendiri ingat balik tapi mungkin ada yang tertinggal.
Nasiblah kan salah jari sendiri yg mengatal menekan nekan sudahnya terdelete entry sendiri.

Adat berumahtangga kena bergilir balik beraya ni.
Sama juga macam aku dan adik beradik yg lain.
Tahun 2016 ni tahun beraya rumah mertua masing2.
Jadinya tahun ni cuma tinggal adik bongsu aku shilla je dengan mak abah.
Semua nak berkumpul raya sama2 tu yg sesama balik umah mertua tahun depan ramai2 lak umah mak abah.
Tu esok2 shilla dah kahwin tak tau lah cammana pulak dia laki bini.

Sooo untuk pagi raya tahun ni terasa sikit sunyi sebab tak ramai yg ada.
Aku ni nasib baik kawin orang sebelah kampung .
Pagi pagi raya dah ada umah mak .
Malam raya tu pun aku ada umah mak gak walaupun giliran rumah mertua.
Leh main kejar2 je kerumah mak dan mertua aku..hehe...

Lepas minum kita bergambar bertujuh jelah nak tunggu yang lain2 raya ke tiga baru sampai ke sini.



                            Dua photograper amatur tengah setting kamera.


                                                   Tujuh orang je di pagi 1 syawal tahun ini.

Wednesday, July 6, 2016

Sedondon di pagi syawal....selamat hariraya Aidilfitri.

Assalammualaikum....

Hari ini satu syawal hari kita meraikan kemenangan kita selepas satu bulan berpuasa.
Kami sekeluarga menunaikan  solat sunat hari raya di MASJID KARIAH AMAR PENGHULU,kg ulu klawang jelebu.
Masjid ni tempat aku adik beradik dan kawan2 belajar mengaji kecik2 dulu.
Al fatihah buat ALlahyarham atok maarof yang mengajar kami mengaji semoga rohnya di tempat di kalangan roh2 yang di rahmati berkat mengajar kami dulu.

Aku dan suami satu daerah dan kampung pun berdekatan.
Kg renal vs kg ulu klawang gituuu...
Bila raya tak payah nak poning2... Jimat toll dan masa.
Tak macam sesetengah yang lain selang setahun dapat salam tangan mak ayah.
Tapi kami Setiap tahun dapat bersalam dan mencium tangan ibubapa sendiri di pagi raya.
Malam raya dan pagi raya umah mak sendiri atau mertua kang lopeh solat sunat raya dah terpacul lak kat umah yang satu lagi.
Berkat jodoh dekat....syukur sangat di situ.

Setiap tahun raya kami sedondon.
Bila tengok orang lain pun sedondon rasa seronok sangat .
Ada sedondon hijau, biru, merah dan macam2 kaler.
Terasa sangat kemeriahannya.

Kepada semua yang datang berkunjung ke blog ini saya sebagai tuan tanah ingin berterima kasih dan memohon maaf sekiranya ada diantara tulisan yang buat kamu semua terasa hati.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN IKHLAS DARI KAMI SEKELUARGA.

Monday, June 27, 2016

Biskut raya tunggal untuk tahun ni.

Salam Ramadhan,
Dah  nak sampai ke penghujung ramadhan dah kita.
Maksudnya kurang dari 2 minggu lagi kita semua akan beraya.
Baru ni aku nak update blog...
Bapak punya pemalas ko update  blog sekarang cik tie oii..
Ok tahun ni tak buat biskut raya banyak2 macam tahun2 lepas.
Cukup satu jenis je tu pun nak ngabihkan lebihan tepung tahun lepas.
Setahun lagi xpired tepung sebelum xpired kita habiskan dia kalau tak membazir je tepung kentang tu.
Biskut yang lain2 aku order je kat adik ipar.
Kebetulan dia buat bisnes jual biskut raya tahun ni.
So kita tolong menolong le di situ.
Aku tolong dia...dia tolong aku.
Biskut kentang yang aku buat ni senang je resepinya.
Buat pun senang tak payah nak gelek2 dgn kayu dan papan doh.
Rasanya pun sedap bahan2 pun tak banyak nak guna.
Resepi boleh gugel je nama biskut kentang ataupun biskut german.
Melambak keluarnya nanti.
Semalam dalam malas2 tu dan mood ke laut pacifik siap gak biskut ni empat bekas untuk umah aku , mak dan mertua.
Nilah buah tangan raya aku tahun ni sehari sebelum raya nanti aku buat kek utk dyorang pulak.
Kek senang sikit kerjanya tak payah duk setengah hari main dengan tepung macam buat biskut .




Tuesday, May 24, 2016

Setahun jagung sudah..... Semoga berkekalan.

Assalamualaikum...

Dek lamo tak mengupdate blog sampaikan aku terlupa cammane nak letak watermark kat gambar.
Padanlah dengan muka...sapa suruh ko cuti update blog lama lama kan?

Okey untuk entry semangat setelah ramai yg bertanya ...
"lamanya blog ko tak update dah tak do idea ko ?"
Bukan tak do idea tapi malas yang sebenarnya...cerita banyak kesudahannya berkubur..huhu..




Rasanya macam baru semalam kad ini di edarkan untuk meraikan majlis cinta si mempelai.
Tup tup tahun ni bulan mei bulan yang sama dah setahun dah terbina mahligai kedua mempelai.



Semoga ikatan kasih mereka berkekalan hingga ke syurga.
Tak lama lagi ada penyerinya maknanya mak longnya ni kena tambah lagi peruntukan duit raya.
Bertambah tambah cucu mak abah den.
Makin riuh le mulut mak dan abah bila ramai cucu cucu balik kampung mengejakan kucing dan ayam.

Selamat ulangtahun perkahwinan buat diknor dan emy !!
Jangan lupa belanja spagheti ...hahaha...

Tuesday, March 1, 2016

Anivesary yg ompek tahun sekali buat napi & ikin.

Assalamualaikum...

Sebenarnya nak taip semalam sempena 29 feb 2016 .
Tapikan pepaham ajelah bila dah ada kat rumah banyak benda yang di uruskan.
Pastu terus terlupa...hahaha..

Okey... Tahun ni tahun lompat yang hadir cuma ompek tahun sekali untuk 29hb tu.
Tapi kenapa ya febuary je yang kena macam ni tak pulak bulan yang lain2 ?
Okey ini nak kena tanya pakcik gugel nanti...atau ada sesapa reader kat sini yg tau?
Di sebabkan cuma empat tahun sekali jadinya sesapa yang lahir atau berkahwin pada tarikh ni cuma boleh sambut ompek tahun sekali jugak lah kan?
Kesiannyaaaaaa....


Tarikh keramat ni terkena kat adik lelaki aku ni.
Berkahwin pada 29 febuary tahun......?
Alaaaa aku lupa la tahun berapa tapi anak lelaki sulungnya dah pun masuk darjah satu dah.
Rasa rasanya ikin isterinya tu selalu baca senyap2 blog akak ipar dia ni.
Tak pe nanti dia jawabkan untuk aku...hehe..

Walau apapun selamat ulang tahun perkahwinan le buat korang berdua ya yang jatuh pada semalam.
Semoga jodoh dan bahagia itu milik ko sekeluarga hingga ke hujung nyawa.
Dah ada putera puteri pelengkap hidup dah.
Semoga mereka berdua jadi anak yang soleh dan solehah.


Seronok apa sambut ulangtahun ompek tahun sekali ni.
Diam tak diam anak dah masuk sekolah dah tapi mak ayah boleh kira dengan jari berapa kali je sambut annivesary tu.
Okey napi dan ikin ko tunggu lagi ompek tahun untuk baca entry sepesel macam ni dari kak long.
Itu pun kok aku panjang umur lagi nak taip macam ni.....insyaAllah.

Saturday, February 13, 2016

Bbq ...Petang Ahad 7/2/16.

Assalammualaikum....

Bila tiba cuti perayaan macam ni semua orang ambil kesempatan berkumpul bersama keluarga terutama jika masih ada lagi ibubapa.

Begitu jugaklah dengan adik beradik aku.
Cuti macam ni hari yang di tunggu tunggu bagi yang merantau jauh.
Ayie duk kat jb sampai ke negori tanah adat sejak jumaat lagi.
Tapi ann yg duk kat selangor balik kelantan kampung suaminya.
dik nor lak berjalan sekelurga dgn mertuanya ke mersing.

Sooo petang ahad sewaktu penganut tionghua makan besar kami ber bbq.
Kali ni kurang 2 keluarga...cuma buat mana yg ada je.
Tapi tetap gak meriah.
Dah anak2 mak aku ramai.
2 orang tak ada ...5 tu tetap ada.
Anak2 campur menantu cucu dah boleh buat kenduri kecik dah.

Kali ni kami bbq kan daging kambing australia, kerbau india, ayam malaysia, sosej, sekor udang galah ( ni udang sesat) ikan talapia.
Tu diaaaaa....takde kesian ..
Daging2 obersea mari maaa...

Okey layan gambar yang sempat di snap.
Yang lain tu tak sempat pasal dah di snap dulu dlm mulut rakyat jelata.


Saturday, February 6, 2016

Kebetulan di hari cuti CNY.

Assalammualaikum.....

CNY datang lagi.
Bila tiba musim perayaan macam ni tak boleh tidak mesti antara kita kena banyak bersabar dengan masalah kesesakkan di jalan raya.
Diantaranya adalah aku.

Walaupun aku tak berada di atas jalan time ni dan tak kemana-mana.
Tapi my princess pulak yang berada dalam bas dari utara menghala ke seremban.
Bas bertolak dari stesen bas kangar pukul 11.30 malam dan sekarang masa entry ni di tulis sepuluh minit lagi pukul 9  pagi lampu bas tu pun aku tak nampak lagi.
Leher aku dah jadi panjang mengintai bas2 yang baru sampai kat terminal somban ni.😕😕😕

Teringat kisah setahun yang lalu.
Hari yang sama masa cuti CNY kami bertolak dari seremban hari sabtu pukul 9 pagi ke kg langgar ,kedah untuk majlis perkahwinan adik ipar.
Sampai ke sana pukul seblas malam.
Naik mengurutu buntut aku duk dalam kereta berjam jam.

Hari ni hari sabtu .
Time cuti CNY jugak anak aku bertolak dari kangar perlis pukul sebelas malam dan akan sampai kesini pukul sembilan pagi ni.

Satu kebetulan di hari dan waktu yang sama.
Cuma tahun je tak sama.
Tak tahu lah macam mana pulak ghuper muka anak dara aku tu kang duk berjam jam dalam bas.

Monday, January 25, 2016

Memanjakan diri di spa areca,senawang.

Assalamualaikum....

Ini story tertunda sebenarnya.
Kejadian berlaku 15 january hari tu.
Dah lama bebenor badan ni tak dimanja manja kan.
Asyik memanjakan suami dan anak2 je badan sendiri tak di pedulikan.
Jadi sempena cuti befday Yang Di Pertuan N.Sembilan 14january tu aku ambik cuti direct sampai ahad.

Ompek hari bercuti adalah untuk diri sendiri.
Berehat, ber spa, dan buat semua yang aku suka untuk diri sendiri memang menyeronokkan.
Terasa betapa letihnya aku 2 minggu awal persekolahan ni.
Berkejar2 mengejar masa pagi2 amatlah memenatkan.
Jadi dapat berehat 4 hari dan berurut satu nikmat betul .

Kebetulan spa areca ni ada buat promosi untuk urutan satu badan.
Promosi ni sampai hujung bulan ni.
Hari tu aku ambil urutan italy roses.
Bersauna sekali terasa ringannya badan bila semua toksin dalam badan keluar.
Next time nak ambik urutan halia pulak kat sini kasi keluar itu angin kus kus yang bertepek dalam badan ni.

Sekarang ni aku nak lebihkan masa dan duit untuk diri sendiri.
Nak hargai kehidupan yang semakin bergerak ke penghujung.

Psstt...aku tak reti le nak tepek gambar dari galery kalau update blog guna telefon ...ada sesiapa yang boleh ajarkan?

Thursday, January 14, 2016

2016....awal tahun yg panas dan sibuk.

Assalamualaikum.....

Apa khabar semua silent reader...?
Terima kasih ya yg datang menjenguk kesini walaupun tuan tanah kedaung ni lama menyepi diri.
Terima kasih yang masih sudi mengomen tu .
Bila nampak ada yg tinggalkan komen terasa bersalah bila tak menulis langsung kat sini.

Okey...semua orang tahu sekarang ni cuaca negara kita sangat2 panas.
Air- cound kat ofis aku tu yg guna 5 hosepower tu jadi sewel gak time paneh2 ni.
Pagi2 ok lagi sejuknya masuk pukul seploh pagi dia mula buat hal sejuk pun macam tak sejuk.
Masuk petang lagilah pulak.
Dah servis dah ...aircound pun baru tapi tak terlawan gak dengan cuaca panas yang tuhan bagi ni.
Beberapa hari lepas aku mula sakit kepala terasa bahana panas ni.
Air kosong memang jadi teman setia dah...tetiap malam sebelum tido kena mandi sekali lagi kalau tak memang tak selesa tido.
Sekarang ni kita ikut je nasihat yang di keluarkan kementerian kesihatan kalau tak nak masalah lain yang timbul nanti.
Aktiviti luar rumah kurangkan kalau boleh elak kan langsung.

Oh ya sejak bukak sekolah hari tu hidup aku mula kelam kabut balik pagi pagi.
Bangun je tidur lepas solat subuh terus berlari kedapur buat sarapan.
Tahun ni anak bujang sekolah pagi so tak ada yang nak tolong aku buat keja umah pagi2 lagi dah.
Kalau ada basuh baju aku kena ampai baju dulu sebelum pergi kerja dulu si bujang yg tolongkan.
Lepas buat sarapan aku masak terus untuk lunch dan dinner nanti.
Kang si bujang balik sekolah nak makan tengahhari pastu pukul 8 malam kena pergi tuisyen.
Pukul 6petang kang ada temujanji depan tv tengak citer suraya.
Bila dah terjebak nilah padahnya citer ni pun lambat nau habisnya .
Pastu siap kerja umah bergegas lak nak pergi kerja.

Sekarang ni parking punyalah susah pukul 7.30 pagi dah full dah.
Aku bersiap ala kadar je capai kunci terus start kereta kalau boleh terbang kereta tu aku terbangkan.
Dek pasal nak berebut parking kalau lambat seminit je alamatnya parking tepi jalan le keta aku.
Selalunya aku dapat parking kosong yg paling last kalau nasib baik sikit adalah 2 yang kosong.
Nasib tak baik langsung tak ado parking..huhuhu...
Lepas aku dapat parking kereta2 yang kemudian tu semua berderet tepi jalan.

Inilah kesibukkan aku sepanjang 2 minggu sekolah ni.
Ni nak mengadap sampai ujung tahun harap2 semangat aku cukup kuat le nanti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails