Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Sunday, December 30, 2012

Genap sudah satu semenanjung aku merayap.

Assalammualaikum..!!

Tak mahu jauh ketinggalan jadi aku update cepat2 entry ni.

22hb December ari tu bersamaan hari sabtu... jam 9.50 pagi aku memandu ke Johor bahru membawa mak, abah dan dua orang anak aku.
Aku bercuti 4 hari sampai krismas duk kat JB.
Dah lama aku nak ke negeri paling selatan di semenanjung ni dan jgn tak percaya ini lah kali pertama aku menjejaki kaki ke negeri Johor Darul Takzim.



Aku dah sampai ke serata negeri di semenanjung ni termasuklah paling utara negeri Perlis.
Perlis tu pun dah 2 kali aku pergi dah .
Sempadan Thailand pun dah 2 kali pogi dah tapi Johor tak sampai2 gak lagi.... bukan jauh pun langkah satu negeri je nak sampai ke sinun.
Kalau Ayie tak kojo dan tinggal kat JB tak tahulah zaman tuk kaduk  keberapa lak aku dapat sampai ke negeri yg berjiran rapat dengan Singapura tu.

Tepat jam 1.30 petang aku dah duk rileks2 kat tepi plaza tol Kempas tunggu Ayie datang pasal aku tak tahu kat mana umahnya.
Korang kiralah berapa jam aku bawak keta dari Senawang ke JB ikut highway Air keroh tu.
Zura bini Ayie tak sempat masak kakak ipar ea dah terpacak tepi tol.... dyorang pikir aku lambat lagi sampai.... punyalah semangat aku nak sampai ke johor !!

Sampai2 je aku kat umah Ayie ujan turun selebat2nya sedangkan sebelum tu panas berdenting.
Agaknya cuaca pun leh terharu tengok aku  selamat sampai  ke Johor negeri terakhir aku jejaki dalam sejarah idup aku ni........ngeh ngeh ngeh !!





Pada sebelah malam Ayie bawak aku jenjalan ke PASAR BORONG PANDAN.
Mak dengan Abah tinggal kat umah pasal letih duk lelama dalam keta siang tadi.
Orang2 sekitar JB mesti tau bebeno tentang  pasar nikan ?
Banyak di jual haiwan2 segar dan harga pun murah2....patut le adik laki2 aku tu gomuk sojak duk JB ni.





Ayie dan Zura tengah pilih dan beli ikan.

Harganya berpatutan walaupun kos hidup kat sini mahal tapi kalau lauk2nya murah2 itu dah  cukup bagus.
Suka aku tengok pasar segar yg banyak pilihan dan harga murah ni.
Teringin lak dah pindah duk johor...hehehehe...

Tapi boringlahkan mengekor orang cari lauk pauk jee....
Ini aktiviti biasa aku buat setiap minggu kat umah aku .... bosanlah meh kita cuci2 mato kat sebelah pasar segar tu...jommmm....
Ayie dengan Zura merayau cari lauk aku dan PRINCES aku merayau  mengabihkan duit aku lak...


Selain dari jual lauk pauk dan sayur kat pasar borong ni gak ada jual macam keperluan hidup kita.
Ada gerai tudung, baju-baju, bantal-bantal....

Jual comin mato itam... 



kerongsang dan banyak lagilah..... abaikan tangan anak daro den tu !

Tak de mood ambik gambar banyak2 pasal aku dah separuh angau tengok macam2 barang ado kat sini.
Sempatlah aku rembat 3 helai tudung  dengan 10 biji kerongsang.
Tu tak sampai sejam aku kat situ tu...klau lagi lama lagi banyak le barangnya aku hangkut bawak balik.
Berpusing2 dari satu gerai ke satu  gerai pun leh tahan le lamanya kannn....

Kat pasar borong pandan ni jugak ada gerai makan2...macam2 makanan ada di jual.
Sampaikan aku nyaris tersesat dek nak cari rojak mee untuk abah aku.
Ayie pun satu suruh aku orang somban ni yg cari kat pasar tu manalah aku tau kat mana duduknya gerai jual rojak.
Dahlah kali pertama aku sampai kat sini !!
Nasib baik jumpa itupun separuh pengsan dah  aku merayau mencari dalam pasar borong yg sebosar2 pasar tu.

Kalau tak kerana abah aku lah yg kirim memang malas aku nak mencari rojak tu.
Lik umah aku tido  pengsan tak sedar diri di tambah lak letih drive sorang2 siang tadi dengan merayau2 dalam pasar borong.

Ni baru namanya berjalan-jalan.... nak sangat berjalan kannnnn....


SALAM UKHWAH

Saturday, December 29, 2012

Bersanding... merah ong dan royal blue...


Assalammualaikum...!!

Dah genap sebulan Ayie nikah tapi citernya tak habis lagi...ni aku buat shortcut sekali harung majlis bersanding kat umah pengantin pompuan dengan sebelah aku pengantin lelaki sekali.


Lokasi : Daerah Jempol, N.Sembilan.


Malam selepas isyak Ayie dan Zura bersanding kecil-kecilan ..kata orang berinai kecil ..betul ke ?
Malam tu selepas acara bersanding dan makan malam dalam pukul 10 malam kami semua bertolak balik ke Jelebu.
Ayie pun kono ikut gak tak boleh tinggal mak aku tak bagi tinggalkan anak jantannya dulu...sok pagi leh tinggalkan kat orang jempol.


Bersanding sebelah siang harinya pula pengantin memakai baju warna merah sedondon dengan warna kemah makan sekali.
Tengok muka ayie dah naik lotih bergambar...gasaklah kauuu bukan selalu punnn !!!



Wajah dua orang tua yang melahir dan membesarkan kami 7 beradik...seorang demi seorang anak2nya di sambar orang.... lastly tingallah berdua balik cam zaman mula2 kawin dulu...huhuhu...

Lokasi : Daerah Jelebu,N.Sembilan.



Bersanding kat umah mak aku...kaler pilihan dyorang royal blue..
Memula aku tengok kaler cam tak cantik jeeee ...
Tapi lama-lama di perhatikan terserlah ke angunannya di mata aku.
Terus aku jatuh hati dengan kaler biru ni walaupun ada orang kata ini kaler biru orang tua.
Punyalah payah aku nak cari serba serbi barang ikut kaler tema ni hari tu.
Tapi alhamdulillah lah semuanya dah selesai dan berjalan lancar seperti di rancangkan.

Actualy kerana masing -masing terlalu sibuk dengan urusan majlis  tak seorang pun antara adik beradik aku yang ambil gambar sewaktu majlis di rumah mak aku hari tu.
Gambar2 yang ada kat umah mak aku ni  harapkan belas ehsan sedara mara dan photographer serta kawan2 Ayie dan saudara mara sebelah Zura yang ambil kat umah mak aku ari tu.
Semua 5 jenis menu makanan yang abah aku masak sendiri untuk tetamu jemputannya  pagi2 sebelum majlis kenduri besar tu pun tak dapat di snap.


Dah selesai kenduri baru aku perasan aku tak ambik satu pun gambar hidangan meja beradap pengantin yang aku masakkan bersama adik perempuan aku dik noor.
Tak dapat tengok gambar 5 ekor ayam golek yang aku bakar subuh-subuh gelap hari  tu.
3 ekor Ikan siakap dan 2 ekor ikan bawal aku buat masak 3 rasa.
Sayur campur yang mak cik aku tolong gorengkan dengan sos tiram.
Tapi nasib baik le akak sepupu aku yg kat melaka tu ada ambil gambar ayie tengah makan.
Dapat le aku tengok gambar udang panjat aku tu dengan telur puyuh......janji adoooo !!


Dan yang paling aku happy sangat2 pasal 600 kotak doorgift yg aku sponsor habis tak satu pun yang tertinggal atau berbaki malah tak cukup lak buat tetamu yang datang lewat sebelah petangnya..
Lauk pauk yg abah aku masak pun selosai...licin piuk belango kat penangah..
Yang paling penting tak ada pembaziran yg terjadi pada hari tersebut. :))

Okeyy selesai sudah kisah bina masjid baru ni.
Insya ALLAH tahun depan sorang lagi adik perempuan aku akan mengikut jejak langkah bang tehnya ni.
Selesai je adik2 aku giliran anak2 akulah pulak.
Pendek kato den ni sibuk dongan majlis nikah kawin oraaaang jelah haa..



SALAM UKHWAH

Tuesday, December 18, 2012

Teringatkan kisah dulu-dulu..

Assalammualaikum...

Aku ada postkan gambar kat bawah ni dalam wall FB aku petang tadi,
Gambar pak cik naik moto ni pun aku dapat dari salah sorang kenalan aku dalam FB tu.
Pak cik ni sanggup bawa barang2 dan anaknya naik motor ni dari gombak ke maktab perguruan kat melaka.
Pengorbanan seorang ayah nak tengok anaknya berjaya tanpa menyusahkan orang lain sanggup dia bawak motor dengan perjalanan sejauh itu.

Photo: Demi anak pakcik ni sanggup menghantar anaknya. mereka tinggal di gombak dan hantar anaknya di IPG melaka.

nak di jadikan cerita pakcik ni tersalah jalan masuk seremban dari gombak dan terus ikut bukit putus melalui kuala pilah untuk ke me
laka melalui tampin. katanya lagi,mereka berdua beranak bertolak dari gombak pukul 3 pagi dan bersolat subuh di nilai kemudian meneruskan perjalananan dan sarapan di kuala pilah.

Mendengar cerita pakcik ni, dlm hati aku berkata, "balik dari melaka ni aku akan ikut jalan blk ke seremban ikut jalan yg pacik ni lalui td" ... bila sudah abis selesai di IPG (instutut perguruan), blk ja terus ikut jln tersebut iaitu dr melaka ke seremban melalui tampin dan kuala pilah. Boleh tahan juga jalan tersebut dgn selekohnya yg tajam dan lory lagi......

cuba kita bayangkan pakcik ni dgn anaknya melalui jalan ni dgn beg dan bekalan mereka....sebak hati bila mendengar cerita pakcik ni...
di kesempatan ini aku sendiri mempelawa pakcik ni pada ari jumaat ini "pakcik tak perlu la amik anak pakcik, nti saya akan hantarkan anak pakcik sekali ke gombak"....

sayu hati lihat wajah seorg ayah yg sanggup bersusah payah utk anaknya agar anaknya sentiasa berjaya depan matanya sendiri...
semoga Allah memberi rezki yg melimpah ruah pada keluarga pakcik ni....

pada semua,hargai la ayah, bapa, walid, dady, papa, baba kita selagi mereka masih hidup... kasih mereka tidak pernah luntur utk kita yg bernama anak.

- Pena : Kee Perantau Simpang Tiga -

Jangan ingat kita lah orang yang paling hidup susah, ramai lagi yang lagi hidup susah berbanding kita. Ingat juga, jangan kita sombong, kedekut ketika kita senang, kita belum tahu bagaimana kita di hari kita susah nanti. renung-renungkan dan selamat beramal!

- Pena : @Kee Perantau Simpang Tiga -

dibenarkan : Like | Comment | Tag | Share :)

*credit mukabuku *

Bila tengok gambar ni teringat aku kisah 20 tahun lepas semasa aku bersekolah di sekolah berasrama di daerah JEMPOL Negeri sembilan.
Selepas habis SPM semua barang2 kepunyaan kita kena bawak balik  semuanya ke rumah.
Abah aku cuma ada motor warna merah aje waktu tu jenis apa aku dah tak ingat..... mana ada keta macam orang lain.

Abah bawa semua barang2 aku  naik motor macam pak cik tu.... dengan baldi basuh bajunya, beg buku2 aku ... macam2 lagilah penuh motor tu dah macam mamak yg jual roti petang2 tu dah aku tengok.
Aku pulak abah suruh naik bas bawak beg baju takut hujan tengah jalan katanya...

Bila di ingatkan balik kesiannnn sangat.... dari Jempol ke Jelebu tu jalannya bengkang bengkok... tak secantik jalan sekarang.
Kebun getah dan sawit kiri kanan.... berpuluh kilometer gak jarak perjalanan....nasib baiklah tayar motor tak pancit tengah jalan.

Hari ini aku gembira dan bangga sangat2.... dapat bawak abah dan mak jalan-jalan naik kereta aku.
Walaupun bukan kereta mewah atau mahal  tapi abah selesa..... yang penting kereta tu aku  beli dengan duit titik peluh aku bekerja.... aku yang pandu sendiri.
Dah merata tempat aku bawak mak abah jenjalan dengan kereta aku hasil dari pengorbanan  wang ringgit dia sekolahkan aku dulu.

Dannn..... hujung minggu ni aku akan pandu kereta aku bawak abah ke JOHOR BAHRU .
Menziarahi Negeri tempat dia mencari rezeki hampir 40 tahun yang lalu... dah lama dia nak ke sana .
Cuma baru sekarang berkesempatan itupun pasal AYIE duk kat JB sekarang.

Semoga perjalanan kami berlima selamat pergi dan balik nanti.... Aminn !!


SALAM UKHWAH





Saturday, December 15, 2012

Aku Terima Nikahnya.....


 Assalammualaikum...



Lama sudah aku tak menjemgguk blog aku ni bukannya apa...sibuk dengan persiapan perkahwinan adik lelaki aku..Ayie.
Sebagai kakak sulung hampir 70% persiapan terletak atas batu jemala patik ni.
Sampaikan aku terasa macam mak pengantin pun adoo..

Mana tak nya sikit2 along...kang sorang tanya along...sorang lagi nak jugak along.
Aku kat opis leh adik aku PIE tepon nak pasang khemah style cammana.... pastu leh lak tepon aku dari kedai buah tanya nak potong limau berapa bahagian... nak beeli banyak mano.
Macam2 hal betul...

Wat kenduri kat kg umah mak tapi umah aku tumpang bersepah sekali dengan kotak door gift.
Haaaa.... tu belum lagi aku citer kat korang pergi nilai sari suntuk  keluar masuk kodai kek nilai nun dokek spoloh bijik kodai tapi balik tangan kosong .
Minggu depan tu lak baru membeli belah..... mak dgn adik2 aku dah sound awal2 tak sanggup ikut aku berjalan cari barang..... leh pengsan tengah jalan.... ko sangguppp ?

Tapikan kalau bab nak menjimat belanja semuanya cari aku mintak aku uruskan..... manyak cantik muka dyorangkan ?


 
Tepat masanya  selepas asar 24 Nov ari tu AYIE selamat menjadi suami orang...hanya dengan sekali lafaz sahaja...Tahniahlah buat adik aku ni...berkat doa seorang ibu dia di jodohkan dengan anak gadis dari daerah jempol... orang nogori gak weiii !!




Ni time menyerahkan duit mas kawin.... aku tabik dengan pak lebai yang duk kat tongah2 tu... tu bukan ayah mertua AYIE tapi orang masjid...pak cik tu siap ajar lagi dialog2 bagus untuk AYIE cakap masa bagi duit mas kawin tu... peh tu dia ajar lak adik ipar aku si ZURA tu camman cara nak menerima dan menjawabnya.... aduiiii dramatis sungguhhh !!!

Time aku kawin dulu tak do lak arwah pak cik aku ajarkan camtu.... alih2 laki aku masuk bilik terusssss je ulur duit ..... tangan aku ni copekkk je mengambik eaa...:))



Acara seterusnya adalah acara membatal air sembahyang..... rantai tangan emas ni menjadi pengikat kasih 2 merpati sejoli...cewahhhh ( kalau ko baca entry aku ni yie jangan lupa belanja aku anak beranak masuk legoland  )

 
Ciumlah tangan si suami ni...dah sahkannn.... tapi cik abang tak leh cium dahi atau pipi isteri...pak lobai tadi dah posan awal2 dah.... kat masjid tak leh buek nak buek lik umah kang.
 


Lastly adalah mohon restu bonda... ni yang syahdu sangat... beberapa bulan sebelum di ijab kabul ayah ZURA pergi mengadap ilahi... tak sampai hajat ayahanda mewalikan perkahwinan anak perempuan tunggalnya yang satu ni.... beberapa minit dua beranak ni berpelukkan sambil menanggis.... aku yang tengok ni pun naik sebak gak...huhuhu...
 
 
 
Sekian dahulu laporan panjang berjela dari aku hari ini... pas berminggu tak buat entry sekali buatttt ha hambik ko panjang berjelaaa..... nantikan laporan seterusnya majlis resepsi sebelah pihak perempuan dan pihak aku adalah lelaki.... bagi masa aku edit gambar dulu nooo !!
 
 
SALAM UKHWAH

 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails