Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Sunday, February 28, 2010

Kisah 20 february di pantai Teluk kemang P.dickson.

Pada sabtu minggu lepas kami sekeluarga telah menyambut majlis harijadi adik aku yg ke-6 dan anak buah aku serentak. Majlis yg cukup bermakna bagi kami sekeluarga kerana bukan senang untuk mengumpulkan  kami adik beradik selalu seperti ini setelah masing-masing berkeluarga dan mempunyai komitmen sendiri. Silalah menjamu mata dengan sebahagian dari gambar-gambar yg di ambil di pantai Teluk Kemang,PD.

Seisi memotong kek...3 orang sekali celebrate,save kos!!





Seisi memberi hadiah...






Seisi membakar bbq dan makan-makan.





Seisi main-main air..kegemaran budak-budak..mak-mak tlg tengokkan aje..

Kepada Noorazilah selamat ulang tahun ke-22,dah bertambah satu angka yg penting tahun ni mesti graduate.
Dania dan Iman kalian berdua semakin membesar semoga menjadi anak soleh-solehah yang membanggakan keluarga.Terima kasih kepada semua adik-beradik,ipar duai,mak dan abah kerana sudi meluangkan masa emas anda untuk berkumpul bersama di pantai Teluk Kemang,Port Dicson.
P/s: kebiasaannya sesuatu yg tak di rancang  selalu menjadi, tetapi yg dirancang awal hanya tinggal rancangan sahaja, memang itu lumrah kehidupan!!

Saturday, February 27, 2010

Salam maulidur rasul 1431H.


  Hari ini 12 Rabiul Awal seluruh umat islam di dunia menyambut hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad Saw .Banyak contoh sifat-sifat Rasulullah yang boleh di ikuti oleh manusia sepanjang zaman terutama buat umat-umatnya.Kesimpulannya Baginda adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.


Amalkan membaca selawat  ini sebagai amalan seharian ataupun wirid selepas solat kerana banyak khasiat dan fadilatnya.
Semoga dengan mengingati Baginda Rasulullah saw kita semua akan mendapat syafaatnya di akhirat kelak...INSYAALLAH.

Thursday, February 25, 2010

Semusim yang lalu di bulan February....

         Genap setahun usia pertunangan adik perempuan aku yang ke lima .Pejam celik pejam celik dah nak jadi isteri orang.Insyaallah panjang jodoh dan umur kedua mereka akan di satukan sebagai suami isteri yang sah pada bulan jun tahun ini.Bertambahlah lagi ahli keluarga pak Hj Aris dan Hjh Radiah yang dah sememangnya ramai tu.

Saat-saat cincin disarungkan ke jari manis...

Gubahan untuk pihak lelaki hasil sentuhan kami berdua
Bersama gubahan dari kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan.

Bersama bonda Puan Hjh Radiah.

Bersama adik-beradik perempuan dan anak -anak buah.

Semoga jodoh keduanya berpanjangan ke hujung nyawa dan di berkati ALLAH S.W.T .Nampak gayanya bertambahlah budget duit raya aku tahun depan untuk anak-anak buah.Selepas ni giliran siapalah agaknya kerana ada tiga orang lagi adik-adik aku yang masih solo.

Saturday, February 20, 2010

Hari-hari yang sibuk!!

   Dua tiga hari ni sangat sibuk terkejar ke hulu hilir cari barang-barang,hadiah,tempah kek dan macam-macam lagilah,semuanya kerana nak celebrate birthday party adik dan anak buah aku di port dickson hari sabtu ni.
   Esok keluarga besar Hj Aris akan berkumpul di sana di awal pagi,tugas aku jugaklah mencari tempat yg sesuai esok pagi.Mata aku dah mengantuk tak boleh tulis panjang-panjang lagi.
                              Keluarga besar Hj Aris dan Hjh Radiah.

  Ini merupakan catatan pertama aku dengan toys baru aku ni (laptop compaq CQ40).Komputer lama aku jenama Acer dah sakit tenat masih koma lagi.Apa pun aku amat berterima kasih dengan jasa dia selama sepuluh tahun berkhidmat untuk aku,Esok nak bangun pagi-pagi..Cau dulu!!.

Wednesday, February 10, 2010

Terlupa kata laluan!!!

     Fuuhhh....lupa pulak kata laluan blog sendiri terus tak dapat masuk,sekian lama tak menjenguk ke sini sampai berhabuk dan bersawang rumah aku ni bila datang lupa pulak NO KUNCI nya,nasib baik dapat kunci baru .
    Semenjak aktif dengan FACEBOOK ni aku terus terlupa nak menjenguk kesini,di FB jumpa ramai classmate aku dulu tu yang terus melekat kat sana.Pengajarannya kena tengok-tengok dua-dua sekali,blog kena tulis fb juga kena jenguk baru adil dan saksama kan?.
    Oklah next time aku datang lagi,sekarang nak pergi menziarahi rumah bloger bloger yang lain pulak..bye bye!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails