Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Friday, March 8, 2013

Darah Satria.

Assalammualaikumm....

Di hari Jumaat yg mulia ini marilah kita bersama2 sedekahkan Al-fatihah buat semua angota2 polis yang gugur sewaktu menjalankan tugas di Lahad datu dan semporna, Sabah . Semoga roh mereka semua tergolong di kalangan roh2 orang yg beriman dan mendapat ganjaran pahala syahid.

Doakan jua semua perajurit2 kita yg berada di barisan hadapan di Sabah berada dalam lindungan ALLAH SWT... perjuangan dan pengorbanan mereka tak mungkin boleh di jual beli dengan wang ringgit.. semoga bumi bertuah yg  tercinta ini akan terus terbela dari sebarang pencerobohan dan keganasan ..... sakit di sabah sakit jua kita di semenanjung.






Lautan luas banjaran gunung
Rezeki nan melimpah
Bawah langitnya kami bernaung
Rasa kasih tercurah
Tanah airku bumi bertuah
Tiada bandingannya
Rela bersatu ganding tenaga
Mendaulatkan tenaga

Dengan sepenuh keazaman
Semangatmu nan waja
Keranamu rela berkorban
Engkaulah pertiwi yang tercinta

Darah satria darah satria

Berkobar di dada
Tinggalkan ibu tinggalkan ayah
Serta sanak saudara
Membuktikan kesetiaan kita
Pada bumi Malaysia


SALAM UKHWAH

Friday, February 15, 2013

Angpau Merah dan tahniah buat Puan kurnia !

Assalammualaikum...


Hari ni aku baru start kerja selepas 6 hari bercuti.
Keja pun sehari ni je sok dan lusa rehat kat umah lagi.
Senayan nanti baru kerja terus menerus macam biasa.

Pagi tadi sebelum pergi kerja berlaku situasi yg melibatkan wang sepuluh ringgit.
Dalam keadaan terpaksa aku bagi duit  tu walaupun hati aku sakit.
Tapi ALLAH tu sentiasa nampak apa yg berlaku.
Tak sangka lak bila masuk kerja pagi tadi aku dapat angpau merah ni dan nilai duit tu sama dgn duit aku bagi kat orang tu pagi tadi.
Lebih buat aku terkejut duit baru yg aku campak kat orang tu duit baru jugak yg aku dapat balik.
Cuma ia lebih baik pasal bersampul kaler merah.

Ini yang dikatakan rezeki tu datang dengan berbagai cara dan tanpa di sangka.
Terasa macam duit aku pagi tadi tu pulang balik kat aku.
Alhamdulillah...Alhamdulillah.....rezeki di pagi hari :))

 
Dah jadi rutin  company akan beri semua pekerja2 sekeping angpau merah setiap tahun selepas holiday CNY tapi kali ni terlalu awal aku ingatkan senayan minggu depan.
 
 
 Aku nak ucapkan juga tahniah dan SELAMAT PENGANTIN BARU buat kawan sekolah aku di SMADHM Jempol batch 91/92 dulu yang baru saja melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka pilihan hatinya.

Tahniah buat Puan kurnia yang bertugas  di meja wartawan Bernama dan semoga jodoh ini akan terus berkekalan hingga ke Jannah dan diserikan lagi dengan cahaya mata yg comel dan soleh solehah.


SALAM UKHWAH


 

Wednesday, February 13, 2013

Happy Chinese New Year..

Assalammualaikum...


Hari ni aku masih lagi bercuti sampai esok.
Jumaat ni kena keja satu ari pastu cuti lagi sampai ahad.
Itu pun kena keja sehari pasal Jumaat ni lori company kena hantar puspakom kalau tak aku leh sambung cuti seminggu macam kawan2 cina aku yg lain kat opis tu.
Pasal geran dan duit aku yg pegang kenalah datang kerja..huhuhu...

Cuti CNY kali ni aku bercuti ke JB lagi baru semalam balik ke Senawang ni.
Tapi story pasal cuti esok2 jelah ya .
Aku nak tayang gambar2 kemeriahan CNY kat opis aku ni.
Al maklum lah aku keja dengan company chinese suasana opis pun dah macam umah cino dah...






Ada banyak lagi department2 yg menghias opis mereka lebih meriah dari di atas tapi aku segan nak snap gambar kat sana kang banyak soal pulak.
Lagipun ramai kat opis ni tak tahu aku ada blog kalau tak susahlah aku nak menulis bebas kat sini kan..hehe..
Gambar2 ni aku ambik sebelum cuti ari tu tapi tak da masa nak up entry pasal CNY ni.
Tak nak folder handphone aku sesak dengan gambar kenalah aku postkan kat entry ni sekarang.

Semua ni dah hancur lebur dalam perut rakyat jelata dalam umah ni.

Okey yang ni pulak hamper yg aku dapat kiriman suplier2 untuk staf2 company.
Bukan aku sorang je dapat staf2 yg lain pun dapat gak.
Kami terima banyak hamper dan berpuluh kotak limau mandarin.
Ini adalah pandangan biasa setiap kali CNY kat opis ni.

Setiap tahun kami semua meriah dengan limau mandarin , bonus tahunan dan bonus keuntungan tak lupa juga ANGPAU .
Tapi lebih seronok lagi dapat bercuti panjang selepas penat setahun bekerja.
Lagi best cuti panjang + duit tengah banyak kan..kan..kan..

Minggu depan kerja balik untuk setahun yg akan datang dan bercuti lagi seperti sekarang ni dan tahun2 yg lepas2.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA DAN TAHUN ULAR BUAT SEMUA KAWAN2 YG BERBANGSA TIONGHUA DI SELURUH MALAYSIA.

SALAM UKHWAH
















Wednesday, January 2, 2013

Selamat tinggal 2012...Welcome 2013....

ASSALAMMUALAIKUM..!!




Hari ni hari permulaan persekolahan bagi sesi tahun 2013.
Seperti kanak2 lain anak2 aku juga memulakan sesi persekolahan mereka hari ini.
Alhamdulillah anak aku yang sulung naik ke tingkatan 4 hari ini dan yang ke dua menduduki kelas tahun 6 sekaligus menduduki peperiksaan UPSR penghujung tahun ini.

Pejam celik antara sedar dengan tidak kedua mereka semakin membesar dan remaja.
Satu peringatan buat diri sendiri masa untuk di tinggalkan oleh mereka sudah semakin hampir walaupun mengambil masa bertahun tahun lagi.
Tapi yg pasti masa itu akan datang juga nanti.

Maksud aku bila mereka membesar , naik kelas , menduduki peperiksaan penting kemudian berjaya melanjutkan pelajaran keperingkat tertinggi mereka kena berhijrah dari rumah sendiri.
Selepas itu memasuki alam pekerjaan dan ada jodoh berkahwin pula dan mempunyai kehidupan baru mereka sendiri.
Akhirnya nanti tinggallah aku suami isteri terkontang kanting berdua di rumah yang  dulu penuh dengan hiruk pikuk suara anak2....seperti juga mak dan abah aku sekarang.


Oleh itu sebelum masa itu tiba hargailah setiap detik bersama anak2 kita kerana setiap tahun akan ada tahun baru dan setiap tahun juga usia kita  semakin bertambah .
Masa yang berlalu tak akan berulang sekali lagi.
Tetiba lakkkk aku rindu zaman kanak2 aku dulu..huhuhu...



Hari ini tutup diary tahun 2012.
Aku buka diary baru tahun 2013.
Dalam diary ini tiada secebis pun catatan hidup aku tertulis cuma hal2 bekenaan urusan kerja sahaja.
Di dalam blog RKTS aku inilah  diary hidup aku yang akan sentiasa terbuka sepanjang tahun walaupun tahun baru tiba bersilih ganti.
...... yang pastinya tak semua tertulis di RKTS ini, ada separuhnya tersembunyi sepi di lubuk hati aku sendiri.




SELAMAT TAHUN BARU 2013 BUAT SEMUA BLOGGER2 DI LUAR SANA DAN READERS RUMAH KECIL TIANGNYA SERIBU.
 
 
SALAM UKHWAH


Saturday, November 17, 2012

November datang lagi...



Assalammualaikummm.....


Salam Maal Hijrah dan selamat tahun baru buat semua sedara seagamaku.
Maaf mungkin ucapan ni agak lewat dari tarikhnya tapi kita masih lagi di awal bulan Muharram...baru 3 hari kan ?





November datang lagi...
Banyak kenangan di bulan November untuk tahun 2012 ini terutamanya jatuhnya Awal Muharram bulan pertama di tahun masihi dalam kalendar islam.
Bulan November ialah  bulan kelahiran aku ke dunia ini.
Bulan November ialah bulan kelahiran lelaki yg bergelar suami kepada diri ini.....kami berkongsi bulan kelahiran yg sama...cute kan ?
Bulan November tahun ini adalah ulangtahun perkahwinan kami dan kami di satukan 16 tahun yg lepas .
Bulan November tahun ini adalah bulan kesedihan seluruh ahli keluarga dan sedara mara atas pemergian arwah pak ngah aku minggu lepas.
Bulan November ini jugak adik lelaki bongsu aku AYIE akan mengakhiri zaman bujangnya...pasni dia berdua.....pastu bertiga... pastuuuu...


Semua ingatan dan kenangan banyak sangat dalam bulan ini.
Semua tarikh2 itu amat senang untuk aku ingati.
Tersemat di hati sanubari.

Selamat ulang tahun kelahiran dan perkahwinan buat semua blogger dan silent reader yg berkongsi bulan yg sama dengan aku dan hubby semoga kita semua berpeluang  bertemu NOVEMBER yg akan datang.


SALAM UKHWAH





Saturday, August 18, 2012

Kad ucapan raya dari RKTS untuk semua bloggers & readers.

Salam Sejahteraa...!!
Sabtu
29 Ramadhan 1433H



Selamat menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa....... semoga pemergian ramadhan dan kedatangan syawal membawa beribu rahmat buat kita semua...... sebagai tuan rumah aku mohon maaf kepada semua readers RKTS jika ada catatan seharian aku di sini menyinggung perasaan mana2 pihak...... kepada semua kengkawan blogger ampun maaf juga di pinta jika ada komen2 dari jari jemari aku ini yang membuat kalian terasa hati.......Semoga kita semua berjumpa lagi di catatan2  RKTS yang akan datang.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN.


SALAM UKHWAH

Thursday, March 15, 2012

Edisi penghargaan buat KELLA, FOLLOWER dan MAIRA ANJAMI.

Salam Sejahteraa..!!
Khamis
22 Rabiulakhir 1433H



Hari ni aku nak buat entry penghargaan buat beberapa individu yang aku dah tertangguh nak sharekan kat sini.

Gambar ni aku copy dari blog KELLA dan gambar aku ada terselit di sini bersama teman2 blogger yg lain.


Sila klik  kat gambar ni dan anda akan di hantar masuk terus ke Blog KELLA.

Yang pertama nak ucapkan TERIMA KASIH berbanyak-banyak kepada  KELLA  blogger blog MATHARI yng buat entry ucapan selamat hari wanita dalam blognya tempah hari..ucapan kamu amat-amat saya hargai.... ada le terselit gambar aku yg cinonet kat atas tu ha...selamat hari wanita jua buat KELLA dan semua blogger2 dan silent reader blog RKTS aku yg bergelar wanita....Semoga kita semua lebih tabah dan kuat untuk berhadapan dengan segala dugaan2 yg lebih mencabar di masa hadapan sebagai srikandi negara ... sebagai ibu mithali.... pendidik anak bangsa dan anak sendiri serta sebagai isteri solehah.

Seterusnya nak ucapkan selamat datang dan TERIMA KASIH juga sudi follow blog RKTS buat 4 orang follower baru aku ni....

Ina zamri

Didi

Joojoocraft

Suzielawati

Terima kasih kerana ikhlas jadi follower RKTS tanpa ada apa2 paksaan , siksaan dan godaan.... semoga anda semua tak serik untuk selalu singgah kesini membaca celoteh aku yg merapu meraban..... kat sini tak ada citer sensasi tentang artis ataupun kisah politik cuma secebis kisah yg kebanyakkannya adalah kisah2  BENAR untuk dijadikan tauladan dan pengajaran hidup kita sesama manusia.

Okeyyy  last sekali kepada ibu muda dan pelajar yg tinggal kat negara matahari terbit ni....



Blogger MAIRA dan suami baru je menimang cahaya mata sulung mereka dan yg menariknya dia bersalin di negara orang dan jauh dari ibubapa dan sanak saudara..... lahir anak sulung tuuuu bukannya ado pengalaman pun pepandai leee nak uruskan diri sendiri kiri kanan orang jopun..... melayu ilekkk harapkan kengkawan jelah kannn.........Tahniah buat Maira dan suami.


Seronoknya dapat duduk kat negara matahari terbit tu kan... aku ni verangan rangan jelah nak ke sana sojak dari kocik tapi lepasnya entahkan kurun ke berapa leee..:(



SALAM UKHWAH

Tuesday, November 22, 2011

20112011 befday & Annivessary...... Tima kasih kepada yg ingat !!

Salam Sejahtera...!!
Selasa
26 Zulhijjah 1432H





Semalam aku dah buat satu entry pasal PRINCESS buat kek coklat berkrimkan aiskrim.... haa tu dia kat atas tu gambar kek hasil tangan PRINCESS aku..... walaupun rupa kek tu taklah sehebat kek kat bakery yang terkenal kat luar tu tapi ia yg TERhebat di mata dan hati aku...... segala jenis aksesori kat atas kek tu dia beli menggunakan duit tabungannya sendiri..... sepatutnya entry ni aku taip pada hari kejadian iaitu AHAD 20/11/11 hari tu tapi dek kerana lappy aku tetiba je jatuh sakit jadi entry ini terpaksa di bawa ke hari ini 22/11/11.




20 November hari tu adalah hari lahir aku dan aku jugak berkongsi bulan lahir yg sama dengan HUBBY.... Syukur aku masih lagi bernafas di tahun kelahiran dan ulangtahun perkahwinan kami berdua.......senang nak citer bulan ni adalah 3 + 1 bagi kami berdua.

Hari ini tanggal 22/11/11 genap sudah 15 tahun aku menjadi teman hidup buat suamiku.....selama 15 tahun hidup bersama berbagai2 dugaan dan cabaran dah aku lalui.... cerita suka duka sedih dan tangis semuanya aku simpan kemas di lubuk sanubariku.... kami yang mulakan hidup bersama hanya dengan angka kosong tanpa ada apa-apa harta dunia dan akhirat 15 tahun dahulu kini dah boleh tersenyum dengan apa yang kami miliki.... Allah anugerahkan kami sepasang cahaya mata yg menjadi penyejuk di mata dan penawar di hati, yang sihat dan sempurna tubuh badannya..... mempunyai rumah sendiri atas titik peluh dan beberapa biji kereta atas kesungguhan membanting tulang 4 kerat dan juga sebidang tanah atas nama sendiri.....cukup makan dan pakai..... syukur alhamdulillah walaupun segala yang aku ada hari ini tidaklah semewah mereka yang kaya-kaya tapi sekurang-kurangnya aku lebih bernasib baik dari mereka2 yang langsung tidak mampu memilikinya.



Sejak dari tadika PRINCESS  memang tak pernah lupa untuk meraikan hari ibu dan hari lahir aku... kalau dulu masa kecik-kecik dia cuma pandai buat kad ucapan sahaja ...  bila dah masuk sekolah rendah dan dah pandai menabung dia belikan hadiah atau kek comel yang murah-murah kat bakery tapi bila dah meningkat remaja dan dah pandai pulak buat kek sendiri dia hadiahkan pula  kek hasil air tangannya sendiri buat aku...... satu-satunya perkara yg aku sendiri pun tak pernah buat di hari lahir emak aku.



Aku nak ucapkan terima kasih jugak di atas semua ucapan yang aku terima pada 20hb hari tu.... tima kasih atas ingatan adik-adik aku sendiri.... SHILLA , AYIE dan NOOR.....sepupu aku NORLINA AJIELINA .... opismate aku PATRICK, EISYA, MDM LEOW, NIKKI, CHERYL ,PURIDAH, MOHD SHAH....  kawan-kawan sekolah aku dulu .....KASEH KEJORA, KAMSIAH, NORLI JOHARI , MUMMY PAQUE  dan ILA ZAHIRAH yang sudi menelefon aku semata-mata nak ucapkan happy befday.... dan kepada adik MOHD NAIM yang sentiasa ingat kat aku .... terima kasih diatas ingatan dan ucapan ikhlas dari kamu semua ... aku sangat2 menghargainya dan aku abadikan nama-nama kalian semua di blog kesayangan aku ini.



SALAM UKHWAH


Sunday, November 6, 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha....1432H.

Salam Sejahtera..!!
Ahad
10 Zulhijjah 1432H





Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:


“Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu.”

(Riwayat al-Tarmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim



SALAM UKHWAH


Sunday, August 28, 2011

Ucapan selamat hari raya Aidilfitri buat semua sekali.



Di kesempatan ini sempena menyambut kemenangan kita berpuasa selama sebulan dan sempena merayakan Aidilfitri yang mulia ini  aku ingin sekali menyusun sepuluh jari memohan ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kepada semua kawan-kawan blogger , silent reader, kakak-kakak, adik-adik, abang-abang, pakcik makcik serta atuk & uwan.

Jika selama aku berbloging ini ada di antara tulisan dan komen aku yang menyentuh perasaan kalian semua samaada secara sengaja ataupun tak tersengaja aku memohon ampun dan maaf.... semoga kita semua sentiasa di rahmati di dunia dan akhirat serta di terima semua amalan wajib dan sunat kita sepanjang ramadhan ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN SELAMAT PULANG KE KAMPUNG HALAMAN.


SALAM UKHWAH

Monday, May 16, 2011

Zaman sekarang budak 3 tahun pun dah masuk sekolah.


Anak adik aku ni pun dah masuk sekolah dahhh !!


Pagi semalam kami sekeluarga berada di kampung hubby.
Dalam perjalanan nak balik seremban pukul 8 pagi kami singgah kat warung tepi jalan kat situ untuk sarapan.
Yealahh... prince aku ada kelas taekwando kang tak di bagi makan minum dulu pengsan lak kat sekolah tu.

Jadi kami berempat pun pilihlah salah satu meja untuk duduk mengadap juadah pagi.
Pada waktu yg sama adalah sorang pak cik tu tegur kami.
Beliau memang mengenali kami... .. yea lah duk sekampung tak kan tak kenal kan!

Pak cik  : Nak balik seremban ke?

Hubby : Aaah... anak saya ni ada kelas pagi2 ni.

Pak cik: Dah sekolah ke budak2 ni .... yg perempuan ni darjah berapa ?

Aku : (ini time aku yg jawab) yang ni tingkatan 2 yang sorang ni darjah 4.

Pak cik : Haa... dah sekolah menengah ? (dengan muka terkejut beruk dia)

Aku : Kenapa tak caya ke?

Pakcik : kalau budak2 dulu besar ni lum masuk sekolah lagi dowh !!

Aku tak tahulah apo yg di fikirkan kat orang tua tu... anak aku yang dah sama tinggi dengan aku ni dia boleh terkejut lak pasal dah masuk sekolah!!

Zaman sekarang budak kecik umur 3 tahun mak ayahnya dah sibuk hantar masuk kelas itu kelas ini.
Inikan pulak yang dah bosar godang macam anak-anak aku ni.
Kalau aku tak hantar ke sekolah dah besar macam ni alamatnya mencari nahaslahhhhh......

Silap hari bulan aku lak yg DI SEKOLAHKAN kat kementerian !!

Walau apapun aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua follower dan silent reader aku yg menjadi guru..... Jasa kalian amat besar nilainya malah ilmu yg di curahkan adalah  pelita hidup kami semua.

Al-FATIHAH buat guru2 sekolah aku yg telah pergi dulu menemui ilahi.....  semoga roh mereka di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 yg  beriman...Aminnn !!


CN : lebat lak hujan tengahhari ni.... apalah kabor kain aku kat ampaian tu !!


SALAM UKHWAH

Monday, May 9, 2011

Ceriter..ceriti di hari ibu.



"SETIAP HARI ADALAH HARI UNTUK UMMI TAPI HARI INI SANGAT ISTIMEWA KERANA KITA NAK SEDIAKAN SARAPAN UNTUK UMMI.... KITA & ADIK SANGAT SAYANGKAN UMMI "

Taraaaaa...............


V

V

V

V

V

V

V

V





Breakfast aku di masak dan disediakan oleh princess.... bukan aku sorang je tapi dia buat siap 4 set sekali.... jenuh aku nak mengabihkan termasuklah air teh orennya sekali.



Siap ada menu sekali... tertulis setiap hidangan dan ucapannya sekali.



kad yg cantik bereben hijau tu dari prince dan coklat dari princess.... ni nak menambahkan lagi berat badan aku ni !!!



Hadiah sampingan pakej basuh keta aku sekali...... keta ayah kat sebelah tu tak basuh sekali keeee ???



Gambar yg comel dan cantik ini pula di tagkan khas ke FB aku...... tima kasih ummi hargai setiap apa yg kalian lakukan..... Buat mak aku HJH SITI RADIAH PARIS tima kasih melahirkan & menyusukan aku 7 beradik... tima kasih bersusah payah membesarkan kami..... tima kasih atas kasih sayang dan pengorbanan membesarkan hingga kami semua berjaya menjadi  "ORANG"..... kasih ibu membawa ke syurga.....!!!!

Rumah kecil tiangnya seribu....
Rumah besar tiangnya sebatang...
Waktu kecil kau di timang IBU....
Dewasamu di pukul gelombang...




SALAM UKHWAH

Tuesday, February 15, 2011

Salam maulidur Rasul.


Hari ini semua umat Islam menyambut maulidur rasul dan sesetengah syarikat mengambil kesempatan untuk memberi cuti kepada pekerjanya tetapi bukan pula pada company tempat aku bekerja ni.

Untuk kesekian kalinya setelah lebih sedekad aku berkhidmat di company ini... inilah kali pertama aku mengambil cuti untuk hari kebesaran junjungan mulia kita ini.... terasa pulak seronok dan tenteramnya meluangkan cuti untuk hari yang baik ini berkumpul bersama anak-anak di rumah.

Sebelum ni  sewaktu anak2 masih kecil aku terpaksa berkira-kira untuk bercuti kerana ia melibatkan cuti tahunan aku... kang klau anak sakit ke baby sitter nak cuti ke atau apa2 aktiviti di sekolah dah buat aku susah untuk cuti lagi.

Tapi sekarang dah lama kerja cuti tahun pun dah banyak dah ... anak aku pun dah besar2 tak payah nak simpan cuti emergency banyak2 macam dulu lagi... boleh ambil semua cuti umum kat malaysia ni yg company aku tak senaraikan sebagai cuti wajib company!

Untuk semua pengunjung blog RKTS ini yg bercuti aku ucapkan selamat bercuti di hari MAULIDUR RASUL ini.... perbanyakkan berselawat utuk junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w .


SALAM UKHWAH:

Tuesday, February 1, 2011

Ofis dah sunyi sepi !!

Hari ni dah ramai staff-staff kat ofis ni yangcuti.... ada yang ambil satu hari cuti ada pulak yang setengah hari.


Al maklum jelah aku kerja dengan CHINESE COMPANY jadi dah tentu lah lenggang tempat ni ... petang esokkan diorang nak makan besar... hari ni dah ada yg sibuk balik rumah mak bapak... nak bershopping bagai... macam kita raya jugaklah kan !!

( Perhatian: Bagi yg rabun2 ayam tu sila KLIK kat gambar utk imej yg besar dan jelas....pesanan dari penaja..huhu!! )




Dalam department aku ni cuma aku bertiga je yg duduk dalam ofis ni..... tapi hari ni aku tinggal sorang-sorang... pagi tadi berdua tapi lepas lunch tadi member sebelah aku tu dah balik dah nak wat rendang... so tinggallah aku sorang jee.... sunyi weeiii !!!



Kat MARKETING DEPT ni pun lenggang haa..... ramai yang dah cuti dah .


Eh..eh...ada sorang Ah moi keja lagilah !!!





Haiyaaaa...... dia terkezut aku ambil gambar dia...hehehe !!!

Ini lah dia suasana kat ofis aku sekarang... cuma ada beberapa kerat aje staff yang kerja lagi hari ni... mulai esok sampai isnin 7HB FEB kami akan bercuti sempena TAHUN BARU CINA.


HAPPY CHINESE NEW YEAR AND HAPPY HOLIDAY TO ALL STAFF SUNRICH INTERGRATED S/B.


CN : Apo den nak buat cuti lamo2 ni ??



SALAM UKHWAH:

Tuesday, December 7, 2010

Orang lain cuti aku kerja.....UWAAAAAA !!!!!!

SALAM MAAL HIJRAH 1432H BUAT SEMUA YG MASUK KE SINI...!!!


< credit to gugell >

Pagi yang amat menyedihkan ......pabila aku terpaksa bangun awal seperti biasa dan bersiap ke ofis walaupun hari ni ramai orang bercuti kerana MAAL HIJRAH!

TAPIIII.....aku amat gumbira sekali apabila dapat memandu lebih 80km sejam di tengah-tengah jalan senawang ni yang berderet dengan trafic light bermula dari depan taman perumahan aku sampai ke tempat aku bekerja.....maka dengan ini aku dapat sampai hanya kurang 5 minit dari rumah aku (kebiasaannya hampir 10 minit ) dengan kelajuan seperti itu sebab jalan amat lenggang DAN trafic light berwarna hijau jeee...hehe!!

Kau orang ingat senang ke aku nak dapat peluang macam ni hari biasa......dengan kesesakkan jalan yang teruk kat sini pagi2.... pastu trafic light bersepah-sepah....membuat kat pemanduan kau akan jadi semakin lambat lagilah pulak kalau keluar rumah lambat lagi buat hati paneeehh dengan kereta berderet-deret kat sini......dah tu ada pulak atok-atok dan nenek-nenek yang bawa kereta pagi-pagi macam nak makan asap dan angin....kereta lembu pun lagi laju dari dia bergerak !!

Aku rasa ramai gak yang cuti hari ni pasal pagi-pagi ni aku tengok dah ramai orang menjenguk BLOG RKTS yang tak seberapa ini...ATAU....kau orang pun macam aku jugak kena kerja tapi tak sibuk jadi boleh lah menyibukkan diri UPDATE dan BW kan..kan..kan ????

Aku punya cuti untuk tahun ni tinggal 1 hari jadi tak leh wat apalah...kena gak simpan sampai hujung bulan ni...maklumlah aku kan berkeluarga kena plan cuti baik2...company aku kerja ni tak ambil  1 MUHARRAM sebagai holiday tapi kami boleh ambil A/L untuk cuti...kalau cuti aku byk lagi dah cuti dah aku hari ni.....!

Sooo...dengan kesibukkan kerja yang tak seberapa inilah aku ada masa untuk mengUPDATE blog aku ni pagi2....kau oarng sekarang kat mana...kat ofice gak ke cam aku...kat umah ke lepak-lepak...atau kat shopping compleks pergi mengabihkan duit ?

CN: Seronok kerja bila ramai orang yang cuti ni....leh buat apa je yang kita suka!!


SALAM UKHWAH:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails