Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Showing posts with label catatan. Show all posts
Showing posts with label catatan. Show all posts

Wednesday, January 2, 2013

Selamat tinggal 2012...Welcome 2013....

ASSALAMMUALAIKUM..!!




Hari ni hari permulaan persekolahan bagi sesi tahun 2013.
Seperti kanak2 lain anak2 aku juga memulakan sesi persekolahan mereka hari ini.
Alhamdulillah anak aku yang sulung naik ke tingkatan 4 hari ini dan yang ke dua menduduki kelas tahun 6 sekaligus menduduki peperiksaan UPSR penghujung tahun ini.

Pejam celik antara sedar dengan tidak kedua mereka semakin membesar dan remaja.
Satu peringatan buat diri sendiri masa untuk di tinggalkan oleh mereka sudah semakin hampir walaupun mengambil masa bertahun tahun lagi.
Tapi yg pasti masa itu akan datang juga nanti.

Maksud aku bila mereka membesar , naik kelas , menduduki peperiksaan penting kemudian berjaya melanjutkan pelajaran keperingkat tertinggi mereka kena berhijrah dari rumah sendiri.
Selepas itu memasuki alam pekerjaan dan ada jodoh berkahwin pula dan mempunyai kehidupan baru mereka sendiri.
Akhirnya nanti tinggallah aku suami isteri terkontang kanting berdua di rumah yang  dulu penuh dengan hiruk pikuk suara anak2....seperti juga mak dan abah aku sekarang.


Oleh itu sebelum masa itu tiba hargailah setiap detik bersama anak2 kita kerana setiap tahun akan ada tahun baru dan setiap tahun juga usia kita  semakin bertambah .
Masa yang berlalu tak akan berulang sekali lagi.
Tetiba lakkkk aku rindu zaman kanak2 aku dulu..huhuhu...



Hari ini tutup diary tahun 2012.
Aku buka diary baru tahun 2013.
Dalam diary ini tiada secebis pun catatan hidup aku tertulis cuma hal2 bekenaan urusan kerja sahaja.
Di dalam blog RKTS aku inilah  diary hidup aku yang akan sentiasa terbuka sepanjang tahun walaupun tahun baru tiba bersilih ganti.
...... yang pastinya tak semua tertulis di RKTS ini, ada separuhnya tersembunyi sepi di lubuk hati aku sendiri.




SELAMAT TAHUN BARU 2013 BUAT SEMUA BLOGGER2 DI LUAR SANA DAN READERS RUMAH KECIL TIANGNYA SERIBU.
 
 
SALAM UKHWAH


Thursday, November 1, 2012

Kesiannnn pompuannn.....:)

Assalammualaikum dan Salam sejahteraa...!!



Lamo botul tak merepek kat sini kan?
Nyaris2 lupo anak kunci nak masuk umah ni.
Banyak yg nak di storykan dalam blog ni tapi kesibukkan tugas seharian buatkan jari jemariku kaku untuk manaip di sini.......cewahhhh bersastera bagai pulak hihihhi..:D

Kat ofis semua blog yg mengunakan  url BLOGSPOT di block termasuklah URL aku...huhuhu...
Cuma yg mengunakan DOT COM saja yg boleh di bukak itupun bukan semua setengah-setengah aje.
Jadinya tak dapatlah aku nak berkarya merepek2 time lunch ... nak tunggu lik umah tapi bila dah sampai umah idea pun dah hilang pastu terpaksa lak berobut lappy dongan anak2 den !!
Huhhhh...keciannn pompuan niii !!

Okey malam ni takmo citer panjang cuma nak copy ayat penawar ni yg aku rasa macam besssst jeee nak di baca.
Tercopy dari FB anak daro dennnn...layannnnnnn...


Kesian Perempuan.

diam — dia lemah .
lantang — nampak salah .
mesra — dia gatal .
pasif — dipijak-pijak .
kahwin — bila beranak? .
tak kahwin — pasti digelak .
berhijab — dikata kolot, jahat, menunjuk² .
tak tutup — lagilah heboh .
setia — dimadu laki .
curang — dicanang keji .
terlalu cinta — dimain²kan .
terlalu berjaga — dimarah²kan .
menangis — rimas selalu .
mata kering — dipanggil kepala batu .
buat betul — pelbagai benda dipersoal .
buat silap — sekampung berbual .

tapi UNTUNG perempuan sebab setiap kali dilemparkan kejian & hinaan,
SYURGA adalah tempatnya,
cukup hanya menjadi SOLEHAH kerana ALLAH,
patuh segala perintah Allah,
insyallah dirinya sebaris dgn para bidadari &
mungkin lebih atas lagi,
dengan izin Allah di syurga kelak, insyallah.. ♥ ♥


SALAM UKHWAH

Saturday, February 25, 2012

Biarlah sedikit asalkan halal dan berkat.

Salam Sejahteraa...!!
Sabtu
3 Rabiulakhir 1433H




Hidup di zaman yg serba serbi perlukan duit ni kita kena kreatif…. Gunakan semua kemahiran yg ada untuk menambahkan pendapatan anda.




Tak perlu susah payah sewa kedai buat je kedai sendiri kat umah sendiri yang penting duit masuk dan rezeki tu halal.... rumah ni terletak betul-betul di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi, Senawang.... Sooooo mana2 budak lelaki yg suka berambut panjang ke sekolah tu takdo alasan nak kato kodai gunting rambut jauh atau takdo maso nak poie gunting rambut..... ko  masuk sekolah nampak umah acik ni kang balik sekolah pun ko lalu kat dopan umah ni gak haa!! 






Cara yg tepat dan betul...nahhh di paparkan tanda harga sebesar ini agar jelas di pandangan mata pelanggan ketika hendak membayar upahnya.



SALAM UKHWAH

Sunday, November 13, 2011

Kisah ari sabtu update ari minggu.

Salam sejahtera...!!
Ahad
17 Zulhijjah 1432H

Semalam tak tercapai kat jari jemari ku untuk menaip di atas keyboard ni.
Sabtu yang penuh dengan citer dari pagi sampai ke petang.

Pepagi lagi macam kebiasaanlah kalau tak hari minggu hari sabtu macam nilah aku akan memulakan rutin ke pasar mencari bekalan lauk pauk dan sayur mayur untuk makan anak beranak.
Pilih je apa yg terlintas di fikiran dan tercapai dek tangan.
Semalam sotong kembang, ikan sardin segar,ikan kerisi dan udang menjadi pilihan aku.
Bebarapa sayur termasuk kambas,petola, kailan serta tempe dan kacang panjang menjadi habuan untuk beberapa hari ini nanti.
Bab tempe dan kacang tu kalau dah terbeli kena beli jugak suhun dan fucuk leh buat sambal jawa jugak nanti.




Tema biru pilihan pengantin perempuan.

Tengahhari lepas buat serba sedikit kerja umah termasuk membasuh, mengemas dan mengampai kain aku bersiap lak untuk ke jemputan kenduri kahwin.
Kononnya ada peluanglah nak jumpa KAK FATIMAH  tapi tak jugakkkk.... dia balik awal kerana si anak daranya sakit perut.
Agaknya terlebih makan lauk kenduri kotttt.

Aku kan ummi yg  sportingggg... pas balik umah kenduri melencong lak ke tesco seromban jaya.
Si anak sibuk nak merayap kesana sejak ia di buka ini kali kedua aku ke sana buat PRINCESS pulak kali pertama.
Aku tak suka merayap lat hypermarket ni kalau pasal suka-suka je kecuali untuk beli barang.
Tapi kerana kasihan kan anak yg boring nak balik umah awal aku bawak jelah ke sana itupun dalam sejam je merayau.

Petang aku berkebun... membelai pokok yg dah lama terbiar tak di pedulikan.
Lantaran terlalu sibuk dengan urusan sendiri dan orang lain.
Pokok-pokok terbiar lesu di dalam pasu.




Jiran selang 2 rumah dari umah aku ada masalah.
Si anak daranya dah 6 hari tak balik umah.
Kecoh di rumahnya bila kawan lelaki si anak daranya di belasah saudara si ibu dan ayah.
Hingga kan datang polis atas aduan jiran yang sebelah lagi.
Yelahhh... hampir lembik budak lelaki tu di belasah takut pulak terus meninggal.

Walaupun ditempik diterajang dan sebagainya si anak dara tetap tak di temui lokasinya.
Masih hilang hingga ke hari ini.
Tak tahu apa nasiblah budak pompuan tu.

Siapa yang harus di persalahkan bila anak perempuan hilang mengikut jantan lain ??

Opssss....aku tutup mulut aku pun ada anak perempuan.
Tak berani nak komen bebanyak.
Cara kita mendidik anak berbeza-beza.
Yang betul bagi kita mungkin tak betul pada orang lain.
Yang elok kita harapkan tak mungkin anak akan mengikut seratus persen.
Berdoa sahaja agar mereka sentiasa di lindungi dari segala jenis kejahatan.


SALAM UKHWAH

Friday, November 11, 2011

Ramai sangat yg teruja dengan tarikh ari ni.

Salam Jumaat hari penghulu hari....!!
Jumaat
15 Zulhijjah 1432H



kredit gugell

Hari ini 11.11.11 satu tarikh yang cukup istimewa bagi sesetengah orang.
Tarikh yang jadi pilihan untuk melangsungkan pernikahan baik yang berbangsa melayu,cina dan india.
Aku sendiri sebulan lebih awal dah dapat jemputan perkahwinan anak seorang kawan pada esok hari yang mana pernikahannya adalah hari ini.

Dan jangan terkezuttttt kerana ada juga ibu-ibu hamil memilih hari ni sebagai hari melahirkan bayi mereka.
Dah tentulah ia pilihan melalui pembedahan...... dasattt kan ??
Nak beranak pun leh suka-suka pilih tarikh tapi kena cukup sembilan bulan mengandung leee.
Kalau baru 8 bulan dah sibuk mintak doktor sembelih perut tu alamatnya sengaja nak pilih tarikh menyusahkan diri sendiri le tu.
Melainkanlah memang dah di takdirkan si ibu akan melahirkan pada hari ni.

Kat SINAR FM pagi tadi buat rancangan untuk pendengar berkongsi peristiwa menarik dan buruk yang jatuh pada tarikh ari  ni.
Macam - macam oranglah  yang berkongsi citer menarik dan tak menarik mereka.
Semuanya sekadar kebetulan.

Bagi aku sendiri tak de yg menarik pun pada tarikh ini.....cuma aku harapkan sepanjang hari ni aku berada dalam keadan baik-baik jangan ada sesuatu yg tak di ingini berlaku yang bakal melakarkan tarikh ini sebagai ingatan di masa hadapan pulak.

Oh ya......tetiba teringat kepada seseorang yang BUJANG TERLAJAK yang mengheboh-hebohkan tarikh ni setahun yang lalu.
Kununnnnnnya akan melangsungkan perkahwinan pada tarikih 11.11.11 ini jugak.
Mencanangkan sekeliling " mukabuku" nya pilihan tarikh yg baik untuk berdua.
Tapi sampai ke entry ini di tulis tak de pulak kabar berita yang dia akan melangsungkan perkahwinannya hari ini.
Tiada gegak gempita penyebaran maklumat dari keluarga di sebelah sana.
Tak mungkinlah kami tak di jemput kerana hubby adalah saudara rapatnya.

Atau pun dia nak tunggu tarikh.......12.12.12 pulak keeeee ???



kedit gugell


~ KEPADA YANG MERAIKAN HARI LAHIR HARI NI AKU UCAPKAN SELAMAT HARI LAHIR DAN SEMOGA DI  PANJANGKAN UMUR DAN DI PERMUDAHKAN KEHIDUPAN SERTA PINTU  REZEKI SENTIASA TERBUKA LUAS BUAT KALIAN ~



SALAM UKHWAH

Saturday, November 5, 2011

Esok Raya Korban..... berhati-hati di jalan raya jgn ada yg terkorban.

Salam Sejahtera..!!
Sabtu
9 Zulhijjah 1432H


MAKKAH : Operasi membawa jemaah haji Malaysia dari Mekah ke Arafah, kira-kira 21 kilometer dari sini, tamat pada kira-kira jam 5 pagi ini (10 pagi waktu Malaysia), dan semua 28,000 jemaah haji sudah berada di Arafah untuk berwukuf hari ini. Bagi ibadah wukuf, jemaah perlu berada di Arafah paling lewat tengah hari ini (Zohor, jam 12.05 waktu tempatan, 5.05 petang waktu Malaysia) dan kemudiannya berangkat ke Muzdalifah selepas waktu Maghrib untuk mengutip batu-batu kecil bagi tujuan melontar jamrat di Mina pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.   ~ Petikan dr B.harian 5/11/11



3 tahun yang lalu bila aku tengok gambar jemaah haji sedang berwukuf di ARAFAH dalam surat kabar dan telivisen hati aku sayu sangat...... sebak  sebab diantara berjuta-juta jemaah haji tahun 2008 itu ada sepasang suami isteri yang telah melahirkan dan membesarkan aku 7 beradik kedunia ni berada  bersama-sama jutaan lautan manusia di tengah panas tu..... bersyukur sebab dapat melihat 2 pasang kaki warga emas itu menjejaki kaki ke bumi Anbia dan mencari haji yg mabrur..... masa tu bila aku tengok selaut umat manusia yang beragama Islam di ARAFAH macam gambar kat atas aku membayangkan begitulah nasib kita semua di padang masyar nanti.


Apakah erti wukuf di Arafah ?

Wukuf ertinya berhenti atau berdiri. Tetapi maksudnya ialah menghadirkan diri di padang Arafah pada masa antara zohor hari 9 Zulhijjah hingga sejurus sebelum fajar 10 Zulhijjah. Cukup wukuf walau sekejap atau lalu sahaja dengan syarat orangnya sedar – sempurna akal. Di mana-mana sahaja dari bumi Arafah itu boleh jadi tempat wukuf, asal sahaja ianya dalam kawasan bumi Arafah. Dan tidak pula disyaratkan orangnya itu mesti memijak bumi Arafah.

Andainya ia hanya berada di dalam kereta atau bas dan tidak turun menjejakkan kakinya di bumi itu juga sah wukufnya. Hanya yang ada khilafnya pada udara Arafah – menurut pendapat yang lebih kuat bahawa udara Arafah itu dikira Arafah seperti udara yang bertentang Kaabah dikira Kaabah. Andainya seseorang itu tidak dapat wukuf tidaklah sah hajinya dan hendaklah meneruskan amalannya dan bertahallul dengan amalan umrah serta wajib membayar dam. Ia juga wajib mengqada haji pada tahun hadapannya.

Padang Arafah adalah tempat pertama di dunia ini Allah menerima taubat hambanya. Di Jabal Rahmah Adam dan Hawa kembali bertemu setelah dikeluarkan dari Syurga kerana kesilapan melangar perintah Allah. Setelah memohon ampun dan bertaubat di sini akhirnya taubat kedua-duanya diterima dan dosa diampunkan. Disinilah kemuncaknya ibadat haji.

Padang Arafah terletak 21.9 km dari Makkah. Kemudian Jamaah haji akan bertolak ke Mudzalifah sejauh 8 km. Selepas mengutip batu akan bertolak ke Mina sejauh 6.9 km lagi. Selesai melontar di Mina akan kembali ke Makkah sejauh 7 km perjalanan.



~  Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA ataupun RAYA KORBAN buat semua blogger2 dan silent reader blog RKTS & MAA.Selamat menunaikan ibadat korban di pagi raya nanti dan BERHATI-HATI MEMANDU DI JALANRAYA..... jangan pulak ada yg terkorban..... biar lombu dongan kambing jo terkorban jangan pulak orang pun  terkorban yo kawan-kawan. ~



SALAM UKHWAH

Tuesday, November 1, 2011

12 ribuuuuuuuu....?????????????

Salam sejahtera....!!

Semalam aku cutikan..... jadinya aku ambil kesempatan bercuti hari isnin untuk buat banyak perkara.
Al maklum ajelah bukan senang nak dapat cuti hari isnin kecuali kalau ko ambik cuti tahunan ko sendiri .( ini bagi yg bekerja jadi kuli macam aku terkecuali kalau ko jadi tokey).

Selain dari pergi bank yg buat aku nak tergelak dan menanggis tu ......aku pergi ke pasar beli barang basah...pergi pasaraya beli barang kering....dan pergi potong rambut aku sekali.
Kasi pendek senang nak shampoo nak sikat nak pakai tudung pun senang.
Pendek kata semua kerja jadi cepat tak payah nak membelek rambut berjam-jam depan cermin.

Aku pergi ke salon yang memang aku dah biasa pergi sejak sepuluh tahun yg lalu.
Tengoklah punya lama aku setia dengan Amoi gunting rambut tu dari mengunting sampai ke rebonding sampailah buat spa rambut semua kat kedai dia.
Dah berapa banyak ratuslah aku melabur kat dalam kedai dia tu.

Sambil gunting rambut sambil berbual-bual.... member lamakannnnn....




AKU : Sekarang u tak ambil pembantu tolong  lagi ke?

AMOI : Takdalah sekarang anak saya sudah habis sekolah dia boleh tolong saya gunting rambut...dia pun banyak minat maaa...

AKU : Oooo itu macam kee.... jimatlah u tak payah bayar ratus-ratus kat orang macam dulu2 lagi.

AMOI :  Anak saya kerja sama saya pun saya bayar gaji jugak dia pun nak pakai duit....tapi saya tak perlu bayar mahal macam ambik indon ...sekarang kena bayar kat ejen 12 ribu kena bayar gaji indon enam ratus pastu kena kasi dia makan lagi tempat tinggal lagi.

AKU : Haa... 12 ribu... itu dah macam nak beli orang tu bukan ambik kerja lagi dah...dah bayar mahal2 dia lari u lagi susah.

AMOI: Yelahhh... lepas dia lari kita nak ambik orang lain kena bayar lagi duit habis kat orang saja ...macam u cakaplah macam  nak beli orang "

Aku dengar pun terkedu.....kang dah bayar riban-riban sampai sini tak tahu kerja nak kena ajar lagi .
Aku tak pernah ada pengalaman ambik maid ni pasal aku tak berduit .
Aku lebih suka hantar anak aku kat umah orang time dia kecik-kecik dulu.
Pukul 5 petang aku balik kerja terus ambik anak tak de nak merewang ke tempat lain paham ajelah mulut orang melayu nikan.
Lagipun balik umah nak kena masak lagi .... laki aku bukan suka makan2 kat luar ni ...tapau menapau pun tak suka nak jugak aku yang singsing lengan baju kat dapur hari2.

Tapi akak-akak ipar aku memang ada pengalamanlah ambik maid ni malah bersilih ganti.....macam-macam perangai pun ada.
Yang baru sehari keja terus pengsan pasal sakit jantung pun ada.
Yang nampak baik kat depan rupanya kat belakang nak goda laki akak ipar aku pun ada .
Sekarang ni dua dua ipar aku dah tak ambik maid lagi.
Dyorang pun ikut cara aku hantar anak ke rumah pengasuh ataupun taska.

Duit jimat hati pun senang.
Duablasssss  ribu tu dah boleh renovate umah dah tuuuu...



SALAM UKHWAH

Thursday, October 20, 2011

Bersyukurlah kerana kita ada di bumi Malaysia ini.



Sila klik imej untuk tumbesaran yg sempurna di mata anda.


Aku terbaca dalam  Blog Ni  pasal komen kat atas tu...... kenapa sampai begitu kejam sekali orang2 China ni ?
Di sebabkan takut di persalahkan atau kena tanggung kos perubatan si mangsa mereka semua sanggup biarkan budak 2 tahun tu tergolek anjing kat tengah jalan tu.
Mesti semua orang dah tahu kes budak 2 tahun yg kena langgar 2 kali kat china tu sampai kritikal kan?
Rata-rata semua yg berhati manusia mengutuk keras kejadian tu.
Yang melanggar tu satu hallah yang ada kat tepi jalan tu satu hal lah pulak punyalah bongok boleh di tengok je budak tu tanpa di tolong.

Apa dyorang semua tak ada ahli keluarga ke yang mungkin akan terjadi perkara yang sama satu hari nanti?
Pastu tak ada sapa pun nak tolong apakah perasaan kita ketika itu ?

China punya law ni pun jenis yang law gila sepenuhnya banggang.
Di sebabkan orang yg buat law macam tu lah yg buatkan warga china yg lain takut nak menolong bukannya apa takut di persalahkan atau terpaksa menanggung kos yg tinggi.

Di pendekkan citer kita sepatutnya bersyukur sebab kita duduk di MALAYSIA yang tak ado orang buat law merapu merepek macam tu.
Malah yang menolong tak harapkan apa-apa penghargaan pun kerana sikap tanggungjawab dan sayang menyayangi sesama kita walaupun kita pun tak kenal antara satu sama lain.
Walaupun yang di tolong itu bukanlah sebangsa atau seagama tapi sikap tanggungjawab yg terlalu tebal dalam diri kita semua.

Pernah terjadi satu kemalangan melibatkan sebuah kereta kancil dan bas di persimpangan lampu isyarat highway LEKAS di senawang tahun lepas.
Seorang anak kecil tercampak dari kereta dan keadaannya parah...keta kancil yang di pandu ibunya remuk teruk di lanyak kat bas tu.
Ibu dan neneknya tersepit dalam kereta dan terkulai tak sedarkan diri.
Orang ramai yang ada kat situ turun dari kereta berlari nak menolong dan mengangkat budak kecil tu dan menghantarnya ke hospital swasta yg berhampiran.
Aku rasa ada banyak lagi kes-kes yg macam ni di seluruh negara kita.

Lihatlah perbezaan sikap orang Malaysia dan China .
Bersyukurlah kita semua kerana mempunyai ramai kawan-kawan yang tak di kenali di saat kita semua dalam kesusahan.
Walaupun kita semua berbeza agama, bangsa dan fahaman politik.



SALAM UKHWAH
.

Monday, October 17, 2011

Kasihannya mak cik aku......: ((


Salam sejahtera......!!

Aku masih lagi terasa kehilangan arwah pak cik aku..... Allahyarham Hj Rashid Bin Mahmud.
Walaupun dia bukan bapa aku tapi hubungan keluarga yg terlalu rapat antara anak saudara dan bapa saudara  membuat aku adik beradik merasakan arwah macam ahli keluarga kami sendiri.
Manakan tidak sejak dari kecil sehinggalah hari terakhir dia berada di atas dunia ini dia sentiasa ada di hadapan mata kami sekeluarga.

Hubungan adik beradik antara mak dan mak cik sangat akrab seperti kata pepatah " air yg di cincang tak akan putus"
Selama arwah dan mak cik sakit emak aku dan adik beradik aku yg lainlah yang paling banyak menjenguk mereka berdua berbanding anak-anak mereka sendiri.
Mereka berdua tak bernasib baik seperti  ibubapa lain yang sentiasa di jenguk anak menantu di hujung minggu.
Mereka jarang dapat mendengar gelak ketawa cucu- cucu dan bermain bersama cucu di usia senja.

Mereka berdua tak pernah kami sisihkan walaupun anak-anaknya ramai.
Apa sahaja yang kami masak tak pernah kami lupa untuk di hulurkan kepada warga emas berdua itu.



Mereka berdua lebih banyak menghabiskan masa bersama-sama ketika sihat dan sakit.
Mak cik aku mengidap diabetes dan mempunyai masalah penglihatan yg kurang baik di tambah pulak kakinya yg tak boleh berjalan seperti dulu....hanya duduk di atas kerusi roda.

Sewaktu arwah pak cik masih ada arwahlah yang memasak makanan untuk mak cik.
Arwahlah yang pergi ke pasar yang berbatu-batu jauhnya dari rumah naik moto untuk membeli lauk dan sayur.
Arwah jugak lah yg mengemas rumah dan mengampai kain setelah mak cik hanya boleh duduk atas kerusi roda ni.
Mungkin jugak arwah yang menolong memicitkan anggota badan mak cik yg sakit sedangkan arwah sendiri sering keluar masuk hospital.
Arwah juga yg memimpin tangan mak cik kalau mak cik nak datang ke rumah mak aku di baruh .
Arwah jugaklah yang menghulur makanan yang terhidang kepada mak cik jika datang berkunjung ke rumah orang lain.
Arwah lah teman berbual mak cik setiap hari selain mak aku yang hampir setiap hari berkunjung menziarahi mereka berdua.

Kehilangan arwah  menemui ilahi diibaratkan hilang sebelah kepak buat mak cik.
Tak mungkin mak cik akan dapat layanan sebaik yg telah di berikan arwah oleh anak-anaknya nanti.
Kasihan mak cik tiada lagi lelaki yang menjadi peneman hidupnya selama ini.
Tiada lagi tangan-tangan tua yang sering memapahnya bila hendak kemana-mana.
Tiadalah lagi masakan dari air tangan suami tercinta.
Tiada lagi teman untuk berbual ketawa dan bergaduh-gaduh manja.
Tiada lagi belaian kasih seorang suami.
Yang tinggal hanya kenangan sewaktu mereka berdua tinggal bersama menghabiskan sisa-sisa hidup di usia emas.

Petang semalam di saat dia di bawa pergi oleh cucunya untuk tinggal di rumah anaknya dia kelihatan sayu.
Matanya merenung aku seakan akan berkata dia amat sayang nak tinggalkan rumah kesayangannya.
Tapi apa yang boleh di buat keadaan dirinya memerlukan perhatian yg lebih dari anak-anaknya.
Aku harap mereka akan selalu membawa mak cik pulang untuk bertemu dengan emak satu-satunya adik perempuannya yang ada..... semoga satu hari nanti dua beradik perempuan ini dapat berbual dan ketawa bersama seperti sebelum ini.



Semoga jodoh mereka berdua ini berpanjangan ke syurga firdaus dan dapat berpimpinan tangan menyeberangi titian siratulmustakim nanti.


SALAM UKHWAH





Thursday, July 21, 2011

Wajib ke nafkah buat si isteri yg bekerja sedangkan mereka pun ada pendapatan sendiri ?.




Beberapa hari yg lepas aku pergi jalan-jalan kat ruang sembang forum cari.net .... jalan-jalan punya jalan baca punya baca aku tertariklah pulak dengan hujah yang di berikan oleh sorang forumer ni haa...!!

Jadi aku rasa tak rugilah kalau aku sharekan kat sini apa yg aku dah baca dan apa yang dah jadi pengetahuan aku selama ini iaitu si suami wajib memberi nafkah kepada si isteri samaada isteri itu bekerja ataupun tidak dan nafkah itu adalah mengikut kemampuan si suami bukannya tak di beri langsung.

Meh kita baca apa yang forumer tu tulis......


‘Nafkah’ asalnya adalah perkataan arab memberi maksud sesuatu yang dibelanjakan daripada mata wang atau seumpamanya bagi melengkapkan kehidupan seharian. Menurut Ibn Qudamah, nafkah ialah sesuatu yang dibelanjakan untuk melengkapkan apa sahaja yang menjadi keperluan asas kehidupan isteri untuk hidup seperti makanan, minuman, pakaian dan juga tempat tinggal. Sayyid Sabiq pula menambah bahawa pemberian suami untuk memenuhi keperluan isterinya seperti makanan, minuman dan juga ubat-ubatan walaupun isterinya seorang yang kaya, mempunyai duit sendiri dan mampu menanggung dirinya sendiri.



Tanggungjawab memberi nafkah diamanahkan kepada ketua keluarga dan suamilah yang memikul tugasan ini serta wajib baginya menjaga kebajikan isteri dan anak-anaknya. Konsep ini dibentuk berasaskan kepada hujah dari ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah yang berkaitan. Antaranya yang terpenting ialah ayat34 Surah an-Nisaa’ yang bermaksud:


“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.”


Dalam surat al-Baqarah, ayat 233 Allah SWT berfirman mafhumnya:


“…Dan kewajiban ayah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang patut. Seseorang itu tidaklah dibebani lebih dari kemampuannya.”


Bahkan ketika terjadi perceraian sekalipun, suami masih berkewajiban memberikan nafkah kepada isterinya selama masih dalam masa ‘iddahnya dan nafkah untuk menguruskan anak-anaknya. Begitu juga dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa’i yang bermaksud:


“Ya Rasulullah, apakah hak isteri ke atas kami?” Sabda Rasulullah SAW, “Hendaklah engkau memberi makan kepadanya apabila engkau makan dan hendaklah memberi pakaian kepadanya seperti mana engkau berpakaian.”


Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan kepada kaum mukminin seperti diperintahkan kepada rasul. Maka, Allah berfirman dalam Al-Mukminuun ayat 51:


“.. makanlah dari makanan yg baik-baik, dan kerjakanlah amal yang soleh.”


Dan ayat 172 surah Al-Baqarah, Allah SWT berfirman mafhumnya:


“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepada kalian.”


Walau bagaimanapun nafkah tidaklah bersifat mutlak kerana setiap orang tidak sama kemampuannya. Ada yang lebih berkemampuan dan kaya menyediakan kesemua keperluan dan ada pula yang sebaliknya. Apa yang penting suami memberikan komitmen dan tanggungjawab ini sebaik mungkin dengan kadar yang memberi keselesaan kepada isteri, bukannya kemewahan atau pembaziran yang melampau.


Persoalannya sekiranya isteri tersebut seorang yang bekerja, apakah menjadi tanggunggan bagi suami membayar nafkah diri?.. apakah gugur tanggungjawab tersebut ke atas suami daripada menyediakannya?..

Sebenarnya, urusan nafkah tetap berada di bawah tanggungjawab suami walaupun isterinya bekerja. Pendapatan isteri adalah hak mutlak bagi seorang isteri itu. Namun sekirannya digunakan bagi meningkatkan ekonomi keluarga dengan keredaannya maka pemberian tersebut dikurniakan pahala serta dikira sumbangan berharga isteri kepada suami. Keadaan demikian tidak akan menggugat dan menggugurkan kewajipan suami daripada memberi nafkah kepada isterinya. Selain itu, nafkah yang wajib diberikan suami kepada isteri akan terhenti apabila isteri melakukan perkara-perkara yang boleh dikategorikan sebagai nusyuz atau derhaka atau tidak taat kepada suaminya.

sumber dr internet


CN :  Pendapat aku ramai isteri yg bekerja sekarang ni menyumbang kepada ekonomi keluarga dan membantu meringankan bebanan kewangan si suami tapi dalam ramai-ramai tu ada jugak SESETENGAH si suami yg mengambil kesempatan tidak membayar nafkah isteri atas alasan isteri berpendapatan sendiri tak perlulah bagi duit lagi walaupun sedikit DAN ada juga si suami yg berani mempertikaikan hukum nafkah isteri ini..... fikir fikirkanlah !! 


SALAM UKHWAH

Monday, July 11, 2011

Tak payahlah memperkecilkan kerjaya orang lain !!!

Salam hari Isnin….

Dah beberapa hari tak bersiaran kat sini kan?
Bukannya apa kesihatan tak berapa bagus sejak akhir-akhir ni….demam ….batuk-batuk…letih letih.
Kat rumah nak duduk mengadap laptop pun tak de mood....tak larat betul !!

Tapi menjalar depan TB tu ada pulak mood aku …. Terbariiiiiiing jeeee…syokk!!
Dari hari jumaat sampai sabtu aku tido jeee...syok lak sesekali dapat rehat macam ni.
Semua kerja anak dara dengan anak bujang tolong buat..... masak pun yang ringkas2 je..hehe!!

Oh ya nak citer sikit pasal anggapan sesetengah orang pasal kerjaya cashier kat pasaraya ni .

Cilok gambar pak cik gugell


Semalam bukannya hari tanpa beg plastik kan?
Tapi aku bawak jugak beg nak isi barang-barang aku pasal kat umah dah bertimbun beg-beg plastik dah… kalau aku bukak kedai jual beg plastik banyak gak lah income aku..hehe!!

Tapi aku bukan nak citer pasal beg plastik ni tapi pasal sorang pembeli yg beratur kat belakang aku waktu membayar kat cashier semalam.

Dia berbual dengan kawannya yang lebih kurang beginilah bunyinya…
“Aku tak main le nak keja cashier ni tak ada masa depan pun lebih baik aku keja kerajaan… setakat keja main-main tu bolehlah..bukan glamer pun keja macam ni ”

Aku sempatlah menoleh pada yang empunya suara tak aku pasti pulak dia ni dah keja kerajaan ke atau belum….sambil tu aku pandang jugak muka budak cashier kat depan aku tu… dia buat2 sibuk dengan kerjanya tak tahulah aku dia  dengar atau tidak .
Aku pasti budak cashier tu dengar pasal yg bercakap tu suaranya kuat.

Pendapat akulah apa sahajalah keja seseorang tu tak payahlah kau nak komen bagus ke tidak glamer ke hapa janji keja orang tu halal.

Eh kalau tak ada bebudak cashier tu kau nak bayar barang-barang yang kau beli tu kat sapa..…kalau tak ada tukang sapu sapa nak pungut sampah kat tepi jalan tu kalau tak ada tukang cuci tandas sapa lak nak buat bab cuci mencuci tu….?

Sekurang-kurangnya mereka ada jugak kerja taklah melahu mengabihkan boreh.
Yang paling utama rezeki tu halal walaupun pendapatannya kecil.

Satu lagi kalau nak mengutuk pun tengoklah kiri kanan dulu bak kata pepatah tu cakap siang ni pandang-pandanglah sikit janganlah sampai ada orang terasa hati.

Aku tak tahu bagus sangat ke keja pompuan tu sampaikan tergamak mengutuk budak cashier kat depan aku ni...... kalau tuhan tu nak tarik kerja bagus yang kamu ada tu bebila masa je boleh.

Pastu nanti aku nampak lak ko tercongok kat kusi cashier pasaraya .....ha time tu baru ko tau tinggi rendahnya langgit atas kepala tu.

Entah2 yang kojo cashier depan aku tu cuma sementara je tapi kelulusannya degree dan yang mengutuk tu setakat kerani kerajaan bertaraf rendah SRP pun tak lepas agaknya.......hahahaha!!!!

Aku lak yg ter EMO macamlah aku yg jadi cashier!!


CN: Biar apapun kerjaya seseorang itu yang penting rezekinya dari sumber yg halal dan di berkati.


SALAM UKHWAH

Wednesday, July 6, 2011

~ WORDLESS WEDNESDAY ~






CN :  1 Malaysia..... !!!


SALAM UKHWAH

Friday, July 1, 2011

Mintak mahap leee banyak-banyak.... !!!!


Salam Jumaat hari penghulu hari.... !!!



Sejambak bunga seekor beruang.

Bunga dengan bear  kat atas tu nak mohon maaflah  kat sesapa yang masuk sini tapi tak do entry terbaru.
Sejak dua tiga hari ni aku memang sibuk giler tahap atromen lawan raksaksa gamaknya.
Baik di ofis mau pun di rumah.
Jadi untuk hari ni aku tak sempat nak cari tazkirah terbaru untuk hari Jumaat minggu ni macam selalu tu.

Daripada blog ni berabuk-abuk macam blog aku yang satu lagi tu lebih baik aku tulis ayat serangkap dua dulu petang ni.
Kot kot aku ada masa malam ni kang aku nak  pergi kemas blog masak-masak aku tu pulak dah banyak nau sarang labah-labah agaknyeeeee !!!!!


Okey aku mulakan keja aku balik.
Kot kot ada masa lapang kang aku curik2 masuk blog kawan-kawan untuk BW.
Tu pun kalau line internet kat ofis ni tak slow giler macam siput vavi.

Salam Jumaat dari aku di RKTS ni..!!


CN :  Bila banyak idea nak update blog time tulah pulak tak ada banyak masa..... tulis sikit2 macam ni kira acilah  errkk !!

SALAM UKHWAH

Wednesday, June 22, 2011

~ WORDLESS WEDNESDAY ~





CN : Kasihnya ibu membawa ke syurga........



SALAM UKHWAH

Monday, June 20, 2011

Status adalah sama TAPI kisahnya berbeza-beza....




Aku terbaca satu kisah anak luar nikah menanggis teresak-esak di majlis pernikahannya di  SINI .

Tapi yg nak aku citerkan ni pulak pasal seorang kawan baik aku yg berkahwin di usia yg terlalu muda belasan tahun lagi.
Pada hari pernikahannya aku datang nak tengok dia di ijabkabulkan...yelah dari sekolah rendah aku berkawan dengan dia tapi sewaktu masuk sekolah menengah kami sekolah lain-lain.

Pada hari tersebut si ayah yang separuh lumpuh yang menjadi wali dan menikahkan kawan aku tu sendiri.
Tapi yang syadisnya kawan aku ni iaitu si pengantin perempuan menangis beriya-iya sangatlah pulak.
Sampaikan si bapa tak dapat menuturkan ayat yang betul waktu menikahkannya .
Bapa pun menangis sama.... dah tentulah aku hairan !!

Beberapa bulan kemudian baru aku tahu sewaktu hari pernikahan tu kawan aku ni dah terlanjur.
Dah berisi pun sewaktu duduk bersanding atas pelamin.
Nasibnya cukup baik sebab lelaki tu sanggup bertangungjawab .
Sekarang mereka dah ada ramai anak dan jodoh berkekalan hingga hari ini.....Alhamdulillah !!

Citer aku ni sedikit berbezalah dari sumber citer yg aku baca tu tapi motifnya adalah sama.
Satu kisah anak perempuan  luar nikah dan satu lagi kisah anak perempuan yang dah buat anak luar nikah sebelum berkahwin secara sah.

Tapi aku lagi terperanjat tahap gila vavi bila ada lak bapa dan anak yg sanggup bersekedudukan hingga melahirkan 3 orang anak  kat  SINI LAK !!

APADAHJADIIIIIIIIIII..... !!!!!!!

Nampak sangat si bapa ambil kesempatan hingga  si anak melahirkan anak2 kecil yg tak tahu siapa bapa mereka.... tak tahu lak nak panggil lelaki tu BAPAK ke ATUK  ????



CN : Banyak sangat kes macam ni patut le Malaysia ni makin hari makin panassssss !!!



SALAM UKHWAH

Wednesday, June 8, 2011

Lagi ramai kawan lagi banyaklah hati yang perlu di jaga.


Salam hari Rabu.....




Entry kat bawah tu adalah segmen yg aku join dengan blogger Ben Ashaari semalam.
Penangan blogger tersohor ini memang akan memberi tuah kepada mana2 blogger lain yg suka mencuba nasib.

Ini termasuklah aku..... tak di nafikan pengaruhnya memang ramai.
Sekelip mata berpusu-pusulah orang akan datang join segmen yang dia buat.
Pastu yg join segmennya jugak akan dapat habuan yang menarik samaada bertambah follower ataupun akan tersenarailah blog kita dalam bloglist blogger yg  lain.

Yang terlebih bertuah nasibnya tu akan mencanaklah pulak traffik mereka.
Berpuluh-puluh komen akan datang dalam setiap entry terbaru mereka.
Itulah dia penangan segmen Ben Ashaari.
Bila kita dah ramai kawan samaada di dalam blog ataupun di luar sana lagilah banyak hati yang perlu di jaga.

Kalau kawan blogger dah datang BW kat blog kita kita kenalah BW kat blog dia jugak.
Bila kawan blogger tinggalkan pesanan atau komen kenalah jugak kita menjawab atau membalasnya.
Bila kita abaikan kedatangan atau komen mereka2 yang baik hati menziarahi kita itu pasti akan ada rasa kecil hati ataupun tersinggung di hati mereka.
Tak kiralah yg datang tu blogger popular , lama ataupun baru yg pastinya setiap manusia ada perasaan kan ?

Sebab itu aku amat takut jika ada yg berkecil hati jika aku terlepas pandang.
Jika aku terlewat membalas komen kalian ataupun cara aku ada yg kurang menyenangkan.
Jadi Jika aku  terlupa nak follow balik blog korang atau balas komen korang tolong ingatkan aku !!

Kerana kita sesama blogger perlu ingat mengingati jika ada yg alpa.
Aku selalu usaha  mencari masa untuk datang balik ziarahi kalian semua, mengikuti blog kamu serta membalas setiap komen yg telah di tinggalkan.



CN :  Terima kasih kepada yg sudi bertukar link dengan aku..: )



SALAM UKHWAH


Tuesday, May 31, 2011

Dah 4 isteri SY tu ya...!!




Beberapa bulan yg lalu ada sorang member aku cakap SY ni dah ada 3 isteri.... Mati-mati aku tak percaya cakap dia.
Ya lah aku ni kurang sikit ambik tahu pasal artis tu pasal dalam blog ni jarang korang dpt baca kisah artis-artis.

Aku pun rasa dari segi latar belakangnya sebagai artis tak mungkinlah ada isteri seramai tu.
Lagipun sekarang ni artis-artis kat Malaysia ni kecoh dek kahwin cerai kahwin cerai manakan mungkin SY yang hanya pelawak dan pengacara radio sinar ni leh ada 3 isteri.
Member aku ni pun jenis yg suka cakap bergurau lagilah aku susah nak percaya.

Beberapa minggu lepas heboh lak sana sini citer SY nak kahwin lagi... ke 4 koooo !!!
Terkezut badak aku sekejap.... oooo betullah cakap si polan tu hari tu !!

Tahniahlah buat pengacara sinar FM ni dah bertambah sorang lagi isterinya.
Aku suka dengar celoteh dia pagi-pagi kat radio tu nak-nak lak time dia bertekak dgn Kak Engku lagilah wat aku senyum sorang2 dalam keta tu pagi-pagi.

Hebatlah jugak selebriti macam dia ni leh dapat 4 isteri ....yg artis lain sibuk kahwin cerai dia lak kahwin tanpa bercerai berai.


CN :  Aku nak sangat kenal isteri pertamanya dan nak tahu apa yg buat dia kuat dan tabah macam ni.



SALAM UKHWAH

Wednesday, May 25, 2011

Nasiblah aku tak pernah pakai butter ni !!


GOLDEN CHURN BUTTER - TIDAK HALAL (NEW ZEALAND)
Gambar dari pak gugell

Alhamdulillah lahhhh aku tak pernah guna pun butter ni.
Kebiasaan butter yg aku guna untuk buat kek atau biskut ialah planta .
Aku memang cukup cerewet gak bab sumber bahan makanan yang aku masak.
Tak apalah guna yang brand murah sikit asalkan bahannya dari yang halal dan di sahkan oleh jakim.
Kalau nak rasa yang terover over sedapnya pun tapi isi kandungan bahan tu yg bukan-bukan pun boleh wat kita jadi was-was jugak.


Click kat  image jika tak jelas.


Aku sering di beritahu oleh kawan-kawan cina aku kat ofis ni kalau bahan2 tu ada kandungan lemak binatang tu harganya pasti lebih mahal dari yang bukan dari sumber tersebut.
Sebab nak dapatkan sumber yg ITU sangat terhad bukan macam bahan2 dari sumber sayur-sayuran.

Sebab tulah kalau aku bershopping barang-barang dapur HUBBY memang tak suka ikut sebab aku ambil masa yg lama.
Aku siap semak isi kandungannya, harganya dan tarikh luputnya sekali.
Termasuklah dari mana negara pengeluarannya dan tanda halal dari negara tersebut.
Tapi  99%  bahan-bahan  makanan aku akan beli yang di keluarkan oleh negara kita sendiri terutamanya dari produk2 bumiputra dan ada status HALAL JAKIM.

Kepada sesiapa yg dah terguna ataupun ada dalam simpanan untuk butter kat atas tu silalah di lupuskan ataupun bagi sajelah kat jiran atau kawan2 berbangsa lain .
Kalau aku ada stock bertin-tin butter tu kat dapur aku pasti ramai nyonya2 kat ofis ni menadah beg plastik mintak kat aku.
Malanglah nyonya2 dan Ah moi2 kat ofis ni pasal aku pun tak pernah guna butter tu .
Beli pun tak pernah.... berapa harganya setin pun aku tak tahu tapi ramai orang kata harganya lebih mahal dari jenama yg lain.

Kadang2 aku rasa kita ni bukan macam duduk  kat negara yang agama rasminya Islam dah.
Setiap makanan yang di keluarkan ada tanda halal pastu bila di check balik ada pulak sumber yg bukan-bukan kat dalam tu.
Pastu di sahkan pulak halal balik pastu tak halal pastu halal !!

Eeeiii...... pakai ajelah jenama yang memang di keluarkan oleh bumiputra atau pun yg memang kita yakin seyakin yakinnya yag syarikat tu tak pernah ada masalah dengan pihak Jakim.
Kita nak masak dan bagi makan untuk keluarga  kita biarlah dari sumber yang elok -elok.
Ingatlah setiap apa yg kita makan tu akan tumbuh jadi darah daging kita jugak.
Bukan setakat makanannya halal sumber duit kita tu pun biarlah dari yg halal jugak.


CN : Hujung minggu ni nak kena bershopping barang dapur lagi...malasnyaaaaa !!


SALAM UKHWAH

Wednesday, May 18, 2011

Hujan tu dah tolong aku siramkan pokok kat luar tu..


Sejak dua ke tiga hari ni hujan je pulak kat Senawang ni ha.
Semalam hujan ..hari ni hujan ... beberapa hari lepas pun ujan gak.
Minggu lepas panas je sampai kering tanah dalam pasu-pasu bunga aku kat luar ni.




Ni hujan ni satu rahmat jugak kat aku ni.
Kurang-kurangnya malam kang tak payah lah aku siram pokok-pokok tu lagi.
Jimat air dan tenaga aku.
Boleh BW awal sikit malam kang.

Kat tempat korang cammana lak.....masih lagi panas ke ataupun selalu hujan ?


CN :  Alhamdulillah....... :)


SALAM UKHWAH


Thursday, April 21, 2011

Hujan salah tak hujan pun salah.....


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud


Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya yang lain menyuburkan tumbuhan yang pada (tempat tumbuhnya) kamu mengembala ternakan.

Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan tersebut tanam-tanaman zaitun, kurma, anggur dan segala macam tumbuh-tumbuhan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaaan Allah) bagi kamu yang memikir.~ (An-Nahl:10-11)


Seorang sahabat di ofis aku ni berbangsa cina sering sangat mengeluh bila dengar guruh berbunyi di langit.
Lebih-lebihlah lagi kalau waktu tu dah hampir sangat pukul 5 petang.
Bila hujan turun lagilah dia memaki hamun.
Setiap kali berlaku kejadian yang sama mulutnya tak habih-habih menyumpah... mencaci.
Aku yang mendengar pun sakit taik telinga ni.
Andainya sahabat itu tahu untuk memahami maksud ayat di atas pasti dia akan menyesal.

Andainya sebulan hujan tak di turunkan apa yg akan berlaku nanti?
Sudah tentu  muka bumi ini akan kering kontang, pokok2 mati, air sungai pun kering.
Bolehkah kita sebagai manusia bertahan untuk hidup dalam kemarau sepanjang tahun?

Itulah nikmatnya hujan.
Jangan di kesali dengan kehadirannya bersyukur sahaja dengan nikmat yang di beri.
Mungkin esok lusa kita tak dapat lagi mendengar bunyi hujan yang lebat itu lagi.
Mungkin esok lusa tiada lagi kedengaran bunyi kilat dan guruh.

Setelah tiba masanya  kita di panggil menemui pencipta kita ......
Semoga sahabat itu mendapat hidayahNYA satu hari nanti !!

CN : Aku suka hujan..... tak caya baca  SINI !!!

SALAM UKHWAH


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails