Sila klik imej untuk tumbesaran yg sempurna di mata anda.
Aku terbaca dalam Blog Ni pasal komen kat atas tu...... kenapa sampai begitu kejam sekali orang2 China ni ?
Di sebabkan takut di persalahkan atau kena tanggung kos perubatan si mangsa mereka semua sanggup biarkan budak 2 tahun tu tergolek anjing kat tengah jalan tu.
Mesti semua orang dah tahu kes budak 2 tahun yg kena langgar 2 kali kat china tu sampai kritikal kan?
Rata-rata semua yg berhati manusia mengutuk keras kejadian tu.
Yang melanggar tu satu hallah yang ada kat tepi jalan tu satu hal lah pulak punyalah bongok boleh di tengok je budak tu tanpa di tolong.
Apa dyorang semua tak ada ahli keluarga ke yang mungkin akan terjadi perkara yang sama satu hari nanti?
Pastu tak ada sapa pun nak tolong apakah perasaan kita ketika itu ?
China punya law ni pun jenis yang law gila sepenuhnya banggang.
Di sebabkan orang yg buat law macam tu lah yg buatkan warga china yg lain takut nak menolong bukannya apa takut di persalahkan atau terpaksa menanggung kos yg tinggi.
Di pendekkan citer kita sepatutnya bersyukur sebab kita duduk di MALAYSIA yang tak ado orang buat law merapu merepek macam tu.
Malah yang menolong tak harapkan apa-apa penghargaan pun kerana sikap tanggungjawab dan sayang menyayangi sesama kita walaupun kita pun tak kenal antara satu sama lain.
Walaupun yang di tolong itu bukanlah sebangsa atau seagama tapi sikap tanggungjawab yg terlalu tebal dalam diri kita semua.
Pernah terjadi satu kemalangan melibatkan sebuah kereta kancil dan bas di persimpangan lampu isyarat highway LEKAS di senawang tahun lepas.
Seorang anak kecil tercampak dari kereta dan keadaannya parah...keta kancil yang di pandu ibunya remuk teruk di lanyak kat bas tu.
Ibu dan neneknya tersepit dalam kereta dan terkulai tak sedarkan diri.
Orang ramai yang ada kat situ turun dari kereta berlari nak menolong dan mengangkat budak kecil tu dan menghantarnya ke hospital swasta yg berhampiran.
Aku rasa ada banyak lagi kes-kes yg macam ni di seluruh negara kita.
Lihatlah perbezaan sikap orang Malaysia dan China .
Bersyukurlah kita semua kerana mempunyai ramai kawan-kawan yang tak di kenali di saat kita semua dalam kesusahan.
Walaupun kita semua berbeza agama, bangsa dan fahaman politik.
SALAM UKHWAH
.
8 comments:
saya bersyukur sangat negara kita aman dan rakyatnya sangat prihatin...
Betul tu Ct, syukur alhamdulillah. Kita terlupa kadang-kadang betapa beruntungnya kita sebagai rakyat M'sia.
QHAIFA.... Kita beruntung hidup dalam negara yg kuat dgn perasaan belas kasihan bukan pentingkan diri sendiri.
ARIANA... betul kak sy bangga betul dgn sikap prihatin orang2 kita.
nak balas entry saya...
kek tu beli, kalau buat sendiri cantik sebegini boleh buka kedai ni..he...tp memang sedap rasa copacino + kopi...
tu la..ramai yg salahkan kerjaan China sebab wujudkan undang2 mcm tu... :(
Harap masih ada rasa belas ikhsan serta prihatin dalam diri kita ni...
kalau dekat mesia pn buat law mcm tu..agaknya org kita jd sama mcm org china tak..huhu
Post a Comment