TARIKH : 29 Sept 2011 ~ khamis.
LOKASI : Kfc, giant senawang.
Dah 15 tahun kak fatimah bekerja kat sini dan selama 15 tahun itu lah aku berkawan dengan dia.
Lamakan ???
Dialah kawan yang paling lama dengan aku kengkawan sekolah dulu pun tak ada yg selama ini bersama dengan aku .
Dia diantara rakan rakan yg rapat jugak dengan aku selama berbelas tahun ni walaupun kami di bawah syarikat yg sama tapi bertugas di bawah anak-anak syarikat yg berlainan dan ofis pun jauh berkilo kilometer tapi kami tetap kerap berjumpa.
Dulu-dulu sewaktu kami makan kat kantin syarikat selama setengah jam waktu rehat tulah waktu kami bersembang-sembang.
Tapi bila SAIKO berpindah ke seberang jalan dan tak duduk satu pagar lagi dengan 6 anak syarikat yg lain sejak 2 tahun yg lalu kami cuma berbual dalam telefon je.
Ada gak berjumpa sesekali tapi taklah sekerap sewaktu dia duduk satu pagar dulu.
Bab bergossip tu tetap tak boleh tinggal punya termasuklah hal klorga, rakan rakan dan kerja .
Tepon kan ada..... kekadang bercakap sampai panas gagang tepon..... loceng dah 2 3 kali berbunyi kami pot pet pot pet je lagi kat tepon tu !!!
Jadi sebagai meraikan hari persaraan dan hari terakhir dia bekerja dan memakai uniform syarikat ni aku belanja dia makan kat KFC GIANT senawang.
Sebenar nya itu tempat paling dekat dan privacy untuk kami berbual-bual.
Boleh cakap macam-macam tak payah risau bell berbunyi-bunyi atau gangguan dari staff2 lain yg suka sangat menyibuk.
Kebetulan lak hari tu anak aku masih di kampung pasal ciken pox jadi ada banyak masa untuk aku berbual dengan dia tanpa terburu-buru nak balik cepat.
Banyaklah kenangan aku dengan akak ni walaupun jarak umur berbelas tahun tapi aku cukup serasi dengan dia.
Dia tak cakap besar dan berlagak , merendah diri , leh dengar ko punya problem dan selesa berkongsi pengalamannya dan masalahnya dengan aku atau mungkin gak dengan orang lain.
Dia pendengar terbaik untuk setiap masalah yg ko luahkan padanya.
Selepas hari ini aku tak adalah tempat nak menceritakan masalah aku pada kawan yg aku percaya.
Lagilah pulak aku ni bukan jenis orang yg suka-suka bercerita masalah peribadi pada sesiapa pun.
Kawan tu memang ramai tapi nak jumpa yang benar-benar serasi dengan kita dan boleh di percayai itulah yg paling sukar.
Seperti kata pepatah " kawan ketawa senang nak di cari kawan menanggis susah sekali "
Aku pernah ada kawan yg jenis tikam dari belakang.
Berkawan dengan orang yg tak jujur dan amanah.
Berkawan dengan orang yang bila susah cari kita bila senang pulak buat-buat tak kenal.
Macam-macam pesen kawan pun ada tapi nak cari yg benar-benar serasi dengan kita cuma satu dalam seribu.
Slot tag buat yg terakhir kali sebagai warga kerja Ecowise Sdn Bhd.
Kepada kak fatimah selamat menikmati hari hari persaraan sebagai seorang pekerja.
Selamat menikmati wang hasil titik peluh bekerja bertahun-tahun ni.
Semoga masa -masa lapang tu di isi dengan perkara-perkara yg lebih berfaedah dari sebelum ni.
Semoga apa yang akak nak buat dulu dapat di laksanakan tanpa perlu ada apa-apa komitmen dengan syarikat ..... tak perlu risau bab cuti...tak perlu fikir keja yg melambak kat ofis dan tak perlu pening kepala dengan perangai manusia2 yg menyakitkan hati tu.
JIKA ADA SUMUR DI LADANG
BOLEHLAH KITA MENUMPANG MANDI
JIKA ADA UMUR YANG PANJANG
BOLEHLAH KITA BERJUMPA LAGI
Semoga kita dapat bertemu lagi seperti hari-hari yg sebelumnya ..:)
SALAM UKHWAH
6 comments:
Selamat bersara Kak Fatimah. Jasamu dikenang.
Seronok kan bila ada insan lebih dewasa yg boleh dianggap kakak, menjadi orang kepercayaan pula. Pasti terasa kehilangan, kan?
*saya tak pernah lagi ada teman sekerja yang rapat sejak 10 tahun lalu. Serik.
seronok bile ade kawan yg rapat mcm tukan..
saye pun ade jugak,ade org kate kami ni kembar tak seiras...hihihi...mcm2..
selamat bersara buat kak fatimah...semoga happy selalu...
memang sukar nak mencari kawan yg memahami kita..tak kira lah berapa pun beza umur..tp, dgn kecanggihan zaman ni, hari2 pun masih boleh berhubung kan..:)
AZIEAZAH... pasni mmg susahlah nak cari kawan yg serasi macam tu lagi pasal sy pun ada pengalaman sama cam akk.
AINNORAINI... bila kita ada kawan yg terlalu rapat dan baik hati kalau boleh nak duk sebelah umah dia je kan..:)
ARIANA... betul tu cikgu semoga persahabatan ini berpanjanganlah hendaknya.
Post a Comment