Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, July 15, 2016

Rezeki dari tetamu...


Assalammualaikum...

Dah beberapa hari ni tekak aku ni mengada2 pulak nak makan satey.
Agaknya dah seminggu beraya jumpa lemang,nasi impit, kuah kacang dengan rendang je.
Tu yang tekak aku ni buat karenah.
Nak makan satey tu kat depan umah aku ni je kat belakang giant senawang tu.
Bukan jauh pun tapi aku malas betul nak keluar malam-malam.

Malam tadi adik aku dengan suaminya bawak mak abah beraya ke rumah.
Tak disangka sangka pulak dyorang datang dengan tangan berisi.
5 bungkus cucuk satey dia letak kat depan aku.
Terkedu sekejap "cammana dyorang leh tau aku nak makan satey ni"
Tapikan kalau dah rezeki kita tu tetap jugak kita yg dapat.



Dek banyak nau satey sampai aku rasa risau "habis ke kang ni?"
Dah lah aku buat laksa goreng lagi tu.
Aku rasa macam nak ajak satu taman je makan satey kat umah aku ni.
Ada banyak jenis satey lak tu.
Ada satey ayam,daging,tongkeng,babat dan paling special sekali satey kambing.
Kau adooo ???
Hahaha.....



Tapiiii habis jugak satey2 tu kena telan kat kami berlapan je ni.
Syukur selalu.....Allah tu sentiasa ada mendengar bisikan hati kita.
Jadi jangan lupa doa selalu....mintak yang baik2 dapat lah yg baik.
Mintak satey dapatlah makan satey macam akuuu,...hehehe...

Friday, July 8, 2016

Giliran rumah mertua..

Assalammualaikum...

Kononnya nak tulis padal tajuk entry ni tapi ontah apo yg den buat terdelete post yang semalam.
Adehhh...terpaksa lak tulis balik .
Nasib baik sendiri tulis sendiri ingat balik tapi mungkin ada yang tertinggal.
Nasiblah kan salah jari sendiri yg mengatal menekan nekan sudahnya terdelete entry sendiri.

Adat berumahtangga kena bergilir balik beraya ni.
Sama juga macam aku dan adik beradik yg lain.
Tahun 2016 ni tahun beraya rumah mertua masing2.
Jadinya tahun ni cuma tinggal adik bongsu aku shilla je dengan mak abah.
Semua nak berkumpul raya sama2 tu yg sesama balik umah mertua tahun depan ramai2 lak umah mak abah.
Tu esok2 shilla dah kahwin tak tau lah cammana pulak dia laki bini.

Sooo untuk pagi raya tahun ni terasa sikit sunyi sebab tak ramai yg ada.
Aku ni nasib baik kawin orang sebelah kampung .
Pagi pagi raya dah ada umah mak .
Malam raya tu pun aku ada umah mak gak walaupun giliran rumah mertua.
Leh main kejar2 je kerumah mak dan mertua aku..hehe...

Lepas minum kita bergambar bertujuh jelah nak tunggu yang lain2 raya ke tiga baru sampai ke sini.



                            Dua photograper amatur tengah setting kamera.


                                                   Tujuh orang je di pagi 1 syawal tahun ini.

Wednesday, July 6, 2016

Sedondon di pagi syawal....selamat hariraya Aidilfitri.

Assalammualaikum....

Hari ini satu syawal hari kita meraikan kemenangan kita selepas satu bulan berpuasa.
Kami sekeluarga menunaikan  solat sunat hari raya di MASJID KARIAH AMAR PENGHULU,kg ulu klawang jelebu.
Masjid ni tempat aku adik beradik dan kawan2 belajar mengaji kecik2 dulu.
Al fatihah buat ALlahyarham atok maarof yang mengajar kami mengaji semoga rohnya di tempat di kalangan roh2 yang di rahmati berkat mengajar kami dulu.

Aku dan suami satu daerah dan kampung pun berdekatan.
Kg renal vs kg ulu klawang gituuu...
Bila raya tak payah nak poning2... Jimat toll dan masa.
Tak macam sesetengah yang lain selang setahun dapat salam tangan mak ayah.
Tapi kami Setiap tahun dapat bersalam dan mencium tangan ibubapa sendiri di pagi raya.
Malam raya dan pagi raya umah mak sendiri atau mertua kang lopeh solat sunat raya dah terpacul lak kat umah yang satu lagi.
Berkat jodoh dekat....syukur sangat di situ.

Setiap tahun raya kami sedondon.
Bila tengok orang lain pun sedondon rasa seronok sangat .
Ada sedondon hijau, biru, merah dan macam2 kaler.
Terasa sangat kemeriahannya.

Kepada semua yang datang berkunjung ke blog ini saya sebagai tuan tanah ingin berterima kasih dan memohon maaf sekiranya ada diantara tulisan yang buat kamu semua terasa hati.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN IKHLAS DARI KAMI SEKELUARGA.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails