Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Thursday, May 27, 2010

Queen Control Ke Aku?

Selamat Pagi.....!!!

        Hari ini pagi-pagi lagi dah buka blog blogger idolaku ini  Prof Muhd Kamil mengenai QUEEN CONTROL. Begitu ramai sekarang ini isteri-isteri bekerja bukan hanya untuk menambah pendapatan isi rumah yang semakin meningkat sekarang ini malah untuk menjadikan kehidupan  kita  lebih  selesa dari sebelumnya. Dia juga menulis mengatakan di dalam Al Quran wanita di sebut sebanyak 55x dan lelaki hanya 35x, keistimewaan wanita di abadikan melalui surah An-Nisa'.
        Apa yang buat aku tertarik dengan catatan Prof  hari ini ialah mengenai si suami yang membuat kerja rumah terutama sekali menyidai kain. Kerja ni memang selalu MY Hubby lakukan tak tahulah aku ia betul-betul ikhlas atau tidak, Tetapi dengan sikap bantu membantu itulah yang membuatkan hidup kami sekarang semakin selesa. Aku boleh lakukan kerja lain ataupun berehat awal bila dia RINGAN TULANG membantu aku. Aku nak bagi kredit 10 bintang untuk My Hubby kerana tak peduli apa orang akan cakap jika dia menyidai kain di ampaian (rasanya setakat ini belum ada lagi jiran yg menyindir tak tahulah kalau belakang kami!).

 Apa-apapun dalam hidup berumahtangga apa yg penting...KERJASAMA...macam cerita wonderpets tu!!


 Aku bukan seorang QUEEN CONTROL kerana hanya satu sahaja kerja aku yang di buatnya dan dia tak pernah memasak untuk kami anak beranak kerana dia lebih suka makan makanan dari air tangan seorang isteri .Ada seorang ustaz menulis ada isteri yang kurus kering di dera oleh suaminya.

Dan aku....ingin sekali berterima kasih kepada suami - Aku tak terasa seperti di dera sebab itulah agaknya "jelly" di badan aku semakin bertambah!.



Salam Ukhwah:


Tuesday, May 25, 2010

Cuti Sakit...!!!!


Hari ni aku dapat cuti sakit.....Dh sampai ofis tadi leher aku terasa sakit sangat nak pusingkan kekanan terasa macam kena pulas leher aku. Aku terus ambil kad perubatan dan pergi ke klinik.

Sebenarnya aku paling tak suka pergi klinik sebabnya nak menunggu giliran tu punyalah lama,ini pun aku kena tunggu lebih 20minit itu tak ramai orang tu kalau ramai lagilah berjanggut aku menanti sakit pun leh hilang dek lama sangat.Tapi mengenangkan company ada bagi cuti sakit untuk semua kakitangannya jadi rugilah kalau  tak di gunakan.Kalau sakit sikit-sikit memang aku tak minta MC dan tak payah susah-susah menunggu giliran macam ni lebih baik teruskan kerja je.

Lepas balik dari klinik aku terus balik rumah ,makan ubat pastu apa lagi tiduuuurrr lee.....!!!!!!

Sunday, May 23, 2010

Blog sedang di ubah suai!!!!







Kepada yang sudi menjenguk blog  RUMAH KECIL TIANG SERIBU ni aku ucapkan terima kasih (ado ko yg tengok blog aku ni...huhuhu) . Buat pengetahuan semua blog aku ni sedang di ubah suai jadi minta maaflah jika tak banyak catatan baru, walaupun begitu aku nak bagi kredit pada diri aku sendiri setelah berjaya menukar wajah blog aku ni tanpa bantuan sesiapa, Entah macam mana aku godek sana godek sini , berhari hari mengadap laptop akhirnya jadilah apa yang anda nampak sekarang. Nampaknya masih banyak lagi yang perlu di tokok tambah aku akan buat sedikit demi sedikit nanti.

Terima kasih sekali lagi kepada yg sudi berkunjung ke sini...sila tinggalkan komen dan follow aku kat followers tu....Silalah datanglah lagi ye jgn malu-malu..!!! :)


P/s: Kita perlu berbangga dengan apa yang kita lakukan walaupun sekecil hama tapi lebih bernilai dan bermakna jika di usahakan sendiri tanpa bantuan orang lain,jadi kan ia sebagai hadiah yg paling manis untuk diri sendiri yang telah penat berusaha.

Tuesday, May 11, 2010

Mini Garden aku!!!

Hari ni aku nk cerita pasal taman comel aku ni pulak....adalah beberapa pasu bunga dan tanaman dapur yang aku tanam dalam pasu.Almaklumlah rumah aku tak ada tanah My Hubby dah simen sampai ke pagar,terpaksalah aku bercucuk tanam dalam pasu.Harap-harap satu hari nanti aku berpeluang ada rumah yang di kelilingi tanah macam-macam pokok bunga ,sayur dan buah boleh tanam puas hati aku!.okey layan gambar-gambar kat bawah tu ye...;)


Ini pokok limau kasturi aku,waktu beli ada beberapa biji buahnya , aku alihkan sendiri ke dalam pasu ni biar dia selesa sikit nak membesar.

Ini pulak pokok pandan aku,kalau nak tau dah 6 tahun aku tanam dia dalam pasu ni.Dulu pandan ni tanam atas tanah lebih subur dan tinggi macam sireh junjung pulak selepas My Hubby menyimenkan laman rumah teres aku tu terpaksa aku alihkan kedalam pasu...gemuk juga pandan ni walau dalam pasu.



Ini pulak pokok bunga bukan pokok sayur ye kawan-kawan, rasanya semua kenal pokok bunga buluh dlm pasu sebelah kanan tu, tapi yg sebelah tu aku lupalah nama dia...hehehe jangan marah!.Kedua-dua pokok ni mak mertua aku bagi waktu tu kecil je lepas aku tanam dalam pasu besar ni dan dibelai di manja dia dah jadi sebesar ini!.




Ini juga pokok bunga aku.Pokok bunga mak datin ,bunga keladi cuping gajah ,bunga kemboja cina yg kanan sekali.Yang bunga putih kecil-kecil tu pulak pokok bunga kembang sepuluh sebab di panggil nama macam ni bunganya akan berkembang pukul 10 pagi. 

  



Sebelah atas tu pokok bunga lidah jin atau pokok lidah mak mertua sebelah dia dalam pasu kecil tu pokok money plant dua-dua ni aku selalu letak dalam rumah.Sebelah bawah tu pokok money plant jugak tapi selalu duk kat luar sahaja.



Haa..yang ini pulak sebelah atas dua pasu kecil tu pokok kaktus aku yg pasu besar sikit tu pokok lidah mak mertua. Gambar bawah tu jugak pokok yg sama yg ini aku letak dekat singki dapur.



Ini pulak pokok - pokok bunga yang aku tanam dalam pasu gantung.Kebanyakkannya yang mudah di tanam dan senang di jaga.Al maklumlah aku ni wanita berkerjaya ada anak ada suami nak juga berkebun jadi kenalah cari pokok-pokok yang senang nak di jaga.

Ini adalah sebahagian dari pokok -pokok yang  dah lama aku tanam.Mula mula duk rumah ni dulu aku banyak tanam pokok bunga kertas sejak aku dah beli rumah ni dan di ubahsuai bahagian depannya terpaksa aku hantar balik kampung pokok-pokok tu.Sekarang teringin balik nak tanam pokok bunga kertas,nantilah aku intai -intai dulu luar pagar aku tu kalau ada tempat yang sesuai sebab pokok bunga kertas perlukan cahaya yang banyak untuk proses berbunganya.

P/S :  Menanam pokok memberikan terapi minda kepada diri kita malah ia merupakan penapis habuk yg terbaik kepada manusia.

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu Seluruh Dunia.

Hari ini tanggal 9 Mei ,hari ibu buat ibu2 di seluruh dunia. Pagi pagi lagi akak dan adik dh bangun ,terus masuk dapur..tung,tang,tung,tang kat dapur aku yg comel loteh tu, Si adik sibuk mengeluarkan nugget ,sosej dan kentang dari peti sejuk, si kakak pulak mengambil kuali dan  memanaskan minyak .

  Ummi : Apa korang buat pagi - pagi ni?
  Kakak : kita orang nk wat sarapan untuk umi.
  Adik : Aah...umi,hari ini kan hari ibu umi g tido kita masakkan ye!

Aku cuma tersenyum dan masuk ke dalam ,"boleh ke budak2 ni masak takut tak boleh makan je nanti". Sesekali aku datang menjenguk kedapur..haaii...sibuk dua beradik tu kat dapur siap dengan pinggan leper lagi setiap seorang.

Kakak : Umi umi nk nescafe kan,nanti kita wat kan ye!
Ummi : Tak payahlah air tu umi buat sendiri,adik g mandi cepat kang tak sempat nak g kelas taekwando!
Adik : Okey ummi !!

Setelah mandi dan bersiap aku terus ke meja makan, sarapan dah siap terhidang ada sosej , sedikit kentang goreng dan beberapa keping nugget untuk setiap seorang dalam pinggan yg berasingan untuk 4 orang.Tetapi yg TERISTIMEWA nya adalah sejambak mawar plastik merah jambu dan beg kertas kecil yg berisi jam pasir dan 2 keping kad ucapan hari ibu hasil kerjatangan mereka berdua!

Terharunya akuu...!!!!




Sejambak mawar kecil merah jambu dari kakak dan jam pasir dari adik.

Kad ucapan hari ibu dari kakak iera.

Kad ucapan dari adik (habis gambar ummi di kerjakannya..huhhuhu!!)

Aku juga ingin mengucapkan selamat Hari Ibu buat mak aku PUAN HAJJAH SITI RADIAH PARIS ,"terima kasih mak dengan segala pengorbanan,kesabaran dan kasih sayang yg diberikan dalam membesarkan kami tujuh beradik di dunia ini...Semoga kehidupanmu di berkati dan di lindungi dunia akhirat!!.



P/S: Hargailah ibu dan bapa selagi ada hayat mereka..mungkin esok lusa kita tak dapat lagi melihat mereka di dunia ini..oleh itu hargailah kehadiran mereka dan sayangilah keduanya.  


Friday, May 7, 2010

Kisah umi adik BEN 10...






    Aku tak kenal  AYU ROSLAN  malah tak pernah pun bersua muka dgnnya , tetapi sering membaca kisahnya di blog idola kesayanganku  blogger ROZA ROSLAN. Beliau kini bertarung nyawa dengan kanser peringkat ke-4 nya.Terpaksa bermalam di hospital dan menjadikan rumah keduanya kini. beliau mempunyai anak yg masih kecil yg pasti memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari wanita yg di panggil mereka  UMI. Tetapi anak-anak kecil itu terpaksa mengharungi hidup tanpa UMi mereka buat sementara waktu...Ya aku doakan dan harapkan sementara waktu,agar anak kecil yg bergelar BEN 10 itu dan adiknya dapat mendampingi ibu mereka semula seperti dahulu...seperti belum di sahkan mengidap kanser.


      Sesiapa yg membaca entry kak ROZA ROSLAN mengenai AYU pasti akan bersimpati malah sebak mengenangkan nasib anak-anaknya nanti..." RAHAYU ROSLAN, walaupun aku tidak mengenalimu tapi sebagai seorang saudara seagama dengan mu aku mendoakan agar kamu tabah dengan ujian ALLAH ini,semoga  kamu kuat untuk mengharungi ujian ALLAH ini,dan semoga kamu dapat membesar anak-anak kecil itu hingga dewasa.

 AMIN..AMIN..YA RABBAL ALAMIN!!!


P/S: Setiap dugaan dan penyakit yg kita alami adalah salah satu cara ALLAH menguji dan mengampunkan dosa-dosa hambanya,sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui apa yg tidak kita ketahui,dan dia tidak sekali-kali menzalimi hambanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails