Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Showing posts with label Resepi mee / pasta. Show all posts
Showing posts with label Resepi mee / pasta. Show all posts

Tuesday, November 8, 2011

Maggie Goreng.





Menu ni adalah sarapan pagi.......tapi keluarga kecik aku tak pernah ikut standard punya dalam bab makan ni... kekadang nasi lemak pun leh jadi menu makan malam kami anak beranak apatah le lagi pelbagai jenis mee , mee hon ataupun kuew tiow ...... ikut selera tekak je apa nak makan memalam tu.... hari- hari makan nasi...siang dan malam pun makan nasi naik jemu gakkan...... jadi maggie goreng jugak jadi menu makan malam kami anak beranak tapi bukan selalu atau hari-hari pasal tak baik untuk kesihatan tubuh badan.... ini cuma yang ringkas sahaja tanpa sebarang aksesori yang menyemakkan pinggan makan pasal hubby tak suka terlalu banyak rencah....... cukup yang seadanya sahaja.

BAHAN-BAHANNYA:

4 bungkus mee maggi perencah kari (cuma guna 3 peket perencahnya sahaja)
4 biji bawang merah, di tumbuk
3 ulas bawang putih, di tumbuk
2 camca besar cili kisar
Sedikit kicap manis
1 pokok  sawi, dicuci dan siang
1/2 keping kek ikan, potong kecil
1/2 peket bebola ikan di hiris kecil.
1/2 cawan daging batang pinang
Sedikit air

CARA-CARANYA:

1.Mee maggi dicelur dalam air mendidih hingga lembut, toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis tumbuk hingga wangi dan masukkan cili kisar dan masak hingga garing. Aku cuma guna 3 peket perencah kari mee maggi dan masukkan ke dalam kuali , kacau rata dan tuangkan sedikit air.Tak perlu tambah garam kerana perencah maggie pun dah cukup masin.

2.Masukkan fish cake,  batang sawi, dan daging dan biarkan ia masak sekejap. Masukkan mee maggi tadi dan gaul rata.

3.Tambah daun sawi , kacau hingga mesra . Tambah sedikit kicap manis jika suka. Gaulkan hingga ia cukup rata dan rasa jika ok padamkan api dan sedia di hidangkan bersama telur mata kerbau , hirisan timun atau tomato jika suka..


Sunday, October 23, 2011

LEMPENG MAGGIE LAGI.



Dah malam dah dah nak pagi lak balik baru ada masa nak up entry sarapan pagi tadi..... lepas je PRINCE habis taekwando pagi tadi aku terus berkejar drive balik ke kampung tolong mak aku buat serba sedikit kuih muih untuk kedatangan tetamunya petang tadi...... jadinya lambatlah dapat aku masukkan gambar lempeng maggie aku sarapan pagi tadi...... sebelum ni aku dah buat dah lempeng maggie ni jadi tak perlulah aku nak taip satu-satu yea lagipun berukben aku ni lembab bebenau malas aku nak tunggu lelama..... kalau nak tengok cara aku buat leh semak kat SINI





Aku makan lempeng ni cicah dengan tumis sambal petai yg aku masak untuk makan malam semalam...... cuma kali ni aku buat letakkan sekali perencah maggie tu tapi cuma 2 peket sahaja untuk 3 bungkus maggie berbeza dengan yg aku buat sebelum ni.

Okey jumpa lagi dan selamat malam.


 

Tuesday, August 23, 2011

MEE REBUS





Mee rebus ni juadah berbuka minggu lepas...aku buat sama hari dengan buat kuih ketayap ari tu... tapi sekarang baru nak update dalam blog ni.... dah dekat-dekat nak raya ni lagi sibuk dengan macam-macam kerja nak buat.... hari minggu hari tu aku dah start buat biskut raya dah... dalam satu hari tu dapatlah 2 jenis biskut.... yang tu nanti aku update kemudian pasal gambar belum ambik lagi..... sekarang mood nak ambik gambar dah semakin kurang dah...... lepas je masak juadah berbuka terus siap hidangkan atas meja... malas betul nak ambik gambar pasal dah penat tu yang kurang sangat gambar makanan sejak bulan puasa ni sedangkan masaknya hari-hari.

Resepi mee rebus ni aku dapat dari blog Jurnal resepi bdaria..... sesekali nak ubah selera gak makan mee rebus...asyik nasi je waktu berbuka jemu gak kan?




BAHAN-BAHANNYA:
2 ketul ayam - dipotong kecil
1/2 - 1 inci halia
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk
6-8 ulas bawang putih-dihiris
2 ulas bawang merah - dihiris
4 batang sawi
1/2 batang karot
1 biji tomato - dipotong 6
3-4 ketul fish ball
2-3 ketul fish cake
Udang @ sotong - ikut suka kalau nak masuk
taugeh - kalau suka
telur - kalau suka
Mee kuning
air secukupnya
garam secukup rasa

Cili padi
seulas bawang putih
garam
kicap manis

CARA-CARANYA:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehinggan naik bau. Masukkan air, lada hitam, halia, ayam dan renehkan dengan api yang sederhana.

2. Masukkan fish ball, fish cake, karot, tomato, udang, sotong dan sawi. Pecahkan telur dan bubuh garam.Biarkan merenih sebentar sebelum tutup api.

3. Basuh mee dan celur dengan air panas sebentar. Tapis dan hidangkan

4. Tumbuk cili padi + garam + lada putih hingga lumat. Masukkan kicap manis.

5. Hidangkan bersama taugeh yg telah dicelur.




Thursday, June 23, 2011

MEE HON TAUCU




Sarapan pagi yang ringkas kekadang menu ni jadi makan malam aku anak beranak jugak..... senang nak buatnya tak banyak karenah janji perut yang kosong berisi dan kenyang sampai pagi esok.

Bahan-bahannya :
1 biji bawang di hiris
2 biji bawang putih di hiris
3 sudu besar cili kering yg telah di kisar
1/2 pkt meehoon di rendam hingga lembut.
1/2 mangkuk kecil taucu
Daging ayam di potong kecil
2 keping bebola ikan dihiris kecil
Sayur
1/2 cawan air.
Garam jika perlu.



Caranya- caranya:

1. Toskan dahulu mee hon yg di rendam tadi. Tumis bawang merah dan putih hingga wangi kemudian masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing.
2. Masukkan pula daging ayam serta bebola ikan dan kacau rata kemudian masukkan taucu dan biarkan seketika.
3. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih, sedikit garam jika perlu, sayur dan mee hoon serta gaulkan hingga lembut dan sebati dengan perencah tadi hingga air kering. Biarkan seketika rasa jika ok padamkan api dan sedia di hidangkan .








Saturday, March 19, 2011

Lempeng maggie... simple style !!



Sarapan ringkas dan senang... tapi sorry dalam gambar tak ada sos atau kuah pencecahnya pasal aku terlupa nak ambil dek dah tergesa-gesa nak ke ofis..... ini breakfast untuk anak aku pagi tadi sempatlah buat sebelum berlari pergi kerja lak.... kita check bahan-bahannya... sonang bangat sihhhh !!!

BAHAN-BAHANNYA:

3 bungkus maggie.
3 biji telur ayam
garam secukup rasa.
Sedikit lada sulah
1/2 labu bawang besar di hiris nipis.

** aku tak masukkan perencah maggie tu tetapi kepada sesiapa yg suka bolehlah di tambahkan sekali ikut citarasa masing-masing.

CARA-CARANYA:

1. Maggie di rebus dahulu seperti biasa dan toskan airnya.
2. Pecahkan telur dalam mangkuk , letak garam , lada sulah dan bawang kemudian di pukul hingga kembang.
3. Masukkan maggie tadi kedalam bancuhan telur dan gaulkan.
4.Panaskan kuali leper dan sapu sedikit minyak.. ambil satu senduk bancuhan maggie bersama telur tadi dan masukkan kedalam kuali... dileperkan dengan senduk agar ia jadi lebar dan tak tebal.
5. Setelah garing bahagian bawahnya bolehlah di terbalikkan dan biarkan ia hingga garing dan cukup masak.
6. Setelah masak kedua-duanya bolehlah diangkat dan ulang langkah 4 & 5 hingga habis bancuhan tadi.
7. Sedap di hidangkan garing dan di makan ketika panas.



 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails