Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Showing posts with label Moral of story. Show all posts
Showing posts with label Moral of story. Show all posts

Wednesday, April 10, 2013

Gara-gara tersalah pasword..

Assalammualaikum...


Dua hari lepas aku tersalah login pasword maybank2u aku tu.
Tekan punya tekan langsung tak dapek login dalam online.
Dek kerana macam2 huruf yang aku cuba masukkan terusssss akaun aku di  block.
Aku call ke HQ Maybank ingatkan leh minta dyorang tolong reset balik pasword macam dulu dulu.(pernah sekali jadi cam gini).
Rupanya kita dah boleh reset sendiri dah tapi syaratnya kena register no phone kita kat Maybank2u lah dulu.




Di sobabkan eden ni jenis yg degil dan malas nak letak no telefon waktu kali pertama di arahkan dulu... haaa jadilah masalahnya macam ni.
Terpaksa aku keluar dari ofis pergi ke Maybank kat dataran senawang tu register no phone.
Dahlah tu tak leh lak main caling caling je..kena tunjuk kan muka dan ic kat depan kaunter tu.
Lepas isi borang, scan ic dan dyorang registerkan phone aku dalam data tu baru boleh log in balik.

Tu pun kena tukar pasword baru pulak tu, yang lama dah tak boleh di gunakan lagi dah.
Lenkali kalau di arahkan tu pergi  buat cepat2 jangan tunggu dapat masalah baru nak pergi register itu ini.
Tapi kita ni kena gak hati2 kalau dapat apa2 mesej berkenaan bank atau duit ni.
Almaklum jelah kan ramai yg dah jadi mangsa penipuan gara2 orang2 yg tak bertanggungjawab sekarang ni.

Berfikir berkali kali tu lebih baik sebelum buat apa2 tindakan kan kan kan ??


SALAM UKHWAH


 

Monday, May 14, 2012

Blueberry muffin di hari ibu.

Salam Sejahteraaa..
Isnin
22 J'akhir 1433H


Pagi ni aku rasa kepala aku berat je dah macam orang tertelan dadah lak gamaknya.
Kalau ikutkan hati mau je sambung tido tak yah g kerja.
Malam tadi aku telan pil alahan sebiji pasal aku alergik dgn makanan seafod ni tapi sebelum ni tak pulak macam ni hari lak yg terasa bebal semacam jeee.

Hari ni aku kena wat kerja cepat2 sikit pasal esok aku dah start cuti 3 hari nak bawak mak/abah aku ke Uitm Arau,perlis untuk hadiri majlis konvokesyen  adik aku shilla.
Sebelum tu aku nak berstory mory dulu kat dulu sini pasal hari ibu .



Ini muffin blueberry.
Pagi semalam masa aku tengah membungkang atas katil anak dara dgn anak bujang aku tu berkeluntang kelentung kat dapur aku tu untuk siapkan muffin ni.
Aku bangun-bangun je dari tido muffin dah siap duk dalam oven dah.
Walaupun tak mengunung tinggi tapi okeylah buat budak2 yg baru nak belajar ber-muffin kan.




Muffin ni Princess beli tepung muffin yang dah ready made kat kedai bakery tu cuma tinggal tambah telur dan sedikit air je....jadi tak dapeklah den nak berkongsi resepinya kat sini yo !!
Tepung ready made macam ni sesuailah untuk budak-budak dan jugak mak-mak budak yang baru nak belajar2 buat muffin sendiri.
Tak payah pening kapla hotak nak sukat menyukat bagai.



Rasanya pun cukup elok tak le manis sangat kat tekak aku ni.
Kejadian selepas di bakar pun cantik.
Terima kasihlah buat anak dara dan anak bujang aku yang berdua tu..... susah2 je siapkan breakfast ummi.... buat le selalu cam ni yo leh omak ko ni bangun lambat tiap2 hari minggu...hehehe!!



Dalam banyak2 tu ada gak yang tersentil keluar cam gambar ni  haa !!





Okeyyy...gambar ni aku copy dari FB.... Kak jee yang postkan..asal gambar ni dari blog house PK.
Korang tengok gambar ni apa yg korang rasa ?
Tentulah terharu tengok si anak kecik tu sanggup sudukan ibunya yg cacat untuk makan kan ?
Tahukah korang sewaktu ibu2 di seluruh dunia gembira menerima hadiah, ucapan dan makan di restoran2 mewah yang di bawa oleh anak2 mereka ada seorang ibu tua sedang menangis kesedihan?

Si Ibu tua tu ada hubungan rapat dengan keluarga kami dan dia mengadu kat mak aku  yg dia nyaris2 nak bunuh diri kerana terlalu sedih di perlakukan oleh anaknya yang hanya memberikan dia makan nasi berlaukkan ikan bilis setiap hari sedangkan si anak dan menantu makan lauk sodap2.

Aku tak nak komen lebih2 sebenarnya tapi sebagai ibu yg sudah tua dan dah tak berdaya bergerak sendiri serta bertaraf OKU  layakkah di perlakukan sedemikian rupa oleh anak2nya ?
Kisah lama tak payahlah di kenang2 kan  lagi jika si ibu tu pernah buat silap pun lupakan aje dan berbaktilah kepada orang tua yang dah melahirkan kita kedunia ni sehinggakan kita boleh melihat bintang , bulan dan matahari.
Esok2 kita tua jugakkan...tak do yang sihat seumur hidup pun zaman sekarang ni !!

Moralnya jgn buat mak ayah kita serupa itu kalau tak nak nasib kita gak macam itu di kemudian hari  nanti.



Ini lak gambar mak aku.
Ibu yg melahirkan kami 7 beradik.
Gambar ni aku rakamkan 2 bulan lepas sewaktu aku hantar adik aku NOOR ke stesen komuter Senawang.
Mak aku memerhatikan NOOR di luar pagar stesen komuter dari noor naik komuter sampailah komuter tu hilang dari pandangan matanya....gayanya dah macam seorang pesalah.
Tapi yg pastinya dia  berdoa dalam hati agar anak gadisnya selamat pergi dan pulang dan doa seperti itulah jugak yang  di pohon oleh semua ibu2 di seluruh alam semesta untuk anak2 mereka termasuklah jugak aku .


Selamat hari ibu buat bonda HAJAH SITI RADIAH dan jugak kepada adik2 aku ANN dan IKIN yang jugak sudah bergelar ibu serta semua readers RKTS  yg bergelar ibu semoga kita menjadi ibu dan idola yang terbaik untuk anak2 kita....Aminnn !!

Okeyyy...sambung wat kojo lik sok nak cuti jalan2 nek bas ekpresss.


SALAM UKHWAH







Monday, March 12, 2012

Kasih sayang seorang lelaki yg bergelar AYAH.

Salam Sejahteraaa..!!
Isnin
19 Rabiulakhir 1433H



Ayahnya yg lebih bersungguh-sungguh dari anaknya.

Minggu lepas anak bujang aku ni kena buat model meja dari straw minuman.... model tu mesti kuat untuk menampung berat bebanan buku-buku tebal.... kali pertama dia buat aku yg tolong tapi hasilnya hancussss..... bila cikgu letak buku2  terus terkangkang kaki meja tu.

Cikgu suruh dia  buat lagi dan untuk kali kedua ni pulak ayah dia yg tolong buatkan.... kalau pasal buat kerja2 macam ni memanggggg laki aku suka.....cuba kalau anak dia hulur buku tanya pasal tulisan jawi, matematik , bahasa melayu atau apa2 pelajaran punlah semuaaa dia tolak kat aku.... tapiiiii kalau buat kerja2 kerastangan yg macam ni dia lah yg akan meng-offer-kan dirinya sendiri.... balik je kerja terus buat model ni .


Model meja dari straw minuman yg dah siap di buat.



Hasilnyaaaaa..jeng..jeng..jenggg !!

Hasilnya memangggg tak mengecewakan tak cukup dengan buku-buku teks di tambah lak lagi dengan kamus yg tebal pastu lotak lak laie bakul sampah atas tu untuk menguji ketahanan model meja tu.....tak jatuh terjelepuk pun macam aku buat mula2 tu..:))

Dolu-dolu masa PRINCES aku dalam tahun 5 guru kelas seninya suruh semua pelajar tahun 5 kat sekolah tu buat wau.... laki aku ni jugak yg gigih tolong membuatnya siap carikan buluh dan tebang buluh lagi.... pastu rautkan lagi buluh tu sampai jadi halus...gosok dgn kertas pasir biar licin pastu ayahnya jugak lah yang menampal kertas yg dah siap di lukis oleh PRINCESS kat wau tu dan hasilnya memang cukup membanggakan bila dalam ramai2 murid-murid dalam 8 kelas tahun 5 yg diarahkan untuk membuatkannya cuma PRINCESS aku sorang aje yg berjaya naik kepentas untuk mengambil hadiah dan waunya mendapat pujian dari pengetua kerana dia berjaya menyiapkan model wau yg besar dan cantik.

Walaupun bukan PRINCESS yg buat 100% tapi kesungguhan dia menyiapkan tugasan dan sikap ambil berat ayahnya untuk membantu itulah yg sangat di banggakan.....walaupun kami berdua ni bekerja tapi perhatian kepada anak2 tetap di utamakan.....Siapa yg kata ibubapa yg berkerjaya tak ambil berat pelajaran anak2 mereka ???

Kita semua ni berkerja pun untuk anak2 kita jugak kerana anak-anak kita adalah PERMATA NEGARA  dan ramai diantara pelajar2 yg telah berjaya di luar sana  berlatar belakangkan dari ibubapa yg bekerjaya.
 
 
SALAM UKWAH

Tuesday, February 21, 2012

Pakcik itu...

Salam sejahteraa..!!
Selasa
21 Rabiul awal 1433H



Maaflah ya gambarnya enggak terang pasal aku curi-curi ambik gambar pakcik ni.


Kerap kali aku nampak pakcik ni berjalan kaki pulang dari kerja.
Aku rasa adalah dalam 2km dia berjalan dari kilang tempat kerjanya ke pekan senawang untuk menunggu bas.
Bagi orang tua seusianya memang agak jauh jarak perjalanan tu di tambahkan pulak cuaca petang yg panas ataupun kalau hujan lebat ketika itu.

Terfikir kat kepala otak aku ni ... ada anak ke dia?
Ataupun  hanya sebatang kara ?
Di mana rumahnya dan apa kerja yg di buatnya?

Kalau ada anak tak ada ke yg nak bantunya menghulurkan duit belanja bulanannya ?
Tak perlulah dia berjalan kaki perlahan - lahan seorang diri untuk mencari rezeki sesuap nasi.

Tetiba terfikir lagi....
Bagaimanalah nasib aku bila dah tua nanti yea ?
Macam pak cik tu ke atau lebih baik dari tu ke atau mungkin jugak lebih teruk dari pakcik tu.

Kena ingat jugak hidup ni  ibarat pusingan roda sekejap di atas sekejap di bawah.
Kalau hari ni hidup senang tak tahu senang ke atau susah bila dah tua nanti.
Kalau hari ni ramai orang sayang belum tentulah lagi sayang tu berpanjangan ke akhir hayat.
Kalau hari ni hidup selesa ada rumah ada kereta belum tentulah lagi semuanya tu akan berkekalan selamanya.

Tetiba teringat lak pulak nasib mak cik aku sekarang ni.
Hidup di rumah anak-anak terpaksa dia telan segala macam kesedihan , kecil hati dan sakit hati.

Sebenarnya kan semua yg kita nampak di hadapan mata kita hari ini samaada pak cik yg tak di kenali atau jugak nasib mak cik aku sekarang ni adalah renungan buat kita semua agar selalu beringat-ingat bahawa hidup ini tak selalunya indah-indah.

Untung sabut sok timbullah tapi kok untung batu teruslah tenggelam tak timbul-timbul dah.
Korang leh faham tak apa kisah tauladan yg cuba aku sampaikan dalam entry aku kali ni ?

SALAM UKHWAH

Wednesday, February 15, 2012

Bangsal Tua buat aku menanggis .

Salam Sejahteraaa... !!
Rabu
22 Rabiul awal 1433H



Sepatutnya ari ni ari bisu kannn... cuma gambar tanpa entry.
Tapi blog aku tamoo jadi bisu ari ni pasal dah lama blog ni membisu bulan lepas.
Jadi ari ni aku nak citer pasal drama BANGSAL TUA yang aku tgk kat tv 2 malam tadi.

Sapa tengok drama tu silalah angkat keybord korang  tinggi-tinggi !!



Drama bangsal tua lakonan pelakon hebat Dato Rahim Razali dan jugak Fauziah Nawi.
Aku cakap terus terang dgn koranglah  kalau 2 pelakon ni berlakon seriesly aku akan melekat terus kat depan tv  aku tu.
Apalah lagi citer malam tadi mengisahkan kisah hidup warga emas yg juga memerlukan kasih sayang tetapi kerana harta duniawi membuatkan si isteri lupa tanggungjawab kepada suami yang telah tua dan sakit.

Lakonan mantap Dato Rahim Razali dengan muka kesian dan sayunya bila di tinggalkan anak dan isteri serta hidup dalam bangsal buruk seorang diri betul2 buat airmata aku meleleh malam tadi.
Tapi kasi sorok itu air matalah kan  tak bagi laki aku nampak kang tak pasal-pasal aku kena perli kat laki aku lak.

Dato Rahim Razali yg melakonkan watak sebagai Hamidi Tahir berjaya menjadikan cerita tu betul2 hidup dan lakonan Fauziah Nawi sebagai isteri yg bernama Zainab buat aku rasa kesal kerana seorang isteri sanggup melangkah keluar dari rumah meninggalkan suami bertahun-tahun di kala si suami susah,sakit dan tertekan apabila duitnya lesap kerana di tipu .

Hancur luluh hatinya sebagai suami apabila bercerai dengan isteri di usia emas dan di halau dari rumah dan tanah kepunyaan isteri yang menyebabkan Hamidi tinggal menumpang di bangsal buruk dari belas kasihan orang yg pernah menganaiyanya dulu dan kini menjadi kawan baiknya pulak .

Banyak pengajaran yg dapat kita belajar dari drama malam tadi terutamanya bab pembalasan tuhan kepada Mat Tapa yg hidup berjudi dan menipu duit orang termasuklah duit Hamidi Tahir sehinggakan jenazahnya mengalami banyak masalah sebelum di kebumikan.

Pengajaran yg cukup terkesan di hati apabila orang yg menganaiya Hamidi Tahir dululah yg menjadi kawan baiknya dan menjaganya di kala sakit dan susah sedangkan anak dan isteri yang sepatut menjaganya pergi tanpa bertanya khabar beritanya di kampung.

Walaupun aku tertinggal 1/2 jam citer tu malam tadi tapi dapat gak aku tengok sampai habis sambil meleleh air mato den.
Nasib baik jugaklah hubby aku bukannya  peminat tegar bola sepak jadi tak delah nak berebut - rebut channel dengan dia malam tadi.
Dia pun tengok sekali dengan aku sampai citer habis.....memang elok tengok citer ni suami isterikan leh jadi pedoman dan pengajaran nanti.

Bila aku tengok wajah tua Hamidi Tahir (lakonan Dato rahim ) tu duk sorang2 kat bangsal buruk yang tua buat aku sangat2 kasihan ....lagilah pulak bila di masukkan lagu pelangi petang nyanyian Allahyarham Sudirman.
Bagaikan ternampak muka abah aku kat dalam skrin tb aku tu......uwaaaaaaaa !!! : (

Pesanan Hamidi tahir kepada anak perempuannya yg meminta ia menjadi wali dan aku fikir pesanan yg perlu di ingat dan di semat di hati  semua isteri2 dan anak2 solehah lebih kurang begini bunyinya....

" Bila dah kahwin jaga suami kamu baik-baik jaga dan  didik anak2 kamu....ayah harap kamu bahagia ...jika kamu hidup kaya raya  Alhamdulillah tapi jika suami kamu jatuh miskin jangan buat apa yg mak kamu telah buat pada ayah , tinggalkan ayah sorang2 , sakit pening pun sorang2 ,ayah tunggu kamu dan mak kamu balik, tak balik pun....kuasa ALLAH  orang yg menganaiya ayah dulu dan menjadi musuh yang menjaga ayah  tapi anak dan isteri ayah yg sepatutnya menjaga ayah pergi meninggalkan ayah "

Aku tak puas tengok drama ni agak-agaknya RTM buat ulangtayang lagi tak macam kat Astro tu. Sob...sob..sob... : (


SALAM UKHWAH:

Saturday, February 11, 2012

Dalam guni ada daun getah tapi di katanya duit berjuta-juta...

Salam Sejahteraa...!!
Sabtu
18 Rabiul'awal 1433H



Tadi aku terbaca dalam BLOG NI pasal citer BEKAS JUTAWAN LBJ TAK MAMPU BAYAR BIL.
Tetiba teringat lak aku kat sorang pak cik yang selalu hubby nampak dia memikul guni yangberisi "duit" dan berjalan sorang2 sepanjang jalan kat LBJ .


kedit kat gugell.

Kadang-kadang pak cik tu menahan mana-mana lori yang lalu dan ada gak yang bersimpati  akan berhenti untuk menumpangkan dia pulang kerumahnya di salah sebuah taman perumahan dekat-dekat situ.
Tapi aku terlupa lak nama taman tempat pak cik  tu tinggal.

Sewaktu aku ikut hubby outstation ari tu dan pergi ambil barang kat KLIA aku ada gak terserempak dengannya berjalan kaki sepanjang jalan sambil memikul guni yang penuh dengan "duit".
Sebenarnya bukan duit yang diisi tapi cuma daun-daun getah yg di kutip sepanjang jalan tu.

Menurut cerita hubby yang dapat tahu dari kawan-kawannya yg pernah menumpangkan dan menemuduga pakcik tu sebenarnya dia adalah bekas jutawan LBJ.
Pak cik ni cerita dulu duitnya banyak tapi sekarang dah  habis di pakai untuk enjoy oleh anak dan isterinya.
Anak dan isterinya pulak dah tinggalkannya dan biarkan dia hidup sendirian.

Aku susah betul nak percaya cerita orang tua ni entah-entah dia yg boros dan enjoy terlebih-lebih sampai lupakan anak bininya dulu.
Malah banyak cerita yg aku dengar kisah bekas2 jutawan LBJ yg jatuh miskin kerana terlalu taksub dengan duit berjuta yg mereka dapat dulu.

Kita tak tahu kisah silam pak cik tu tapi  dah jadi lumrah hidup manusia ni lupa diri bila tengok duit menimbun depan mata.
Sampaikan sanggup buang anak bini dan mak bapak semata-mata fikirkan duit tu dah boleh menyenangkan hidupnya sampai mati.
Bila duit dah habis anak bini pun dah di lupakannya dulu tinggallah sorang diri terkontang kanting sebatang kara.

Duit tu sangat besar nilainya kalau tetiba korang dapat duit terpijak macam bekas2 jutawan LBJ tu seelok eloknya gunakanlah dengan cara yg berhemah, berjimat cermat dan simpan untuk keperluan dikala susah dan di hari tua nanti.

Duit memang boleh dicari tapi nak mencari tu bukan semudah menyebut perkataan DUIT tu aje.
Kena membanting tulang empat kerat bagi yg bekerja sendiri dan menjadi kuli bagi yg makan gaji macam aku ni.
Tak de duit tu nak terjun siap-siap dari langit tu terjelepuk jatuh kat depan batang hidung kita ni.
Pandai-pandailah kau cari duit dan simpan duit.

Moral dari citer ni jadikan pengalaman pak cik tu dan semua bekas2 jutawan LBJ sebagai pengajaran buat kita semua.
Manalah tau lak kan lepas ni giliran kita semua lak dapat durian runtuh  macam dyorang tu leh le kita semua selalu beringat-ingat..... yang baik tu jadikan tauladan yang jahat tu jadikan sempadan..... senang je hidup ni kan ??
Pesanan ni untuk diri aku sendiri jugak.

Cerita lanjut kisah jutawan LBJ tu leh baca kat SINI



SALAM UKHWAH

Monday, October 24, 2011

Apa pilihan korang isu menghantar ibubapa kerumah orang2 tua ni ?

Salam sejahtera...!!!
( Pesanan penaja......maaf entry ni agak panjang sikit untuk di baca)

Ada dua pilihan.
Pertama..... hantar kerumah orang2 tua atau badan2 kebajikkan setiap masa atau duk situ teruslah senang nak cakap....tak payah balik-balik lagi dah.

Ke dua.... kita hantar mereka pagi sampai petang aje pas balik kerja kita jemput mereka balik ke rumah macam kita jemput anak2 kita lepas balik kerja hari-hari tu.


Ehsan dari gugell.


Okey yang aku nak kupaskan di sini adalah sikap sesetengah di antara kita yg terpaksa menghantar kedua ibubapa kerumah orang tua2.
Mungkin kerana tiada pilihan ataupun apa-apa sahaja masalah yang mereka sendiri  sahaja lebih tahu.

Andai katalah aku di beri pilihan aku hanya akan pilih yang kedua tu bukan pilihan yang pertama ..kenapa???

Okeylah bagi aku pilihan yang pertama nampak sangat macam zalim ataupun memang tak sepatutnya di lakukan kepada mereka yang dah bersabung nyawa membesarkan kita dulu.
Macam kisah kat  SINI .
Dahlah ko tak jaga mak ayah ko sampaikan jenazah pun tak nak tuntut harta nak pulak..ada ke patut ??
Sedihkan kalau  terjadi kat diri ko sendiri macam ni.
Uruskan jenazah ibubapa tak nak bab harta ko ingat lak.

Kenapa aku pilih yang kedua?
Ramai di antara kita yang memang terpaksa bekerja untuk mencukupkan  keperluan yang memang tak pernah nak cukup-cukup.
Di tambahkan pulak kalau kita ramai anak pastu rumah dan kereta nak kena bayar perbelanjaan sekolah anak pun tinggi termasuklah hantar anak ke kelas tuisyen pastu kelas-kelas kemahiran yang lain.
Keperluan harian terutama bab makanan pun setiap tahun naik harga.

Dalam waktu yang sama ibubapa pun perlu perbelanjaaan yang besar jugak jika ia mengunakan pampers bagi yang lumpuh dan juga ubat-ubatan jika berpenyakit dan sebagainya lagi.
Memang perlu banyak wang ringgitkan ??.

 Kita kena kerja suami isteri  dalam masa yang sama orang tua kita pun nak kena jaga jugak.
Takkan nak tinggalkan kat umah sorang2 .
Jaminannya belum tentu seratus persen selamat nak nak pulak duduk kat tengah bandar besar.
Banyak kes yang kita dengar warga emas di rompak, di bunuh , terperangkap dalam kebakaran dan sebagainya di dalam rumah.
Kita nak tinggalkan dia seorang diri pun tak senang hati samalah seperti kita tinggalkan anak2 kecik di rumah sendirian.

Jadi jalan yg terbaik dan selamat adalah menghantar mereka ke rumah orang2 tua waktu pagi dan ambilnya sebelah petang macam kita buat kat anak-anak kita sekarang ni......lainlah kalau kat umah ko ada bibik yg tolong jagakan.
Sekurang-kurangnya kita masih ada masa bersama mereka di waktu malam dan hujung minggu bila tak bekerja.
Bagi ibubapa yang "open minded" tu mereka tak akan kata cara anak menantunya salah malah mereka lebih gembira sebab dapat jumpa ramai kawan-kawan dan bertukar-tukar pandangan di rumah jagaan orang2 tua.
Itu lebih baik dari mereka di tinggalkan seorang diri dan terkurung di rumah hanya menonton tv .

Pendapat aku pilihan yang kedua jauh lebih baik dari yang pertama jika korang tak ada lagi pilihan yang lain.

Tapikan pilihan yang terbaik sebenarnya adalah salah seorang kena berkorban untuk berhenti kerja.
Jaga orang tua kita sendiri jika mereka dah terlalu uzur dan terlantar sakit tak boleh bergerak lagi.
Tapi ini semua kena ada tolak ansur yang baik tak semua orang tu sefahaman.

Ada isteri nak berenti kerja suami lak tak bagi pasal si suami kurang mampu lagipun selama ni isteri tulah "backup" dia.
Ada gak suami suruh isteri berhenti kerja dan jaga mak/ayah yg dah uzur isteri lak tak mahu pasal jawatan dah tinggi gaji pun dah besar lagilah pulak kalau yang uzur tu cuma mak atau ayah mertua.

Ada jugak kes yang isteri tak bekerja pun tak mahu jugak jaga mak ayah mertuanya yang uzur.
Mak ayah sendiri sakit pun tak nak jaga jugak sangguplah pulak bergaduh adik beradik.

Andai katalahkan satu hari nanti anak-anak aku buat pilihan yang ke dua tu aku tak salahkan mereka.
Pasal aku faham kedudukkan orang yg bekerja pasal aku jugak bekerja.
Aku suka kalau pagi ke rumah orang2 tua dan petang anak aku ambik aku.
Aku dapat jumpa ramai kawan dan ada teman berbual-bual....malam boleh bersama anak & cucu.
Aku dah fikirkan jika ini di takdirkan terjadi pada aku nanti aku memang tak salahkan dyorang berdua.

Tapi kalau anak-anak aku buat pilihan yang pertama tu ??
Alhamdulillah aku redho jelah..... sedihnya dalam hati ni tuhan ajelah yg tahukan.
Tak ada manusia yang boleh meramal nasibnya di masa akan datang.
Kalau hari ni elok lum tentulah lagi esok lusa pun elok.
Macam tulah sebaliknya.

Mintak-mintaklah dijauhkanlah daripada kita dan anak-anak kita semua perangai-perangai yg sedemikian.
Amin amin yarabbalalamin !!!



SALAMUKHWAH

Thursday, October 20, 2011

Bersyukurlah kerana kita ada di bumi Malaysia ini.



Sila klik imej untuk tumbesaran yg sempurna di mata anda.


Aku terbaca dalam  Blog Ni  pasal komen kat atas tu...... kenapa sampai begitu kejam sekali orang2 China ni ?
Di sebabkan takut di persalahkan atau kena tanggung kos perubatan si mangsa mereka semua sanggup biarkan budak 2 tahun tu tergolek anjing kat tengah jalan tu.
Mesti semua orang dah tahu kes budak 2 tahun yg kena langgar 2 kali kat china tu sampai kritikal kan?
Rata-rata semua yg berhati manusia mengutuk keras kejadian tu.
Yang melanggar tu satu hallah yang ada kat tepi jalan tu satu hal lah pulak punyalah bongok boleh di tengok je budak tu tanpa di tolong.

Apa dyorang semua tak ada ahli keluarga ke yang mungkin akan terjadi perkara yang sama satu hari nanti?
Pastu tak ada sapa pun nak tolong apakah perasaan kita ketika itu ?

China punya law ni pun jenis yang law gila sepenuhnya banggang.
Di sebabkan orang yg buat law macam tu lah yg buatkan warga china yg lain takut nak menolong bukannya apa takut di persalahkan atau terpaksa menanggung kos yg tinggi.

Di pendekkan citer kita sepatutnya bersyukur sebab kita duduk di MALAYSIA yang tak ado orang buat law merapu merepek macam tu.
Malah yang menolong tak harapkan apa-apa penghargaan pun kerana sikap tanggungjawab dan sayang menyayangi sesama kita walaupun kita pun tak kenal antara satu sama lain.
Walaupun yang di tolong itu bukanlah sebangsa atau seagama tapi sikap tanggungjawab yg terlalu tebal dalam diri kita semua.

Pernah terjadi satu kemalangan melibatkan sebuah kereta kancil dan bas di persimpangan lampu isyarat highway LEKAS di senawang tahun lepas.
Seorang anak kecil tercampak dari kereta dan keadaannya parah...keta kancil yang di pandu ibunya remuk teruk di lanyak kat bas tu.
Ibu dan neneknya tersepit dalam kereta dan terkulai tak sedarkan diri.
Orang ramai yang ada kat situ turun dari kereta berlari nak menolong dan mengangkat budak kecil tu dan menghantarnya ke hospital swasta yg berhampiran.
Aku rasa ada banyak lagi kes-kes yg macam ni di seluruh negara kita.

Lihatlah perbezaan sikap orang Malaysia dan China .
Bersyukurlah kita semua kerana mempunyai ramai kawan-kawan yang tak di kenali di saat kita semua dalam kesusahan.
Walaupun kita semua berbeza agama, bangsa dan fahaman politik.



SALAM UKHWAH
.

Wednesday, October 5, 2011

Kuar boleh masuk lak tak boleh....macam-macamlahhhh !!


Salam sejahtera.... !!!

Haissshhhh.....ermmmm.... kasi aku tarik nafas dulu.
Pastu lepas nafas...tarik lagii.....lepassssss !!
Okey dah ready untuk ber story dengan korang semua.

Macam ni....
Tadi pepagi ngam-ngam aku slot tag aku  PRINCE aku tepon mintak aku hantarkan baju KOKO dia pasal petang ni ada aktiviti KOKO kat skolah.
Terus aje aku berangin dah sampai sekolah baru hinggat baju memalam tadi apo ko buek ???
Aku cakap tak janji boleh hantarkan kalau aku sibuk sangat ari ni memang aku tak do masolah nak kuar pergi ambik baju tu hantar ke taska/transit.

Hari kerja aku cepat siap dan ada masa nak kuar pergi ambik baju dia.
Setengah jam sebelum lunch aku kuar balik umah ambik baju tu.
Satu masalah pulak dia tak bagitau aku ari ni aktiviti permainan ke atau badan beruniform.
Aku rembat je dua-duanya pasal aku nak kejar masa aku nak ke post opis kat giant tu nak masukkan sekali duit raya dia ari tu.


Sampai kat post opis macam biasalah kan kenalah ambik no dulu  dan  isi borang masuk duit .
Aku siap kuarkan duit raya dia yang aku simpan dalam ATM RHB aku tu.
No giliran sekarang 1198 no aku 1210.
Okeylah aku boleh tunggu.

Memula berdiri pastu dapat duduk.
Pandang kiri pandang kanan pandang jam kalau aku lambat masuk ofis kang satu hal lak nak kena menjawab kat bos.
Tadi kata nak ambik baju anak ni leh melencong lak ke tempat lain.

Sampai masa angka giliran aku pun di panggillahhh .
Dengan muka suka hati aku pun melangkah ke depan.

CIK ADIK MANIS:  Akaun DIDIK  tak boleh buat simpanan sekarang kak.
AKU :  Hapaaaaa... tak bolehhh apa pasal lak ?
CIK ADIK MANIS :  Dana DIDIK dah penuh sekarang jadi tak boleh buat simpanan lagi.
AKU :  Bila pulak boleh tu ?
CIK ADIK MANIS :  Tunggu dana kosong baru boleh masukkan duit dalam akaun.
AKU :  Kalau masuk duit tak boleh... kuar duit pun tak leh ke ?
CIK ADIK MANIS :  Kuar duit boleh masuk je tak boleh.
AKU :  Pulakkkkkk !!!! ( macam menggalakkan orang kuar duit jeeee!! )

Ermmm... macam ni pun ada masuk tak bleh kuar pulak bleh !!
Aku lagilah berkobar-kobar nak masukkan dah lah duit raya ni dah ada dalam tangan aku.
Nampak gayanya terpaksalah aku simpan balik dalam bank aku.
Dah dekat setengah jam menunggu giliran sampai masa duit lak tak leh masuk..: (

Kalau aku tau awal-awal  tadi tak payahlah  nak menunggu nunggu bagai rak .
Leh aku balik awal ke ofis g tido lagi syoooookkkk !!!

Moral dari citer ni  kalau korang nak buat apa2 urusan pelaburan ASB eloklah bertanya kat kuanter dulu baru tekan nombor........jangan jadi macam aku tadi betul-betul buang masa....hampasgas betullahhhh !!

SALAM UKHWAH

Tuesday, September 27, 2011

Aku pun terfikir benda yg sama gak semalam bila terdengar dentuman yg kuat tu.

KIAMATKAH  ?????
Peringatan semula! tolong la baca!! Semalam, siaran RTM di Negeri Pahang tergempar ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di susuli gempa bumi selama 3 minit, mungkin ini tanda2nya > kpd semua yg bergelar muslim,hari nie pakar meteorologi bhgn bunyi dr Rusia m'dapati sesuatu bunyi ganjil spt ngauman raksasa dr bwh mantel bumi.menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal y b'usaha utk naik ke muka bumi.oleh itu,kte disuruh sentiasa x berhenti azan dan solat,sebarkn kpd umat ISLAM yg lain. Amanah! Wallahualam. KITA YANG MENENTUKAN DIRI KITA Jgn skip utk bace ni. Sebarkan kalau sayang pada islam.> BAHAYANYA KARTUN POKEMON dan BINATANG2 yang ade dalamnya. POKEMON bermaksud saya yahudi,> PIKACHU bermaksud jadilah seorang yahudi. CHARMANDER bermaksud ALLAH itu lemah..nauzubillah) .> jadi. tolonglah SEBARKAN kepada rakan2 chat korang semua.> tolong forwardkan mesej ni kepada sumer org Islam!jngan smbong n bongkak........

~ COPY PASTE FROM BLOG MOMENTO KAMI.


Aku baru terbaca entry ni pagi ni tapi malam tadi sekitar lepas isyak aku ada terdengar bunyi dentuman yg sangat sangat kuat lebih kuat dari biasa.
Pada mulanya aku tak terfikir pun hujan akan turun sebab tak ada langsung bunyi angin atau kilat seperti kebiasaan yg nak hujan tu.
Dah lah malam kat luar tu gelap gelita hitam pekat bumin bak kata mak aku.

Kalau siang leh lah dibezakan cuaca nak hujan dengan tidak bila kita tengok langit mendung dan hari semakin gelap .
Tapikan bunyi tu berbunyi beberapa kali dan setiap kali berbunyi aku rasa terperanjat dan rasa takut.
Aku fikirkan samalah macam entry kat atas tu aku rasa bukan macam bunyi guruh sebab ia betul2 menyeramkan aku.(sebelum ni aku tak rasa apa2 pun bila guruh berbunyi).
" Bunyi apa tu yg kuat sangat tu.....guruh ke atau ......??? "

Lama lepas tu hujan turun tapi taklah selebat yg aku sangkakan kalau nak dibandingkan dengan beberapa kali bunyi dentuman yg kuat sebentar tadi.

Waktu tu mulalah aku terbayangkan tiupan sangkakala yg akan berbunyi mungkin kuat macam tu ataupun lebih kuat lagi dari itu.
Bila pagi ni aku bukak blog terbaca entry kat atas tu rasanya bukan aku sorang ajelah yg berfikiran macam tu.
Rupanya ada orang lain pun berfikiran yg sama macam aku jugak.

Moral dari entry ni untuk diri aku sendiri bila terdengar bunyi yg sekuat itu seperti malam tadi macam beri satu peringatan kepada aku dan kita semua yang kita semakin hampir ke zaman tu.
Wallahualam...!!!



SALAM UKHWAH:


Tuesday, March 22, 2011

Tu lah lenkali jangan beli time xpired !!


Kedit To Dr Gugell


Aku adalah penguna tegar contact lens semenjak 11 tahun yg lepas !!
So kalau nan ado bondo alah ni aku memang nampak muka ko macam berbayang-bayang jeeee.

Jadinya kalau ada orang senyum dengan aku tapi aku tak balas jangan cakap aku sombong memang aku tak perasan bibir munggil ko tu  tengah bersedekah senyuman dengan aku.
Tapi kalau ko senyum bila dah dekat sangat dengan aku memang aku perasan of courselah aku balas balik dengan senyuman manissssss jugaakkk !!.

Nak di jadikan cerita aku biasa akan beli lens yang baru setiap kali awal bulan.
Dah time tu xpired nya jadi aku kena beli dan tukar yang baru.
Tapi awal bulan hari tu aku beli lens & power yang aku nak dah sold out lah pulakkk...  staff optimetris yang biasa aku pergi ni tanya samaada aku boleh tunggu beberapa  hari lagi tak sementara stock baru sampai.

Aku punya ni xpired  hari tu dan hari tu jugaklah aku baru nak beli baru tak kan nak tunggu lagi dekat seminggu.( salah sendiri kannnnnn )
Nak pergi optimetris yg lain aku malas hari pun dah petang aku nak balik mandi, sembahyang , masak lagi.
soo... aku pun minta lens power yang kurang sikit dari biasa aku pakai ni.
Oklah ingat dah setel masalah..... esoknya aku pakai .

Tapi oleh kerana power lens ini kurang dari  yg biasa aku pakai tu buat penglihatan aku sedikit kabur.
Memang punnn.... aku drive memang nampak jalan.. nampak trafic light tapi aku tak leh baca plat no keta orang lain.

Semalam ada kos pasal pertukaran account system lama ke system baru.( kami kena ikut system yg singapore gunakan sekarang )

Soo kami semua kena study dulu dan aku attend itu kos.... aku cuma duduk di meja baris ketiga dari depan.... but still aku tak boleh baca apa yang terpampang kat layar putih kat depan tu.
Makin aku kecikkan mata aku makinlah tak clear !!!
Terpaksa lak tanya member sebelah apa dia tulis pasal aku nampak kabur jeee..
Terasa pulak aku macam dah tuo sangattttt... ceeehhh !!!

Moral of story start bulan ni aku kena beli seminggu sebelum xpired or aku borong 2 3 pair sekali itu lagi baguskannnnn..... tapi nanti aku rindu lak tak jumpa staff optimetris kat sinunnnn !!


CN : Aku dah rasa macam nak terjenggil bijik mata ni kena baca tulisan kecik yg jauh2 tu !!!


SALAM UKHWAH

Tuesday, March 15, 2011

Eh eh... dulukan ko tak percaya adanya kiamaaaattt ???

Beberapa bulan yang lalu ah soo sapu lantai ofis aku ni ada berbual dengan aku pasal kiamat.
Aku bagi tahu dia kami oarng Islam percaya tentang hari kiamat dan hari itu PASTI akan terjadi.

Dia boleh pulak tersenyum mengejek kat aku bagi tahu....
" u percaya kiamat ke ... u ingat betul-betul berlaku ke..??"

Aku jawab " Mestilah sebagai orang Islam kami mesti percaya dan yakin hari kiamat pasti ada... lagi pun semua yang ada di dunia ini tak akan kekal lama!"

" Saya tak percaya pun ada kiamat... saya langsung tak percaya itu tipu punyaaa !! " dia menjawab sambil tersenyum-senyum mengejek kat aku.

Aku rasa time tulahkan mau je aku hempop muka dia dengan kayu moop lantai tu.. ko tak percaya taklah tak payah lah nak senyum2 mengejek  kat aku pulak !!

Petang semalam sewaktu dia datang kutip sampah dalam bakul sampah kat meja aku dia kata...
" Eh izah u tengok tak tsunami kat jepun tu... dasyatkan macam dunia sudah mahu kiamat "

Haaa.. time nilah masanya untuk aku bagi dia sedasssss pulaaaakkk....
" Eh eh bukan ke hari tu u cakap tak percaya kiamat hari ni dah percaya pulak ke? "

Sambil ketawa ala-ala jerangkung tanah dia jawab .
" Percaya..percaya.. sekarang saya baru percaya hari kiamat ".

Tu baru kat jepun kena tsunami dia dah terus percaya kiamat kalaulah N.Sembilan ni yang di landa tsunami mau jugak Ah soo tu terus masuk Islam je agaknya.

Moral Of Story janganlah kita mengejek atau mentertawakan  kepercayaan agama2 lain walaupun secara logik akal ia macam tak betul pada kita tapi setiap agama tu ada sebab musabab kenapa perlu  percaya ini... tak boleh makan itu.... kena buat macam tu tak boleh buat macam ni.... hormatilah perasaan orang2 yang menjadi penganut setia agama tersebut.


CN:  Syukur Alhamdulillah.......


SALAM UKHWAH

Wednesday, October 20, 2010

Terkunci Dalam Bilik Air !!


Petang tadi terbaca status seorang kawan sekolah aku dulu dalam FB......dia terkunci dalam bilik tidonya....nak tergelak pun ada...dah jadi macam anak dara dolu-dolu pulak dah kena kunci dalam bilik.....Tapiiiii korang jangan salah paham lak bukan aku nak gelak pasal dia tapi pasal aku yang pernah ada kes sama macam kawan aku tu....bezanya aku dalam bilik air yeeeee!!!

Aku pergi rumah adik aku.....kat SRI KEMBANGAN....oleh kerana aku ni spesis yang masuk bilik air tak reti-reti keluar awal aku telah di kerah umtuk mengunakan bilik air atas kat dalam bilik adik aku ni.....bilik air tingkat bawah orang lain nak gunakan....kalau tunggu aku kang ada yg mengamuk pecahkan pintu bilik air lak nanti!!

Oleh kerana aku TERsangatlah seronok mandi sorang2 kat atas tu pasal tak ade orang lain sibuk2 ketuk pintu.....aku tertekan tombol pintu tu kuat sangat....sedangkan adik aku dah pesan pintu tu ada masalah!!

Dah lepas mandi pusing -pusing tombol tu pintu lak tak boleh terbukak....aku gegar pintu tu kuat-kuat pun tak bolek gak!!.....ah sudah....takkan nak duduk terus kat dalam ni.....kebetulan semua orang kat tingkat bawah....kat sapa lak aku nak minta toloooong??

Dengan sekuat hati aku jeritlah panggil nama orang...habih semua orang dalam rumah tu aku panggil namanya tak ada sapa pun datang....lastly anak adik aku yang masih kecik tu yg datang...itupun lepas aku dah lama terjerit-jerit macam orang gila kat dalam tu.

Anak adik aku tu panggil mummy nya dan bagi tau aku terkunci dalam tu......lepas adik aku bukak pintu dari luar baru aku boleh keluar...kalau tak mati kejung dek sejuk aku kat dalam bilik air tu!!


CN:  Moral dari cerita di atas jgn buat bilik air orang macam bilik air kat umah ko sendiri!!


SALAM UKHWAH

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails