Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Saturday, February 11, 2012

Dalam guni ada daun getah tapi di katanya duit berjuta-juta...

Salam Sejahteraa...!!
Sabtu
18 Rabiul'awal 1433H



Tadi aku terbaca dalam BLOG NI pasal citer BEKAS JUTAWAN LBJ TAK MAMPU BAYAR BIL.
Tetiba teringat lak aku kat sorang pak cik yang selalu hubby nampak dia memikul guni yangberisi "duit" dan berjalan sorang2 sepanjang jalan kat LBJ .


kedit kat gugell.

Kadang-kadang pak cik tu menahan mana-mana lori yang lalu dan ada gak yang bersimpati  akan berhenti untuk menumpangkan dia pulang kerumahnya di salah sebuah taman perumahan dekat-dekat situ.
Tapi aku terlupa lak nama taman tempat pak cik  tu tinggal.

Sewaktu aku ikut hubby outstation ari tu dan pergi ambil barang kat KLIA aku ada gak terserempak dengannya berjalan kaki sepanjang jalan sambil memikul guni yang penuh dengan "duit".
Sebenarnya bukan duit yang diisi tapi cuma daun-daun getah yg di kutip sepanjang jalan tu.

Menurut cerita hubby yang dapat tahu dari kawan-kawannya yg pernah menumpangkan dan menemuduga pakcik tu sebenarnya dia adalah bekas jutawan LBJ.
Pak cik ni cerita dulu duitnya banyak tapi sekarang dah  habis di pakai untuk enjoy oleh anak dan isterinya.
Anak dan isterinya pulak dah tinggalkannya dan biarkan dia hidup sendirian.

Aku susah betul nak percaya cerita orang tua ni entah-entah dia yg boros dan enjoy terlebih-lebih sampai lupakan anak bininya dulu.
Malah banyak cerita yg aku dengar kisah bekas2 jutawan LBJ yg jatuh miskin kerana terlalu taksub dengan duit berjuta yg mereka dapat dulu.

Kita tak tahu kisah silam pak cik tu tapi  dah jadi lumrah hidup manusia ni lupa diri bila tengok duit menimbun depan mata.
Sampaikan sanggup buang anak bini dan mak bapak semata-mata fikirkan duit tu dah boleh menyenangkan hidupnya sampai mati.
Bila duit dah habis anak bini pun dah di lupakannya dulu tinggallah sorang diri terkontang kanting sebatang kara.

Duit tu sangat besar nilainya kalau tetiba korang dapat duit terpijak macam bekas2 jutawan LBJ tu seelok eloknya gunakanlah dengan cara yg berhemah, berjimat cermat dan simpan untuk keperluan dikala susah dan di hari tua nanti.

Duit memang boleh dicari tapi nak mencari tu bukan semudah menyebut perkataan DUIT tu aje.
Kena membanting tulang empat kerat bagi yg bekerja sendiri dan menjadi kuli bagi yg makan gaji macam aku ni.
Tak de duit tu nak terjun siap-siap dari langit tu terjelepuk jatuh kat depan batang hidung kita ni.
Pandai-pandailah kau cari duit dan simpan duit.

Moral dari citer ni jadikan pengalaman pak cik tu dan semua bekas2 jutawan LBJ sebagai pengajaran buat kita semua.
Manalah tau lak kan lepas ni giliran kita semua lak dapat durian runtuh  macam dyorang tu leh le kita semua selalu beringat-ingat..... yang baik tu jadikan tauladan yang jahat tu jadikan sempadan..... senang je hidup ni kan ??
Pesanan ni untuk diri aku sendiri jugak.

Cerita lanjut kisah jutawan LBJ tu leh baca kat SINI



SALAM UKHWAH

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails