Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Showing posts with label si anak bujang. Show all posts
Showing posts with label si anak bujang. Show all posts

Wednesday, April 17, 2013

Mangga muda.

Assalammualaikum....


Minggu lepas cikgu mintak tolo itik dah last minit baru bagitau apalagi bukak kutbah malam jumaatlah akukan.
Minggu ni cikgu mintak bawak mangga muda lak.
Projek sanis jugak nak wat eksperimen jeruk mangga tapi kali ni awal awal anak bujang aku tu dah bagitau dah.
Bila diberitahu awal tak di cari memang salah omak ea ni lahkan takkan nak kono kutbah dongan anak lak !




Semalam aku merayau kat econsave, senawang lepas balik kerja.
Memandangkan tiada pasar malam terdekat semalam ke econsave le hala tujuannya.
Aku nekad kalau tak jumpa mangga muda kat situ aku carik kat kodai buah jelah.
Sekali masuk dalam market econsafe tu ada macam2 jenis mangga lak kat situ.
Ada yang ijo ada yang dah kuning oren dah.
Aku picit2 buah yang ijo tu takut kalau kulit je ijau melekit tapi isi dalamnya dah masak.


 
Balik umah aku potong buah tu pasal cikgunya pesan potong  kat umah dulu.
Alhamdulillah mudo lagi buah tu leh le buat jeruk kat sekolah esok.
Bila aku potong mangga muda ni teringat kejadian awal tahun lepas.
Masa tu mak aku demam teruk, 2 bulan mak abah duk kat umah aku sampai mak sembuh.
Masa demam tu  dia teringin nak makan mangga muda buat masak lomak cili api.

Time tu aku cari kat pasaraya tak terjumpa pun mangga muda yg aku jumpa dah nak masak dan tak masam lagi.
Aku tebalkan muka minta orang sebelah taman aku ni nasib baik akak tu sanggup berikan aku mangga muda dari pokoknya.
Berselera mak makan gulai mangga muda takde campur apa2 pun, mangga semata-mata.
Sedangkan sebelum tu apa je aku masak semua tak sodap kat tekaknya.

Pasni leh le aku rasa  lak jeruk mangga anak bujang aku tu.
Tolo asin ari tu pun tak balik balik ke umah lagi !!


SALAM UKHWAH

 

Friday, April 12, 2013

Dek kerana sebijik tolo itik..

Assalammualaikumm....


Dah dua hari cikgu sains berikan senarai barang2 untuk di bawa hari ni.
Diantaranya telur itik, telur ayam,garam dan botol.
Aku fikir mereka nak buat xperimen telur asin...agaknyalahhh .

Tapi si anak bujang aku ni terlupa ataupun buat2 lupa baru malam tadi bagitau cikgu suruh bawak tolo itik.
Itupun lepas balik kelas tuisyen pukul 10 malam !!
Tercari2 kat dapur yang di jumpanya tolo ayam.
Manalahhhhh aku ada buat stock tolo itik kat umah ni ....tolo ayam tu je yang aku beli bersarang2 tetiap minggu.
Ingat rumah ni pasaraya GIANT !!

Kerana kasihan kan si anak  kena marah kat cikgu atau di malukan dalam kelas esok , aku meredah kepekatan malam memandu laju ke TESCO EXTRA Seremban jaya.
Ini je pilihan yang ada ...dah pukul sebelas malam manakan ada kedai runcit yg bukak lagi.
Kalau ada pun bukan semua kedai ada jual telur itik tu.
Sib baik jugak TESCO bukak pintu sampai kul 1 pagi kalau tak berdiri ajelah ko dalam kelas tu kono marah kat cikgu .



Tapi tolo itik kat pasaraya ni pepaham ajelah selain dari kocik berselaput dengan bahan asingnya.
Kalau siang2 tadi di beritahu leh gak ke pasar malam pasal kat sana telurnya lebih segar,bersih dan besar.

Tetiba teringin lak nak rasa tolo asin hasil buatan sendiri.. . nak pergi selongkar lemari resepi kengkawan blogger lak pasni :)


SALAM UKHWAH



 

Wednesday, April 4, 2012

~WW~...Makan..makan...makan...

Salam Sejahteraa....!!
Rabu
12 J'Awal 1433H











Alhamdulillahhhhh...sampai ari ni tak putus dgn rezeki makan....:)




SALAM UKHWAH

Monday, March 12, 2012

Kasih sayang seorang lelaki yg bergelar AYAH.

Salam Sejahteraaa..!!
Isnin
19 Rabiulakhir 1433H



Ayahnya yg lebih bersungguh-sungguh dari anaknya.

Minggu lepas anak bujang aku ni kena buat model meja dari straw minuman.... model tu mesti kuat untuk menampung berat bebanan buku-buku tebal.... kali pertama dia buat aku yg tolong tapi hasilnya hancussss..... bila cikgu letak buku2  terus terkangkang kaki meja tu.

Cikgu suruh dia  buat lagi dan untuk kali kedua ni pulak ayah dia yg tolong buatkan.... kalau pasal buat kerja2 macam ni memanggggg laki aku suka.....cuba kalau anak dia hulur buku tanya pasal tulisan jawi, matematik , bahasa melayu atau apa2 pelajaran punlah semuaaa dia tolak kat aku.... tapiiiii kalau buat kerja2 kerastangan yg macam ni dia lah yg akan meng-offer-kan dirinya sendiri.... balik je kerja terus buat model ni .


Model meja dari straw minuman yg dah siap di buat.



Hasilnyaaaaa..jeng..jeng..jenggg !!

Hasilnya memangggg tak mengecewakan tak cukup dengan buku-buku teks di tambah lak lagi dengan kamus yg tebal pastu lotak lak laie bakul sampah atas tu untuk menguji ketahanan model meja tu.....tak jatuh terjelepuk pun macam aku buat mula2 tu..:))

Dolu-dolu masa PRINCES aku dalam tahun 5 guru kelas seninya suruh semua pelajar tahun 5 kat sekolah tu buat wau.... laki aku ni jugak yg gigih tolong membuatnya siap carikan buluh dan tebang buluh lagi.... pastu rautkan lagi buluh tu sampai jadi halus...gosok dgn kertas pasir biar licin pastu ayahnya jugak lah yang menampal kertas yg dah siap di lukis oleh PRINCESS kat wau tu dan hasilnya memang cukup membanggakan bila dalam ramai2 murid-murid dalam 8 kelas tahun 5 yg diarahkan untuk membuatkannya cuma PRINCESS aku sorang aje yg berjaya naik kepentas untuk mengambil hadiah dan waunya mendapat pujian dari pengetua kerana dia berjaya menyiapkan model wau yg besar dan cantik.

Walaupun bukan PRINCESS yg buat 100% tapi kesungguhan dia menyiapkan tugasan dan sikap ambil berat ayahnya untuk membantu itulah yg sangat di banggakan.....walaupun kami berdua ni bekerja tapi perhatian kepada anak2 tetap di utamakan.....Siapa yg kata ibubapa yg berkerjaya tak ambil berat pelajaran anak2 mereka ???

Kita semua ni berkerja pun untuk anak2 kita jugak kerana anak-anak kita adalah PERMATA NEGARA  dan ramai diantara pelajar2 yg telah berjaya di luar sana  berlatar belakangkan dari ibubapa yg bekerjaya.
 
 
SALAM UKWAH

Tuesday, December 27, 2011

Kasut angry bird pun adaaaa...

Salam Sejahteraa...!!
Selasa
2 Safar 1433H


Dah masuk bulan Safar dah kita yeaaa....
Maksudnya kita berada di bulan ke 2 dalam kalendar islam tapi kita masih lagi berada di bulan terakhir dalam kalendar barat.
Beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baru 2012 pulak.

Pejam celik pejam celik dah nak masuk awal tahun lagi kita.
Sekarang ni tahun beredar bukan main cepat sekali.
Dah minggu2 terakhir cuti sekolah ni ramai mak bapak yg sibuk buat persediaan akhir untuk sesi persekolahan 2012 nanti.
Mana-mana pasaraya termasuklah kedai kasut kedai baju semua penuh dengan ibubapa yang beli baju, kasut dan barang-barang sekolah anak.

Hari sabtu hari  tu sebelum aku ikut hubby  ke ipoh sempat lah aku bershoping barang dapur kat giant dulu.
Tengah2 cari barang tu aku ternampak pulak kasut sekolah tapak warna merah.

Haa ni yg nak citer ni PRINCE aku ni kalau beli kasut sekolah mesti nak tapak kasut tu kaler merah lain kaler dia tak nak pakai.
Sejak dari beberapa tahun lepas macam nilah kalau kasut sekolah nak yg bertali pas tu tapak mesti kaler merah.
Awal cuti ari tu masa aku belikan baju sekolah dia tak ada pulak kasut kaler merah tapi ada kaler lain dia sanggup tak ambik kasut baru semata-mata nak yg kaler merah aje.
Di sebabkan aku ni tak de masa nak terjah satu kedai ke satu kedai kasut  nak cari tapak merah tu jadi kasut tu tak berbelilah lagi sampai sabtu ari tu.




Rupa-rupanya kasut tapak merah kat GIANT tu adalah kasut jenama ANGRY BIRD.
Kasut jenama ANGRY BIRD pun dah ada dah sekarang ni ( ataupun  aku sorang je yg tak tahu ? )
Aku ingatkan keycin, beg dengan pensel case angry bird je.
Dahlah tu siap ada keychen angry bird merah lagi kat tepi tali kasut tu.
Berseri-serilah pulak muka PRINCE  nak kasut tu... nak nak pulak dia memang giler sangat dgn angry bird kaler merah tu.
Harga pun  boleh tahan dua pasang kasut tu aku beli dah dekat lapanploh hinggit dah tu.
Tak kisahlah pasal harga ni yang penting kualiti kasut tu.
Jangan nanti baru pakai dua bulan kasut tu dah banyak tingkap sana sini dah lah anak bujang aku ni terlampau aktif.
Hubby siap pesan kat PRINCE  kasut tu mesti sentiasa nampak bersih jgn macam kasut orang pogi sawah pulak.

Bila aku tanya PRINCE apapasal nak tapak merah bukan biru , putih atau ijau.
Jawabnya tapak merah lari lajuuuuu.!!
Cehhhh kalau setakat lari laju tu pakai tumit tinggi pun leh lari laju.
Jangan nanti ko lari dari sekolah tu sudah....... siaplah nanti !!!


SALAM UKHWAH

Monday, November 21, 2011

Cuti sekolah dah bermula apa pulak yang mereka buat semalam ?

Salam Sejahtera..!!
Isnin
25 Zulhijjah 1432H


Laptop aku tak menyala start malam minggu hari tu.
Mungkin gak kena sambar petir pasal petang sabtu tu kilat tetiba je menyambar ke plug.
Cuaca kat luar masa tu memang dah mendung tapi tak hujan lagi.
Tup tup kilat yang datang dulu ......waktu tu laptop tengah on dan aku tengah taip entry kat blog.
Aku tak tahu samada laptop aku yang problem ataupun plug penyambung ke laptop tu yang dah terbakar pasal aku terdengar bunyi berdesir waktu tu.
Apalagi cecepatlah aku off kan laptop dan semua plug kat umah aku takut  aku yang keras lak nanti kena sambar petir.

Pagi semalam laptop aku dah tak boleh onn lagi dah.
Aku belum bawak jumpa doktor pakar dia  tapi aku fikir plug penyambung tu yang terbakar pasal laptop aku boleh lagi menyala buttonnya sekali sekala walaupun laptop tak boleh onn lagi.

Ini aktiviti anak-anak aku semalam di hari kedua  cuti sekolah hujung tahun yang dah bermula hari sabtu hari tu.



Semalam PRINCE kena ambil exam untuk upgrade level warna tali pinggang taekwandonya.

Sedang beraksi bersama kawan-kawannya di hadapan sifu besar taekwando di SK Senawang..... sekarang dia  tali pinggang hijau dan test ni di ambil untuk upgrade ke level yang seterusnya .


PRINCESS aku ni lak semalam sibuk mintak aku hantarkan dia beli bahan-bahan untuk buat kek.... dalam gambar tu dia tengah sibuk pilih buah anggur...dia pilih  aku lak curi2 ambik gambau...hehe !!


Sibuk membaca resepi..... dia ikut resepi kek coklat dalam buku kemahiran tingkatan tiganya.


Tengah dok sukat menyukat pulak.


Kek dah siap di bakar sekarang dia tengah operate kek tu untuk di letak aiskrim kat tengah-tengahnya.



Sapu jangan tak sapu..... tapiiiiiii  kek ni untuk siapa yaaa ???


Cer teka...cer tekaaa..... :))



SALAM UKHWAH:

Tuesday, November 8, 2011

Pagi-pagi lagi dah beraya kat unit kecemasan spitallllll......

Salam Sejahteraaa..!!
Selasa
12 Zulhijjah 1432H


Semalam lepas aje sembahyang sunat raya aidiladha aku, hubby dan anak-anak terus aje bergerak kerumah mak aku.
Sebelum tu kami berada di rumah mak mertua..... tak ada sapa pun balik kecuali hubby dan adik lelakinya yg memang tinggal kat umah tu bersama MIL.
Dua orang kakak ipar aku beraya kat rumah mereka sendiri.

Sampai je kat umah mak aku dah terhidang lemang, pulut kuning, rendang ayam, sambal tumis dan kek coklat.
Tapi mintak mahap le bebanyak yea aku betul-betul tak hingat nak ambik gambaunya.
Masih belum biasakan tangan nak snap sana snap sini .
Lelagilah pulak kalau mak aku bising kang cakap..... " Hisshh..sikit2 nak bergambar sikit2 nak bergambar... tak payah nak ambik2 gambar makan jolah konyang gak perut !!! ".

Tu yang semangat nak bergambar jadi lemau tu.... mungkin pasal mak aku takdo blog macam aku nak bagi orang cuci mato kalau ado gak ea mau dia boli satu DSLR yang tercanggih tu ambik gambar cecantik kasi orang tengok..... tak gitu makkkk ?? ( aku bertanya macam le mak aku baca blog karat aku ni )




Lepas isi perut seadanya PRINCE aku buat hal lak.......DOMAM LAIE .
Paneh kat dahi ea macam boleh bakar sebatang rokok... ini laki aku cakap bukan aku cakap errkkk !!
Jadinya pepagi lagi aku dah beraya kat unit kecemasan hospital kuala klawang ni.
Awal-awal lagi dia dah cakap dengan aku dia tak nak kena cucuk macam beberapa bulan lepas sebab hari tu dia demam dah 4 hari jadi kena ambik darah.... tapi result darah ok bukan denggi.
Aku kata tak kena cucuk dowh ...jumpa doktor je kali ni.



Tapi kooo...bila aku cakap dia demam berulang-ulang sejak isnin ari tu terus je HA tu capai jarum nak ambik darah.
Muka anak aku dah nak nangis dah.....penakut kena cucuk ambik darah.
Macam leee kering darah tu kang.
Pas ambik darah tunggu result dan result tu pulak kata darah ada kuman.
Kena lak ambik urine test lepas tu...doktor kata kalau dua dua berkuman kompem masuk wad.

Anak bujang aku dah meleleh air mata dah tak nak duduk wad takut kena cucuk ari-ari...haaa buat nakal laie !!

Tapi aku seriau gak bila doktor kata darahnya berkuman tu .
Aku tanya doktor ada simtom denggi ke..... doktor kata bukan denggi tapi mungkin kerana tekaknya dah luka dan sakit yang buat dia demam berulang-ulang...... pepehal kena tunggu urine test dulu.
Fuhhh nasib baik le..... kalau doktor kata denggi tadi jam jam tu gak aku kuar dari bilik doktor tu.
Cari laki aku suruh balik senawang sekarang jugak pergi kemas semua pokok2 bunga aku kat umah tu.
Manalah tau kalau ada lak spesis tu yang beranak pinak kat bawah pasu bunga aku yang dah lama tak aku belai-belai tu.
Tak kuasa aku nak membayar denda beribu riban pasal anak nyamuk tu.

Bila urine test dah kuar nasib baik lak laie tak ada masalah.
Klaau takkkkkkkk...... kompem aku dua beranak beraya kat spital semalam.
Jadi bila doktor kata boleh balik dan ambik ubat ceria lah balik muka anak bujang aku.
Tak perlu di tahan dalam wad. dan  darahnya pun selamat dari di sedut lagi oleh jarum2 doktor tu.

Dannnnn.... boleh le pulak ummi sambung makan lomang dongan rondang ayam omak den dengan sekonyang-konyang eaa....!


SALAM UKHWAH

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails