Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Showing posts with label ofis. Show all posts
Showing posts with label ofis. Show all posts

Friday, May 11, 2012

Aku menulis lagiiiiii...... terima kasih kepada yg sudi datang hari2 ke RKTS selama aku menyepikan diri.

Salam sejahtera...!!
Jumaat
19 J'akhir 1433H



Salam Jumaat hari penghulu hari...salam sejahtera....haiii apa khabar semua ???

Maaf...sekian lama berminggu-minggu mungkin hampir sebulan tak merepek merapu kat blog sendiri ni.
Bukannya apa ... sekarang kesibukkan kerja kat ofis semakin menjadi-jadi sampaikan aku tak tahu mana yg nak di colek dulu..nak diambil...nak di sentuh.
Sekarang lak aku kena mengajar dan belajar.
Itu belum lagi kes department aku kena komplen dari department lain lagi.

Peralihan dari jawatan lama ke jawatan baru pertengahan April ari tu membuatkan bertambahnya kerja dan semakin beratnya tanggungjawab yang di pikul hinggakan  "time management" diri sendiri sedikit kucar kacir.
Kalau dulu aku setakat buat kerja2 admint dan segala masalah department bos kecik aku yg pikul tapi sekarang aku yang kena tanggung apa aje yg terjadi dalam department aku ni.

Gembira bila diri mendapat kepercayaan dari pihak yang lebih atasan tapi dalam masa yg sama aku berdebar dan seriau bila mengenangkan segala masalah dan tanggungjawab yg akan terpikul atas bahu aku ni nanti.
Lepas ni aku kena sentiasa bersiap sedia dari segi mental dan fizikal bila department aku di tembak (komplen) dari  pihak lain lum tambah lagi dengan perangai orang2 bawahan aku.

Kalau selama ni cuma menjaga 2 orang anak sendiri tapi sekarang nak kena jaga pulak bapak2 orang dan mak orang !!

Sekarang aku tertunggu-tunggu hari selasa minggu depan pasal aku akan bercuti 3 hari untuk bawa mak abah aku ke UiTM, Arau Perlis.
Nak hadiri majlis konvocation adik bongsu aku  kat sana.
Cuti aku dah approve...cuti anak2 aku pun dah diluluskan oleh cikgu.
Dannnn..... aku nak rehatkan otak dan perasaan aku...... pasal aku dah terlalu letih sangat kena buat banyak kerja sekarang ni.

Harap-harap sepanjang aku tak ada orang2 aku dapat jaga diri sendiri dan wat kojo elok-elok....
Terima kasih kepada yg sudi bertanya kenapa tak update blog dan terima kasih juga pada yg sudi singgah hari2 ke sini.

Ohhhh...lambatnya selasaaaaaa....aku nak  cutiiiiii dan nak g jalan-jalan...Uwaaaaaaaa !!!!



SALAM UKHWAH

Tuesday, April 3, 2012

Pepagi lagi gas aku dah wat halll....:(

Salam Sejahteraa..!!
Isnin
10 J'awal 1433H


Pagi tadi gas kat umah aku habis.
Rempah kari aku baru je masuk dalam periuk api pun padam.
Malam tadi tak nak lak dia padam kalau padam malam tadi sompek le lagi aku suruh mamak tong gas tu hantarkan gas kat umah aku.
Ni ha pukul 6 pagi mamak kodai tu pun membuta lagi....mana aku nak rabakan tong gas baru pepagi buta tu ?

Aku memang tak do spare tong gas pasal takde ruang nak letakkan lagi.
Kalau letak kat belakang umah alamatnya aku meng-kaya-kan orang lain le jawabnya pasal umah aku tak ada pagar belakang.
Sudahnya aku simpan balik kari yg dah setengah masak masuk dalam peti ais....projek meng-kari-kan ikan bawal tergendala terpaksa di bawak ke potang nanti.

Sib baik leeeee lauk ikan berlada dengan gulai fucuk malam tadi ada lagi lebihnya leh le buat lauk makan tengahhari mak dan abah aku kat umah tu.
Kalau tak terpaksalah aku keluar tapaukan mereka berdua nasi lemak je wat makan tengahhari nanti.

Aku makan apa lak  ????









Haaa... makan maggie rebus jeeeee...siap rendam dgn  air panas kat pantry  opis tu..... janji ado bondo yg nak di makan kannn!!!


Alhamdulillah .



SALAM UKHWAH

Thursday, March 22, 2012

Selepas 13 tahun hari ini adalah hari yang pertama....

Salam Sejahteraa..!!
Khamis
29 Rabiulakhir 1433H



Selepas 13 tahun barulah hari ini hari pertama aku ambik semula air panas di pantry kat opis aku ni.
Sebelum ni memang aku tak pernah ambil air masak kat pantry tu selalunya aku akan bawa air panas dan air minum sendiri dari rumah.

Mula -mula kerja kat sini dulu aku ada jugak ambil air panas kat situ tapi masa tu ada sorang akak indon yang kerja kat sini yg masakkan air dan aku pun yakinlah nak minum air panas yg dia masak tu.
Tapi lepas 2 tahun aku kerja kat sini akak tu pun berhenti lepas tamat permit kerjanya dan pulang ke indon semula....bermula dari waktu tulah aku tak ambil lagi air panas selepas tugas memasak air di ambil alih oleh bangsa cina tu.
Tak leh terimalah  kat tekak aku ni nak minum air tangan bangsa yg satu ni sanggup le aku berjinjit-jinjit bawak air dari umah .




Sekarang ni dalam pantry dah guna air dalam mesin ni.... ...kat umah aku pun aku guna air panas dari mesin yg sejenis macam ni jugak jadi takde masalah lah pulak untuk aku minum air ni kat sini.
Jadi bermulalah era mengambil air dalam pantry semula itupun aku cuma ambik air panasssss sahaja.
Pasni kalau ujan taklah aku kesejukkan dalam opis ni pasal dah ada air panas untuk di bancuh dgn kopi atau teh.
Tak yah susah-susah ke berjalan-jalan ke cafe lagi dah.



Lunch tadi aku bancuh kopi segera brand TESCO yang kawan aku bagi hari tu..... seriesly tak sodap langsung kat tokak den ........kopi  SUPERPOWER  5 in 1 tu jugak yang sodapppp !!!



SALAM UKHWAH

Tuesday, December 13, 2011

Hilang.

Salam Sejahteraa.. !!
Selasa
17 Muharram 1433H



Apa khabar semua... dah lebih seminggu tak menaip kat blog aku ni.
Ari ni rasa gatal lak jari jemari ni nak menaip dan berstory mory.
Sejak dari Ayie bertunang 3hb ari tu sampailah ke ari ni banyak kisah yang nak aku ceritakan.
Tapi mood nak menaip tu tetiba je terbantut...idea tak terbang melayang-layang ke dalam otak.. virus malas pun apa kurang nya semuanya menjadi penyebab blog ni sunyi sepi seminggu ni.

Hilang..??
Tak aku tak hilang masih ada di sini dan hidup lagi.
Semalam satu ofis kecoh dengan kehilangan aku...hihihih !!!

kisahnya begini....
Aku dah apply  cuti pada  9 dan 12 december ari tu sejak Oktober lagi pasal nak ambik barang Shilla kat UiTM arau.
Tapi last-last minit shilla kata tak perlu ambik barangnya dan dia akan tumpangkan sementara di rumah kawannya dahulu.
Okeylah kan jadi minggu lepas aku dah cancelkan cuti 9hb dec aku tu (Jumaat) tapi isnin (semalam) aku tak cancel pun pasal aku tahu selangor public holiday .
Hubby keja kat KLIA jadi dah tentulah dia cuti ikut selangor...so tak perlulah aku cancel cuti aku tu .
Jadi semalam aku pun bercutilah macam orang Selangor yg bercuti semalam kan .

Nak di jadikan cerita  charger tepon aku pulak di hangkut kat PRINCESS balik kampung  hari minggu ari tu.
Sudahnya aku tak dapat caj bateri h/phone aku... tepon terus padam tak menyala-nyala lagi dah.
Aku terpaksa tunggu CIK YAH bawak charger aku tu pukul 8 malam dari kampung  ke senawang.

Kul 11 malam tadi lepas aje caj tepon tu aku bukak dan dapat banyak mesej dan incoming call dari kawan2 kat opis.
Waaaaa... dyorang semua dalam opis tu risau pasal aku tak datang keja dan semua orang tak tahu pun yg aku cuti semalam.
Termasuklah dengan bos aku yang lupa  catitkan dalam diarynya yg aku cuti semalam.
Mereka semua fikir terjadi sesuatu yg tak baik kat aku pasal sebelum ni tak pernah jadi macam ni.
Kalau aku cuti dyorang akan tahu dari my boss...kalau aku sakit aku akan call boss kalau cuti emergency pun aku akan bagitau.

Tapi semalam telefon pun tak berjawab..mesej tak bebalas...mana nak berbalas dan berjawab tepon aku dah  padam terus tak menyala pasal takdo bateri....FB pun tak onn...mana nak onn aku pun tak bukak lappy aku sepanjang hari semalam.

Pagi ni masuk je keja aku dah di serbu dengan berbagai soalan dah.
Bukan salah aku tapi salah my boss yg lupa aku cuti semalam.
Boss aku pun heran kenapa aku tak balas mesej dan jawab call darinya.
Dah tepon aku dah pengsan apa yg aku nak jawab atau balaskan.

Boss aku ni ada masalah pelupa..bujang lagi tu belum kahwin dan ado anak.
Nilah gara-gara suka bebenau main game dari pagi kat opis sampailah ke malam kat umah.
Sampaikan staff sendiri dah apply cuti pun tak hinggat cuma hinggat gamenya jeee.

Rupa-rupanya sayang gak cino2 ni semua kat aku yeaa...
Baru 24jam aku hilang dari opis dah kecoh semuanya sib baik tak ada yg pergi tepon spital atau balai polis ataupun serbu ke rumah aku malam tadi...... hihihihi!!!



SALAM UKHWAH




Monday, September 26, 2011

Bodorau darah den !!!

Salam lembaran...... !!
Dah hujung-hujung syawal dah ni kalau ada yg tak habis lagi puasa sunat syawal tu sempat lagi nak di habiskan tapi kalau baru nak mula pose kompem tak sempat......hihihi!!!!


Tadi baru habis lunch time tapi aku tak lunch pasal pose.
Jadi aku tertido kat meja ni tetiba datang 3 orang lelaki salah sorangnya driver lori dari luar yg kami panggil untuk hantar barang kami ke prai buat pengaduan yg pagar lorinya kena langgar kat lori company aku.

Dalam pisat-pisat bangun tido tu aku terdengar macam ni....

" KAK LORI  WINNER LANGGAR PAGAR HABIS PAGAR KENA LANGGAR "....sambil mulut tersengih-sengih !!

Jam jam tu je buntang bijik mata aku terbeliak bosar-bosar..... korang tahu apa aku bayangkan ?
Aku terbayang kan keta aku yang aku park kat bawah bukit luar pagar tu....habihhhh laaaaa !!

Kat depan kepala lori ni tempat parking motor  dan sebelah tu lak pagar dan bawah pagar tu keta2 staff  berderet2 parking kat bawah tu ...leh korang bayangkan cammana jadinya klau kepala lori ni sondol pagar dan terjun ke bawah bukit tu  ?

AKU : haaa...pagar kena langgar ( abihlah keta akuuuuuu ) ?????

DRIVER : Bukan pagar tapi pagar lori saya tu yg kena langgar bengkok besi pagar tu macam U macam mana saya nak isi barang nak bawak ke prai ?




Besi pagar lori ni tadi bengkok macam huruf U sekarang dah lurus balik lepas di ketuk.... guna buat sementara waktu untuk perjalanan ke utara hari ini.

Huhhh...kussss semangattt....... hidup balik  jantung den !!
Kes ini dah di setelkan oleh orang2 yg berkenaan yang penting keto den dan kengkawan selamat kat bawah tu.

Siahpalih.......selisih malaikat ompek puluh hompek !!


SALAM UKHWAH:



Tuesday, August 9, 2011

0.25 pun 0.25 lah janji ado dari takdoooo :))

Dah 9 hari berpuasa......
2 minggu lagi sibuk lak nak wat kuih raya.
Aku dah plan dah kuih apa yg nak di buat...korang lak macammano ????




Okey sepatutnya aku postkan entry ni minggu lepas masa aku sain surat persetujuan terima bonus 0.25 tu .
Tapi aku terlupa lak..... bila hari ni tengok penjawat awam dapat bonus raya baru aku ingat nak tulis entry ni kat sini.
Sebelum tu tahniahlah ya pada semua blogger2 dan silent reader RKTS yg keja gomen yg dapat bonus raya tahun ni.
Cerahhhhhh anak bulan raya tu ye takkk... hehehe !!!

Abah aku pun rasa gaklah  pasal dia pesara gomen.....Alhamdulillah ada can den mintak sup tulang lobih sikit nanti..!!! : D

Tapi bagi aku dan semua malay staf kat company aku ni agak kurang mengembirakanlah sikit pasal tahun ni adalah tahun pertama company ni di ambil alih oleh chinese singapore.
Sebelum ni semua urusan syarikat  dalam tangan chinese tempatan dan kami semua mewah setiap kali tiba bulan syawal.

Mana taknya tetiap tahun kami akan dapat 2 kali bonus.
Sebelum hari raya pose kami semua akan dapat bonus pertama dari hasil keuntungan syarikat pasal kami buat stock take bulan Jun setiap tahun.
Kemudian sebelum chinese new year pula kami akan dapat pulak bonus ke dua untuk bonus tahunan yg bergantung pada prestasi kerja masing-masing.

Macam tahun lepas syarikat untung banyak dan kami semua tak kira malay ke cina ke india ke bengali ke hapa ke semuanya dapat bonus 2 bulan gaji sebelum raya pose.
Sonyum sampai ke kepalo kawan -kawan den termasuklah den sekali.
Tambah lak dongan gaji ayoyoooo..... berayo sakan wa cakap luuuu.

Tapi bila singapore beli dan ambil alih syarikat ni sejak penghujung tahun lepas semuanya dah berubah.
Kami hanya akan dapat bonus setahun sekali jeeee...... sob sob sob :(

Di atas rasa simpati senior2 manager yg dah tahu kami semua ni dah biasa ada bonus sejak sekian lama mereka berusaha dapatkan untuk kami sebelum raya.
Dan hasilnya 0.25 dari bonus sebulan gaji untuk January akan datang akan di beri pada semua malay2 staf sahaja .
Bonus kan di beri minggu depan.

Walaupun nilainya tak sebanyak yg kami dapat seperti tahun-tahun lepas tapi adalah jugak dari tak ada langsung.
Nak banyak kena tunggu balancenya Januari nanti.
Itu pun kok umur panjang !!


CN :  Untunglah aku tak habiskan bonus yg tahun lepas tu.


SALAM UKHWAH:










Saturday, May 21, 2011

Alhamdulillah..... wujud lagi hari sabtu dan dunia masih berputar.





Beberapa hari lepas Ah soo cleaner kat ofis aku ni sibuk je cakap hari sabtu ni ( hari ni) kiamat.
Aku pernah buat pasal Ah soo ni di entry yang  SINI.
Bila aku tanya dari mana tahu ni ?
Dia jawab orang-orang barat cakap sabtu ni kiamat... ni mesti percaya dgn cakap Harold Camping dari California tu !!

Huhh..... dalam Islam kiamat hari Jumaat bukannya sabtu !!

Aku kata padanya tak ada sapa pun tahu bila kiamat.
Kalau tuhan nak kata kiamat bila-bila masa je dia akan jadikan hari kiamat tapi kami percaya kiamat tu adalah hari Jumaat.

Dia sonyom jo kat den dan cakap "haha... kita tengoklah nanti kiamat ke tidak 21hb ni... saya percaya mesti kiamat !! "

Dalam hati aku " Ya Allah kuatkanlah kesabaran aku dengan nyonya ni.... aminnnn!! "


CN : Dulu dia tak percaya dengan kiamat sekarang dia pulak yg  terover confident..



SALAM UKHWAH


Tuesday, March 15, 2011

Eh eh... dulukan ko tak percaya adanya kiamaaaattt ???

Beberapa bulan yang lalu ah soo sapu lantai ofis aku ni ada berbual dengan aku pasal kiamat.
Aku bagi tahu dia kami oarng Islam percaya tentang hari kiamat dan hari itu PASTI akan terjadi.

Dia boleh pulak tersenyum mengejek kat aku bagi tahu....
" u percaya kiamat ke ... u ingat betul-betul berlaku ke..??"

Aku jawab " Mestilah sebagai orang Islam kami mesti percaya dan yakin hari kiamat pasti ada... lagi pun semua yang ada di dunia ini tak akan kekal lama!"

" Saya tak percaya pun ada kiamat... saya langsung tak percaya itu tipu punyaaa !! " dia menjawab sambil tersenyum-senyum mengejek kat aku.

Aku rasa time tulahkan mau je aku hempop muka dia dengan kayu moop lantai tu.. ko tak percaya taklah tak payah lah nak senyum2 mengejek  kat aku pulak !!

Petang semalam sewaktu dia datang kutip sampah dalam bakul sampah kat meja aku dia kata...
" Eh izah u tengok tak tsunami kat jepun tu... dasyatkan macam dunia sudah mahu kiamat "

Haaa.. time nilah masanya untuk aku bagi dia sedasssss pulaaaakkk....
" Eh eh bukan ke hari tu u cakap tak percaya kiamat hari ni dah percaya pulak ke? "

Sambil ketawa ala-ala jerangkung tanah dia jawab .
" Percaya..percaya.. sekarang saya baru percaya hari kiamat ".

Tu baru kat jepun kena tsunami dia dah terus percaya kiamat kalaulah N.Sembilan ni yang di landa tsunami mau jugak Ah soo tu terus masuk Islam je agaknya.

Moral Of Story janganlah kita mengejek atau mentertawakan  kepercayaan agama2 lain walaupun secara logik akal ia macam tak betul pada kita tapi setiap agama tu ada sebab musabab kenapa perlu  percaya ini... tak boleh makan itu.... kena buat macam tu tak boleh buat macam ni.... hormatilah perasaan orang2 yang menjadi penganut setia agama tersebut.


CN:  Syukur Alhamdulillah.......


SALAM UKHWAH

Monday, March 14, 2011

Ni yang aku tak suka niii..... ni yang aku nak marah niiii !!!

Aku cukup-cukup pantang betul kalau ada orang yang memandai-mandai dalam kerja orang len.
orang len yang aku maksudkan itu adalah AKU bukannya Tun Dr Mahathir ataupun Ben Ashaari.

Dalam ofis ni dah ada tugas dan komitmen masing-masing jadi buatlah kerja sendiri .
janganlah pulak memandai-mandai buat keputusan untuk kerja orang lain.
dah aku cakap macam tu tak boleh....  kena wat yang macam ini....  ko ikut ajelah.
apahal pulak ko nak kata " tak apa... tak apaaa..."

Ni sekarang kerja ni ko yg buat ke aku yang buat ????
bila ada masalah berbangkit nanti aku yang kena jawab bukan kooooo..!!
ko hanya akan kata " tak tahu... itu bukan kerja saya !!! ".. dengan muka selamba beruk ko tu.

kau jaga ajelah kerja ko bebaik.. jangan nak berlagak PANDAIIIIII !!!
bila ada masalah nanti aku tarik ko.. ko bagi jawapan  BODOHHH ko tu pulak.

Pesan aku jangan masuk campur dan buat keputusan untuk orang lain punya keja yang tak ada kena mengena dengan kau yeee NYONYAAAAA !!!!


CN:  Mengucap..mengucap...mengucap !!


SALAM UKHWAH:

Tuesday, March 1, 2011

Dah ramai dah malay kat sini.

Hari ni masuk lagi sorang staff baru.... dia ni dari johor ikut hubby dia berpindah kesini... kiranya anak perantaulah ni.

Dulukan boleh dikira dengan jari tangan je berapa orang malay yang kerja kat syarikat yg majoritinya chinese ni.... dah tolak sana dah tolak sini yang pompuannya cuma 2 orang je ...aku dan kak Fatimah... bulan spuloh tahun ni dia dah nak pencen dah.

Tapi sekarang makin ada vacancy makin ramai lak muka melayu yang masuk... bukan tu je indian pun ada jugak... dolu dolu kau tak kan nampaklah kopi O kat sini... semuanya di monopoli bangsa cong ceng cong ceng tu jeee !!
Hari ni dah lebih spuloh orang malay kat sini... nak kira kena angkat jari kaki sekali lak !!


Kira okeylah sekarang.. dah jadi syarikat berbilang kaum... bangsa singh pun ada gak sorang kat sini.
dulu iiiiileeeeekkk !!!

Tadi pompuan baru tu tanya aku okey ke chinese2 kat sini.... coz ini kali pertama keja dengan chinese dulu staff tempat lama melayu jee.
aku kata...oookeeeyyyy!!!
klau ko keja okey.. okeylah dyorang.. kalau keja ko tak okey ko  keja dengan apa bangsa pun jadi K.O !!

Aku dah berbelas tahun kat sini... jujur aku cakap dari aku tadika, sekolah rendah sampai menengah aku tak pernah bergaul dengan lain lain bangsa selain dari melayu sahaja... sebab aku bersekolah di sekolah yg semua bangsa melayu jeee... taraaaak campur-campur !!
kemudian aku kerja pulak di 2 company yang rata-rata orang melayu kita itupun cuma 3 tahun je.
tapi yang ini maksima adalah bangsa chinese aku boleh bertahan hingga ke hari ini.

Disini mereka menghormati bangsa dan agama lain..... malah dlm soal makanan mereka cukup jaga sensitiviti aku sebagai seorang Islam..... mereka tak akan makan daging **** di hadapan aku atau belanja aku makan makanan yg tak halal... specially yg datang dari oversea.

Walau dimana lah kita berada jika kita berpegang kuat pada ajaran agama kita mereka akan lebih menghormati kita.
Jangan tak percaya sebelum bagi aku makan apa2 barang yang mereka beli mereka lebih sibuk tengok cop HALAL JAKIM..... cukup prihatin sebelum nak hulurkan makanan kat aku.
ngalahkan aku pulaaakk !!!!

Jadi tak payahlah nak risau apa-apa ... janji ko keja elok-elok jangan bagi masalah.... yang company kata tak boleh buat ko jgn buat.. sama jugak macam negara kita sekarang ni kan.


CN : Bukankah kita 1 Malaysia ??


SALAM UKHWAH

Friday, February 11, 2011

Bermimpii di siang hari...




Entah apa kenalah aku hari jumaat ni.... buang tebiat eekk ???

Kebiasaannya waktu lunch aku kat ofis ni kul 12.30pm... tapi tadi aku tengok member yg duk belakang aku ni memusingkan kan kerusinya memandang dinding  untuk tido (biasa dah dia wat camtu tiap kali lunch hour )... aku yg nampak dia dah selalu wat camtu pun ikutlah sekali memusingkan kerusi aku jugak memandang dinding di sebelah aku ni !

Dengan gaya seorang staff yg cukup letih sangat ( ye keeee..??? ) aku pun memeluk bantal bucuk aku tu dan melelapkan mata sambil bersandar pada kerusi aku yg debab ni.

Eh..eh..tak sampai sepuluh minit perut aku pulak berkeroncong minta makan !
soo...aku pun membukalah bekal yg aku bawa dan makan dengan gaya ayu seorang wanita (piiiraahh..!!)
sambil berfacebook dan berchating bagai.... agak-agak adalah lebih 20 minit kejadian berlaku.... tetiba pulak sorang member aku ni datang kat aku dan bertanyakan sesuatu pastu dia pun duduk kat meja dia sebelah aku ni..

Lama jugaklah... aku pun rasa hairan... apesallah minah ni tak kuar lunch biasanya dia pergi lunch... tetiba bijik mata aku terpandang jam kat dalam PC aku ni dengan 4 digit yg tak aku sangka-sangka...pukul 12.29pm.

Aku pandang jam tangan aku... nombor yg sama jugak... pandang lak jam kat dinding ofis aku ni dah bergerak seminit ke angka 12.30pm !!

Haaa...tadi aku siap baring... makan... chating tadi pukul brapa ?
Belum waktu lunch lagi ke ??

Terkedu aku sekejap... nampak gayanya aku dah mengular lebih setengah jam !!
Nasib baik tak ada sapa-sapa yg masuk ofis aku waktu tu kalau tak.....sendiri mau hingatlaaaahhh !!!
Member kat belakang aku ni cakap dia pening kepala tu pasal dia rehat awal sikit....ada patut keee ??

Akibatnya aku rasa teramat lambat nak tunggu tea break pulak pasal aku dah lunch lebih awal !!

Moral dari cerita ni jangan suka ikut apa orang lain buat ..haiisshh !!!

CN : Lenkali tengok jam dulu !!


SALAM UKHWAH

Wednesday, February 2, 2011

CNY 2011 Tahun Arnab & Lion Dance .



Sebahagian dari management staf yg tak malu untuk bergambar termasuklah aku !




Tahun 2011 adalah tahun Arnab bagi sanbutan TAHUN BARU CINA tahun ini... petang tadi masyarakat kaum cina telah melangsungkan acara makan besar  dan bermulalah sambutan tahun baru mengikut tradisi mereka.

Pada 27/1/2011 hari tu company tempat aku kerja ni mengadakan sambutan tahun baru cina dan acara tarian singa.... semua menagement staff di wajibkan memakai baju warna merah ( LINK )..... masyarakat cina suka warna ni dalam sambutan perayaan mereka kerana warna ini membawa tuah terutama dalam perniagaan.

Ikuti gambar-gambar yg sempat aku rakamkan untuk semua pengunjung RKTS..... orang malas nak upload  macam ni lah... dah basi gambar ni baru nak bagi orang tengok !!!

( pesanan penaja : sila klik kat gambar utk imej yg besar dan jelas )

 

dari baju sampai ke kasut pun merah kauuu !!!



Ada lion dance lagiii...... korang tau ke apa yg dia tulis tu ????


Ini pulak tukang buat bising !!



Ini salad dan angpau....nanti singa-singa tu akan ngaaaap dua-dua ni sekali !!


Patuh dengar arahan editor dia !



Are u readyyyyyyyy !!!!!!!!


1...2....3....apalagi telan laaaaaahhhh !!!!!



Okeeey....sesi bergambar dengan cho san !!
Ko kenal dengan si janggut panjang tuuuuuu ????
Itulah dia cho san.....siap pegang emas seketul lagi tu !

Okeey...sekarang kita baca pasal kepercayaan mereka tentang tahun Arnab pulak yea ( eh..eh...macam belajar kat sekolah pulak ).

Aku ni kan rajin meng gugell... jadi inilah hasilnya yg aku dapat..... !!!

KEPERIBADIAN ARNAB



Arnab merupakan zodiak yang mempunyai ciri paling gembira, berbakat, senang di dampingi, rendah hati (tidak sombong), tidak mudah ditipu, bercita-cita tinggi tetapi tidak terlalu melampau dan sentiasa beruntung dalam perkara yang dilakukan. Tiada sesiapa pun yang mengabaikan arnab kerana mereka merupakan teman yang baik dan tahu cara untuk menghargai diri sendiri. Arnab juga bersifat sosial, sifat marah yang terkawal, berbudi bahasa, licik, tenang dan sensitif kepada yang lain.

TAHUN ARNAB

Tahun arnab dipercayai oleh masyarakat cina sebagai tahun untuk diplomasi dan pemujukan. Tahun yang baik bagi untuk perniagaan, pengeluaran juga merupakan tahun yang baik bagi perniagaan berkaitan perubatan tradisional dan jamu. Akan tetapi masyarakat cina percaya mereka perlu berhati-hati dan jangan terlalu menurut kehendak dan kelengahan.


KEPERIBADIAN MEREKA YANG LAHIR PADA TAHUN ARNAB

LELAKI: Tidak ketara, bijaksana, mendengar kata, bersopan santun dan beradab, diplomatik dan jarang berkonfrontasi

PEREMPUAN: Bijaksana, bertimbang rasa, baik, sensitif, dan suka menyukakan hati orang.

Tahun ini adalah tahun yang bertenaga bagi mereka yang dilahirkan tahun arnab, oleh itu fokus dalam perancangan anda untuk masa depan anda. Bagaimanapun, oleh kerana akan terdapat banyak kuasa api di sekeliling, berhati-hati pada risiko kerosakan kesihatan emosional atau fizikal. (breakdown) Pulihkan semula diri anda dengan lebih banyak kuasa air lebih-lebih lagi di arah Timur. Bahagian Timur Selatan atau Barat Selatan di rumah atau bilik tamu anda akan bermanfaat dari barangan air juga. Pastikan yang barangan air itu diletakkan pada sebelah kiri pintu utama apabila anda memandang ke luar dari dalam rumah.

TAHUN: 1903, 1915, 1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999

Nota: Ini adalah kepercayaan masyarakat cina, bahan bacaan adalah sebagai tambahan pengetahuan.



CN : kat sekitar rumah aku ni dentam dentum bunyi mercun....macam aku ada kat palestin pulak dah !!


SALAM UKHWAH

Tuesday, February 1, 2011

Ofis dah sunyi sepi !!

Hari ni dah ramai staff-staff kat ofis ni yangcuti.... ada yang ambil satu hari cuti ada pulak yang setengah hari.


Al maklum jelah aku kerja dengan CHINESE COMPANY jadi dah tentu lah lenggang tempat ni ... petang esokkan diorang nak makan besar... hari ni dah ada yg sibuk balik rumah mak bapak... nak bershopping bagai... macam kita raya jugaklah kan !!

( Perhatian: Bagi yg rabun2 ayam tu sila KLIK kat gambar utk imej yg besar dan jelas....pesanan dari penaja..huhu!! )




Dalam department aku ni cuma aku bertiga je yg duduk dalam ofis ni..... tapi hari ni aku tinggal sorang-sorang... pagi tadi berdua tapi lepas lunch tadi member sebelah aku tu dah balik dah nak wat rendang... so tinggallah aku sorang jee.... sunyi weeiii !!!



Kat MARKETING DEPT ni pun lenggang haa..... ramai yang dah cuti dah .


Eh..eh...ada sorang Ah moi keja lagilah !!!





Haiyaaaa...... dia terkezut aku ambil gambar dia...hehehe !!!

Ini lah dia suasana kat ofis aku sekarang... cuma ada beberapa kerat aje staff yang kerja lagi hari ni... mulai esok sampai isnin 7HB FEB kami akan bercuti sempena TAHUN BARU CINA.


HAPPY CHINESE NEW YEAR AND HAPPY HOLIDAY TO ALL STAFF SUNRICH INTERGRATED S/B.


CN : Apo den nak buat cuti lamo2 ni ??



SALAM UKHWAH:

Tuesday, January 11, 2011

Aku tak suka game le ...!!!

Hari ni saja dah 3 orang yang bertanya kat aku.

" Tak main game kat FB lagi ke?"
"Eh ..u tak main ke cityville dalam FB tu?"
"Itu kebun lu tak da tengok ka....tak nampak pun u main lagi!"

Hee....dah lama dah aku bersara dari main game kat dalam FACEBOOK tuuuu ... bukannya apa mula-mula dulu seronoklah .. sampaikan tak tentu masa makan dan tidur aku pasal kemaruk sangat dengan game .. itu memula dululah kan ...waktu aku mula-mula join FB.

Tapi sekarang ni aku dah tinggalkan tu semua ... macam tak ada faedahnya duk lama-lama main game ni ... apalah lagi aku ni bukannya kaki game pun ... zaman sekolah dulu-dulu ramai kawan-kawan aku main game yang picit-picit tu .... pastu kejar point ... apa nama pun aku tak hinggat ... sebab aku sendiri pun tak main benda alah tu dulu.

Kerana sifat semula jadi aku tulah agaknya aku cepat boring dengan game-game masa kini ni ... walaupun dalam FB tu banyak game yang best-best ... ramai kawan-kawan yang ajak aku join mereka jadi jiran sekebunlah ...musuh berperanglah ..tolong cuci akuarium lah ... tah hapa-hapa lagilah ... tapi aku tak berminat ... nak wat camno ???

Ada sorang staff kat dalam ofis aku ni memang berantu sangat dengan game ni .. hari-hari main game ... macam-macam game dia main ... sampaikan senget-senget kepala dia main game snuker online tu ... aku takut dia jatuh tergolek aje kat atas lantai pasal badan dah terlalu sengget dari kerusi tu .. kang satu hal pulak aku nak mengangkatnya .. dah lah badan tu sihat walafiat sangat !!

Aku lebih suka update blog aku .. aku lebih suka blogwalking ... aku lebih suka blogjogging .. pasal dari sekolah lagi aku memang suka membaca ... bungkusan nasi lemak pun aku baca dulu sebelum aku buang dalam tong sampah !!


CN : Membaca tu kan jambatan ilmu .... blogger - blogger malaysia ramai yang berbakat dan berilmu!!


SALAM UKHWAH

Thursday, December 30, 2010

Kalendar dan Diary 2011.



Aku dah dapat kalendar ,diary dan desk planner untuk tahun 2011.....sememangnya company aku ni akan meriah dgn benda-benda macam ni bila hujung tahun.....macam-macam jenis kalendar dan diary yang akan di hantar oleh supplier kepada kami..... nak nak pulak aku ni dalam delivery department benda-benda macam ni memang penting untuk aku.


Yang ini semua aku punya 1 diary, 2 kalendar dan satu executive desk planner  khas untuk aku punya kerja untuk tahun 2011 !!


Sekarang aku tunggu tahun baruuuuu jeee......untuk buka diary baru....hehehe!!!


CN : Lagilah tak sabar nak tengok angka terbaru dalam payslip JAN 2011 nanti...


SALAM UKHWAH;

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails