Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, May 11, 2012

Aku menulis lagiiiiii...... terima kasih kepada yg sudi datang hari2 ke RKTS selama aku menyepikan diri.

Salam sejahtera...!!
Jumaat
19 J'akhir 1433H



Salam Jumaat hari penghulu hari...salam sejahtera....haiii apa khabar semua ???

Maaf...sekian lama berminggu-minggu mungkin hampir sebulan tak merepek merapu kat blog sendiri ni.
Bukannya apa ... sekarang kesibukkan kerja kat ofis semakin menjadi-jadi sampaikan aku tak tahu mana yg nak di colek dulu..nak diambil...nak di sentuh.
Sekarang lak aku kena mengajar dan belajar.
Itu belum lagi kes department aku kena komplen dari department lain lagi.

Peralihan dari jawatan lama ke jawatan baru pertengahan April ari tu membuatkan bertambahnya kerja dan semakin beratnya tanggungjawab yang di pikul hinggakan  "time management" diri sendiri sedikit kucar kacir.
Kalau dulu aku setakat buat kerja2 admint dan segala masalah department bos kecik aku yg pikul tapi sekarang aku yang kena tanggung apa aje yg terjadi dalam department aku ni.

Gembira bila diri mendapat kepercayaan dari pihak yang lebih atasan tapi dalam masa yg sama aku berdebar dan seriau bila mengenangkan segala masalah dan tanggungjawab yg akan terpikul atas bahu aku ni nanti.
Lepas ni aku kena sentiasa bersiap sedia dari segi mental dan fizikal bila department aku di tembak (komplen) dari  pihak lain lum tambah lagi dengan perangai orang2 bawahan aku.

Kalau selama ni cuma menjaga 2 orang anak sendiri tapi sekarang nak kena jaga pulak bapak2 orang dan mak orang !!

Sekarang aku tertunggu-tunggu hari selasa minggu depan pasal aku akan bercuti 3 hari untuk bawa mak abah aku ke UiTM, Arau Perlis.
Nak hadiri majlis konvocation adik bongsu aku  kat sana.
Cuti aku dah approve...cuti anak2 aku pun dah diluluskan oleh cikgu.
Dannnn..... aku nak rehatkan otak dan perasaan aku...... pasal aku dah terlalu letih sangat kena buat banyak kerja sekarang ni.

Harap-harap sepanjang aku tak ada orang2 aku dapat jaga diri sendiri dan wat kojo elok-elok....
Terima kasih kepada yg sudi bertanya kenapa tak update blog dan terima kasih juga pada yg sudi singgah hari2 ke sini.

Ohhhh...lambatnya selasaaaaaa....aku nak  cutiiiiii dan nak g jalan-jalan...Uwaaaaaaaa !!!!



SALAM UKHWAH

1 comment:

Unknown said...

waalikumusalam..

mmg rindu dengan kak CT..

alhamdullilah...

selamat berkonvo ya.. pastinya ibubapa teruja, kita y adik beradik lagilah gembira..

tahniah bt adikmu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails