Salam sejahtera...!!
Ahad
17 Zulhijjah 1432H
Semalam tak tercapai kat jari jemari ku untuk menaip di atas keyboard ni.
Sabtu yang penuh dengan citer dari pagi sampai ke petang.
Pepagi lagi macam kebiasaanlah kalau tak hari minggu hari sabtu macam nilah aku akan memulakan rutin ke pasar mencari bekalan lauk pauk dan sayur mayur untuk makan anak beranak.
Pilih je apa yg terlintas di fikiran dan tercapai dek tangan.
Semalam sotong kembang, ikan sardin segar,ikan kerisi dan udang menjadi pilihan aku.
Bebarapa sayur termasuk kambas,petola, kailan serta tempe dan kacang panjang menjadi habuan untuk beberapa hari ini nanti.
Bab tempe dan kacang tu kalau dah terbeli kena beli jugak suhun dan fucuk leh buat sambal jawa jugak nanti.
Tengahhari lepas buat serba sedikit kerja umah termasuk membasuh, mengemas dan mengampai kain aku bersiap lak untuk ke jemputan kenduri kahwin.
Kononnya ada peluanglah nak jumpa KAK FATIMAH tapi tak jugakkkk.... dia balik awal kerana si anak daranya sakit perut.
Agaknya terlebih makan lauk kenduri kotttt.
Aku kan ummi yg sportingggg... pas balik umah kenduri melencong lak ke tesco seromban jaya.
Si anak sibuk nak merayap kesana sejak ia di buka ini kali kedua aku ke sana buat PRINCESS pulak kali pertama.
Aku tak suka merayap lat hypermarket ni kalau pasal suka-suka je kecuali untuk beli barang.
Tapi kerana kasihan kan anak yg boring nak balik umah awal aku bawak jelah ke sana itupun dalam sejam je merayau.
Petang aku berkebun... membelai pokok yg dah lama terbiar tak di pedulikan.
Lantaran terlalu sibuk dengan urusan sendiri dan orang lain.
Pokok-pokok terbiar lesu di dalam pasu.
Jiran selang 2 rumah dari umah aku ada masalah.
Si anak daranya dah 6 hari tak balik umah.
Kecoh di rumahnya bila kawan lelaki si anak daranya di belasah saudara si ibu dan ayah.
Hingga kan datang polis atas aduan jiran yang sebelah lagi.
Yelahhh... hampir lembik budak lelaki tu di belasah takut pulak terus meninggal.
Walaupun ditempik diterajang dan sebagainya si anak dara tetap tak di temui lokasinya.
Masih hilang hingga ke hari ini.
Tak tahu apa nasiblah budak pompuan tu.
Siapa yang harus di persalahkan bila anak perempuan hilang mengikut jantan lain ??
Opssss....aku tutup mulut aku pun ada anak perempuan.
Tak berani nak komen bebanyak.
Cara kita mendidik anak berbeza-beza.
Yang betul bagi kita mungkin tak betul pada orang lain.
Yang elok kita harapkan tak mungkin anak akan mengikut seratus persen.
Berdoa sahaja agar mereka sentiasa di lindungi dari segala jenis kejahatan.
SALAM UKHWAH

Tema biru pilihan pengantin perempuan.

10 comments:
Kadang2 hidup ini tidak semudah yang kita sangka...
CT yang tak ada anak dara ni pun risau jugak..semoga allah melindungi kita semua dari segala bala bencana,
Ya Allah ngerinya saya baca para terakhir entri Arizah ni..Semoga Allah sentiasa menlindungi anak2 kita dan mengurniakan budi pekerti dan akhlak yang mulia kepada anak2 kita, insyaallah
Lain kisah kakak tak nak komen CT tapi bab anak perempuan melarikan diri kakak amat sensetif sebab anak kakak ketiganya perempuan. Takut... selalu kakak pesan apa jua kena cerita pada mama/papa. Tak usah rahsia-rahsia. Tapi pada kakak pucuk utama didikan agama amat penting sekarang nie...
salam CT... membesarkan anak di zaman skarang memang amat mencabar
CHENTA... memang tak mudah tapi jgn di payahkan pulak..:)
ACIK..betul tu acik zaman sekarang lelaki pompuan ada aje masalahnya.
IXORA... InsyaALLAH.. kita doakan utk mereka !
KAK ZAKIE... tulah kekadang anak kita dah dididik dgn baik tapi pengaruh kawan2 sebaya yg menjadi penyebabnya jugak lagipun mereka bukan berkepit dgn kita 24 jam sahaja.
IBUINTAN... terlalu mencabar kita kena pantau dyorang setiap masa setiap inci itupun ada gak yg terlepas pandang.
Post a Comment