Ni baru betul sambal goreng jawa sebab ada tempe... hari tu aku buat tempe dan tahunya tak ada tapi hari ni bahan-bahan dah serba lengkap dah.....resepi sambal jawa ni aku belajar dari mak mertua aku...mula-mula kahwin dulu heran gaklah aku tengok sayur yang gaya begini dah macam sayur campur tapi tak berkuah..... dulu masa aku kerja kat nilai, aku ramai kawan dengan budak2 melayu keturunan jawa... setiap kali lunch bekal dyorang mesti ada tempe... lagilah aku pelik bila tengok tempe goreng makan dengan kuah kicap.... sekarang ni aku dah tak heran dah lagilah pulak PRINCESS aku pun suka tempe.... dah jadi selera jawa dah anak dara aku tu.... mak mertua aku kata orang jawa masak mesti ada tempe kalau tak tak jawalah namanya...betul keee ??
Bahan-bahan yg di gunakan boleh di tambah mengikut citarasa masing-masing.... tapi walaupun sikit-sikit bila dah masak jadi sepinggan penuh......ada berbagai-bagai versi sambal jawa tapi yg ini aku buat ikut versi mak mertua ada jugak sambal jawa yang tak mengunakan santan cuma sedikit air sahaja dan agak kering macam kat SINI .
SUMBER : Ibu mertuaku.
BAHAN-BAHANNYA:
3 keping fucuk di rendam sekejap saja....angkat dan toskan.
2 keping tauhu ~ goreng dan potong kecil2 keping tempe ~ potong kecil dan goreng
3 helai kacang panjang ~ potong menyerong
2 biji kentang ~ potong kecil dan goreng
Secekak suhun ~ di rendam
1 tangkai lada besar ~ di potong serong
100gm udang hidup
Santan pekat 1 cawan
2 sudu cili kisar
Sedikit kicap
BAHAN TUMBUK:
6 ulas bawang merah kecik
5 ulas bawang putih
1 inci halia
segenggam ikan bilis/udang kering
Sedikit garam
CARA-CARANYA:
1.Tumiskan bahan tumbuk hingga kekuningan dan berbau wangi . Masukkan cili kisar dan masak hingga garing.
2. Masukkan udang dan bahan yang dah di goreng , kacang, lada besar, kicap,suhun dan fucuk.... gaul rata hingga sebati.
3.Akhir sekali masukkan santan dan masak hingga agak kering...rasakan garamnya jika ok tutup api dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment