Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, November 11, 2011

Labu masak lemak




Kebiasaannya kalau aku ke pasar aku akan beli labu yang bersaiz kecil itupun cuma setengah ataupun 1/4 bahagian sahaja ...... tak pernah beli yang bersaiz besar ataupun sebiji sebab tak mahu buah labu tu rosak dan membazir sebab aku cuma nak buat masak lemak sahaja...... tetapi lepas aku merayau dari blog ke blog aku tengok berbagai-bagai juadah yang senang dan ringkas boleh di sediakan dari sebiji buah labu....... kerana keluarga aku ni kecik jadinya sebiji labu tu mungkin aku boleh pelbagaikan dengan masak lemak labu, lepat labu ,cengkodok labu , koci labu ,kaswi labu ataupun pengat labu.... yang pentingnya kami sekeluarga tak ada masalah ANGIN untuk menghabiskan sebiji labu itu .

BAHAN-BAHANNYA :

1/2 biji labu di buang kulit & biji dan di bersihkan dalamannya
4 ulas bawang kecil ~ di hiris
2 ulas bawang putih ~ di hiris
sedikit ikan bilis
Santan secukupnya
2 helai daun kunyit ~ di koyak dua
garam secukup rasa





CARA-CARANYA:

1. Labu yg telah di buang kulit dan biji tadi di potong kecil dan di basuh dengan air.
2. Campur semua bahan-bahan termasuk labu tadi dan jerang atas api sambil di kacau selalu hingga santan mendidih. Bila dah mendidih sesuaikan rasa garamnya dan bolehlah di hidangkan bersama nasi panas dan hidangan yg lain.




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails