Salam Jumaat hari penghulu hari...!!
Jumaat
29 Zulhijjah 1432H
Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah.Tahun berlaku peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w ditandakan sebagai permulaan kiraan kalendar Islam. Tahun berlaku peristiwa hijrah telah ditanda sebagai tahun pertama kalendar Islam. Tetapi peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. bukan berlaku dalam bulan Muharram. Pengkaji sejarah yang masyhur mengatakan hijrah tersebut berlaku pada bulan Safar.
Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)
Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.
Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa dibulan-bulan haram.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)
SALAM UKHWAH
Jumaat
29 Zulhijjah 1432H
kedit to gugell

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi
SALAM UKHWAH
6 comments:
selamat tahun baru 1433H juga..
Harap-harap masa itu boleh berpuasa...
QHAIFA..Terima kasih selamat tahun baru jugak utk kamu.
Selamat Menyambut Awal Muharam 1433H..
kalau zaman skolah rendah dulu dah sibuk berlatih nasyid ni :)
Selamat Tahun Baru 1433H
Post a Comment