Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Thursday, November 24, 2011

Pepagi lagi dah buat aku suspen !!

Salam Sejahteraa..!!
Khamis
28 Zulhijjah 1432H




Sejak lappy dah jatuh sakit ni kan masa aku untuk blogwalking amat amat terhad.
Terpaksa jenguk blog kawan2 kat ofis jee itu pun kalau tak banyak kojo kalau  kojo banyak  dapat update satu entry sendiri pun dah cukup bagus.
Anak-anak aku kat umah tu dah bising dah tak dapat main game beberapa hari ni.
Lagilah boring gila kena duk umah tengok tv je tak pat main angry bird.
Tapi elok jugakkan kalau selalu macam ni....hehehe.... jimat letrikkkk !!



Kedit to gugell


Semalam aku dapat cek dari syarikat insuran keta baru aku tu.
Aku transferkan Ncb kereta yang dulu ke kereta yang baru.
Jadi mereka kena pulangkan balik  55% duit insuran kereta baru yang aku dah siap-siap bayar masa memula beli ari tu.
Hampir 2 bulan aku tunggu bila dengar je cek dah sampai riang gumbira hati ku ini.

Di sebabkan produa call pun dah petang dan aku ambik cek tu  petang jadi memang tak sempat nak bank in.
Lagilah pulak petang semalam kat dataran senawang penuh dengan kereta dan orang pasal player bola N. sembilan turun bawak piala Malaysia ke sana.
Daripada round satu dataran tak dapat parking lebih baik aku balik  umah jee.

Pagi tadi aku kuar umah awal dari biasa terus ke bank rimau kat dataran tu.
Memang senanglah dapat parking pasal pukul 7.40 pagi orang tak ramai berbanding dengan petang.
Aku terus je ke mesin deposit tu masukkan cek.
Dah tekan tekan nombor akaun masukkan cek tapi cek tak masuk.. kuar balik.
Aku cuba lagi tekan tekan masukkan cek tak jugak boleh... adoiiiii !!!

Kali ke empat aku tekan no dan masukkan cek tapi cek kuar jugak tak masuk pun dalam mulut mesin tu.
Ni yang  acik lotih niiiii ...... cek tendang ke hapa ???
Dah lah tak ada orang nak bertanya.
Tengok jam kat tangan tinggal sepuluh minit lagi kul lapan.
Nak tak nak aku terus kuar dari bank rimau dan masuk dalam keta tak jadi bank in kan cek tu.
Dalam keta lampu minyak pulak berkelip-kelip tandanya minyak dah nak habis.
Waduh waduh sempat ke sampai ke ofis ni nak isi minyak memang tak sempat.... semalam tak nak pulak dia berkelip macam tu.
Dalam pada tekan pedal minyak nak kejar masa pandang belakang tanker minyak pulak berderet-deret dengan treller lagiii..... ayoyoooooo !!

Aku mulalah seriau kalau tangker minyak laju-laju kat belakang keta aku ni.
Takut dia tak sempat break je kat trafic light kang di sondolnya buntut keta aku.
Aku nekad je  walaupun lampu minyak dah berkelip-kelip dan harap2 keta tak mati tengah jalan.
kang aku lambat lak nak punch in.
Sampai je ke ofis parking pulak tak doooo.
Semuanya dah ponuh...aku bantai parking depan keta member aku.
Tapi tak kisahlah kan dia balik kul 6 petang aku lak balik kul 5 kang maknanya aku yang kuar dulu sebelum dia.
Dia nampak aku dan cakap " X pe x pe....i balik lambat lagipun i tak kuar kemana nanti "...sambil senyum manis kat aku...:))

Tadi aku ambik pass kuar ke bank rimau tu lagi.
Lebih baik aku bank in kan cek tu time staff bank ada waktu ni.
Senang kalau apa-apa masalah aku leh mintak tolong kat dyorang kalau pergi kul 5 kang kat sapa aku nak bertanya.
Lagipun aku tak senang hati selagi aku tak bank in kan cek tu dalam akaun aku.
Dah 2 bulan aku tunggu dah...tak sanggup aku nak tunggu lagi 8 jam sampai petang kang.
Aku singgah pertronas dulu isi minyak ponuh ponuh... bila lampu tu dah padam sonang sikit hati den nak drive.

Tapi sekali je pulak aku tekan no akaun dan masukkan cek  terus je masuk dalam mulut mesin tu.
Hampehhhh betullahhh..... cubalah pagi tadi senang macam ni tak payah aku susah-susah kuar ke sini lagi.
Sib baik bos aku sporting giler...... tak banyak soal bila aku mintak kuar sekejap.
Tu yang aku suka sangat tuuuu...senang je nak kuar kalau ada emergency kesss.
Susahkan nak dapat bos yg sebaik bos aku tu...hihihi.....



SALAM UKHWAH



2 comments:

azieazah said...

Memang tension kan? Pepagi kena duga camtuh, memang berpeluh la. hehehe

Tapi biasanya, bank rimau ni, kalu tak leh deposit cek, boleh masuk dalam envelope dan slope masuk jer dalam mesin lagi satu tu. Tak perlu key in apaapa pun. Cara lama. hehehe

Wahh senang la hati, segalanya selesai. Dugaan betul.

SITI NOARIZAH ARIS said...

AZIEAZAH...betullah kak memang berpeluh pun mana nak mengejar masanya lagi... rupanya mesin tu memang agak sensitif sikit sy rasa cara lama tu lebih senang x banyak songeh...huhuhu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails