Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Wednesday, November 2, 2011

Sup Ayam ABC





Sup ayam ni aku buat hari isnin hari tu...masa tu PRINCE demam.... macam tau tau je ari tu aku tak keja leh pulak dia demam jadinya aku pun buatlah sup ayam ABC ni untuk makan tengahharinya... paham2 jelah tekak orang demam semua rasa tak sedap ini je yg dia boleh telan.... kalau  orang cina mereka panggil sup ni sup ayam ABC pasal kita leburkan macam2 jenis sayur dalam tu..... ada kentang,carrot, fish ball  ( ini sayur kaa ?? )  dan cauliflower .... tu pasal agaknya mereka pangiil ABC jangan korang leburkan pucuk ubi dengan kangkung lak dalam tu sudah le tu dah jadi lain dah tu.... kok yea pun kita buat dia biarlah masuk dek akal sikit bahan-bahannya kang ada yg tak lalu nak makan ujung-ujung cik tong gak yang kenyang...hehehe...


BAHAN-BAHANNYA :

Ayam setengah ekor di potong sederhana,
2 biji kentang di potong 4 setiap satu
1 batang carrot di potong kecil
Setengah cauliflower di potong kecil
Setengah peket fish ball  di belah dua
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Setengah peket perencah sup ADABI di bancuh dengan sedikit air.(optional)

BAHAN KISAR :
1 labu bawang besar
5 ulas bawang merah kecil.
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia

BAHAN TUMIS :
2 batang kulit kayu masis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga

CARA-CARANYA :
1) Ayam di potong sederhana perapkan dengan jus limau kasturi dan garam sebentar kemudian di bersihkan dan di toskan airnya.
2) Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis hingga berbau harum baru masukkan bahan kisar tadi dan tumis hingga terbit minyak dan kuning.
3) Masukkan ayam dan gaul rata biarkan ayam sedikit kecut baru di tuangkan air secukupnya.
6) Bila dah mendidih masukkan kentang,carrot,cauliflower dan fish ball tadi serta perencah sup dan garam.
7) Perlahankan api dan biarkan sekejap hingga sayuran tadi empuk dan mendidih lagi.....perasakan garamnya jika ok bolehlah di tutupkan api dan di hidangkan.




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails