Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Wednesday, November 16, 2011

Alhamdulillah..dah dapat seratus dah !

Salam Sejahtera...!!
Rabu
20 Zulhijjah 1432H



Aku baru je balik dari sekolah pergi ambik duit untuk PRINCE.
Termengah-mengah nak naik ke atas opis ni ha.
Sampai kat sekolah tadi ingatkan kelasnya tingkat atas rupanya bawah sekali.
Tak pepasal je aku xcercise turun naik tangga tengah2 hari panas terik tu tadi.

Aku rasa dalam minggu ni sebelum tutup sekolah semua duit2 seratus untuk pelajar sekolah akan di agihkan kepada ibubapa masing-masing.
Hari tu sorang kawan aku pergi ambik duit anaknya kena beratur panjang tu yang aku pergi dah last last minit tu .
Malas nak beratur menunggu lelama lagipun aku kena selesaikan kerja aku dulu.
Kang tak pergi ambik orang kata sombong lak.
Kerajaan nak kasi duit tak hendak pulak.
Bukannya senang nak dapat duit macam ni dari kerajaan.
Tahun depan lum tentulah dapat lagi walaupun nilainya taklah sebesar manapun.
Orang dah nak bagi ambik ajelah.
Rezeki jangan di tolak musuh jangan di cari.

Tapi aku ni kenalah kuar 2 kali dek pasal nak memunggut duit seratus tu.
Hari ni untuk PRINCE.... esok kena pergi ambik duit PRINCESS lak kat sekolah menengah.
Untungnya aku kerja dekat-dekat dengan kawasan sekolah anak-anak aku.
Tak macam hubby yang kerja kat KLIA tu haaa.
Anak-anak aku pun aku tak hantar sekolah jauh-jauh kalau tak satu hal lak kena ambik cuti sampai 2 hari dek nak memunggut duit yg seciput tu.

Dah dapat duit ni kena simpan bebaik gunakan untuk anak-anak bukan untuk mak bapak berjoli beli rokok atau belanja makan kepce atau mekdee.
Ini amanah dari kerajaan untuk anak-anak kita dan aku dah plan nak simpan duit  ni untuk  duit tusyen mereka nanti.
Kalau sorang sebulan 50 hinggit untuk dua bulan aku dah save seratus untuk tusyen seorang anak sahaja.
Dua orang anak dah save duoratus hinggit.

Baikkan kerajaan kitaaa...??
Masih ada lagi ke yang tak bersyukur dan berterima kasih ??


SALAM UKHWAH

12 comments:

nabilah_2908 said...

hmm...adik sy dpt duit ni semalam... :)

Qhaifa Nur said...

anak saya hari ni...

azieazah said...

Saya 6 orang anak. Semua belajar. Banyak gak la dapat. Plan memang nak beli baju sekolah. Tampung bajet yang ada.

ratusiput said...

baik kerajaan ada makna...ehehe.tp wlu mcm mana pun bersyukur sbb tuhan beri rezki tu.lepas jugak kalau bli bag n kasut skolah ke..

Kakzakie Purvit said...

Anak kakak yg sekolahr rendah dah ambil tapi yg sekolah menengah tak tahulah sebab tak dapat surat lagi pula dia dah cuti seminggu sebab SPM kan...

IXORAROXI said...

Alhamdulillah,lepas juga buat tambah2 untuk persiapan sekolah kan

SITI NOARIZAH ARIS said...

NABILAH.... ada jugak sekolah yg beri lebh awal ya!

SITI NOARIZAH ARIS said...

QHAIFA...samalah dgn anak sy ya!

SITI NOARIZAH ARIS said...

AZIEAZAH... bagi yg ada anak ramai ia sgt2 membantu.. syukurlah.

SITI NOARIZAH ARIS said...

RATUSIPUT...x kisahlah makna apapun yg penting seluruh rakyat malaysia dapat tak kira apapun fahaman politik mereka.

SITI NOARIZAH ARIS said...

KAK ZAKIE...mungkin lepas bk sekolah kot tapi mesti dapat jugak nanti.

SITI NOARIZAH ARIS said...

IXORA... betul tu..betul2 meringgankan beban ibubapa di awal persekolahan nanti asalkan duit tu tak di buat belanja benda lain pulak sudahlah kan !!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails