Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, November 15, 2011

IKAN KERISI MASAK TAUCU






Update blog ni sambil tengok MASTERCHEF...... dyorang tengah kelam kabut nak masak aku dah tersandar kekenyangan...... malam ni juadah dinner aku adalah ikan kerisi masak taucu dengan kambas goreng pedas tapi aku nak showkan si kerisi ni dulu...... PRINCE ingat ikan talapia sebab ikan ni kaler merah sebenarnya ikan kerisi... tertipu dia..hehe....


BAHAN-BAHANNYA:

3 ekor ikan kerisi di siang dan di bersihkan.
6 tangkai cili api ~ di tumbuk
3 ulas bawang kecil ~di tumbuk
2 ulas bawang putih ~di tumbuk
Setengah labu bawang besar di potong bulat
1 sudu besar taucu
1 keping asam gelugor
Setengah cawan air

CARA-CARANYA:
1.Ikan yang telah di basuh bersih di perap dengan kunyit dan garam halus sekejap kemudian di goreng separuh garing.....ketepikan.
2.Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga kekuningan dan berbau wangi.
3.Setelah bahan tumbuk garing masukkan taucu kacau rata dan masukkan air, asam gelugor ...biarkan hingga air mendidih.
4. Setelah mendidih masukkan ikan dan bawang besar biarkan sekejap hingga kuah mendidih lagi kacau rata dan rasa masinnya jika ok bolehlah di tutup api dan di hidangkan. Garam tak di perlukan kerana taucu sudah masin.




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails