Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Showing posts with label Kenduri. Show all posts
Showing posts with label Kenduri. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

Rezeki jangan di tolak-tolak.

Assalammualaikum.....

Bila kita terima jemputan orang adalah wajib untuk kita menghadirinya.
Itupun jika tiada aral yang melintang.
Kok sakit ko ..kok ado yg meninggal ko camno lak nak datang kan?
Sepanjang minggu ni sahaja aku dapat macam-macam jemputan makan-makan.
Alhamdulillahlah...rezekikan.

Hari sabtu hari tu aku hadir ke rumah kenduri orang kampung aku jugak.
Majlis ni di langsungkan di kg Tanjung berangan, ulu klawang.
Tapi aku sampai pun dah dekat pukul 2 petang pasai ari tu anak daro den nan seorang tu ado lak sekolah ganti.
Tunggulah dia balik sekolah dulu... dari senawang ke jelebu hampir 45 minit.
Sampai je ke rumah mak pengantin masih ramai lagi tetamunya tak delah rasa segan datang lambat kan.
Kata si tuan rumah " Tak pe nya datang lambat asalkan datang".

Esoknya hari minggu  ke majlis jemputan kawin di dewan sek men Datuk Musa Al-haj di kuala klawang.
Tuan majlis ni orang kampung aku gak,  rumah pun dekat je dengan rumah mak aku tapi kerana kawasan rumahnya kecil terpaksalah buat kat dewan sekolah menengah.
Majlisnya ringkas aje tapi pemancing undi ada gak kat situ.
Kata orang menyelam sambil minum air.

Hari rabu cuti 1 may ni lak adik aku nak buat majlis hari jadi untuk anak lelakinya di sri kembangan, selangor.
Nampaknya makan kek lagilah hari tu.... hancus leee diet mak long ko ni asyraf oiii.... tak makan tak boleh nanti termimpi-mimpi..hehe...

Hari sabtu yang akan datang ni pulak 4 may jemputan kenduri lagi.
Pak cik hasyim sedara sebelah abah aku mengajak aku meghantar anaknya bersanding kat Tmn Ampangan, Seremban.
Nampaknya kenalah ambik cuti pasal setiap kali adik2 aku nikah dia tetap ada meramaikan kami sekeluarga .
Kenduri sebelah pihak lelaki (anak pak cik) akan di langsungkan sebulan lagi.
Kali ni tibalah masa aku membalas budi dia lak kan.
Aku bawak sekali mak abah  pergi mengantar tu nanti.

Hari Ahadnya 5 May tak do makan2 tapi pogi mangkah  kat sek keb Amar Penghulu, Ulu klawang.
Depan umah mak aku je sekolah ni.
Kat kampung aku cuma bulan dengan dacing jeeee.
Yang manakah pilihan hati ???


p/s : Entry ni update kat opis , gambar2 sepanjang majlis tu lak ada dalam ipadmini aku tu jadi aku kasi baca citer dulu,  gambar lak kemudian errkk..:))


SALAM UKHWAH


 

Saturday, December 29, 2012

Bersanding... merah ong dan royal blue...


Assalammualaikum...!!

Dah genap sebulan Ayie nikah tapi citernya tak habis lagi...ni aku buat shortcut sekali harung majlis bersanding kat umah pengantin pompuan dengan sebelah aku pengantin lelaki sekali.


Lokasi : Daerah Jempol, N.Sembilan.


Malam selepas isyak Ayie dan Zura bersanding kecil-kecilan ..kata orang berinai kecil ..betul ke ?
Malam tu selepas acara bersanding dan makan malam dalam pukul 10 malam kami semua bertolak balik ke Jelebu.
Ayie pun kono ikut gak tak boleh tinggal mak aku tak bagi tinggalkan anak jantannya dulu...sok pagi leh tinggalkan kat orang jempol.


Bersanding sebelah siang harinya pula pengantin memakai baju warna merah sedondon dengan warna kemah makan sekali.
Tengok muka ayie dah naik lotih bergambar...gasaklah kauuu bukan selalu punnn !!!



Wajah dua orang tua yang melahir dan membesarkan kami 7 beradik...seorang demi seorang anak2nya di sambar orang.... lastly tingallah berdua balik cam zaman mula2 kawin dulu...huhuhu...

Lokasi : Daerah Jelebu,N.Sembilan.



Bersanding kat umah mak aku...kaler pilihan dyorang royal blue..
Memula aku tengok kaler cam tak cantik jeeee ...
Tapi lama-lama di perhatikan terserlah ke angunannya di mata aku.
Terus aku jatuh hati dengan kaler biru ni walaupun ada orang kata ini kaler biru orang tua.
Punyalah payah aku nak cari serba serbi barang ikut kaler tema ni hari tu.
Tapi alhamdulillah lah semuanya dah selesai dan berjalan lancar seperti di rancangkan.

Actualy kerana masing -masing terlalu sibuk dengan urusan majlis  tak seorang pun antara adik beradik aku yang ambil gambar sewaktu majlis di rumah mak aku hari tu.
Gambar2 yang ada kat umah mak aku ni  harapkan belas ehsan sedara mara dan photographer serta kawan2 Ayie dan saudara mara sebelah Zura yang ambil kat umah mak aku ari tu.
Semua 5 jenis menu makanan yang abah aku masak sendiri untuk tetamu jemputannya  pagi2 sebelum majlis kenduri besar tu pun tak dapat di snap.


Dah selesai kenduri baru aku perasan aku tak ambik satu pun gambar hidangan meja beradap pengantin yang aku masakkan bersama adik perempuan aku dik noor.
Tak dapat tengok gambar 5 ekor ayam golek yang aku bakar subuh-subuh gelap hari  tu.
3 ekor Ikan siakap dan 2 ekor ikan bawal aku buat masak 3 rasa.
Sayur campur yang mak cik aku tolong gorengkan dengan sos tiram.
Tapi nasib baik le akak sepupu aku yg kat melaka tu ada ambil gambar ayie tengah makan.
Dapat le aku tengok gambar udang panjat aku tu dengan telur puyuh......janji adoooo !!


Dan yang paling aku happy sangat2 pasal 600 kotak doorgift yg aku sponsor habis tak satu pun yang tertinggal atau berbaki malah tak cukup lak buat tetamu yang datang lewat sebelah petangnya..
Lauk pauk yg abah aku masak pun selosai...licin piuk belango kat penangah..
Yang paling penting tak ada pembaziran yg terjadi pada hari tersebut. :))

Okeyy selesai sudah kisah bina masjid baru ni.
Insya ALLAH tahun depan sorang lagi adik perempuan aku akan mengikut jejak langkah bang tehnya ni.
Selesai je adik2 aku giliran anak2 akulah pulak.
Pendek kato den ni sibuk dongan majlis nikah kawin oraaaang jelah haa..



SALAM UKHWAH

Wednesday, November 30, 2011

MAJLIS SILANG PEDANG.....kalau dah namanya rezeki tetap gak aku dapat tengok.

Salam sejahteraa... !!!
Rabu
3 Muharram 1433H


Sorry beribu ribu lemonlah yea kalau korang rasa jemu tengok aku asyik tayangkan gambar2 majlis kawin je sekarang ni.
Sebenarnya aku nak publishkan semua gambar dalam phone aku ni pasal aku nak delete gambar-gambar ni semua secepat mungkin.
Lepas ni banyak lagi gambar yg perlu di ambil jaddi kena kosongkan folder untuk memudahkan proses muat turun gambar yg terbaru nanti.
Sekarang ni aku lebih selesa ambil gambar guna camera phone pasal ia sentiasa ada bersama aku.

Nak ambik gambar curi2 pun sonang orang bukan perasan pun.
Berbanding kalau kamera digital aku tu yg sering terlupa nak di kendong ke hulu hilir pastu tak leh ambik gambar sorok-sorok.
Nak ambik gambar sambal belacan kat meja kenduri org pun kena pikir ompekblas kali nak guna digital tu.
Silap-silap kang ada yg heran nengok den " Sambal belacan pun nak diambik ea gambar jakun ko apo ? "



Kalau hari sabtu hari tu aku belasah 2 buah umah kenduri , hari minggu  1 Muharram tu aku melantak lak kat 3 buah umah lagi.
Yang kat atas tu umah yang pertama aku pergi...kat kg sawah liat, Kuala Klawang.
Sebenarnya aku cuma jadi driver untuk mak dan abah pasal ini umah kawan abah aku bukan sedara mara kami.
Kat umah pertama ni temanya hijau...tu semua anak beranak, cucu dan menantu tuan umah.
Semua mereka pakai kemeja kaler hijau baik lelaki atau pompuan.
Abah aku cakap anak ea lapanboleh orang......kuuuuusss semangattttt !!
Aku rasa semua kakitangan angkat pinggan2 dan masak memasak tu anak beranak dia je tak payah panggil katering atau orang lain tolong lagi dah.
Lagi satu mereka semua pakai satu sut kemeja hijau memang senanglah nak buat kojo yg pompuan tak payah pakai baju kurung yang  megheban tu pun.



Zaman sekarang ni kalau tema majlis tu  ijo , tuan umah anak beranak  pun pakai baju kaler ijo, pengantin pun baju ijo , khemah pun ijo , air pun ijo cuma time mereka marah dan penat jo  badan tak  tukar kaler ijo macam incredebelhack tu .


Kalau dah aku jadi drebar mak abah aku ofkos lah aku kena makan sekalikan......dalam banyak2 umah yang aku pergi dalam dua ari tu cuma umah ni aje yang ada ikan talapia goreng cili api.... memang susah nak jumpa lauk-lauk macam ni ... balik-balik ayam ....balik-balik daging .



Disebabkan kami 3 beranak orang pertama yang sampai jadi kamilah orang pertama yg bukak tray lauk pauk tu..... tak lama lepas tu barulah dyorang semua ni sampai...memang selesalah nak makan dan duduk pasal orang tak ramai tak payah menatang pinggan 5 minit nak tunggu orang lain bangun dulu.



Ini majlis yang kedua kami pergi....cuma depan umah mak aku je... majlis ni di buat di padang dan dewan SEK KEB AMAR PENGHULU..... sekolah rendah aku dulu... kat sini aku terlupa bawak phone tertinggal lak dalam keta....yang ni tema majlisnya hitam putih..... kat sini kami pergi beramai-ramai.




Yang ini pulak rumah yang ketiga kami semua pergi kat Taman Bukti Seremban.
Ini pun bukan umah sedara tapi umah kawan adik aku ....NOOR.
Mereka ajak kami satu keluarga tapi yang buat aku teruja sangat nak ikut sekali ke sini tu pasal ada majlis silang pedang pasal pengantin lelaki ni berpangkat kapten dalam tentera.



Sebenarnya NOOR pun tak tahu ada majlis silang pedang ni dia tak perasan ada tertulis dalam kad jemputan tu.
Mata aku ni biasalahkannnn cuma rabun jeee walaupun tulisan tu kocik tapi aku leh perasan gak perkataan ... MAJLIS BERSANDING / SILANG PEDANG.



Aku tak pernah hadiri majlis yg ada silang pedang macam ni jadi aku teringin sangat nak tengok dan ambil gambar buat kenangan.
Bagi orang lain mungkin tak heran kottttt.
Dulu ada sorang budak kampung aku pun  majlisnya lalu bawah pedang gak tapi aku tak datang masa tu pasal ada hal yang lain kali ni peluang yg takkan aku lepaskan.
Bagi aku acara simbolik macam ni sangat2 menarik bukan semua majlis perkahwinan kita dapat tengok .....kalau pun pengantin tu anggota tentera tapi tak berpangkat kapten sekurang2nya pun ko takkan rasa tengok dowh.




Waktu ni pengantin sedang lalu di bawah pedang tapi tetiba je pulak amoi kat depan tu block aku punya kamera... hampasgas botollahhhhh .
Terusssss tak nampak pengantin tu yang nampak rambut si amoi tu je haaa.






Lepas lalu bawah pedang mereka berjalan ke pelamin.
Yang kelakarnya bukan main laju pulak pengantin ni berjalan.
Berdesupppp je terus ke pelamin..... mungkin pengantin lelaki tu gabra kottttt !!





Kat atas pelamin pun di apit oleh pengawal-pengawal yang memegang pedang masing-masing.
Korang ado ko   macam tu time nikah duluu ??


Comel-comel inang2 kecil kat depan tu.

Kalau ada adik-adik manis kat luar tu  teringin nak lalu kat bawah pedang masa jadi raja sehari sok  cuba-cubalah tekel abang tentera yang berpangkat kapten.
Merasalah lalu bawah pedang yang berkilat-kilat tu.
Kalau tak ko lalu jelah bawah tiang lampu tu.
Yang pentingnya pasangan pilihan kita tu adalah lelaki yang bertangungjawab kepada keluarganya nanti walaupun hanya seorang lelaki yg biasa-biasa sahaja .

Apa yang penting...... KERJASAMA ( sebut macam citer katun wonderpet tu yea )



SALAM UKHWAH

Monday, November 28, 2011

Makan kenduri di rumah ibu kanak2 yg terbunuh dlm tragedi lori petronas terbalik dan terbakar Disember 2009.

Salam Sejahteraaa..!!
Isnin
1 Muharram 1433H



Selamat tahun baru hijrah buat semua pengunjung blog RKTS ni.
Pejam celik dah masuk tahun baru islam dah sebulan lagi masuk lak tahun baru omputih kata mak aku.

Okeyyy sempena cuti sekolah ni memang banyaklah jemputan kawin yang kita dapat.
Klau tak sampai 2 ke 3 jemputan satu hari memang tak sah kekadang tu ada gak sampai 5jemputan.
Kebiasaannya yg dekat dan saudara mara di dahulukan yang dah jauh-jauh tu kalau dah masuk jemputan ke 4 memang terpaksalah di tinggalkan .
Nak nak lagi rumah tu jauh bebeno kalau pergi pun memang tak larat nak menelan nasi lagi dah.
Sama jugak dengan aku sabtu dan ahad semalam je purata jemputan yg aku sempat hadiri ialah 5 rumah.



Sabtu hari tu 26/11/2011....PRINCE ada latihan teakwando kebetulan ada 3 jemputan kahwin ari tu.
Prince kena buat latihan hari sabtu pasal cuti sekolah ni sifu dia tak buat kelas hari ahad macam biasa.
Jadi kelas hari sabtu bermula 10 pagi sampai 12 tengahhari.





Lepas je hantar prince pukul 10 pagi tu aku terus pergi beli barang2 untuk buat gubahan adik lelaki aku ayie.
Ayie akan bertunang minggu ni jadi semua kelengkapan gubahan untuk di beri ke pihak perempuan adalah tanggungjawab aku untuk menyediakan dan mengubahnya.
Aku beli pelbagai jenis coklat dan gula-gula serta acuan puding.
Dalam  pada aku sibuk-sibuk cari bahan tu tengok jam dah pukul 11.30 pagi dah.... cepat je masa berjalan.
Cepat- cepat aku drive pergi ambik Prince dalam pada tu dah pukul 12 dah.

Plan awalnya lepas ambik prince aku nak terus pergi kenduri kawin dekat taman aku ni pastu teruslah balik kampung ke rumah mertua pie sebab akak ipar pie kawin hari tu.

Tapi hubby call bagitau dia tak sempat balik pasal banyak kerja dan mintak aku masakkan untuknya sebelum balik kg.
Terpaksalah aku balik kerumah dulu masak untuk dia pulak pastu baru aku bertolak balik kg.
Kenduri kat taman aku ni terpaksa aku tinggalkan pasal waktu aku balik ke kg tu dah pukul satu petang dah.




Ni anak menantu tuan rumah kenduri yg pertama aku pergi sepatutnya ini rumah ke dua tapi rumah pertama kat taman aku tak dapat pergi pasal dah tak sempat dah.... kena kejar masa pasal umah yg ni lebih afdal untuk pergi. Dalam gambar tu adik lelaki aku pie anaknya iman dan isterinya ikin.... kakak ikin yang kawin.



Aku terpaksa drive dari senawang ke felda sg rotan selaju-laju yang boleh pasal abah aku yg dah menunggu kat situ dah bising dah.
Mak abah dan adik beradik aku yg lain-lain dah ada kat umah mertua pie.....dah siap makan pun dah.
Dia tak tahu yang aku ni kena buat banyak kerja sebelum boleh balik.....nak kena masak untuk laki aku lak dulu.
Dah lah perut aku lapar lagi pulak kena kejar masa ...noor lak berkali-kali mesej tanya aku kat mana pasal abah dah bising tengok aku tak sampai-sampai lagi.
Dahlah  jalan sana-sini kena blok kat kemah kawin...stress betul aku... ni yg lecehnya kalau kenduri kawin dalam taman.
Aku sampai dah dekat pukul dua petang ..... orang pun dah tak ramai dah.



Dek kerana terlalu lapar licin pinggan makan tu aku kerjakan..... tulang ayam pun tak nampak haa... osah kebulur betul aku... lapar dan penat memandu jauh-jauh ni !!
Aku terlupa nak ambik gambar lauk kat umah ikin ni....dah lapar tak tahan dah.



Korang ingat lagi tak kejadian disember tahun 2009 yang lalu yang mengemparkan Malaysia.
Kisah lori minyak petronas terbalik yang merempuh rumah dan mengorbankan nyawa dua beradik .
Kejadian ni berlaku di kampung aku... orang kampung aku yang jadi mangsanya tapi itu kejadian 2 tahun yang lepas .




Hari ini tapak umah yang menyaksikan kematian dua beradik yang tragis tu dah jadi tanah lapang.
Dulu kat sini adalah rumah mereka sekarang dah jadi tempat letak kereta untuk setiap majlis kenduri yang di adakan oleh ibu mereka.





Lepas ke rumah mertua adik aku , aku bawak mak aku ke kenduri kawin rumah yang ni pulak.
Nilah muka tuan rumah yang terpaksa terima takdir 2 anak kesayangnnya telah tiada lagi dalam kebakaran tu.


Ini merupakan majlis perkahwinan anak sulungnya....abang  kepada dua beradik yg malang tu.
Dia ada 4 anak kalau aku tak silaplah.
Dua anak lelakinya dah dewasa sedangkan dua yang terkorban tu masih bersekolah lagi.
Anak lelaki bongsunya yang terkorban dalam kejadian tu lebih kurang sebaya dengan anak bujang aku .
Seorang lagi yg terkorban ialah anak perempuan tunggalnya.



Inilah rumah baru yang digantikan oleh kerajaan dan syarikat petronas kepada ibu 2 beradik yg malang tu.
Rumah ni didirikan berhampiran dengan tapak umah lama yg terbakar tu tapi jauh dari jalanraya dan selekoh tajam yang menyebabkan lori tangki petronas terjunam jatuh menghempap rumah mereka dulu.

Walaupun aku sampai sini dah dekat 3 petang tapi tetamunya masih lagi ramai.
Dia ni merupakan ketua wanita umno cawangan Ulu Klawang.

Waktu ni aku ingat nak ambik gambar lauk.
Macam biasalah lauk2nya semua yang kita jumpa kat majlis2 kawin cuma aku rasa ayam masak black peper tu yang mengoda tekak aku untuk mengambil lebih sedikit.
Rasanya pun leh tahanlah sodapnya..... menu ni semua hasil gotong royong jiran sekampung.



Prince dan Princess aku cuma ratah lauk dengan makan kuih je pasal dah kenyang makan kat umah maklang dia tadi.
Lepas pergi dua rumah ni aku terus balik ke umah mak aku.
Esok paginya  hari ahad ada lagi 4 jemputan tapi 3 je yang larat aku pergi yang satu lagi terpaksa di tolak.
Nanti aku story mory pasal majlis kawin silang pedang lak.
Yang tu dah tentu angota tentera yg kawinkan... tunggu aje esok.
sekarang aku nak sambung wat kerja aku balik.


SALAM UKHWAH

Sunday, June 5, 2011

Satu hari 3 umah aku balun !!


Bunyik tajuk tu macam ganasssssss jee....
Padahal bukan apa pun cuma balun makan kenduri kat 3 bijik umah joooo !!!
Jemputannya  banyak nak nak dekat dekat pulak.... dalam masa 1 1/2 jam pergi makan untuk 3 buah umah kenduri..... aduiiiii azab den upload gambar-gambar ni !
haaa moh layan gambar den poie kenduri hari sabtu hari tu !!



Rumah pertama temanya warna biru... rumah kat kampung hubby dan kawan abah aku jugak...seorang bekas pegawai kerajaan.



Di sebabkan ada 2 buah rumah lagi selepas ni jadi aku ambik nasi dan lauk sikit jelah.
Kena simpan ruang untuk umah yg lain gakkan.
Ini kali pertama aku makan kat umah kenduri menu sayurnya di campur dengan petai patutlah licin tray sayur tu !!


Prince dan abah aku dah sudah makan dah ni.
Time ni PRINCE aku tak tahu lagi ada 2 buah umah lagi kena pergi pasal tu dia makan banyak kang ada yang tak larat nak jalan kang ni !!!
Lepas makan terus balik tak tunggu pengantin lagi dah.


Ini rumah kedua temanya warna purple.... siap ada kapet merah lagi koooo !!!
Ni dia rombongan cik kiah aku yg baru sampai.


Kat rumah ni aku terlupa lak nak snap gambar menunya...tapi banyaklah pilihan puas hatilah makan...air ea pun sodap tapi bukan kaler purple kaler ijooo !!



Haa... kat sini baru aku dapat ambil gambar pelamin.
Kat umah pertama tadi aku terlupa padahal pelaminnya terpacak kat luar tu jee !!
Aku suka pelamin umah kedua ni .... bergaya mewah !
Meja beradabnya juga cantik dah siap sedia menanti mempelainya... tapi kami tak sempat tengok.


Cik kiah berdua ni nak gak intertent muka kat atas kapet merah tu.
Tak pe tak pe nanti time ko nikah aku bentangkan kapet merah dari jalan bosar tu sampai dopan pelamin ko terussssss ke penangah yaaa !!!



Princee aku dah tak larat dah..... dah terlampau kenyang dan letih cuaca lak panas terik sangat.




Okeyyyy dah sampai umah ketiga lah abang abang akak akak ya !!
Ini rumah temanya warna merah.... umah sedara abah aku dekat dah dengan umah mak aku dah ni.
Haa kat sini baru dapat tengok pengantin apalagi zasss leee sekeping dua wat kenangan !
Muda lagi pengantin lelaki tu... baru je 24 tahun.
Jodoh dah sampaikan benda yg baik tak elok di tangguh2kan eloklah di segerakan sonang hati omak apak eaa nanti !.


Lauk pauknya masih banyak lagi walaupun dah pukul satu tengahhari dah waktu tu.
Ini je yang sompat den snap pasal dah tak larat nak duk lama-lama dah kat sini pasal den dah nampak umah mak den dah.... dah nampak bantal dgn tilam pasal dah konyang bonar ... hari pulak paneh bedonting .... nak mandiiiiiiiiiii !!



Sebelum balik sempat gak snap muka anak saudara tuan rumah ni dulu.
Orang kuat tuan umah ni tolong bagi "door gift" kat tetamu macam aku..ahakss !!
Tu muka adik aku tu tetap gak nak terselit sikit suka nau intertent muka dia time orang bergambar.


Oh yaaa...semua gambar2 ni di ambil mengunakan hp Nokia C3 jee bukannya digital Olympus seperti gambar2 sebelum ni tapi aku amat puashati.... ini kali pertama aku showkan gambar2 kat blog ni gunakan kamera hp je.


CN : Minggu depan pun ada gak lagi makan-makan ....penuh perut aku ni dengan berbagai kalestrol dan kalori bagai !!



SALAM UKHWAH

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails