Tarikh : 2 Syawal 1432H ( Rabu 2 Sept )
Lokasi : Dimana-mana sahaja.......
Hehehe.... masih nak bercerita pasal hari raya jugak.
Jangan ingat cerita raya aku dah habis dah masih ada lagi dan lagi dan lagi....!!!
Sorry morry selorilah pada sesiapa yg bosan nak baca citer raya aku tapi aku tak kisah dan tak kira nak citer jugak.
Citer raya terhenti bila agak busy ( busylah sagattttttttt..) kat ofis ni bila dah seminggu bercuti.
Pastu malam-malam ada tetamu datang nak beraya sampaikan aku sendiri pun tak berpeluang nak berjalan raya lagi kat rumah kengkawan setakat ni haa !!
Kuih raya semakin susut...ni yg buek den makin comeh ni..huhu!!
Mulakan citer di pagi raya ke dua kami 6 beradik berkonvoi.
Pie ( adik lelaki aku yg ke 3 ) sekeluarga tak dapat join tahun ni pasal kena balik kg mak mertua seawal pagi 2 hari raya.
Sooooo group kami dah kurang satu keluarga dari tahun-tahun yg lepas.
Posing dulu sebelum serbu umah orang.
Rumah sendiri kena tutup rapat-rapat ...kita g terjah umah pertama iaitu umah pak lang abang kepada emak aku dulu .
kat rumah nya pepagi dah kena jamu dengan mee kari.
Okeylah tu kan pasal ramai ahli konvoi ni yg bangun lewat dan tak sempat sarapan berat jadinya mee kari pak lang tu leh buat alas perut sampai ke Seremban nanti.
Pukul sebelas pagi bertolak dari umah pak lang terus ke seremban 2 .
Ayie ( adik lelaki ke 4) pulak buat hal leh pulak lepas tol senawang dia masuk lorong kiri terusssssss ke melaka.... padahal kena masuk lorong kanan terus ke highway Seremban - KL.
Pandang belakang tengok keta dia dah ke lain yang kami ni lak ke lain... satu keja pulak kena menunggu dia berpatah balik ke Seremban melalui tol Pedas-Rembau tu.... kami lepak2 depan JJ ada gak yg sempat bershopping bagai... dekat satu jam tu baiiii !!!! :(
Tmn Avenue, Seremban 2.
Bila dia dah sampai terus ke destinasi ke 2......umah pak long Alid.
Kat situ ada nasi impit ..pompuan tak makan nasi impit minum air dan makan kuih jeee...yg lelaki -lelaki ni cedok gak nasi impit tu walaupun sekejap tadi baru je hirup mee kari sepinggan sorang !!
Anak bujang mak long aku ni pandai masak...macam2 dia leh buat.
Lepas tu bertolak ke Taman Dusun Nyiur somban ke rumah Pak long Raos..... yg ni abang kandung abah aku.
Pergi umah orang tua ni memang bessssttt...pasal anak lelaki bujangnya pandai masak...ala-ala Cik Mat Gebu gaklah ni kan :)
Tak bagitau nak datang pun pasal kali ni kami main terjah je tapi kalau dah namanya rezeki tu tetap gak tak kemana.........di hidang nya dengan nasi dan lauk-pauk sebagai pelengkap hidangan.....antaranya kari daging,acar nenas, papadom, dan... aku dah tak ingat dah pasal banyak lauk tapi yg paling aku suka desertnya PUDING MARBLE memang marvelossss.... akukan suka puding......hehe!!! ( gambar hidangan lupa ambik pasai dah kebulur )
Sedang okey sangatlah kan datang pun time tengahhari memang waktu makan pun.
jam teruk kat jalan raya time ni !
Dah konyang gerak ke kolo pilah lak...kali ni kami kerumah Pak ngah Rais abang kat mak aku.
Tapi tak dapat ikut jalan bukit putus tu pasal dapat laporan Jam teruk dari somban ke pilah.Sasau oii nak duk dalam keta jam lama2 ni ... alternatifnya kami ikut jalan Bukit miku, Rembau terus ke pilah... tapi jauh sikitlah yg penting tak tersangkut dalam jam tu !!
Pak ngah aje ada mak ngah x de masuk spital sakit perut makan juadah raya gamaknya.
Kat umah pak ngah ni ada pulak mee goreng aku dan yg lain2 tak makan tapikan yang drebar-drebar ni pulun gak sampai licin pinggan.
Sampaikan sepupu aku shidee terpaksa masuk dapur cedok lagi semangkuk bawak kuar.
Heran lak aku tak konyang-konyang ko diyorang ni.... aku takut kang ngantuk je waktu drive bila perut terlampau konyang ni banyak lagi umah nak pogi ni bang oiii !!
Kali ni tak dapat jumpa mak ngah pasal masuk wad sebab sakit perut yang ada pak ngah dan shide anak beranak jee.
Pastu kami bertolak balik ke Kuala Klawang .
Kali ni singgah lak ke rumah mak Ayen ( suami cik yah) kat Kuala Pah, Peradong.
Mak aku nak beraya semua rumah besannya tahun ni ..okey kita kerumah besan yg ni dulu pasal lalu kat kg dia dulukan.
Walaweiiiiiii.... kedatangan kami di hidangkan dengan kuih raya DANNNNN...... nasi putih berserta rendang daging dan kari kambing !!!!
Yang ni tak semua oranglah makan cuma insan-insan yg terpilih je yang balun segala yang ada macam aku nikan kambing pun aku bantaiii .
Pokat botol kari kambingnya yang penting tak ado bau kambing langsung.
Haa.. yg ni aku tak boleh tolak bertambah -tambah lagi adalah.
Sodap weiiii..... terasa makin buncitnya perut aku time ni .... sib baik le ada rasa segan sikit pasal aku makan kat sebelah mak ayen tu kalau tak mau je aku suruh cik yah tu pergi cari lagi daging kambing dalam piyuk kat dapur tu bawak ke dopan.
Dah kekonyangan macam ular sawa ......bergerak balik tapi tak balik terus lak menuju ke umah pak cik Hasyim sepupu gak kat abah.
Sempat maghrib kat umah pak cik ni dulu.
Plan asal nak singgah sekali ke Sg Rotan umah mentua pie tapi kerana mereka-mereka itu tak balik lagi dari berjalan raya terpaksalah potong satu umah dari senarai terjah menerjah ni.
Jadinya kami terus balik ke kg Ulu Klawang tapiiii....opppssss ada satu umah glah!!
Ke rumah mak mertua aku lak di Kg Renal,Ulu Klawang tu.....tak singgah kang ado lak yg kocik ati.
Pukul 8 malam sampai umahnya di jamu lak dengan laksa dan nasi minyak.
Huhhh...aku dah takdo tompat kosong nak isi dah aku layan diyorang makan je.
Kang kalau aku isi gak mau termuntah ijo terberak-berak kang.
Lagi pun aku tak suka laksa itu salah satu yang buat aku tak berselera sangat.
Tapi adik-adik aku dan ipar duai yg lain pulun habis-habisan laksa tu termasuklah nasi minyak yg akak ipar aku masak tu.... nak pengsan aku tengok dyorang ni makan tak penuh-penuh ke lagi tank kocik tu ???
Pukul 9 malam baru nampak balik pintu umah mak aku.
Time ni masing-masing dah serabai dah... niat nak mandi sembahyang pastu tido macam ular sawa.
Tak payah nak makan malam bagai dah pasal dah melantak berpinggan-pinggan siang tadi.
Nasib baik tak ado yg datang beraya malam tu leh lah meneruskan aktiviti merehatkan otak , badan dan perut lebih awal dari biasa.
CN : Semua tido pengsannnnn malam tu !!
SALAM UKHWAH
2 comments:
Wahhhhhh meriahnya beraya eikkkk..sampai overload tank gitu:)
IXORA...APO NAK BUEK BULAN REZEKI KAN..HEHE!!
Post a Comment