Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, December 20, 2011

I-city Shah Alam ~ dek kerana karenah si kanak-kanak ribena.....

Salam Sejahteraa...!!
Selasa
24 Muharram 1433H



Entry ni sepatutnya di masukkan semalam tapi oleh kerana aku ni dah semakin tua maka otak pun semakin nyanyuk aku boleh tertinggal lak pendrive pink sweet aku tu kat umah.
Dah bukak laci kuarkan beg seluk punya seluk pendrive lak tak do.
Pikir punya pikir rupanya kat umah pasal lepas aku edit gambar2  ni aku terlupa nak masukkan dalam beg kerja aku tu.


Anak-anak aku sibuk jeeeee nak ke I-city ni.
2 minggu lepas aku dan hubby bawaklah dyorang ke sana bawak sekali mak aku dan adik aku cik yah serta noor dan anak Ann si kecik Dania yg baru 5 tahun tu.
Laki cik yah tak nak pergi pasal katanya tengok lampu jeeee tapi walaupun tengok lampu jeee berpusu-pusu gak orang datang kesini.... sampaikan kitorang tersangkut dalam kesesakkan lalulintas yg teruk.
Semata-mata nak dapat parking je tuuu !!
Tiket parking kalau malam seploh hinggit kalau ko pergi siang baru sehinggit.



Datang ke I-city selain dari dapat tengok lampu dan bergambar kita boleh gak  feeling-feeling kat obersea gitu.
Tujuan utamanya datang sini adalah untuk melepaskan hajat anak-anak aku yg teringgin sangat nak merasa main salji.... nak feeling2 pakai baju tebal bulu bulu gitu.... nak rasa sejuk-sejuk sampai gigil-gigil tulang ketinglah kununnyaaa !!!

Nak masuk ke "snowwalk" ni bagi yang tak pernah pergi korang kena tunjukkan mykad kalau 10 orang pergi 10 keping mykadlah kena tunjukkan baru leh dapat tiket 25 hinggit sorang untuk dewasa kalau tak kenalah bayau 35 hinggit sorang.
Kanak2 cuma 20 hinggit  jeww seorang tapi kalau pergi sebelah siang murahlah sikit tapi tak dapeklah tengok lampu dengan pokok warna warni tuuu.
Kami cuma masuk berenam saja ... mak aku dan hubby cuma tunggu kat luar je tengok pokok dgn lampu.

Masa nak beli tiket tu kena beratur panjang dengan orang yg berpusu-pusu...mcam-macam jenis kaum pun ada.
Waktu nak masuk ke dalam "snowwalk" tu satu lagi babak beratur dan berpusu-pusu.
Berebut2kan baju tebal satu hal berebut-rebut nak masuk kedalam rumah salji tu lagi satu hal.
Sampaikan aku rasa macam berada dalam kumpulan sekawan kambing2 yang nak terlepas dari kandang jeee tapi dek kerana nak mengikut kehendak si kanak-kanak ribena tu  ku gagahi jua kaki ini melangkah kedalam umah sejuk tu walaupun berasak-asak dgn orang ramai dan macam2 bau pun ada....: (


Ini waktu mula-mula masuk kedalam snowwalk.
Gambar yg sebelah kiri tu kitorang duduk atas replika iglu... ala umah org eskimo tulahhh.
Tapikan aku duduk kat ujung2 buntut aku je pasal aku risau benda alah tu roboh je kalau aku duduk beria-ia kat situ.
Kang satu keroje lak aku nak membuat balik iglu tu maklumlah dari ais kan.

Korang perasan tak kitorang  pakai selipar dan sandal jeeee.
Kunun-kunun kebal sangatlah kaki tu kan...... boleh tahan ais kat dalam tu.
Aku tengok ramai gak yg macam kitorang pakai sandal jeee tapi muka selamba je masuk dalam tu kitorang pun wat muka selamba lah jugak.
Kedekut nak pergi sewa kasut getah kannnn.
"Alahhhhh bukan salji betul2 pun.... salji tiruan tak sejuk sangat pun ....apa ada halllll !! "



Sekali koooo bila makin masuk kedalam ais semakin tebal masa tulah baru terasa kebasnya kaki.

Kat pintu masuk tu aisnya nipis jeee tapi bila masuk jauh kedalam ais makin lama makin tobal.
Apalagi aku dah tak boleh tahan dah tak sampai 15 minit aku duk dalam tu terus je aku ajak Noor cari jalan keluar.
Gila babas punya sojuk eaa.

Aku dah rasa nak pengsan dek sejuknya dah.
Tapi anak- anak aku leh lagi berlari-lari kat dalam tu.
Cari punya cari tak jumpa lak jalan keluar tapi usaha jugaklah walaupun muka dah pucat lesu dek sojuk.
Usaha itu tangga kejayaan...... selepas berkali-kali aku round dalam tu cari pintu keluar akhirnya terjumpa lah jugak.... syukurrrrrr !!

Nuuuuun di sebelah pintu masuk tadi jeeeee... hampasgas botullah sib baik aku tak pengsan dopan pintu tu.



Mereka yang berempat ni 3 4 kali kuar masuk keluar ke dalam.
Dari pakai sandal terus tukar pakai kasut getah yang boleh di sewa kat situ.
Dia bagi ko kasut dengan stokin baru sekali tapi sebelum balik kena pulangkan balik kasut getah kalau tak deposit ko yg ada kat dyorang tu terbang melayang-layang tak dapat lah balik ke tangan korang  pasal korang dah cilok kasut-kasut getah mereka.
Cuma stokin aje korang boleh bawak balik buat reta sendiri.
Ari tu aku sewa 4 pasang kasut letak deposit seratus hinggit bila balik pulangkan kasut dapatlah balik duit 60 hinggit aku tu.


Cik yah dan si kecik Dania berehat sebentar  kat luar sambil memanaskan badan pastu bila badan dah panas masuk balik bilik ais tuuu... ini namanya sengaja mencari penyakit.



Aku dan Noor masuk sekali  keluar pun sekali je pastu terus tak masuk-masuk lagi dah pasal kami dah tak tahan sejuk kat dalam tu.
Jadi sementara menunggu kanak-kanak ribena tu puas bermain-main ala-ala obersea lah kunun-kununnya aku pun duk jelah kat luar tu melihat karenah orang ramai yang kuar masuk kat situ.
Paling aku dan Noor suka bila tengok orang yg berkaca mata kuar dari bilik ais tu.
Elok elok nampak kat dalam bila kuar je dari pintu bilik ais tu terus tak nampak jalan...meraba-raba koooo !!

Pasal apa ????



Pasal cermin mata tu terus jadi berpeluh dan kelabu bila dyorang keluar tapi aku tak gelakkan dyorang cuma senyum dan ambik gambar jeeeww.
Noor yang gelak-gelak sampai terkekek kekek kat sebelah aku.
Ja'at budak foomfuan itewwwww..
Biasaaaaanya diaaaa..:P

Okeyyy next time nak pergi lagi pasal hari tu tak sempat naik kuda terbang.

SALAM UKHWAH

11 comments:

Rinna said...

Baru jer..pergi Icity hari Ahad lepas.. tapi tak sempat nak buat N3 lagi.. kena lepaskan citer yg awal dulu..hehehe.. tapi lebih kurang sama laa masuk snow walk tak lama.. sebab ingatkan tahan kebal..heheh..

SITI NOARIZAH ARIS said...

RINNA... hehe samalah kita ya sblm masuk yo yo jee dh sampai dalam baru tauuuu ais tu sejuk ke tidak w/pun tiruan..:D.

Dilla Ady said...

hmmm..jeles tgk gambar ni..tak penah merasa lagi ke Icity...huwaaaa...teringin!

Layyinul Harir said...

teringin sgt nak pergi i-city..huhu

Yaya Azura said...

Mahal jugak parking ye..belum sapai sana lagi..teringin sangattt...

nabilah_2908 said...

kira berbaloi la eh bayar tuk masuk dalam rumah snow tu...? :)

SITI NOARIZAH ARIS said...

DILLA... pergilah dilla tapi kalau g siang tak nmpaklah pkk yg warna warni tu .

SITI NOARIZAH ARIS said...

LAYYINUL.... pergilah nanti mesti seronok mak budak ni pun dh jadi bdk2 gak..hehe!!

SITI NOARIZAH ARIS said...

YAYA... parking malam memang mahal tapi siang murah je mungkin malam banyak guna letrik kottt.

SITI NOARIZAH ARIS said...

NABILAH ... memang berbaloi sgt leh kuar masuk sesuka hati jee..hehe..

Bieaz said...

nie yg serunuk siap masuk kat ais maunya kebas 1 badan hahaha
masuk dah feeling oversea dah kih3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails