Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Sunday, January 26, 2014

Breakfast pagi minggu untuk duo orang.

Assalamualikum ...


Selamat hari minggu semua , nak ke mana ari ni?

Pagi ni tinggal aku dua beranak je dengan princes si Ira tu.
Demamnya dah okey dah, syukurlah test darah ari tu bukannya demam denggi.
Mr hubby dengan anak bujangnya pepagi lagi dah pergi memancing.
Subuh2 gelap lagi dah bertolak ke kolam pancing Kat kolo pilah tu.
Dah macam nelayan  pulak  dah turun kelaut pepagi sedangkan ke kolam je pun.

Macam tulah perangai laki aku buat apa2 pun semua nak pepagi.
Dia ada ajak pergi sama malas lah aku pasal aku nak ke tesco beli barang2 dapur Yg dah kehabisan stock ni.
Segala mak nenek barang dapur basah atau kering semuanya terletak atas batu jemala patik ni untuk menguruskannya.
Jangan Harap le laki aku nak jejak kaki ke pasaraya nak beli semua ni.
Kalau ke kedai runcit beli satu dua barang tu mau le dia.
Turun salji Kat Malaysia ni nanti kalau tetiba mr hubby aku tu tolak barang satu troli Kat pasaraya tu nanti.

Di sebabkan tinggal berdua aku buat breakfast Yg ringkas ni je setakat alas perut nak bershoping jap lagi.

Pastu aku panas kan balik pisang goreng Kat bawah ni.
Ini kuih minum petang semalam terlampau banyak tak terhabis Dari pada di buang Lebih baik di panas kan semua leh wat kudapan sarapan pagi.
Jangan membazir , membazir tu kan amalan syaitooooon.



1 comment:

Kakzakie Purvit said...

Yg penting perut dah berisi dgn makanan sebelum pergi shopping ye Ariezah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails