Raya haji tahun ni aku beraya di rumah MIL Kat kg renal, jelebu.
Alahaiiii dokek Jo dgn umah Omak sey naik keto tak sampai spoloh minit dah sampai dah.
Tak de masa nak gaduh2 Manja atau masam2 muka bila tiba giliran balik raya ni.
Apa tak Nya pagi umah MIL tengahari kang aku dah terpacak Kat umah mak aku dah.
MIL ada buat mee soto, nasi impit dan rendang ayam tapi aku terlupa ambik gambar.
Gambar2 yang ada ni semua juadah Kat umah mak aku.
Tahun ni semua berkumpul raya umah mak termasuklah Ann Yg Kensel balik kelantan.
Cuma aku je tak ada malam raya dan pagi raya tu umah mak.
Tapi sebelah petang raya tu dah ada join dyorang semua Kat umah mak.
Mak aku buat lemang Ini adalah WAJIB setiap kali raya.
Shilla dan nor siapkan rendang ayam berempah tu, sedap betul makan lemang paneh cicah rendang ayam ni.
Nasi impit dan kuah kacang air tangan Nor dan Shilla gak.
Raya haji kali ni Yah terajin lak nak buat laksa.
Seperiuk bosar kuah laksa dia siapkan.
Okey ada citer kenapa menu laksa ni tetiba terpacul Kat umah mak aku raya ni.
Lain entry aku citer kan yo !
Koktel buah campur sumi jelly tu hasil air tangan Ann.
Sekelip mata je dah tinggal mangkuk gambar ni second round Dak Ann buat semula pasal ada Yg komplen tak sompek makan dah licin licau.
Petang tu lepas Dapat daging Korban an masakkan daging Masak kunyit ni.
Kesian Kat laki dia agaknya tak Dapat lik kelate tahun ni pasal cuti tak lama.
Kalau Kat kelantan femes menu ni kan makan dengan nasi pagi raya.
Seperiuk sup tulang my feberet.
Tapi aku makan sikit je petang tu masa sup baru masak .
Terlupa nak makan banyak malam tu dek sibuk menguli roti.
Jeng..jeng...jeng....roti sarang Lebah.
SOS butterscotch terlupo lak ambik gambar.
Malam tu ni kojo aku dengan adik ipar aku si zura tu menguli roti ni dua loyang.
Satu loyang dah selamat masuk perut time panas2 tu seloyang lagi untuk sarapan pagi esok tu pulak.
Di sebabkan tak de mesin roti kitorang uli jelah dengan tangan.
Naik mussel aku menguli roti setengah jam peh tu jadi bahan golak adik2 aku.
Nanti lah aku beli bread maker sebijik korang tengok le aku main campak2 je bahan2 roti tu dalam mesin tu peh tu terus jadi roti.
Tak payah susah2 nak uli ....sapa Yg golak kan aku tu aku tak bagi makan roti aku ...huhh !!
Daging lombu lagi yang ni yah masakkan black pepper.
Podeh berapi berdesing telinga masing2.
Tapai pulut hitam zura bawak Dari umah neneknya Dari beranang.
Nah kepalo lombu Korban.
Napie bawak balik Dari masjid nak ambik otak dan lidah lombu tu kato nyaaa.
Alahaiiiii apo lahhhh benda2 tu semuo yang korang nak makan kembang tekak aku.
Nasib lee tak di bawaknya sekali ekor dan tolo lombu tu balik ke rumah.
9 comments:
alahai..tongah2 mlm ni haa.. lapar balik perut den ni.. sodap2
MUZAI....hahaha...gi lah cari lemang ngan rondang mlm2 ni kok ado org jual..:))
Pernah nampak menu di hotel lidah lembu.. seraamm... heheh
AIN....Kannnn dengar pun dh serammm apa lagi nak di telan.
eh...ekor lembu..sedap buat sup.. :)
tapi bab otak & lidah tu...errr..tak boleh terima la rasanya..huhu..
sedap tgk sup tulang tu... lom merasa lagi sup tulang korban tahun ni.. xde rezeki nampaknya...hehe..
ZAFIRA....kamu makan ke ..akaaaak x mkn leee...huhu.
MADIHA...SY DPT PUN SBB ABAH AJK SEMBELIHAN KORBAN KLAU TAK SUSAH GAK NAK DAPAT TU.
Salam... Org neg 9 mmg x sah klu x buat lemang kan? Mertua LM buat sampai 70-80 batang. Mcm nk berniaga gayanya
Menjawab soalan td.. Kalau takat suku kilo LM pakai tgn je uli roti tu kdg2.. Klu buat byk sket br pki bm.
Err LM kurang suka udang galah sbb liat sket berbanding udang biasa. Mmg pesan kat hubby jgn beli besar2 tau udang tu. dia pun pelik. Ekeke
Baru ok dr mabuk. Baru nk belajar telan udg semula. Tgk besar2 tekak dah lain( jgn ikut mood org peknen ni)
Post a Comment