Sumber : Berita Harian
“Obesiti sebenarnya disebabkan pelbagai punca makanan, namun peraturan baru itu adalah permulaan baik dalam memastikan pelajar mendapat makanan sihat dan seimbang di sekolah sebelum ibu bapa memainkan peranan di rumah dengan memastikan amalan baik diteruskan,”
Kajian menunjukkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007. Peningkatan dikaitkan dengan amalan pemakanan tidak sihat dan aktiviti fizikal tidak aktif, iaitu 76 peratus kanak-kanak didapati menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer ~ Di petik dr Berita Harian.
Aku patut bagi mak aku tengok senarai makanan di atas terutama bab kopi tu.
Sebab aku memang melarang keras anak aku meminum kopi tapi sering mendapat bantahan dari mak aku.
Yaaa..... mak aku terlupa dia adalah pengidap tegar kencing manis sehinggakan terpaksa di suntik setiap hari dan makan ubat darah tinggi.
Mak aku tahu penyakit itu akan menjadi penyakit keturunan kepada anak cucunya tapi dia terlupa amalan mencegah itu lebih baik dari merawat.
Mak aku mungkin tak tahu amalan pemakanan kanak-kanak sekarang jauh berbeza dari cara anak-anaknya 20 tahun yang lalu.
Dulu-dulu di kantin sekolah aku mana ada jual burger,jeruk ataupun jajan2 .
Yang ada cuma makanan berat mee goreng, nasi lemak. roti dan air sirap serta kuih muih sahaja.
Kat luar pagar sekolah cuma apek tua jual aiskrim itu pun aiskrim malaysia yg 10 sen sebatang tu je yg laku..... maklumlah sekolah kampung mana ada budak yg berbelanja 5 hinggit sehari macam sekarang ni !!
Tapi hari ini anak aku bersekolah di bandar.... walaupun bukan macam kolumpo tapi senarai makanan di kantin sekolah leh buat mata aku terjenggil keluar.
Betapa mewahnya budak-budak sekarang makan di kantin sekolah.
Kat luar pagar sekolah dah berderet2 dah gerai2 makanan termasuklah jajan2 tergantung melambai2 panggil anak2 ko suruh belinya.
Tapikan mereka semua berniaga untuk mencari rezeki yg halal.
Kita sebagai ibubapa yg kena ajar dan melatih anak sendiri tentang corak pemakanan yg sihat bermula dari rumah sendiri !!!
Sejak dari kecil aku cukup pantang bagi anak minum air bikarbonat kerana ia kaya dengan gula dan tak baik untuk tulang.
Aiskrim , coklat dan gula2 adalah makanan berjadual sebab tu dulu gigi susu anak aku tak pernah rosak malah tersusun putih dan cantik.
Kopi sama sekali tak boleh di minum sebab ia mengandungi kafein yg tinggi dan lebih baik di beri minum susu.... bukankah susu minuman terbaik untuk tumbesaran tulang dan gigi kanak2 ?
Ikan segar dan sayur adalah menu wajib setiap hari yg aku masak sendiri di rumah.. WAJIB makan walaupun sedikit dan tak ada alasan kata tak suka.
KFC, Mc donald dan Pizza hut adalah makanan pilihan setiap bulan yg hanya boleh makan sebulan sekali sahaja bukan hari2 atau tiap2 minggu.
Setiap petang tak boleh duduk dalam rumah kena keluar berbasikal atau bermain dengan kawan2 dan aktiviti sukan di sekolah adalah acara wajib yg anak aku kena ikut .
Setakat hari ini BMI anak aku di tahap yg stabil mengikut ketinggian dan umur mereka......underweight tidak overweight pun bukan.
Ada jugak yg bertanya soalan cepuk emas kat aku " depan u anak u tak makanlah sebab takut kena marah tapi kat sekolah mesti dia makan jugakkan pasal u tak nampak & tak tahu "
Ya betul tu.... budak-budak akan makan jugak bila tengok kawan-kawan makan tapiiiii kekerapan itu boleh diatasi bila dia tahu kenapa itu boleh dan itu tak boleh.
Apalagi aku cuma beri duit belanja secukupnya mengikut harga makanan yang wajib di beli sahaja di kantin sekolah dan tak pernah beri wang yang lebih dari sepatutnya.
Sebab apa..... sebab aku tak mahu anak2 aku bershopping pulak sesuka hati di luar kawasan sekolah bila ada banyak wang yg berbaki.
Setiap hari juga aku akan tanya apa dia beli dgn wang belanjanya dan mereka kena tinggalkan sedikit wang untuk di simpan dalam tabung.... yg ni memang aku check tiap2 hari !!
Kenapa aku buat macam ni sejak dari mereka belum sekolah lagi?
Senang jeee sebab melentur buluh tu biarlah dari rebung nyaaa...!!
kalau diorang beli gak walaupun aku tak nampak?
Terjadi apa2 bukan salah aku lagi sebab aku dah ajar dan nasihatkan apa yg baik dan tak baik untuk badan mereka.... Alhamdulillah setakat ni anak2 aku tak ada masalah kesihatan serius atau pun obesiti macam sesetengah rakan-rakan sebaya mereka.
Aku serimg beritahu anak2 aku bahawa mereka mempunyai background kesihatan yg kurang baik di sebelah ibubapa aku dan juga Hubby.
Mak aku adalah pesakit darah tinggi dan kencing manis tegar sejak bertahun2 dan kini terpaksa mengunakan jarum suntikan untuk penyakit kencing manisnya selain dia juga obesiti.
Abah aku adalah pesakit darah tinggi dan gout.
Arwah bapa mertua aku dulu adalah pernah ada sejarah sakit jantung dan kanser ( sehingga menemui ajalnya ).
Mak mertua aku adalah bekas pesakit kanser payudara dan masih menjalani rawatan pakar.
Apa yang aku buat ini kerana aku tak mahu anak-anak aku mendapat pakej lengkap tu seawal dari yang sepatutnya walaupun kebarangkaliannya adalah tinggi.
Pasal itu aku mengamalkan kawalan pemakanan bermula dari rumah sejak mereka kecil lagi.
Seboleh-bolehnya aku tak mahu langsung permata hati aku mengikut jejak penyakit datuk2 dan nenek2 mereka.
Kerana OBESITI itu adalah permulaan untuk semua jenis penyakit !!!
CN : Aku usahakan yang terbaik selebih bertawakal......
SALAM UKHWAH
10 comments:
wah!mmg terbaik la jaga pemakann dari kecik.
syafa masa kecik,mmg umi n arwah ayah x bg.tapi,kat belakang kitaorng makan senyap2..yela,kdg tuh tgok kawan duk beli.tapi,beli tuh makan kat sekolah la.x berani bawak balik..
lagi satu,umi pulak pesara jururawat,sebab itu lah macam jaga sket..tp,biasalah kak,adik beradik syafa kan 9 orang,jenuh umi nak jaga sorang2..sebab ramai.kira macam selalu duk ngn pmbantu rumah la.
kalo bab makan KFC semua itu,mmg kurang la masa kecik.tpi,bila dah besar ni,semuanya jadik nak mencuba.study plak kat utara semenanjung,murah pulak makanan.bertambh2 lah berat badan.
itulah duk sini sebok nak jogging kesana kemari.bagi BMI stabil semula..hehe..mkn syur semuanya.
anyway,akak ni,mmg seorang ibu yang tegas n bedisplin untuk anak2 sebab semuanya akak jaga..bagus!..=)
doakan syafa jugak jadi ibu yang baik akan datang..hoho..=)
SYAFA... tima kasih syafa... mcm akk tulis akk usaha yg terbaik selebihnya tawakal sekurang2nya mereka dan akak sendiri tak akan salahkan diri akk pasal tak ambil berat semua ni sejak dr awal lagi.
betul tu..semuanya bermula dari rumah...
tak boleh nak salahkan pihak kantin...penjual2 di luar...
kesian nasi lemak...tak pasal2 dipersalahkan....huhu...
jom ke APA KATA HATI pulak ;
ISUZU D-MAX
NABILAH.... Yg berniaga tu nak cari rezeki halal bukan salah mereka kalau ank2 kita membeli dan mereka pun tak paksa atau suruh bdk2 membeli tapi budak2 kalau di beri belanja yg lebih dr sepatutnya mereka akan cari makanan yg tak berkhasiat tu jugak pasal itu yg sedap... kita yg dewasa pun suka mkn apalagilah mereka yg kecil lg tu.
Memang makanan yang kita sediakan sendiri ,adalah terbaik buat keluarga, tapi.. macam akak ni kalau dah bekerja..makanan kat luar pulak banyak..selalu sangat membelinya..hehe..cuma, tgk2 lah juga apa yang nak dibeli tu..
nanti ada ank nak ajar makan mkanan chat camni jugak lah :)...
ARIANA...Kita adalah sama wanita bekerja tapi sy tetap jgak memasak sendiri di rumah kerana hubby tak suka mkn di luar sbb tulah ank2 sy pun terbiasa makan apa yg sy sediakan sendiri.
Tak kisahlah mkn dimana pun yg penting menu sihat tu kena di utamakan.. betul x cikgu?
IZYANTY...Cubalah latih mereka sejak dr kecil pasti akan menjadi nnt yg penting kita kena tegas!!
btol tu..skg ni budak2 mewah btol..mkn mcm2 kt sekolah..yong dgr pon terliur dgr adik2 ckp kt sekolah mkn mcm kt kedai biasa
ALINAC... betul tu yong kt kantin ofis akk ni pun x jual semacam tu kalah dah kantin tempat org bekerja .
Post a Comment