Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Thursday, May 26, 2011

Sambal Telur Puyuh.


Menu entah hari apa aku masak aku sendiri pun dah tak ingat pasal hari-hari masak jadi macam -macam menulah yg keluar dari dapur kecik aku tu terhidang atas meja cuma lambat je masuk dalam blog ni pasal malas nak meletak watermark kat gambar tu di tambah lak lagi "berukben" aku kat umah kalau malam2 lambat benau nak upload gambar.... jadi aku pun dah tak ingat ini hari apa punya menu tapi kena gak update kat sini..... sok-sok anak dara aku nak masak menu ni leh gak dia check kat sini.




Bahan-bahannya:

Telur burung puyuh ~ direbus dan di buangkan kulitnya.
4 biji bawang merah *
2 biji bawang putih *
1 inci halia *
3 Sudu besar cili kering yg telah di kisar.
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
Air asam jawa
Sedikit air
Garam
* Di kisar ataupun di tumbuk .

Cara-caranya:

1.Tumiskan bahan2 kisar hingga garing, masukkan air asam jawa dan gaul sebatikan.

2. Masukkan sedikit air jika mahu berkuah dan setelah mendidih masukkan pula telur dan bawang besar yang telah dipotong bulat, gaul rata kemudian masukkan garam.

3. Gaul sebati ke semuanya beberapa minit , rasakan garam jika ok bolehlah di tutup api dan di hidangkan.


 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails