Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, May 17, 2011

Segala jenis putu susah betul nak masuk tekak aku ni.



Gambar dr blog sweet lizahanum


Sekejap tadi aku jalan-jalan kat blog NI...... ternampak lak Cik puan ni buat putu mayam sendiri.
Nampak sangat sedappppp.... tapi entah kenapa tekak aku ni sejak dari dulu lagi sampai sekarang susah betul nak masuk menu yang bernama putu ni.
Tak kiralah ia putu mayam ke ataupun putu piring ( ada lagi ke nama putu selain dari yg dua tu? )

Waktu kecik-kecik dulu family aku duduk kat cheras baru... petang-petang je mesti ada mamak india yg lalu naik motor jual putu mayam ni..... bila dia bunyikan siren kat motor dia tu bergegas-gegaslah peminat2 putu mayam ni keluar rumah.

Situasi yg sama berlaku gak di kawasan perumahan mak long aku kat kg dusun nyior, seremban..... berlari-lari sepupu aku dengan aku sekali mengejar mamak tu nak beli putu mayam.
Warna putu yg putih di makan dengan gula merah tu nampak sangat sedap aku pun join sekali makan.
Tapi setakat mencubit sedikit lepas tu terus tak lalu nak telan.

Sekarang ni di kawasan perumahan yang berhampiran dengan rumah aku ni ada sorang pak cik tu jual  putu piring.
Rupa kedua-dua putu ni berbeza tapi rasa mungkin gak sama kerana masih di makan bersama gula merah.
Pernah sekali hubby belikan dan bawa balik kerumah.
Aku cuma pandang je mungkin sebab aku tak makan jadi anak2 aku pun tak makan sama.

Bila tengok kat blog LIZAHANUM dia buat sendiri teringin gak nak buat sendiri satu hari nanti.
Mungkin tekak aku ni boleh berubah perangai lak nantikan...... sapa tau !!


CN : Dulu kecik2 bila org sebut PUTU aku bayangkan KUTU.......ceeeehhhhh !!


SALAM UKHWAH

4 comments:

lizahanum said...

assalammualaikum kak ct....

saya masa kecik2 dulu pun tak lalu makan bile tgok kengkawan berkerumun beli kat mamak jual dgn motosikalnya tu....tapi ntah camne satu hari tu(time nie rasanya da remajala)mak ayah beli tuk makan wat sarapan,cubit sedikit demi sikit,lama2 makan terus sekeping...laa,sedap rupanya...rugi tak makan awal2 dulu...

a.samad jaafar said...

putu mayum.. makanan kegemaran arwah emak.. tersentuh plk hati ni..

SITI NOARIZAH ARIS said...

LIZAHANUM.... bila tengok org mkn dan yg kamu buat tu nmpak sedap pulak... nntlah nk cuba cari penjual melayu yg buat mana tahu boleh telan lak.

SITI NOARIZAH ARIS said...

A.SAMAD.... Al-fatihah buat arwah ibu kamu... kdg mknan org tersayang blh mengimbau kembali kenangan silam kita dan dia... tentu ibu kamu juga pandai buat mkanan nikan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails