Salam ramadhan yg ke 4 hari ini...
Sekejap je kita dah melangkah ke hari yg ke 4 kan.... rasanya macam baru semalam je kita dengar perisytiharaan berpuasa tu hari ni dahhhh ompek ari dahhhh !!!
Sejak dari hari pertama puasa hari tu PRINCE aku sibuk nak makan gulai siput sedut .
Kebiasaaannya time bulan puasa ni je dapat makan menu macam ni pasal ada ramai orang yg menjual lauk pauk kat bazar ramadhan.
Gulai siput sedut ni memang aku tak pernah masak dan malas nak masak pasal aku tak suka makan lauk ni.
Lagipun bagi menu-menu yang memang bukan feberet semua rakyat jelata dalam rumah ni memang aku malaslah nak masak.
Kang aku dah bersilat berkuntau bagai kat dapur tu tapi yg makan sorang berdua je pastu aku kena lak masak menu yg lain lak untuk orang yg tak makan menu tersebut tu.
Nak nak lak lagi bulan puasa ni balik je keja memang tak laratlah aku nak bersilat masak sampai 3 4 jenis lauk macam hari biasa tu.
Contohnya macam gulai daging campur rebung aku suka makan TAPI hubby & anak2 tak suka jadi jawapannya boli jo!!
Gulai siput sedut tu hubby & PRINCE suka TAPI aku dan PRINCESS lak tak suka pun boli gak.
Ketam pulak PRINCE suka TAPI aku dan hubby kurang suka dan PRINCESS tak suka langsung pasal susah nak makan.
Paru pun feberet aku TAPI yang 3 beranak tu tak pandang langsung pun kono boli dah siap masak gak.
Di bulan-bulan puasa ni lah yang senang nak jumpa lauk pauk tu semua... beli yg dah siap je untuk makan sorang .
Bab rasanya tu ikut nasiblah kan !!
Jadinya kat rumah aku ni lebih banyak masak ikan , ayam ,sotong dan udang yg akan aku pelbagaikan masakannya setiap hari.
Petang semalam PRINCE masih lagi tercari-cari gulai siput sedut tu tapi masih tak ada.
Akak yang berniaga tu cakap bekalan tak sampai lagi dia pun tertunggu2 siput dengan kerang sekarang ni.
Memang aku bagi peluang untuk PRINCE pilih lauk apa yang dia nak makan.
Pilih punya plih dia ternampak lak pulak ketam bersos terus je mintak aku belikan yg itu.
Aku beli 4 ekor lapan blas hinggit aku kira berbaloi jugaklah pasal aku tak perlu nak penat2 masak ketam tu kat umah.
Rasanya pun sedap jugak balik umah aku cuma masak gulai kacang campur udang je buat penambah lauk.
Masak tetap gak masak itukan SATU KEMESTIAN !!!
Waktu berbuka PRINCE balun 2 ekor ketam tu selebihnya tu aku dan hubbylah yg menghabiskan.
Kuih muih tu memang beli je lah setakat satu dua jenis nak mengelakkan dari membazir.
Aku sering ingatkan anak-anak aku kita ni berpuasa sebulan bermakna ada 30 hari untuk kita merasa pelbagai jenis kuih muih.
Tak perlu nak beli banyak-banyak dalam satu hari lepas tu tak habis makan.
Cik tong bin sampahhhhh gak yg konyang nantiiiiiii!!
CN : Amalkan sikap berjimat cermat di bulan puasa ni ya anak-anak .
SALAM UKHWAH
8 comments:
selamat berpuasa kak ct..
betul tu..
selalu mmg mcm tu.. heheh
kak... pelanggan ayu pun suka cari siput sedut..
kejap jer kan kak dah 4ari pose =)
bagus2 ingatkan2 selalu...sbb masa tgh lapo semua nak mkn kan...
AYU.. slmat berpuasa gak utk ayu.
Ayu dh buat jual gulai siput sedut tu ke... klau dekat calling2 ayu je kan..:)
CIK ECAH.... yelah sy pun rasa cepat sgt masa berlalu skrg ni..!
Memang selalu di igtkan bukan budak je sy sendiri pun igtkan diri sendiri gak maklumlah perut tgh kosong nmpk mcm2 kaler tu takut gak terbabas..hihihi!!!
dilla tak pandai makan siput sedut...
dulu mase kena makan siput sbb org kate leh baikkan tiroid..suh hubby sedutkan, pastu kite makan...huhuhu
DILLA.... Dlm N3 malu nk ngaku sbenornya akk pun tak pandai mkn siput sedut.... tu pasal tak suka makan....sedut yg lain tu pandailah aku yg siput tak reti lak..heeee :D
Sdpnye ketam! Betul. Beli yang nak makan je. Tak le membzr kan?
Selamat berpuasa Ct. Wah..permintaan anak semua best-best tu..ketam dan siput..tapi tak pe, sesekali nak galakkan diorang berpuasa juga kan..:)
Post a Comment