Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, December 13, 2011

Hilang.

Salam Sejahteraa.. !!
Selasa
17 Muharram 1433H



Apa khabar semua... dah lebih seminggu tak menaip kat blog aku ni.
Ari ni rasa gatal lak jari jemari ni nak menaip dan berstory mory.
Sejak dari Ayie bertunang 3hb ari tu sampailah ke ari ni banyak kisah yang nak aku ceritakan.
Tapi mood nak menaip tu tetiba je terbantut...idea tak terbang melayang-layang ke dalam otak.. virus malas pun apa kurang nya semuanya menjadi penyebab blog ni sunyi sepi seminggu ni.

Hilang..??
Tak aku tak hilang masih ada di sini dan hidup lagi.
Semalam satu ofis kecoh dengan kehilangan aku...hihihih !!!

kisahnya begini....
Aku dah apply  cuti pada  9 dan 12 december ari tu sejak Oktober lagi pasal nak ambik barang Shilla kat UiTM arau.
Tapi last-last minit shilla kata tak perlu ambik barangnya dan dia akan tumpangkan sementara di rumah kawannya dahulu.
Okeylah kan jadi minggu lepas aku dah cancelkan cuti 9hb dec aku tu (Jumaat) tapi isnin (semalam) aku tak cancel pun pasal aku tahu selangor public holiday .
Hubby keja kat KLIA jadi dah tentulah dia cuti ikut selangor...so tak perlulah aku cancel cuti aku tu .
Jadi semalam aku pun bercutilah macam orang Selangor yg bercuti semalam kan .

Nak di jadikan cerita  charger tepon aku pulak di hangkut kat PRINCESS balik kampung  hari minggu ari tu.
Sudahnya aku tak dapat caj bateri h/phone aku... tepon terus padam tak menyala-nyala lagi dah.
Aku terpaksa tunggu CIK YAH bawak charger aku tu pukul 8 malam dari kampung  ke senawang.

Kul 11 malam tadi lepas aje caj tepon tu aku bukak dan dapat banyak mesej dan incoming call dari kawan2 kat opis.
Waaaaa... dyorang semua dalam opis tu risau pasal aku tak datang keja dan semua orang tak tahu pun yg aku cuti semalam.
Termasuklah dengan bos aku yang lupa  catitkan dalam diarynya yg aku cuti semalam.
Mereka semua fikir terjadi sesuatu yg tak baik kat aku pasal sebelum ni tak pernah jadi macam ni.
Kalau aku cuti dyorang akan tahu dari my boss...kalau aku sakit aku akan call boss kalau cuti emergency pun aku akan bagitau.

Tapi semalam telefon pun tak berjawab..mesej tak bebalas...mana nak berbalas dan berjawab tepon aku dah  padam terus tak menyala pasal takdo bateri....FB pun tak onn...mana nak onn aku pun tak bukak lappy aku sepanjang hari semalam.

Pagi ni masuk je keja aku dah di serbu dengan berbagai soalan dah.
Bukan salah aku tapi salah my boss yg lupa aku cuti semalam.
Boss aku pun heran kenapa aku tak balas mesej dan jawab call darinya.
Dah tepon aku dah pengsan apa yg aku nak jawab atau balaskan.

Boss aku ni ada masalah pelupa..bujang lagi tu belum kahwin dan ado anak.
Nilah gara-gara suka bebenau main game dari pagi kat opis sampailah ke malam kat umah.
Sampaikan staff sendiri dah apply cuti pun tak hinggat cuma hinggat gamenya jeee.

Rupa-rupanya sayang gak cino2 ni semua kat aku yeaa...
Baru 24jam aku hilang dari opis dah kecoh semuanya sib baik tak ada yg pergi tepon spital atau balai polis ataupun serbu ke rumah aku malam tadi...... hihihihi!!!



SALAM UKHWAH




9 comments:

Rinna said...

Boss mesti laa sayang pekerjanya.. lebih2 lagik kalau pekerja yg bagus dan pandai buat kerja.. :)

Dilla Ady said...

mau tak risau,ni mesti pekerja kesygan ni..

lagipun skang kan byk kes kan kak ct, tau2 jek ilang..tu diorang risau tu kak..

Anonymous said...

I like this blog its a master peace ! .
my site is [url=http://cheapfamilyvacations.blogspot.com/]family vacation ideas[/url].

Kakzakie Purvit said...

Kasih dan kemesaraan sesama teman sepejabat inilah dia....

Kakcik Seroja said...

Terasa juga diri disayangi. :)

SITI NOARIZAH ARIS said...

RINNA... boss sy tu memang cepat nau hlg ingatan..hihihi!!!

SITI NOARIZAH ARIS said...

DILLA... betul gak tu tapi alhamdulillahlah akk selamat dtg kerja keesokkan harinya..:)

SITI NOARIZAH ARIS said...

KAK ZAKIE...:))..melluuuuu !! (sambil tunduk tersipu2 gentel ujg baju..kihkihkih)

SITI NOARIZAH ARIS said...

KAKCIK..yelah igt tak do yg sayang..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails