Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, April 6, 2012

Abah lak yg domam !!

Salam Jumaat hari penghulu hari..!!
Jumaat
14 J'awal 1433H


Pertengahan bulan lepas emak yg demam di sertakan tekanan darahnya yg turun mendadak, muntah2 ,  suhu badan panas sejuk tak menentu dan akhirnya masuk spital 3 hari dengan 9 botol air di salurkan ke dalam badannya.




2 hari ni abah lak yg demam… suhu badan panas sejuk turun naik , selsema tapi masih nampak berdaya untuk berjalan sendiri.

Kedua-dua orang tua aku ni masih lagi berada di rumah aku…Mungkin mereka berdua lebih rasa selesa tinggal dengan aku walaupun rumah aku bukanlah sebesar banglo ataupun rumah bosar bertingkat2.

Sekarang aku jaga abah yg demam lak selepas emak…rumah aku dah macam hospital dah.

Walaupun abah demam tapi aku tak risau keadaannya berbanding dgn emak waktu demam hari tu.Pasal abah lebih kuat semangatnya, tak ikutkan sangat rasa demam di badan, bangun sendiri untuk ke dapur atau bilik air.

Abah tetap akan makan walaupun tak berselera sebab dia tahu orang sakit perlu makan untuk lebih bertenaga bila makan ubat nanti.


Sup ayam ni aku masakkan untuk abah sebelum pergi kerja pagi tadi, sup ayam amat baik untuk orang yg demam...aku cedok le sikit buat bekalan lunch kat opis.

Jadi aku boleh pergi kerja dengan senang hati tak perlu bimbang tinggalkan mereka berdua kat umah.

Lagipun sekarang anak-anak aku pun dah pulang terus ke rumah lepas sekolah tak tinggal kat taska seri ayu tempat transit mereka tu lagi dah.

Mungkin ini rezeki dari ALLAH untuk aku agar berpeluang menjaga keduanya bila sakit atau demam....Alhamdulillah.

Aku harap mak abah tak akan sakit atau demam lagi selepas ini sebab aku nak bawa kedua mereka menghadiri majlis konvo shilla kat UiTM ARAU , PERLIS  pertengahan bulan depan. Nak bagi mak abah tengok anak bongsu kebangaannya memakai jubah dan topi naik ke pentas untuk menerima diploma dan anugerah dekannya nanti…semoga semuanya di permudahkan.


Rendang daging ni bukan aku masak  tapi abah belikan untuk aku 2 hari lepas dari kampung di pekan KUALA KLAWANG sebelum pulang semula ke rumah aku...dia tahu aku suka makan rendang daging.... aku panaskan balik dan habiskan sesorang.... sayangkan abah aku kat akuuuu ....hehe :))


Ni aku rasa badan aku lak dah semacam dua macam jeeeee rasanya...... jangan le nurse tak bertauliah ni lak yg demam kalau demam haruslah huru hara dapur tak berasap lak nanti...huhuhu...
 
 
SALAM UKHWAH
 

12 comments:

Kakzakie Purvit said...

Begitulah kasih dia pada kita harap berikanlah kasih kita padanya juga ct. Tengoklah dia tau ct suka rendang sangggup jauh-jauh dia belikan. Samalah ct masak sup pepagi utk mereka.

Moga kasih berpanjangan...

Dayang Deno said...

semoga ayahanda cepat sembuh.... :)

Aidah said...

Salam dik,
Timo kasihlah yo. Ado gak oghang kampung sudi jongah akak. Alhamdulillah sapo nak bagi pahalo bosa jago mak ayah. Rhugi kalau tak ghobut poluang yang Allah bagi kek kito. Akak ni tingga mak yo soghang. Abah dah tak do...

sekadar satu coretan said...

Selalunya anak2 la paling gembirakan kalau ada tok dan neneknya ada datang kat rumah kite tu kann...

ariana said...

Semoga kedua ibu dan ayah CT cepat sembuh ye..
tersentuh hati akak baca abah Ct belikan rendang kesukaan anaknya..

nabilah_2908 said...

sehati sejiwa mak & abah akak... ;)

SITI NOARIZAH ARIS said...

KAK ZAKIE..sob..sob.. terharunya sy kak.:(

SITI NOARIZAH ARIS said...

DENO.. tima kasih dik..semoga kamu juga sentiasa sihat walafiat.

SITI NOARIZAH ARIS said...

AIDAH..samo2 kak..itupun peluang gak tu kak ibu lebih besar pengorbanannya pd kita semua.:)

SITI NOARIZAH ARIS said...

AINORAINI.. betul tu sampaikan suruh atuk wan dia tinggal terus kat umah ni.

SITI NOARIZAH ARIS said...

ARIANA... sy pun tak sangka kak dia sanggup belikan utk sy mkn.:)

SITI NOARIZAH ARIS said...

NABILAH..hehehe..:))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails