Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, June 15, 2012

Inalillahhiwainnalillahirojiun....:((

Salam Jumaat hari penghulu hari...!!
Jumaat
25 Rejab 1433H

Stop dulu citer pasal perjalanan ke Arau.... Kak  AIDAH.... tima kasih pasal sabar menunggu pengalaman saya kesana yaa.... nanti saya updatekan pengalaman perjalanan saya selepas entry ni.

                                **************************************************

Sepanjang minggu ni bertalu-talu berita kematian sedara terdekat dan orang2 yang aku kenali.
Bermula dari Jumaat yg lepas pak cik yg duduk setaman dengan aku ni pergi menemui penciptanya.
Selalu gaklah petang-petang aku nampak dia jalan2 dgn isterinya.... tup tup dengar berita dari PRINCE pak cik tu dah meninggal dunia...... pasangan yg romantik bagi aku di usia emas masih berteman bersiar-siar....

Hari Ahad hari tu aku semasa aku berada di terengganu aku menerima  berita kematian abang sepupu aku dari mak di kampung.
Tapi arwah di kebumikan di Kelantan di kampung halaman isteri ke duanya.
Kasihan kepada 3 orang anak2 arwah yg dari arwah isteri pertamanya dulu tak sempat menemui ayah mereka disaat akhir ayah melelapkan mata buat selamanya.
Lebih kesian dan simpati lak pada mak cik aku iaitu ibu arwah yg tak dapat menemui anak lelakinya semenjak arwah sakit hinggalah menghembuskan nafas terakhir.
Mak tak dapat jumpa anak dan anak lak tak sempat jumpa si ibu diatas masalah kesihatan kedua duanya serta jarak kediaman yg terlalu jauh.

Malam tadi aku terima lak berita kematian ayah kepada bakal adik ipar aku...tunang Ayie.
Arwah meninggal malam tadi dan mungkin sewaktu entry ni di tulis arwah dah di kebumikan.
Kasihan pada ZURA di saat hampir meraikan hari bahagia untuk bergelar isteri kepada adik aku ayahnya pulak pergi dahulu.
Kita mampu merancang Allah aje yg menentukan.... semoga ZURA sabar dan tabah dengan dugaan ini..... memang terasa hibalah bila si ayah yg akan menjadi wali pergi dahulu sebelum sempat menunaikan tanggungjawab terakhir untuk anak gadisnya.

Pagi tadi lak hubby bagitau mak mertua kak longnya lak dah meninggal dunia....jadi kansellah kak long sekeluarga nak datang umah aku petang sok sebelum ni dia dah hantar mesej bagitau nak datang kerumah.
Kepada ke empat-empat arwah yg aku kenal raut wajah mereka cuma Al-Fatihah sahaja yg mampu di sedekahkan semoga perjalanan kesemua mereka di permudahkan di alam sebelah sana dan tergolong dalam golongan hamba2 yg dikasihi dan beriman......Aminnn !!

Dalam kehidupan ini kita sebagai manusia cuma mampu merancang tapi Allah juga yg menentukan setiap yg hidup akan menemui kematian dan tak dapat di elakkan walau sesaat bila tiba masa dan ketikanya...... bila pula masa kita yg masih hidup ini?



Cuma Allah yg mengetahui....
Al-Fatihah......


SALAM UKHWAH

6 comments:

Kakzakie Purvit said...

Begitulah lumrah yg hidup pasti akan menemui mati. Titik nokhtah kehidupan menanti saat dibangkit semula.

Moga semua yg pergi menemui Allah itu ditempatkan bersama kalangan mereka yg beriman. Al-fatihah...

Aidah said...

Al Fatihah untuk semua arwah. Semoga mereka semua ditempatkan dikalangan para solihin.
Bila ramai yang kita kenal rapat telah dijemput Allah, memang hiba dan sayu. Membuat akak terasa umur akak juga sudah mula gelincir. Ramai juga bapak sedara, mak sedara akak yang dah tiada. Sedih dan rindu.

nabilah_2908 said...

Al-fatihah...

janji Allah kan....setiap yg hidup..pasti akan mati...

giliran mereka dah sudah...kita...entah bila..... :)

Acik Erna said...

AlFatihah buat semua yang telah pergi

Unknown said...

salah satu tanda akhir zaman pun bila ramai yg meninggal mengejut.ratu pun dlm usaha utk perbaiki diri yg smemangnya byk kekurangan ni...takziah dan alfatihah utk semua mereka2 yg telah pergi...

nanti singgah umah baru ratu ye www.akuratusiput2.blogspot.com

ariana said...

Takziah dan Al fatihah. Dr Allah kita dtg, kpdnya jua kita kembali..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails