Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Wednesday, June 20, 2012

Minum petang kat tepi laut kuala perlis.

Salam Sejahteraa..!!Rabu
30 rejab 1433H

Lokasi Kejadian : Arau & Kuala  Perlis
Tarikh : Petang 16 Jun 2012



Majlis konvo berakhir dalam pukul 12 tengah hari...bila selesai menyerbulah semuanya kuar dari dewan sampaikan aku tak jumpa mana adik aku mana pulak mak abah aku. Aku dan anak2 aku tengok dari tv lcd kat luar dewan jee..... aku cakap dgn PRINCES sok sok ummi lak duk dalam dewan tu macam wan itupun kalau kamu belajar rajin2 klau tak tak merasalah... Princes aku dah sebak dah bila aku cakap macam tu...leweh betullah anak dara tu !



Bunga yg sebelah kiri kawan shilla bagi yg sebelah kanan tu aku yg bagi.... bunga tu aku beli dalam kampus je...serik dah beli kat luar memang bunganya banyak tapi kuncup je plastiknya  macam aku beli time Noor konvo dulu tu.....kena lak aku mintak amoi florist kat poly tu adjust balik plastik bunga tu... beli dalam kampus lebih murah dan puashati lagipun ada banyak pilihan.



Balik je ke hotel lepas lunch semuanya terlentang atas katil pasal terlalu letih lagilah pulak cuaca  panas terik..... budak2 konvo dah tentulah sibuk nak bergambar sana sini  family pun  di heretnya bergambar...dalam usia mak abah aku macam tu pastilah mereka rasa rimas tapi ikutkan ajelahkan..... gambar kat atas tu  dari tingkap hotel kami ...waktu tu sebelah  petang baru lepas hujan kat Arau....apalagi badan dah letih bilik lak aircond kat luar ujan...emmm tido tak hingat dunialah masing2.


Selepas asar shilla bawak kitorang jalan2 ke kuala perlis...dekat je dari Arau..aku drive adalah dalam 20 minit macam tu aku pun dah lupa.... sepanjang perjalanan terbentang luas sawah padi tapi sayang kami datang bukan time padi masak menguning kalau tak tentu lagi cantik... anak2 aku tak pernah tengok sawah padi real depan mata mereka maklumlah tanah sawah kat kg semua dah jadi somak belukar... siap berenti lagi topi sawah tu ambik gambar bagai..... PRINCES aku nak jalan atas batas sawah tu tapi permintaan di tolak pasal aku takut kang di sergah kat tuan sawah tu dah lah tak kenal sapa2 pun kat situ....sesuka hati jeeee nak ceroboh kawasan orang..huhuhu!!





Okeyyy singgah kat tepi jalan mengadap ke laut ni dulu...Shilla bawak kami  makan kepak ayam cucuk dengan jagung bakar kat situ.....Pemandangan waktu menjelang senja memang cantik dan mengasyikkan... banyak jugak gerai2 kecik jual jagung  dan kerpak ayam kat situ siap ada meja dengan bangku lagi utk duduk sambil makan.






Tekun jee brader tu wat kerja...ada macam2 jenis sosej boleh di pilih kat dalam bekas tu...harga pun berpatutan...jagungnya bosar gedabak entah apa baja di pakai kat tuan tanah tu !



Minum potang kat topi laut makan kepak ayam, jagung manis dengan sosej rebus.... sejukkk je di hembus kat bayu laut tu.... aku rasa kalau aku tinggal kat area sini mau tetiap petang aku melanguk kat tepi pantai ni minum potang.....bestttt damaiiii jeeee ....rinduu lak aku nak kesana laie :))


Kepak ayam madu.

Jagung manis bakar..... setongkol di kerat 3 kesemuanya 12 pcs.... puehlah makan !!


Sosej campur2.... ada gak yg rupa angry bird tuuuu....dah potong2 kecik2 entah mana mata entah mana hidung angry bird tu dah.


Okeyyy stop dulu nanti continue makan malam  kat jeti perlis lak.....nak sambung kojo balik.



SALAM UKHWAH

7 comments:

Aidah said...

Uiih! Sodap eh makan topi laut. Akak ni namo yo umah mak kek PD tapi mmg jarang na makan topi pantai.
Anak2 akak pun gayat gak bilo tengok sawah padi. Komain kagum laiie muko eh nengok sawah monghijau yo tu. Kihkihkih.

gerhana luka said...

terkenang masa konvo dulu, syok je kan dapat jalan2 kat perlis tapi tu la panas sikit kat sana ya.

SITI NOARIZAH ARIS said...

KAK AIDAH... sian anak2 kita yea tak rasa main kojar2 dalam sawah..huhuhu!!!

SITI NOARIZAH ARIS said...

GERHANA LUKA... kat sana memang panas tapi kalau ujan sojuk gakkk hehe..:)

ariana said...

Cantik pemandangan sawah padi tu..Kat pahang, payah dah nk tgk pemandangan tu..
Tahniah buat adik CT yang berkonvo tu..

SITI NOARIZAH ARIS said...

ARIANA...kat kg saya lagilah tak do kak tu yg bdk2 dan mak budak ni jakun sekejap tu.

MakNgah said...

mak ngah rasa kalo takat nak bergambar, tak adanya tuan sawah tu nak sergah, silap2 maunya dijemput datang ke rumah dan dijamunya air kopi...:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails