Assalammualaikum...!!
Sejak dari dulu aku memang tak suka dengan bau daun ketumbar.
Seboleh-bolehnya aku cuba elakkan dari mengunakan sayuran herba ni dalam masakan kerana baunya seakan-akan bau lipas.....yekkkkk !!!.
Jika ke pasar pula aku cukup berhati2 takut terambil daun ni kerana rupanya hampir sama dengan daun sup.
Biasanya aku akan koyakkan dahulu daun tu dan menciumnya jika bau busuk seakan bau lipas pasti itu daun ketumbar.
Aku akui kebaikkan daun ni dalam kesihatan dan jika terpaksa daun ni lah yang akan aku pilih seperti petua kat bawah ni.
Bertahun2 buah pinggang kita ditugaskan untuk menapis darah kita untuk mengeluarkan garam, racun2 dan bah...an2 lain yang tidak diingini yang telah memasuki badan kita melalui pemakanan, minuman dll
Dengan peredaran masa itu, kandungan garam akan terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu di keluarkan . Disini lah buah pinggang akan menjalankan fungsinya sebagai mesin rawatan pembersihan ini.
Tapi tahukah anda, ada satu cara yang boleh di amalkan untuk mengeluarkan bahan2 garam serta bahan2 racun lain dari dalam badan kita dengan kos RM 1.00 atau kurang.
Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan daun parsli / daun ketumbar.
Caranya:
1. Beli daun parsli / ketumbar ini dengan harga RM1.00 atau kurang
2. Basuhkan (dicadangkan dgn air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil2
3. Masukkan daun2 kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
4. Rebuskan daun2 ini selama 10 ke 20 minit
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk
6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun2 dari air nya
7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya
8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini
9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam dan racun2 lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.
Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.
Daun2 parsli sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi!
Sumber :Rakan Mukabuku
SALAM UKHWAH
1 comment:
errr...bab minum air rebusan ni yang tak lalu ni...huhu..
kalau makan gitu je xde kesan eh..?
Post a Comment