Assalammualaikum...!!
Yang mula akan berakhir... yang datang akan pergi...yang hidup sampai masa akan menemui ajalnya.
Yang pasti kita tak tahu bila dan bagaimana kematian yg kita akan hadapi.
Semuanya kuasa Allah bukan manusia yg menentukan.
Kalau dulu sewaktu kecil aku sering berfikir orang-orang tua sahaja yg akan meninggal dunia.
Pasal dulu aku kerap dengar cerita orang tua tu meninggal pasal dah tua dah sampai masa mengadap penciptanya..... tak mungkin yg muda akan meninggal pasal masih muda kan?
Tapi kini semuanya dah berubah sesuai dengan arus kemodenan dan akhir zaman.
Tak kira berapa umur kau..tua atau muda ...sakit atau sihat sampai masa giliran tiba kita tetap akan pergi meninggalkan semua yg ada di dunia ini.
Pagi semalam pukul 10.15pagi aku menerima panggilan telefon dari rakan sekolah menengah aku dulu.
Khaty Khan beritahu kawan sekolah kami di SMASU dulu dah meninggal dunia dan jenazah akan di kebumikan pukul 10.30 pagi nanti di kediaman arwah.
Sahabat lama walaupun bukan rapat tapi kami satu kelas.
Cukup jelas wajahnya dalam ingatan sewaktu di alam persekolahan dulu.
Allahyarhamah Aida Sofea berkulit putih , tinggi , langsing dan berwajah cantik cukup manis bila tersenyum meninggal dunia kerana barah payudara yg di tanggungnya beberapa tahun dulu.
Aku tahu arwah ada penyakit ni pun dari syikin semasa aku datang kerumahnya cuti krismas disember lepas.
Syikin beritahu arwah mengadu kepadanya yang ia takut mati , anak pun masih kecil lagi :(
Alfatihah buat arwah Aida Sofia semoga rohnya di tempatkan di kalangan wanita yg beriman dan aman di alam sana.
Seorang demi seorang kawan sekolah aku pergi mengadap ilahi sewaktu usia masih muda.
Ini satu peringatan bagi kita semua ajal dan maut akan datang tanpa menunggu usia tua !!
Bersiap sedialah agar kita ada bekalan untuk di bawa ke alam sana....
SALAM UKHWAH
2 comments:
folo me back ty....http://qarerahalooza.blogspot.com/
Takziah dan Al fatihah buat rakan Ct tu..Ajal tak mengira usia..waktu kita entah esok lusa..terasa belum bersedia lg..huhu
Post a Comment