Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Saturday, March 8, 2014

Kisah ke Ayer itam,Johor.




Okeylahhh dah 2 minggu tak update blog.
Kemalasan Ini tak boleh di biar biarkan nanti penyakit malas mengupdate Akan berlarutan berbulan bulan , jadi sebelum ia menjadi barah Yg Akan merebak baik update citer ni mlm ni jugak.
Sebenarnya Ini kisah cuti CNY ari tu dah basi punnnn tapi aku nak gak update Kat sini tak kiralah kannn.


Yang Beria- ia nak ke Ayer itam ni sebenarnya adik ipar aku zura tapi di sebabkan permohonannya tak di layan Kat lakinya aka adik lelaki aku tu makanya dia pun ajak lah kitorang pakat ramai2 ke sana ari tu.
Dia tahu kelemahan lakinya tu kalau kak long dia ni Yg ajak gerenti si ayie tu tak kan menolak punya apalagi yang nak pergi tu setrak ramainya macam nak g berperang !

Kami keluar seawal pagi raya cina ke dua tu Dari JB ke Ayer itam .
ingat kan jalan tak jem rupanyaaaaaaaaa kt toll kempas lagi dah berderet keta sampai ke toll skudai dan ke atas berderet Deret kereta sepanjang jalan tu.
Ayie kata ikut sedenak nak elakkan tersangkut Kat jem tu, memanglah jauh ikut sedenak ke Ayer itam tu tapi kalau dah kereta terhengsut hengsut bergerAknya lagi lah lambat sampai ya nanti.
So alternatifnya ikut jalan dalam Kat sedenak kitorang tak lalu highway pun.

 Gambar ni Kat sebelah atas petron kami makan dan cuci mata Kat sini Dulu.

Sampai gak aku ke sini rupanyaaaaaaaaa...dh lama ajak en hubby aku tu ke sini tapi dia wat muka donno je dgn aku... Jauh Katanya.
Kalau Dari senawang ke Ayer itam tu dlm 2 jam je perjalanan dia memang tak suka berjalan macam aku banyak lah Alassn dia bagi.
Ni aku dah tahu Kat mana letaknya tempat ni boleh le aku drive sendiri ke sini nanti kan. :))
Sampai sampai je dah kul satu perut pun dah berkeroncong apalagi isi perut dululahkan.

Ada jual kerepek keropok dan berbagai2 kuih traditional . Aku jumpa kuih cakar ayam febret en hubby aku tu. Walaupun dia tak ikut sekali trip aku ke jb kali ni tapi aku ingat gak nak beli  something untuk dia... Baik tak bini dia ni walaupun dia tertinggal jauh Kat seromban tu haa..hehe..


Tempat yang buat aku termimpi mimpi bertahun lamanya akhirnya sampai gak aku ke sini.

Abah aku pun nak posing gak tapi dia sporting ikut je ke mana kitorang pergi,yelah anak anak nak bawak jenjalan kan...Alhamdulillah dlm USIA emasnya dia masih kuat lagi mengekor kami ke sana sini.


Sesapa Yg tergila gilakan pasu seramik atau tanah list dan sewaktu dengannya macam aku adalah WAJIB mencuci poket anda disini...ada pelbagai pilahan harga pun murah murah uuuu...

Yang kemaruk dengan tema English tu pun ada banyak pilihan Kat sini datang lah memilih milih yang penting uangnya perlu ada buk !!


Pistol betul betul aku tak nampak Yg huias an mcm ni ada banyak... Ada ke Yg decorate umah tema ala ala cowboy ?
Kalau ada Kat sini pun ada barangnya bukkkk !

Peace.....
Anak Dara aku pun nak berposing walaupun dia pening ikut ummi ni servey segala kedai Yg ada Kat situ untuk beli barang.

Seriesly memang tempat ni adalah syurga bagi peminat pasu dan hiasan umah mcm aku ni.
Walaupun  berjam jam berjalan aku tetap tak puas cuci mata dan poket Kat sini.
Ada barang Yg aku target nak beli tapi tak Dapat beli pasal hari dah petang.
Anak ayie si bucuk macham Yg baru 5 bulan tu dah nangis2 nak balik tak selesa agaknya.
Mak aku pun mula lah tepon sana sini panggil semua kuncu kuncunya balik .
Aku dan adik aku main rembat je beli barang Yg tercapai Kat tangan sebelum mak aku jadi halilintar.

Tak pe tak pe lenkali aku datang lagi Ompek beranak je kesini.
Hari tu tak sempat beli pasu lenkali aku borong sampai penuh bonnet keta laki aku Kat pasu.
Tunggulah Ayer itam kedatangan ke dua aku nanti.

1 comment:

Bieaz said...

bestnya konvoi ramai2..tengok pics mata dah pening tengok semua cantik2. Rasa nak borong semua je hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails