Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Saturday, April 12, 2014

Battery.

Assalamualaikum ....


Ini kisah pagi semalam.
Miss viva aku tu pandai pulak buat Hal Tanpa menyusahkan tuan dia ni.
Tau kenapa aku cakap macam ni?
Pasal Elok - Elok je aku masuk reverse parking enjin terus mati.




Aku dah Elok je masuk parking time tu tapi macam senget je keta aku dlm kotak tu.
Biasalah kan pemandu Yg berhemah macam aku ni mesti nak masuk parking lurus2 cantik takmo senget2 jadi aku kedepankan keta tu sikit pas tu aku nak undurkan semula lurus2 ke belakang.
Tetiba enjin miss viva tu padam , aku pusing kunci tapi senyap pusing lagi senyap lagi.
Hahhh sudah minyak ada 5 level terus jadi emergency light, radio lampu semua padam.
Aku dah cemas dah apo kono lak dongan keto den ni?

Rupanyaaaaaaaaa battery tu dah sampai ajal dah.
Alarm pun tak berfungsi lagi .
Aku tutup pintu keta  macam tu je Tanpa berkunci.
Tak terfikir lak Kat otak aku ni nak mengunci secara manual dek gabranya aku semalam.
Laki aku cakap aku berani2 biarkan keta tu tak berkunci .
Aku kata biar lah battery pun dah kondem Camano nak larikan keta tu kecualilah pencuri tu ada ilmu badang boleh pikul keta aku tu ateh bahu  bawak lari.

Dalam pada aku tengah pikir2 nak minta tolong sapa  adik lelaki aku si Napie tu tepon nak tumpang Kat umah aku masa rehat tengahari nanti.
Ibaratkan  org mengantuk di sorong bantal cepat je aku mintak dia tolong tukar kan battery keta tu.
Melayang lah jugak duit aku  di hari jumaat Yg barakah semalam tu dek beli sebijik battery baru.

Kira Nasib baik jugaklah  battery tu sampai ajal time aku dah masuk parking.
Kalau dia buat Hal Kat depan traffic light tengah2 jalan senawang tu tak ke haru biru .
Tak pun time aku nak balik lepas hantar princess aku tuisyen malam tadi.
Haaaa....Berjoging le aku malam malam buta tu balik umah jawapannya.












1 comment:

Acik Erna said...

Ct...viva tu sayang tuan e..memang dio tak nak bagi tuan e susah tu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails