Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, April 25, 2014

Dugaan di hari Khamis... Malaaangnya nasib.

Asalamualaikum....

Semalam hari Khamis aku buat puasa sunat dan petang semalam jugak princess aku tu ada tuisyen akaun .
Balik je dari ofis aku terus mandi , sembahyang dan siap untuk keluar hantar princess.
Sebelum keluar hantar princess tu aku sempat masak nasi dulu pasal nak beli lauk kat pasar malam kat taman mawar sebelah ni je... Plan malas masak ari ni.
Princess masuk tuisyen kul 6.15 ptg kat dataran lepas turunkan dia aku terus pergi Maxis bayar bil internet.
Okey dah setel 2 perkara petang tu.

Dah dekat 6.30 ptg sampai ke pasar malam tu parking favorite aku tak do lak kosong.
Soooo menapak lah jauh sikit untuk sampai ke gerai akak kolopilah yg jual lauk2 kampung tu.
Di sebabkan masakan akak ni memang power sedap dan murah maka berlonggok2 lah orang berkumpul membeli kat dia.
Ada banyak juadah masakan kampung hasil air tangannya rendang & dodol pun ado.
Aku teringin sangat nak makan pajeri nenas tapi beli sekeping je pasal rakyat jelata yg lain tak suka cukuplah untuk aku sorang makan kan.
Aku Mintak gulai daging salai masak lomak cili api tapi di sebabkan banyak permintaan kat lauk tu buatkan akak tu tak menang tangan nak membungkusnya.

Aku Mintak 3 hinggit je ada lak akak tu  nak 5 hinggit dua bungkus sorang lagi nak 5 hinggit gak .
Gulai tu aku tengok makin sikit je... Berkali2 aku bagi tau akak kolopilah tu nak 3 hinggit risau aku kang aku yg Mintak dulu orang lain lak yg dapat dah lah gulai tu tinggal sikit.
Mau je aku cakap" tolong lah kak sey poso ha sey nak naaa makan lauk ni bungkus lah untuk sey dulu".
Tapi malu le kan nak cakap camtu akhirnya aku dapat gulai daging tu...yeayyyy !,

Peh tu nak berbuka dengan coconut Shake kononnya .
Oh the way balik ke umah lalu kat gerai coconut Shake tu tapi tak berniaga pulakkkk .
Terus fikir berbuka teh ais homemade jelah dah tak do joki kannn..
Sampai umah dah pukul 7.10 minit tak lama lagi maghrib tengok nasi sekali kauuuu NASIK AKU TAK MASAKKKKK..... Omg sodih ea dennnn !!!

Piuk nasik kocik ni wat hal pulakkkk.
Terpaksa aku mengenjas piuk tu pulak beras kat dalam tu dah nak kembang dah.
Dari pukul onam masak nasi dah pukul 7 malam tak masak lagi naik mendidih lak darah aku di buatnya.
Sabar...sabar...dugaan.

Aku cuma minum je dulu time berbuka peh tu ratah lauk sikit sebelum sembahyang.
Dah sembahyang nak makan nasi lak baruuu je masak paneh lak tu.
Pergi ambil princess dulu kat tuisyen coz dia keluar pukul 7.45 malam.
Dah jemput dia lik umah pukul 8 malam baru sentuh nasi .
Makan pajeri nenas yg aku teringin sangat dari pagi tadi sekali kau aku jumpa rambuttttt panjang berjela lak tu.
Aduhai sekali lagi kena duga.
Terus je aku buang tak lalu nak makan... Kempunan kan pajeri nenas lak dah lak nak coconut Shake tak dapat.

Apa apa pun aku makan dengan senyummmm...senyum sokmo.
Syukur jelah dengan dugaan sepanjang hari Khamis semalam.
Nasi tak masak.. Coconut Shake tak ado...pajeri nenas ada rambut.
Cobaaaannnn...


1 comment:

Acik Erna said...

Memang boto2 dugaaaaannnn tu ct

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails