Alhamdulillah selamat dah sampai Arau pukul ompek petang semalam.
Kami bertolak dari senawang tepat jam 9 pagi semalam sampai sini ngam2 waktu asar.
Keseluruhan perjalanan menaiki mpv kesini amat selesa dan memuaskan.
Kami cuma singgah 2 kali je kat R&R untuk makan dan solat zohor.
Jauh lebih baik dari naik bas macam 2 tahun lepas masa adik aku konvo diplomanya.
Bertolak waktu yg sama tapi sampai time maghrib...dah golap baru sampai Arau.
Kali ni sampai awal nak solat dan buang air pun selesa tak tergesa2.
Tadi aku terbaca komen seorang reader kat blog aku ni tanya tambang bas ke ARau.
2 tahun lepas aku kesini naik bas InterCity dari Seremban ke Arau.
Tambang sehala Rm 50 lebih kalau 2 hala tu pergi Balik rm100 lebih lah..
Mungkin bas ekspres lain pun lebih kurang tu jugak.
Klau naik seorang okey lah tapi klau bawak orang tua macam pengalaman aku dulu tak berapa sesuai dan selesa.
Masa duduk dalam bas pun sangat lama nak solat pun tak dapat.
Okey ini homestay yg kami sewa sepanjang kami di sini selama 3 hari ni.
Taman Arau Indah terletak berdekatan dengan UiTM Arau.
Dulu adik aku menyewa kat taman ni tapi bukan kat umah ni pasal tuan umah buat umah ni khas untuk homestay je.
Sewanya sehari semalam cuma $170.00 sahaja.
Rumah corner lot ada 3 bilik tido dan 2 bilik air.
Ini tuan umah ni namanya cik som.
Dia siap tunggu kitorang kat umah ni, baik orangnya.
Eh jangan tak tau taman ni adalah tanah sawah terbiar yg kini jadi taman perumahan umah teres.
Kepunyaan cik som empat beradik.
Ini citer shilla kat belakang taman ni masih ada lagi tanah sawah yg masih di usahakan pemiliknya.
Ini ruang tamunya ada tv, sofa serta meja makan siap sekali air cond & kipas.
Sebelah meja makan ada partion mcm kat bawah ni.
Kat ruang ni kitorang wat ruang solat.
Semua perabotnya adalah pasang siap ke dinding tak perlu di ubah2 lagi.
Ni bilik tengah...umah ni ado 3bilik.
2 bilik ada katil queen dan satu bilik katil single.
Bilik utama ada bilik air.
Ni lak dapurnya tapi tak ada dapur masak.
Kettle tu adalah untuk masak air panas.
Ada jugak fridzer.
Dalam kabinet ada pinggan, cawan dan sudu.
Ada jugak beberapa tilam tambahan klau datang ramai2 bantal tu tak ada lebih kena le bawak bantal sendiri.
Lepas solat asar kitorang jalan2 kat belakang taman tu.
Kononnya nak tengok sawah padi sekali koooo semak yg ado.
Orang sudah menuai daaaaaa....
Malam tadi kami makan kat restoran Dapur Ibuku kat kat Kangar tapi gambar tak ada dalam iPad aku ni.
Sooo tunggu adik aku transfer gambar dulu baru leh citer pasal restoran tu.
Tak do gambar nak citer pun tak syok arr..
Ni aku taip entri ni sambil tunggu shilla ambik jubah kat UiTM.
Lepas dia dapat jubah kang kitorang plan makan kat tepi tasik pehtu g padang besar dan gua kelam.
Dah berjam nunggu ha tapi pemandu pelancong tu tak balik2 lagi.
Kang kok kitorang merayau sendiri kok sosek masuk Thailand jo kang.
4 comments:
wahhhh cantiknya.....sedap mata memandang :)
Rasa2 nak pergi holiday kat sana pulak.
Keindahan yg memukau. Santai dan nyaman terasa bila mata memandang gambar yg dipaparkan.. suka kakak tengok:)
apa nama homestay nie ye?
Cik anon homestay ni kepunyaan cik som dalam taman sri arau.
Post a Comment