Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Saturday, June 14, 2014

Tabik hormat buat abah kami HJ ARIS SIDIN di hari bapa ini.

Assalammualaikum...

Ni nak cerita pasal SI DIA paling indah. SI DIA yg paling cool! Tak pernah menjentik apatah lagi merotan. Awet muda even dah 73tahun!(ape rahsia, xpenah dikorek lagi). Sangat sabar even mak gua sangat obses membebel! Pernah dulu, masa form 1 aku ditawarkan sekolah kt Sikamat, Seremban. Tapi setahun je kat sana sebab aku tak sanggup tengok abah hantar jemput aku dari Jelebu menaiki motor NBG4002 beliau. Panas berhujan utk aku pada usia mencecah 63tahun. Pernah kami hampir eksiden kt bukit tangga sebab abah nak potong bas ParkMay tp tak lepas. 
"..abah,tade ape yg mahal yg berharga yg mampu shila bagi setakat hari ini 14JUN2014,tapi shila harap Anugerah Naib Canselor dapat buat abah gembira dan bahagia. Semoga basah lenjun dan panas abah selama jemput dan hantar ke sekolah terbalas.."  
Sempena hari bapa esok, shila ucapkan HAPPY FATHERS DAY abah! Semoga abah kekal awet muda, dipanjangkan umur, diberkati usia, bahagia selamanya dgn isteri tercinta dan anak cucu semua. 



                                                   We LOVE You ABAH!!


Aku tak tulis ayat2 kat atas tu tapi aku ciluk dari FB shilla adik bongsu aku.
Tertarik dengan ayatnya aku copy paste dan abadikan dalam blog aku ni.

Ya... Lelaki itu lah abah kami.
Abah yg paling Cool dalam dunia ni( kalaulah boleh aku iktiraf kan begini )
Tak pernah merotan 7 orang anak2 nya tapi berjaya mendidik kami semua menjadi " orang " tanpa kekasaran dan kekerasan.
Cuma dia seorang yg bekerja menyara kami sekeluarga dulu tapi dia mampu menyekolahkan anak2nya hingga semuanya bekerjaya dan memegang duit sendiri baik lelaki mahupun perempuan.
Di kala mencecah ke angka usia emas dia masih lagi menyara anak perempuan bongsu nya di IPTA.
Tak hairanlah kalau anugerah naib canselor kelas pertama itu memang selayaknya hadiah terbesar dan termahal buat seorang lelaki yg kami panggil ABAH.
Dia jugalah penganti bapa buat 4 orang menantu2 nya yang telah tiada bapa.
Dialah hero kami dia lah kesayangan kami semua..

Ya Allah kau panjangkan usia kedua ibu bapa kami.
Agar dapat kami bersama keduanya dan membalas jasa mereka.
Yang melahirkan, membesarkan serta mendidik kami.
Agar dapat mereka merasa jernih perih titik peluh kami pula.
Agar dapat mereka melihat kejayaan cucu2 mereka pula .
Kurniakanlah keduanya rezeki kesihatan, rezeki ilmu, rezeki kelapangan masa serta permudahkan urusan mereka untuk beribadat kepadamu
Amin ..amin.. Ya rabbal'alamin.






No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails