Aku gunting rambut aku pendek2 petang semalam.
Lepas gunting terasa ringaaaan je Kepala aKu ni.
Sebenarnya rambut tak le panjang mengurai pendek gak separas bahu .
Itu pun tak Cecah bahu pun tapi di sebabkan dah semakin tebal Terasalah panas dan rimas.
Nak nak pulak musim2 panas sekarang ni kan lagilah aku rasa tak selesa.
Bila dah gunting rambut tu kasi pendek pendek dan nipis kan barulah rasa selesa sangat.
Terasa angin Bertiup Kat tengkuk ni .
Nak ambik air sembahyang pun selesa nak pakai tudung punnnnn sonang.
Tak do yang terurai2 terkeluar celah anak tudung tu kan.
Bila lik umah anak2 aku kata aku dah macam tomboy gunting rambut pendek separas tongkuk.
Tapi mr hubby i kata cute dan comel gi tuuu...auwwww :))
Ok sepanjang minggu ni mood aku memang tak berapa nak bagus asyik nak marah jee.
Bila ada Yg tak kena mulalah nak membebel.
Semalam aku rasa seronok sangat2 Sebab hari ni sabtu tak bekerja.
Aku rasa penat sangat sepanjang minggu ni di campur lak dgn cuaca Yg panas buat hati lagiiii paneh !!
Sooo semalam gunting rambut pendek2 hari ni leh rehat santai2 Kat umah.
Malam tadi terlebih rajin aku buat puding sago gula Melaka.
Cuaca panas macam ni memang Elok sangat Dapat makan puding Yg sojuk2.
Mula2 aku Masak Dulu sirap gula Melaka...Ini pun gula Melaka entah zaman bila tah time aku rajin wat kuih Dulu daripada terbiar je dalam plastic tu Lebih baik wat air gula.
Masakkan gula dengan sedikit air dan daun pandan hingga gula cair dan mendidih.
Biarkan pekat sekejap pastu tutup API dan sejuk kan.
Pastu buat lak santan lemak manisnya.
1. Didihkan santan. masukkan sedikit daun pandan + garam. kacau sentiasa bagi mengelakkan ia meruap dan berketul2..... Tutup api. Tapis, dan sejukkan santan pada suhu bilik.Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
Tapi kali ni aku nak Guna susu cair je pasal tak pernah rasa sebelum ni lagipun Lebih cepat dan senang.
Tapi yang santan tu Lebih lemak berkrim dan sodap berbanding susu cair itu ikut selera tekak akulah kan.
Tapi Yg senang dan mudah jika Guna susu cair krimer sejak f&n tu.
Dah separuh puding ni masuk bekas baru teringat ambik gambar.
Untuk puding lak aku Masak cara Yg sama macam aku buat kuih sago mata ikan atau pun sago bronok tu.
Masakkan 3 cawan air hingga mendidih pastu masuk kan satu cawan sago mata ikan dan kacau hingga jadi jernih.
Bila dah tinggal sikit mata ikan putih2 tu masuk kan setengah cawan gula pasir dan kacau lagi hingga puding kelihatan jernih cantik dan boleh lak tutup API dan masuk kan dalam acuan kegemaran.
Dah siap masuk dalam bekas simpan dan sejuk kan dalam freezer.... Esok dah boleh makan dengan air gula dan santan/ susu Nya.
.
Siap sudah....
Puding sago mata ikan Yg dah sejuk dalam freezer tu aku curahkan sedikit air gula Melaka dan tuangkan susu cair.
Makanlah dengan kesejukkan dan kemanisan yang menyegarkan lalu lajuuuu jeee dalam anak tekak tu.
Soooo mood marah and membebel tu Akan turun dengan serta merta.
No comments:
Post a Comment