Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Thursday, May 1, 2014

Se malam di bagan lalang punya ceriter...

Asalamualaikum....


Petang Sabtu jam 6 petang kami berkonvoi ke bagan lalang.
Tapi berkonvoi asing2 bukan serentak pun.
Dua keta bertolak dari senawang berdesup ke Sepang.
Dua keta lagi dari jolobu dan satu lagi dari seri kembangan.
Kami bertemu pukul 8 malam kat bagan lalang.
Di sebabkan sampai pun dah masuk maghrib suasana pun dah gelap jadi tak dapatlah menikmati suasana sunset kat tepi pantai tu.
Anak2 aku dah bising dah tak dapek nak berselfie kat sebelah pokok rhu tepi pantai.
Tak payah nak berselfie bagai kita pilih tempat nak makan lagi bagus.


Di sebabkan dah berkumpul ramai2 macam ni ann pun planlah nak sambut befday anak bujangnya ni.
Tapi budak ni time orang sibuk ambik gambar dia sibuk lak mencium baby hafiz tu.
Ann beli cup cake je pasal dah tau takkan ada orang nak pandang kek cantik2 lagi kalau dah memacam seafood terhidang depan mata.
Ikan,sotong,pepahat dan sebagainya tu lagi mengiurkan..


Ni diaaaaaa ompek meja panjang di sambung2 dengan doploh buah kerusi khas untuk famili bosar Haji Aris Sidin.
Pak aji yang pakai kupiah bersweater kuning tu.
Baby hafiz tak di kira ateh kerusi pasal dia The King duk ateh riba mama ea.

Antara menu2 pilihan yang aku sompek snap gambar sebelum di sambar licin dek jerung2 kepala hitam yang ramai2 tu adalah....


        sotong celup tepung dan tomyam campur.

                      Bawal sweet sour


                     Pepahat goreng berlada.

seriesly dah banyak tempat aku makan seafood tepi pantai macam ni dari kuala Perlis kat Perlis sampailah ke senubung cave kat Johor serta di umbai, Melaka inilah kali pertama aku makan menatang ni.
Kulitnya macam buluh tapi isinya sedap selalu tengok dalam gambar akhirnya merasa gak masuk perut aku.
Kat bagan lalang je ke senang nak jumpa pepahat ni tempat lain takdo ko ?

                                   Butter prawn

Yeaaaaa inilah penyebab yang utama sekali membawa kami semua kesini.
Anak tekak aku ni yg mengelintin sangat nak makan udang mentega ni.
Alang2 nak makan kita ajak le ramai2 baru syok kannnnn...
Tapi Butter prawn dia ni kurang kerak telur tu lahhh tak macam aku makan kat senubung cave tu penuh dengan kerak telurnya.
Meriah betul Butter prawn dyorang , yang kat ateh tu tak berapa menarik sangat tapi rasa tetap sodap.

Actually kami bukan nak makan kat kedai ni tapi nak makan kat senandung malam.
Tapi di sebabkan orang yg bertanggungjawab memboking meja tu dah lewat boking makanya tak merasalah kitorang nak bersantai2 kat senandung malam.
Tokey kedai kata kalau boleh tunggu pukul sembilan atau sepuluh malam tunggulah time tu meja dah ada yg kosong.
Tapi kami ni ada bawak baby peh tu perut memasing pun dah gila tahap kebuluran sooo tak payah nak berebut dengan pelanggan yg lain2 tu. Ramai gak yg sanggup menunggu tu.

Meh le kita meronda pilih kedai lain yang banyak ada kat situ.
Sebenarnya ada lagi dua menu tak ada dalam gambar ni.
Ikan bakar serta sayur kailan grg ikan masin pasal aku tengok orang lain khusyuk je menyuap tak kan aku nak pandang je kang habih lauk putih bijik mato.

Sebelum makan dan sewaktu makanannya di hidangkan elok bersiiiih je meja kan.
Sopannnn je memasing mandang lauk dalam pinggan tu.

        Setengah jam kemudian.......licin licauuuuuu....

Perut dah kenyang...mata pun dah ngantuk.
Apa nak tunggu lagi bukan kena basuh pinggan pun.
Meh le kita mengangkat punggung Balik umah masing2.
Sebelum tu bersalam salamlah dulu ambil berkat selepas berjaya mengumpulkan doploh orang ni makan semeja kat  sini.





       
Puan bosar hajah radiah bengangggg je aku ambik gambar dia....Hehehehe....

Okey lah adik2 panjang umur murah rezeki kita repeat lagi ke sini ya.
Kali ni kita serbu lak senandung malam.
Aku boking seminggu lebih awal meja kat sana nanti.



                                   




4 comments:

Acik Erna said...

Assalam ct..maso acik dok quaters klia dulu ado la poi bagan lalang..dah dok somban ni maleh dah..raso jauh pulak

Pokok Manggis Depan Rumah said...

seronok makan ramai-ramai macam ni.

SITI NOARIZAH ARIS said...

Wlkmsalam acik... Mmg terasa jauh pun tp dek tokak den punyo pasal buat2 cam dokek jo lahhhh..hehe..

SITI NOARIZAH ARIS said...

PMDR.... Memang seronok gilerrrr...quality time!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails